I am Malaysian
AZRIZAINALABIDIN Artikal 297 - Panjang 1746 Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Alhamdulillah akhirnya sejarah yang sangat-sangat luar biasa telah termaktub dengan tumbangnya parti yang tidak pernah kalah dalam sejarah Malaysia. Jelas membuktikan bahawa majoriti warganegara Malaysia hari ini bersatu hati bila saja negara memerlukan setiap individu memainkan peranan sebagai warganegara. SYAK Keputusan PRU 14 ini adalah isyarat jelas kualiti yang ada pada individu warganegara Malaysia. Ianya sesuatu yang perlu disyukuri dan dibanggakan sekaligus menghapus syak. BANGGA Kini ke mana sahaja individu warganegara Malaysia pergi ke serata dunia, kita akan dengan rasa bangga menyatakan kita rakyat Malaysia (I am Malaysian). Rakyat Malaysia yang dikenali seluruh dunia bersatu menumbangkan kleptokrasi (pemerintahan para pencuri) pada PRU 14. QURAN 3:11 "(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; merek...