Posts

Showing posts from April, 2019

Epilepsy (Sawan)

Artikal 381 - Epilepsi adalah gangguan sistem saraf pusat (neurologi) di mana aktiviti otak menjadi tidak normal, menyebabkan sawan (seizures) atau tempoh perilaku yang luar biasa, sensasi, dan kadang-kadang kehilangan kesedaran. Sesiapa sahaja boleh mengalami epilepsi. Epilepsi boleh berlaku pada lelaki dan perempuan dari semua kaum, latar belakang etnik dan umur. Gejala sawan boleh berbeza-beza. Sesetengah orang yang mengidap epilepsi hanya menatap kosong selama beberapa saat semasa sawan, sementara yang lain berulang kali mengeraskan lengan atau kaki mereka. Pernah sawan tidak bermakna anda mempunyai epilepsi. Sekurang-kurangnya dua kali peristiwa sawan yang berlaku secara amnya barulah diperlukan untuk diagnosis epilepsi. Rawatan dengan ubat-ubatan atau kadang-kadang pembedahan boleh mengawal sawan untuk majoriti orang dengan epilepsi. Sesetengah orang memerlukan rawatan seumur hidup untuk mengawal sawan, tetapi bagi yang lain, sawan akhirnya hilang. Sesetengah kanak-kanak d

Tak perlu 5G

Artikal 380 - Malaysia sepatutnya memperluaskan kewujudan WiFi bukannya membazirkan wang, masa dan usaha untuk mengikut trend 5G yang ternyata tidak memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana sudah pasti talian tetap akan jauh mengatasi kelajuan 5G, 6G dan sebagainya. Kelajuan internet dibantu oleh WiFi dari talian tetap fibre optik bukan sebab 5G atau 6G. Jika lebih banyak talian tetap dapat memberikan WiFi maka 4G sedia ada sudah cukup. Realiti hari ini bukan semua kawasan dapat 4G sepanjang masa 24 jam sehari. Oleh sebab itu fokus sebenar yang perlu ditumpukan sebenarnya adalah bagaimana nak memperluaskan WiFi bukan nak adapt teknologi 5G atau 6G yang pastinya membuatkan pengguna terpaksa beli device baru untuk support 5G dan syarikat telekomunikasi terpaksa invest yang banyak untuk kelengkapan dan prasarana 5G ke seluruh negara. Sebaliknya segala wang, masa dan usaha lebih baik diperuntukkan untuk memperluaskan WiFi bukan hanya di bandar tapi di seluruh Malaysia. QURAN 3:94

Cukai pendapatan 2018 - Artikal 2

Artikal 379 - Dah submit belum? Cepat b4 30hb ni!  https://ez.hasil.gov.my/CI/

Cerita - Artikal 6

Artikal 378 - Selangor memang layak dapat pujian kerana berjaya mengurus impak gangguan bekalan air ketahap hampir tiada langsung kepada pengguna ketika proses penambahbaikkan di loji rawatan air di "Sungai Selangor Phase 2" yang bermula pada 24 Apr 2019 dan kini bekalan kembali pulih seperti biasa lebih awal dari tarikh yang telah dirancang. Itu baru namanya pengurusan yang baik. QURAN 3:92 "Never will you attain the good [reward] until you spend [in the way of Allah ] from that which you love. And whatever you spend - indeed, Allah is Knowing of it." "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

Kerja - Artikal 6

Artikal 377 - Boss third level AZA cakap kat AZA "Azri, after next 3 working days, u ikut procurement member pergi buat stock check kat one of our supplier"

Kerja - Artikal 5

Artikal 376 - Hari ini, component member datang lagi untuk buat additional order raw material yang telah diputuskan oleh Procurement Person In-charge untuk tidak lagi guna part number tersebut sebaliknya gunakan yang baru. Tetapi Boss second level AZA tetap suruh AZA buat additional order tersebut walaupun paparan SAP ERP MD04 menunjukkan zero requirement untuk part number tersebut dengan stock excess pada dua additional purchase order yang dibuat sebelum ini.  Kini tambah lagi tiga additional purchase order AZA create dan sudah tentu volume excess menjadi semakin besar dan zero requirement untuk consume excess tersebut. Sebagai langkah keselamatan AZA screen shot paparan MD04 seperti additional order sebelum ini dan hantar email kepada semua recipients yang berkaitan. Bila Boss third level check, Dia mula bising kenapa accept additional order tersebut? AZA ni tak ada kuasa nak approve atau reject apa-apa request order. Apa yang di approve itulah yang AZA buat. Kalau AZA tak screen sh

