Renew road tax di Pos Malaysia
Sebelum anda pergi ke Pos Malaysia, better anda call dulu ke bahagian kaunter insuran Pejabat Pos tersebut kerana kalau sistem "off line" tak boleh nak proses renew roadtax. Kalau Pejabat Pos Besar Shah Alam nombornya ialah 03-55198585 untuk minta bercakap ke bahagian Kaunter Insuran. Untuk nombor pejabat Pos yang lain anda boleh Google sahaja. Berikut perincian lain yang perlu anda tahu. 1. Anda perlu bawa geran kereta. 2. Masuk ke Pejabat Pos terus ambil nombor giliran pada mesin yang disediakan dan pilih untuk urusan renew road tax. 3. Anda boleh letakkan NAMED DRIVER, iaitu nama anda, nama kedua (atau ketiga pun boleh). Semua nama tu anda kena tahu nombor IC mereka. Kadar premium oleh ZURICH adalah RM388.70 4. Insuran kematian akibat kemalangan boleh anda minta sekali. Anda boleh letakkan nama anda dan waris oleh nama kedua. Kalau nak letakkan nama kedua yang di insurankan pun boleh dan anda sebagai waris. Insuran ni cover RM10 Ribu oleh GIBRALTAR BSN. Kadar premium...