Tawaran upgrade Unifi speed
AZRIZAINALABIDIN Artikal 130 - Panjang 7423 Seorang yang mengaku dari bahagian jualan atau tele-marketing di TM menghubungi mobile phone AZA untuk tujuan berikut 1. Meningkatkan kelajuan UNIFI speed yang AZA langgani kini dengan charge tambahan ke atas bil bulanan. 2. Status AZA yang bebas contract UNIFI akan diperbaharui dengan ikatan selama 2 tahun jika bersetuju. Charge akan jadi mahal jika AZA gunakan plan baru itu nanti dan akan terkesan dengan contract baru. 3. Hypp TV plan pula akan diberikan dengan plan channel maksima yang ada pada masa kini. Namun AZA sudah ada ASTRO dan AZA tidak menggunakan Hypp TV sedari mula AZA menggunakan UNIFI. Malah hardware Hyyp TV telah AZA buang. Jika AZA tak buang dulu, mungkin juga AZA akan pertimbangkan untuk stop langgan ASTRO dan gunakan Hyyp TV sahaja. 4. Panggilan yang AZA buat menggunakan talian tetap ke seluruh Malaysia pula akan dikenakan charge dan tidak lagi percuma jika AZA bersetuju dengan tawaran ini. Ketika dihubungi, A...