Kerja - Artikal 4

Artikal 375 - Bila Malaysia nak kurangkan waktu bekerja kepada 6 jam sahaja sehari semasa Bulan Ramadhan seperti kebanyakan negara yang telah melaksanakannya iaitu Egypt, Oman, Qatar, Bangladesh, Saudi Arabia dan United Arab Emirates. Sudahlah gaji apa-apa kerja di Malaysia ni 13 kali ganda lebih rendah berbanding Australia, Gaji minima pun RM1100 sahaja, nak minta naik ke RM1500 pun tak dapat-dapat, nak kurangkan waktu bekerja kepada 6 jam sahaja sehari semasa Bulan Ramadhan pun tak. Ke lagi nak panjangkan waktu bekerja semasa Bulan Ramadhan? QURAN 3:89 "Except for those who repent after that and correct themselves. For indeed, Allah is Forgiving and Merciful" "Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Kerja - Artikal 3

Artikal 374 - Perubahan schedule terhadap complete part yang sepatutnya di hantar ke supplier tidak jadi dihantar sebaliknya proses tersebut akan dilakukan oleh in-house. By right memang tak perlu nak buat sebarang additional order terhadap breakdown parts yang majoritinya adalah dibawah jagaan AZA kerana banyak purchase order untuk breakdown parts tersebut yang dah past due date tapi belum GR. Even kalau tak cukup purchase order pun, dah tentu in-house planned order yang baru create untuk perubahan schedule kali ini pasti boleh cover semua keperluan breakdown parts yang tak cukup tu dan realitinya dah memang semua breakdown parts dah ready hanya perlu hantar complete part tersebut ke supplier tapi tak jadi hantar, dan AZA dah order in advance semua breakdown parts untuk keperluan dua minggu yang akan datang, dan memang perubahan schedule untuk complete part ini akan dilakukan pada timing setelah AZA order semua breakdown parts untuk dua minggu akan datang. So jelaslah tak perlu a

Cerita - Artikal 5

Artikal 373 - Barang punyalah susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, masa nak guna cari tak jumpa. Bukan sebab kena curi tapi sebab storage yang tidak systematic. Kat mana letak barang A, B, C dan sebagainya. Masalah macam ni pun boleh ada? Masalah kecik begini tapi ternyata beri impak yang besar sebab satu barang tak cukup tak boleh nak produce finish goods. Kalau barang yang kecik betul la susah nak cari, tapi ni bulky part, same part number on same palate. Nampak je storage semak sebab susun atas lantai. Tapi sebenarnya tak banyak mana pun sebab bulky part dah tentu akan makan space yang banyak. Of course racking system jauh lebih bagus sebab tak perlu nak punggah palate yang dihadapan untuk ambil barang yang part number lain disusun pada palate yang di belakang sebab susun atas lantai. Dah lah atas lantai, atas palate ada palate lagi. Sempit nak lalu untuk check part number apa ada pada palate di belakang, isu keselamatan, possible set drop. Semua tu kena ambil kira. QURAN 3:87

Cerita - Artikal 4

Artikal 372 - Hari ini AZA ada lebih banyak cerita berbanding cerita sebelum ini. Oleh sebab itu AZA akan kongsi cerita tersebut satu persatu. Moga yang baik diikuti dan yang buruk jangan ikut. Kalau nak ikut juga yang buruk, tentu kita ada cerita kita sendiri kenapa kita nak ikut juga walaupun kita tahu keji sesangat. Hari ini mungkin kita lihat ianya keji, pada masa akan datang kita tak lihat ianya sebagai keji lagi sebab kita dah nampak perkara lain yang mengubah persepsi asal kita tu. Masing-masing ada otak, ada akal, ada hati, boleh fikir sendiri dan buatlah apa yang anda nak buat. Berikut cerita pertama untuk hari ini. TIGER WOOD Pada daily sectional morning assembly, giliran boss AZA untuk baca 7 prinsip dan kongsi cerita selepas itu. Boss AZA kata kita kena ikut semangat TIGER WOOD yang tak mudah mengalah walaupun mengalami pelbagai masalah dan sakit tetapi selepas itu berjaya memenangi kejohanan. SUPPORT MANUFACTURING Hari ini giliran AZA untuk SUPPORT MANUFACTURI

