Jangan dedah privacy anda di group whatsapp
Isu privacy buat pengguna handphone semakin menjadi penting kerana bukan semua pengguna handphone tahu mereka sedang terkesan. Ini kerana mereka tidak sedar atau tidak mengikuti perkembangan semasa bagaimana isu privacy memberi kesan kepada mereka. Oleh sebab itu. artikal ini disediakan bagi membantu pengguna handphone agar lebih sensitif dengan isu privacy ini. PERSONAL IDENTITY INFO (PII) Apa itu PII? PII adalah segala apa jua maklumat anda atau berkaitan dengan anda yang dapat dikumpul oleh pihak lain yang mungkin akan disalah guna oleh sesiapa yang mengetahuinya. HANDPHONE Membeli handphone sahaja sudah membuka peluang bermulanya isu privacy. Anda memberi pelbagai maklumat privacy anda kepada penjual samada anda membelinya dikedai atau secara online samada ke penjual handphone atau network provider seperti celcom, maxis dan lain-lain yang menawarkan pakej pembelian handphone. Antara isu privacy tersebut adalah: 1. MyKad 2. Akaun bank 3. Nombor telefon MyKad Semua orang tahu MyKad m...