Bagaimana untuk memutuskan rangkaian covid-19 di Selangor ?
Blog AZA Pasti anda tertanya mengapa hanya di Selangor sahaja ? Kenapa tidak di Malaysia atau di seluruh dunia kan ? Ini kerana ternyata apabila kes covid-19 masih terus bertambah makanya skop kawalan perlu diperkecilkan agar lebih mudah untuk memutuskan rangkaian covid-19. Betul. Tapinya kan ramai yang keluar masuk ke Selangor ? Makanya kawalan kemasukkan ke Selangor perlu dimantapkan agar tiada individu yang di luar Selangor membawa masuk covid-19 ke Selangor. Selangor punyai app Selangkah yang diakui lebih bagus dari MySejahtera. Makanya ini akan membantu Selangor untuk lebih pasti dapat memutuskan rangkaian covid-19. Keberkesanan app Selangkah tidak dapat diteruskan dahulu kerana kerajaan persekutuan mewajibkan untuk Malaysia menggunakan MySejahtera lantas data pada app Selangkah tidak dapat diteruskan sejak saat itu. Bukankah covid-19 hanya memerlukan tempoh 14 hari untuk diputuskan rangkaian wabaknya? Betul. Tapi mengapa sudah setahun masih tak putus? Ini jelas kerana kawa...