Brunei laksana Hukum Hudud

Artikal 371 - Bermula 03 April 2019, Brunei melaksanakan Hukum Hudud. Brunei telah menulis ke Parlimen Eropah bagi mempertahan dan memperjelaskan keputusannya melaksanakan Hukum Hudud. “The criminalisation of adultery and sodomy is to safeguard the sanctity of family lineage and marriage to individual Muslims, particularly women” “The penal sentences of hadd – stoning to death and amputation, imposed for offences of theft, robbery, adultery and sodomy have extremely high evidentiary threshold, requiring no less than two or four men of high moral standing and piety as witnesses – to the exclusion of every form of circumstantial evidence.” “coupled with a very high standard of proof of ‘no doubt at all’ for all aspects, which goes further than the common law standard of ‘beyond reasonable doubt’”. Such is the required “standards of piety of the male witness” that the kingdom writes that it is “extremely difficult to find one in this day and age, to the extent that convictions

Cerita - Artikal 3

Artikal 370 - Seronok ronda-ronda di waktu malam di kawasan berhampiran. Udaranya sejuk dan lampu jalan menerangi tanpa perlu bergantung dengan kehadiran bulan mengambang. Jika dahulu kedai makan penuh ramai orang di waktu malam, tapi tadi AZA lihat ianya jauh berkurang. Terus terlintas di fikiran AZA impak dari larangan merokok di kedai makan. AZA sendiri sebagai perokok tak tahu nak singgah mana untuk lepak-lepak sambil merokok dan menikmati suasana malam yang sejuk dan mendamaikan. Nampaknya siang dan malam hanya di rumah sahaja. Tak bercampur dengan public. Bukan tak nak tapi tak ada tempat yang best nak lepak yang boleh merokok. Mungkin malam hanya di hidupkan dengan pasar malam. Tapi AZA jarang sangat pergi pasar malam. Lebih suka lepak-lepak sahaja lihat public lalu lalang. Kalau pergi dataran mesti ramai orang. Tapi jauh pulak nak pergi. Balik rumah je lah. Senang. QURAN 3:84 "Say, "We have believed in Allah and in what was revealed to us and what was reve

Kaki kejang ketika tidur atau bersukan

Artikal 369 - Kekejangan boleh berlaku ketika anda sedang berlari atau ketika anda sedang tidur. Betis atau kaki anda tiba-tiba menjadi keras, ketat, dan menyakitkan. Anda mengalami kekejangan otot. Hampir semua orang mendapat kekejangan otot, yang datang tanpa amaran. Banyak perkara yang boleh mencetuskan kekejangan otot seperti berikut: Peredaran darah yang lemah di kaki anda Otot betis bekerja terlalu keras semasa bersukan Tidak cukup regangan Tidur dalam posisi hujung kaki ke depan sekali gus memendekkan otot betis. Apabila kaki berada dalam keadaan yang sama pada tempoh yang panjang , sedikit sahaja pergerakan akan menyebabkan kekejangan otot. Bertukar-tukar posisi ketika tidur adalah lebih baik agar tidak statik pada satu posisi pada tempoh yang lama. Jari yang terlalu kerap menaip atau leher yang lama statik mengadap komputer juga boleh menjadi tegang. Elakkan terlalu aktif menaip atau terlalu lama statik mengadap komputer. Mata yang lama memandang jarak yang sama ke

Cerita - Artikal 2

Artikal 368 - Hari ini entah kenapa tercetus rasa untuk keluar dari rumah dan pergi berjalan-jalan di kawasan berhampiran. AZA akan bersendirian di rumah untuk beberapa hari kerana yang lain ada urusan di luar. Sudah bertahun-tahun AZA tidak keluar rumah bila sahaja AZA ada kelapangan. Cuaca di luar yang kebiasaannya panas membuatkan AZA rasa rimas untuk keluar. Teringat AZA semasa AZA bekerja di luar negara. Untuk cerita kali ini AZA akan sentuh mengenai cuaca. Walaupun matahari tegak di atas kepala, namun udaranya sejuk. Sungguhpun begitu AZA juga rimas kerana terpaksa memakai atau membawa baju jacket yang tebal untuk menahan diri dari kesejukkan. Bila AZA rimas memakai baju jacket yang tebal, AZA membukanya dan hanya memakai t-shirt. Namun ianya tidak bertahan lama kerana rasa sejuk yang mencengkam menyebabkan AZA terpaksa memakai semula jacket tebal. Bayangkan kalau masa musim salji tak cukup hanya berjacket tebal sahaja. Sedangkan bukan musim sajli sejuknya dah tak tahan. Tak

