Posts

Showing posts from March, 2020

Kaji selidik kesediaan pembelajaran secara online

Blog AZA Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga. Berikut soalan-soalan kajian yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) berkenaan kesediaan pembelajaran secara online murid-murid yang kini bersekolah di sekolah-sekolah kerajaan. Kaji selidik ini akan berakhir pada 03 April 2020 jam 12:01 am. Kaji selidik ini perlu di jawab di URL MOE. 1.0)Jumlah anak yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.1)Anak 1-Anak 10) 1.2)Maklumat murid. Ibu bapa hanya perlu mengisi 1 borang ini untuk anak-anak yang bersekolah kerajaan sahaja. Klik icon Anak 1,atau Anak 2 dan seterusnya untuk masukkan butiran dalam ruangan yang disediakan. 1.3)Anak 1 2.0)Nama anak pertama 2.1)Darjah/Tingkatan 2.2)4 angka terakhir KP 2.3)Negeri 2.4)Daerah 2.5)Nama sekolah 2.6.0)Adakah murid punyai peranti peribadi berikut.( Boleh pilih lebih daripada satu ) Jika Jawapan “TIADA” Anda Tidak Perlu Menjawab Soalan Maklumat Murid Ini Seterusnya. 2.6.1)Komputer peribadi

iOS 13.4

Blog AZA Jangan download dulu iOS 13.4 kerana masalah bugs pada Control Center, vpn, virtual keyboard, Assistive Touch, untuk buka dan tutup apps, cellular data dan hotspot. Entah sampai bila Apple akan terus-terusan membuat update terkini iOS tanpa mengatasi terlebih dahulu masalah yang telah dijumpai pada iOS sebelum ini. QURAN 3:166 "Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman" "And what struck you on the day the two armies met was by permission of Allah that He might make evident the [true] believers."

Remdesivir ubat untuk Covid-19

Blog AZA WHO memilih Malaysia untuk menjalankan kajian menguji keberkesanan ubat merawat pesakit Covid-19. Ubat tersebut dikenali sebagai Remdesivir. Ianya belum mendapat kelulusan untuk dijadikan ubat Covid-19. Penyelidikan akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh dan sedang dalam proses penyelidikan di beberapa makmal berikut: Severe 2019-nCoV Remdesivir RCT China-Japan Friendship Hospital - Beijing, China Mild/Moderate 2019-nCoV Remdesivir RCT Jin Yin-tan Hospital - Wuhan, China Adaptive COVID-19 Treatment Trial University of Nebraska Medical Center - Omaha NE, USA Expanded Access Remdesivir (RDV; GS-5734™) U.S. Army Medical Research and Development Command Study to Evaluate the Safety and Antiviral Activity of Remdesivir (GS-5734™) in Participants With Severe Coronavirus Disease (COVID-19) Gilead Sciences, Inc. Study to Evaluate the Safety and Antiviral Activity of Remdesivir (GS-5734™) in Participants With Moderate Coronavirus Disease (COVID-19) Compared to St

Kluster covid-19 perhimpunan tabligh di masjid seri petaling

Blog AZA KLUSTER PERHIMPUNAN TABLIGH DI MASJID SERI PETALING, KUALA LUMPUR PADA 27 FEB-1 MAC 2020 26 Mac 2020 - 60 kes baru dari 235 kes adalah berpunca daripada kluster ini. Hari ke-25 selepas perjumpaan pada 1 Mac masih ada lagi Covid-19 berpunca dari kluster ini. Pada 24 Mac, muncul pula kluster baru apabila orang ramai dah berpusu-pusu nak balik KL. Oleh sebab itu, PKP mesti berakhir 18 April untuk cukup tempoh Hari ke-25. Betul? Jika selepas ini masih terdapat lagi kes positif covid-19 dari kluster ini, berapa hari sebenarnya yang diperlukan untuk memutuskan rangkaian wabak covid-19? Ianya jelas bergantung pada penemuan kes positif covid-19 yang berkait dengan kluster ini pada masa akan datang. Mungkin akan jadi Hari Ke-26 atau Hari ke-40 dan sebagainya. 27 Mac 2020 - Kini semakin banyak kluster muncul apabila terdapat banyak kes positif Covid-19 berpunya dari majlis perkahwinan yang diadakan sehingga awal Mac. Lagi kluster ini dikesan. Ini menjadikan Hari ke-26. Kl

Penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik

Blog AZA Penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) secara automatik untuk semua jenis loan termasuk automotif, rumah, gadai janji, pinjaman peribadi atau pembiayaan, akan diberi penangguhan automatik selama enam bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 kecuali untuk kredit kad dan pelanggan korporat. Ini bermakna anda tak perlu bayar selama 6 bulan dan secara automatik juga tempoh habis loan anda akan dipanjangkan lagi selama 6 bulan. Jika anda ada ambil program pengurangan loan (overdraft) juga akan turut ditangguhkan. Anda tidak akan dinilai sebagai pembayar bermasalah CCRIS sepanjang tempoh moratorium. Perlu diingat, jika anda ada membuat pembayaran secara auto dari bank lain ke bank lain, maka anda perlu menghubungi bank yang membuat pembayaran tersebut untuk menangguhkannya untuk mendapatkan moratorium ini. Setelah tamat tempoh moratorium, interest loan anda akan naik sedikit melainkan loan anda adalah jenis patuh syariah. Begitu juga jumlah pembaya

Running nose

Jam menghampiri 3 setengah petang saya mula kena flu. Masuk opis kebetulan ada mask. Itu pun tinggal satu jer. Saya mula pakai mask tak nak jangkiti individu lain. Balik kerja , lepas makan saya ambil pil selsema 1 biji. Pas tu saya tidur. Bangun tidur lepas isyak running nose teruk sangat, Risau pula saya time wabak ni. Apa akan jadi pada isi rumah? Bagaimana dengan kawan-kawan di tempat kerja. Macam-macam perkara buruk saya fikirkan. Akhinya saya buat keputusan pergi ke klinik untuk doktor check. Sampai klinik punyalah ramai orang. Ramai juga yang masih tak pakai mask. Time tunggu giliran beberapa kali saya ke tandas kerana running nose dan nak meleleh kena mask. Saya risau macam-macam saya fikir. Bagaimana saya nak menjaga jarak selamat. Bagaimana nak menjaga apa yang saya sentuh yang akan dikongsi bersama oleh orang lain nanti. Worst thing kalau betul positif kenapa saya balik ke rumah tadi tak terus g klinik. Cepatlah giliran jumpa doktor sampai. Okay ke tak aku ni? Dokto

18 Mac bermulanya kawalan pergerakkan

1. Setiap individu perlu faham kawalan pergerakkan ini mesti dituruti oleh semua. 2. Jaga diri dari dijangkiti atau menjangkiti individu lain. 3. Meminimakan pergerakkan bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Ianya mesti berlaku serentak dan menyeluruh. 4. Menjaga jarak selamat 1 meter antara anda dan individu lain. 5. Memakai mask. 6. Menggunakan sanitiser. 7. Setiap individu mestilah melaporkan keadaan kesihatan masing-masing pada setiap hari agar tahap kesihatan dapat dipantau samada demam biasa atau tindakan saringan Covid-19 perlu dijalankan. 8. Mendapatkan maklumat semasa dari sumber yang betul di Telegram Messenger pada channel berikut https://t.me/sebenarnyamy . Sukar untuk mengawal dan memastikan setiap maklumat yang dikongsi adalah betul adalah sebab utama mengapa ianya penting untuk mendapatkan sendiri maklumat dari sumber yang betul. Jika anda nak ikut perkongsian semasa saya di Telegram Messenger boleh join pada link berikut https://t.me/aza2u QUR

Perintah Kawalan Pergerakkan

Perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara 1) larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 2) Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari 3)Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara 4) Penutupan semua taska, sekol

Akta Kerja 1955

Pada Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955, berkaitan keadaan Covid-19 ketika ini, memperuntukkan perkara berikut: Majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan COVID-19. Pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, hendaklah diberikan kemudahan bayaran tambahan, selain diarahkan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan atas pembiayaan majikan. Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 14 hari jika tempoh bekerja kurang dua tahun, 18 hari jika bekerja antara dua hingga lima tahun dan 22 hari jika tempoh bekerja melebihi lima tahun. Sekiranya majikan tidak membenarkan cuti sakit bergaji, ia adalah suatu kesalahan. Pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan. Kementerian

