Bagaimana merancang perbelanjaan
Berapa banyak wang yang anda perlukan setiap bulan? Anda perlu tulis budget anda dengan jelas dan terperinci di atas sekeping kertas. Kenapa bukan di komputer atau mobile phone? Ya memang lebih mudah jika di mobile phone atau komputer. Tetapi anda tak perlu khuatir soal privacy 100% apabila anda menulisnya di atas sekeping kertas. Ketika zaman sekolah, menulis di atas kertas sudah menjadi kebiasaan kita bertahun-tahun. Lebih baik kita mengutamakan privacy kerana orang lain atau AI tak perlu tahu keseluruhan perbelanjaan anda. Setiap perbelanjaan anda walaupun kecil tetap akan menggunakan pendapatan bulanan anda. Oleh sebab itu, setiap wang yang anda belanjakan mesti anda masukkan kedalam budget anda supaya anda tahu berapa banyak wang anda belanjakan setiap bulan dan berapa banyak anda dapat membeli emas setiap bulan. Membeli emas setiap bulan berbanding menyimpan wang setiap bulan adalah berbeza dampaknya kerana dengan mengumpul emas anda dapat memastikan kuasa membeli and...