Cerita - Artikal 1

Artikal 367 - Seekor ular menyusur di dalam kegelapan dan terlanggar sesuatu yang menyakitkan dirinya. Lantas ia dengan pantas membelit apa yang ia terlanggar bagi membalas dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Semakin ia membelit, dirinya merasa semakin sakit. Tiba-tiba lampu dari kereta yang menghampiri ular tersebut menyuluh dan menerangi kegelapan. Rupa-rupanya apa yang ular itu belit tadi adalah sebilah gergaji. Patutlah semakin ular itu membelit semakin ia merasa sakit. Kehidupan ini, pasti sahaja diri kita akan disakiti dengan pelbagai cara. Jika kita melawan kepada apa yang tidak kita ketahui mungkin apa yang kita lawan itu akan memakan diri kita kembali. Gunakanlah kebijaksanaan yang dimiliki untuk melawan. Apa? Siapa? Bila? Di Mana? Kenapa ? dan Bagaimana? untuk melawan. Pemimpin yang tidak adil memerlukan kerjasama ramai untuk melawan. Jika tiada kerjasama tapi masih hendak melawan gunakanlah kebijaksanaan diri sendiri. Berenanglah seperti seekor ikan di

Balai Seni Visual Negara

Artikal 366 - Semoga success esok buat mu yang selalu di hadapan mata. Aamiin 😍

Lynas - Artikal 3

Artikal 365 - Bila lebih 20 metric tan kena minta kebenaran bertulis dari director-general (of the Department of Environment), kalau lebih 40 metric tan nak kena minta dari siapa? 1.13 juta metric tan yang dah 56500 kali ganda dari 20 metric tan tu pulak nak minta kebenaran dari siapa? AZA nak terus aktif berblogging pun dah rasa malas. QURAN 3:79 "It is not for a human [prophet] that Allah should give him the Scripture and authority and prophethood and then he would say to the people, "Be servants to me rather than Allah," but [instead, he would say], "Be pious scholars of the Lord because of what you have taught of the Scripture and because of what you have studied." "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi

Pekerja di Malaysia pemalas?

Artikal 364 - Bagaimana pekerja di negara luar yang bekerja masa lebih pendek setiap hari tapi di bayar 13 kali ganda lebih tinggi setiap jam berbanding di Malaysia?

Pekerja di Malaysia over paid?

Artikal 363 - Gaji sejam pasang 3 biji screw di Australia pada tahun 2013 adalah USD16.88 manakala gaji sejam dibayar pasang 3 biji screw di Malaysia pada tahun yang sama adalah USD 1.24. Walaupun jumlah yang begitu ketara bak langit dan bumi hingga terpaksa membayar lebih sebanyak USD 15.64 kepada pekerja mereka di Australia berbanding pekerja mereka di Malaysia bagi memasang screw pada kereta yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama. Berapa jam kena kerja di Australia untuk dapat RM10 Ribu? Berapa jam kena kerja di Malaysia untuk dapat RM10 Ribu? Setiap orang punyai 24 jam sahaja sehari samada di Malaysia, di Australia atau di mana sahaja! Kenapa dibayar berbeza? Kenapa di Malaysia kena kerja lebih jam untuk dapat RM10 Ribu sedangkan di Australia kejap jer dah boleh dapat RM10 Ribu! Adil ke? 593 jam kerja di Australia dapat USD10 Ribu tapi 8065 jam kena kerja di Malaysia untuk dapat USD10 Ribu! Kena kerja lebih 7472 jam untuk dapat USD10 Ribu! Adil ke? Pekerja di Malay

PH kalah lagi

Artikal 362 - Tok Mat menang di rantau. Apa pula alasan PH kali ni?