Kongsi artikal di Blog AZA

Jika anda nak artikal anda saya publish di Blog AZA, anda boleh berbuat demikian dengan post artikal anda ke AZA. Nyatakan perkara berikut dalam artikal anda Tajuk Isi Nama anda / nama pena anda Mengapa berkongsi artikal di Blog AZA? Pada bila-bila masa, mudah untuk mencari artikal yang telah di published di Blog AZA. Sukar untuk mencari kembali maklumat di platform atau di apps yang lain berbanding di blog. Pada blog sesuatu artikal boleh dicari dan dirujuk semula dengan carian mengguna label, senarai penuh artikal yang telah di published atau melalui ruangan search pada blog. Saya tahu artikal berkaitan yang saya mahukan ada di Blog AZA dan dengan mudah saya dapat mencarinya pada bila-bila masa yang saya mahukan untuk membuat rujukan. Apa juga yang saya rasakan penting akan saya publish di blog ini bukan sahaja untuk memudahkan diri sendiri membuat rujukan malah terbukti telah membantu ramai pengguna internet yang lain dengan sumber maklumat yang ada di Blog AZA.

Awas scam cara baru guna Maybank

Jika ada sesiapa meminta anda untuk memberikan TAC anda kepada mereka, jangan bagi. Itu mungkin scam! Berikut senario yang telah saya sendiri buat pengesahan dengan Maybank. Seseorang yang mengaku dari LAZADA menghubungi anda mengatakan anda ada membuat pembelian dan telah pun membayar penuh pembelian tersebut. Cuma tinggal lagi soal penghantaran yang belum selesai. Dia suruh anda check transaksi pembelian anda di maybank2u dan betul memang ada transaksi tersebut. Ketika ini anda mesti panik dan tertanya bagaimana boleh ada transaksi pembelian sedangkan anda tak beli pun? Setelah itu pemanggil meminta anda untuk memberikan TAC. Jika anda beri anda akan jadi mangsa scam! Ingat jika ada sebarang keraguan hubungi Maybank. Nombor untuk dihubungi ada pada belakang kad Maybank anda. Transaksi tersebut boleh berlaku walaupun hakikatnya anda tak ada membuat pembelian kerana terdapat maklumat peribadi anda yang telah bocor dan diketahui oleh scammer tersebut lalu membuat transaksi. A

Akta Pengurusan Strata 2013 ( Akta 757 )

1. Untuk tujuan undang-undang kecil ini: a. Defaulters adalah pemilik unit yang tidak membayar sepenuhnya caj penyelenggaraan dan dana tenggelam berkenaan dengan petak atau apa-apa wang lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada pihak pengurusan di bawah Akta; dan b. Mana-mana sekatan atau tindakan yang dikenakan terhadap seseorang yang gagal membayar yuran penyelenggaraan hendaklah termasuk keluarganya atau mana-mana pertuduhan, pemegang serah harta, pemajak, penyewa atau penghuni. 2. Pihak pengurusan boleh menyediakan senarai pemilik unit yang gagal membayar yuran penyelenggaraan dengan menunjukkan nama mereka, petak masing-masing dan amaun yang masih belum dibayar. 3. Pihak pengurusan boleh menghentikan atau menggantung pemilik unit tersebut dari menggunakan kemudahan biasa atau perkhidmatan biasa, termasuk tempat letak kereta yang telah ditetapkan, memutuskan sambungan air, dan lain-lain. 4. Pemilik unit juga mungkin perlu mendaftar log masuk pada waktu masuk

Covid-19 semakin menular di Malaysia

APA YANG BERLAKU KETIKA INI? Malaysia menggunakan chloroquine untuk merawat Covid-19. Juga turut menggunakan (anti-malaria) hydroxychloroquine yang digabung dengan (antiviral) lopinavir dan ritonavir. Manakala remdesivir masih dalam kajian. Tindakan segera amat-amat perlu bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Statistik sebelum ini naik secara drastik adalah tanda kelemahan kawalan penularan yang tidak dapat dinafikan. Tidak cukup pihak berkuasa sahaja yang mengawal. Individu yang positif Covid-19 bebas berjumpa publik akan menyebabkan penularan lebih berleluasa. Pertambahan mendadak 28 kes dari 56 kes menjadikan 83 kes sekarang ini adalah amat membimbangkan. Jumlah 28 kes baru itu sahaja melibatkan 956 individu yang dapat dikesan mungkin turut dijangkiti. Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan? Boleh ingat ke siapa yang dah pengidap jumpa dalam tempoh 2 minggu sebelum disahkan positif covid-19? Kemana dah pergi selama tempoh tersebut? Pasti jumlah
SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more