Pembelajaran melalui TV akan dimulakan di Malaysia
Blog AZA Sejak 28 March 2020, KPM telah melakukan kaji selidik penggunaan gadgets pelajar di rumah. 500 ribu dari 700 ribu yang mempunyai akses internet telah menjawab kaji selidik itu . 80% pelajar sekolah menengah dan 36% sekolah rendah memiliki smartphones. Manakala untuk device yang lain seperti Tablets, Desktop dan Laptop antara 5-14%. Kebanyakan pelajar mempunyai akses internet melalui smartphone dan itu menjadi masalah apabila melibatkan pembelajaran yang rumit. Oleh sebab itu, pembelajaran melalui TV akan diperkenalkan pada minggu hadapan di channel TV Okey RTM. LESSON LEARNED Ibubapa lebih mengutamakan untuk membelikan anak-anak smartphone berbanding desktop/laptop. Oleh sebab itu asas kepentingan untuk kesinambungan pembelajaran anak-anak tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan apabila menghadapi situasi Covid-19 atau apa juga situasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Masih terdapat anak-anak yang tiada akses interne...