WhatsApp down

Artikal 361 - Ada ke yang perasan whatsapp tak boleh guna selama dua jam sejak jam tujuh petang tadi? Apa macam kalau lagi lama tak boleh guna? Ada ke platform alternatif kalau jadi lagi? AZA cadangkan anda guna Telegram Messenger

Youth Ask, Tun Answers

Artikal 360 - Berikut kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berucap di majlis dialog terbuka dengan belia "Youth Ask, Tun Answers" di Yayasan Kepimpinan Perdana. EGO Pemimpin yang baik akan mengenepikan ego dan berusaha membetulkan kesalahan sekiranya ia dapat memberikan manfaat kepada mereka yang dipimpinnya, ego cenderung untuk menjadikan seseorang itu tidak dapat melihat kesalahannya, atau enggan mengakuinya, sekaligus menyebabkan dia tidak dapat membetulkan kesalahannya. "Satu nilai yang seharusnya diketepikan ialah ego. Sesetengah orang berpendapat ego boleh menjadi sesuatu yang positif, kerana ia akan menjadikan anda lebih kompetetif. Bagi saya itu seharusnya lebih kepada azam. Ego adalah berkenaan diri sendiri, bukan mereka yang anda pimpin" katanya INTEGRITI DAN KEJUJURAN Beliau seterusnya menggariskan dua daripada nilai dan kualiti penting yang harus dimiliki seseorang untuk menjadikannya seorang pemimpin yang baik; yakni integr

Boeing kini dah tak laku

Artikal 359 - Setelah tragedi yang dialami pesawat teknologi terkini boeing 737 max, tiada order baru pesawat boeing dari mana-mana negara di seluruh dunia. Tambahan pula peristiwa pesawat boeing MH17 dan pesawat boeing MH370 masih segar di ingatan.

Malaysia bina dua lagi twin tower?

Artikal 358 - Sungguh besar nilai yang melibatkan kuasa. Salah guna memang masak generasi akan datang. Syabas Tun Daim.

Uighur muslim dan ECRL

Artikal 357 - Apa peranan Malaysia?

Sultan atau parti yang menang pilih Menteri Besar?

Artikal 356 - Kalau cukup hanya Sultan yang pilih, nak buat apa buat pilihan raya? Tapi kalau parti yang menang pilih siapa yang akan jadi Menteri Besar, kemudian dapatkan perkenan Sultan, itu baru betul kerana betul kenapa kena buat pilihanraya dan peranan Sultan. Bukan parti pilih tanpa perlu perkenan Sultan. Perlu ke nak confuse perkara ni? Dah berapa lama kita merdeka? QURAN 3:70 "O People of the Scripture, why do you disbelieve in the verses of Allah while you witness [to their truth]?" "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?"

Sabah dan Sarawak

Artikal 355 - Kenapa ada beza status Sabah dan Sarawak berbanding negeri lain di Malaysia? Kenapa tak nak terima untuk disamakan status?

Nak lihat kehebatan terkini amerika?

Artikal 354 - Lihat saja apa dah jadi dengan Atlantic City di Amerika. Di bangunkan dengan duit yang banyak tapi kini kosong tidak berpenghuni.

Menteri Besar Johor confirm dah resign

Artikal 353 - Sebelum ni Sultan, ni Menteri Besar pulak? Belum setahun pun angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 pada 12 May 2018.

Ireland terima pelaburan EUR160 juta

Artikal 352 - Sedang yang lain sibuk bertelagah pasal boleh tak boleh LGBT, Perdana Menteri Ireland yang dikenali di seluruh dunia sebagai salah seorang LGBT terus mentadbir negaranya dan mendapat pelaburan baru EUR160 juta lantas mewujudkan 600 peluang pekerjaan yang memerlukan skill yang tinggi dalam teknologi menghasilkan valves untuk jantung yang akan menyelamatkan ramai nyawa pesakit di seluruh dunia pada masa akan datang. QURAN 3:66 "Here you are - those who have argued about that of which you have [some] knowledge, but why do you argue about that of which you have no knowledge? And Allah knows, while you know not" "Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang se

Declare cukai pendapatan untuk tahun-tahun sebelum 2018

Artikal 351 - Jika ada belum declare cukai pendapatan untuk tahun-tahun sebelum 2018, kementerian kewangan sedang memberikan tawaran penalti pada kadar rendah sehingga 30 Jun 2019.

Nak larang merokok di kereta persendirian pulak?

Artikal 350 - Kenapa ya kementerian kesihatan beriya-iya sangat nak larang merokok di pelbagai tempat? Tahu tak beramai ramai perokok sedia ada? PRU15 nanti perokok nak undi PH? Bukan ke pastikan generasi baru lepas sekolah 100% tidak merokok sepatutnya yang kementerian kesihatan beriya-iya tunjuk kan. Ada nampak? Berapa ramai yang sedang sakit/mati sebab rokok berbanding sakit/mati sebab lain? Asap kenderaan di darat, laut dan udara tak bahaya kepada manusia dan alam sekitar, asap kilang tak bahaya? Jumlah penduduk di Malaysia di anggarkan seramai 32.4 juta pada 2018. Manakala kenderaan yang berdanftar di Malaysia sehingga kini adalah 30 juta. Berapa banyak asap kenderaan tu? Boleh nak hapuskan terus asap kenderaan? Nak capai penggunaan petrol 5.3 liter setiap 100 KM pun tak dapat lagi! Lagi banyak pencemaran sebab asap kenderaan dari asap rokok! Sekali lagi, berapa ramai yang merokok? Penduduk lelaki di Malaysia 16.7 juta manakala perempuan seramai 15.7 juta. Semua lelaki mero

Impak polisi amat besar

Artikal 349 - Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan agar berbincang dahulu sebelum umum dan laksanakan apa-apa polisi. Jika syarikat hanya bergantung kepada satu supplier sahaja, dan bila supplier tersebut hadapi masalah, pasti keseluruhan operasi syarikat akan terjejas sebab sedari awal polisi syarikat tidak memastikan mesti ada paling tidak dua supplier untuk sesuatu produk atau perkhidmatan agar bila yang satu supplier hadapi masalah, syarikat boleh atasi masalah tersebut dengan beralih kepada supplier ke-dua yang telah ditetapkan sedari awal bukannya gantung diri dengan bergantung sepenuhnya kepada satu supplier sahaja. Polisi setiap section pula, tak boleh nak buat polisi syok sendiri, sedangkan section-section lain di syarikat polisi mereka bercanggah dengan polisi yang dilaksanakan oleh section syok sendiri. Akhirnya kerugian besar dialami kerana polisi yang digunakan jelas tidak selaras dengan kelancaran keseluruhan operasi syarikat. QURAN 3:63 "But if they turn away

Teknologi penjimatan penggunaan tenaga

Artikal 348 - Semua lampu jalan raya akan gunakan teknologi LED dalam bulan september 2019 yang bukan sahaja akan menjadikan suasana nampak lebih cantik malah dapat menjimatkan penggunaan kuasa elektrik sehingga 50% berbanding 80% lampu semasa yang digunakan ketika ini. Pasti tiada lagi jalan yang tidak mempunyai lampu jalan selepas ini, ianya akan diperkembangkan ke papan tanda dan di bangunan. Rakyat Malaysia juga perlu menyedari dan bertukar ke pelbagai barang keperluan rumah yang mempunyai teknologi penjimatan penggunaan kuasa elektrik dan hasil penjimatan pasti anda akan dapat lihat di bil elektrik bulanan anda nanti setelah bertukar ke pelbagai barang keperluan rumah yang mempunyai teknologi penjimatan penggunaan kuasa elektrik. Suruhanjaya Tenaga mengklasifikasikan penjimatan penggunaan tenaga yang dimiliki pada sesuatu produk kepada yang paling menjimatkan mendapat 5 bintang. Carilah produk yang mencapai standard 5 bintang tersebut. QURAN 3:62 "Indeed, this is

Masih kena hadap masalah asas?

Artikal 347 - Kenapa masih berlaku masalah air tak ada? Elektrik tak ada? Perkara asas macam ni masih tak boleh nak selesai sampai sekarang? Pertambahan penduduk dah tentu akan menyebabkan pertambahan keperluan air dan elektrik di kawasan itu. Awal-awal kena pastikan cukup. Faktor cuaca bukan alasan kerana hanya perlu cukup persediaan . Bukan nya air tu kering serta merta. Bukan nya keperluan pertambahan air dan elektrik tu naik serta merta. Kalau masih abaikan perkara ni, pasti satu hari nanti akan ada masalah kena catu hari-hari tak boleh nak pastikan dapat guna air dan elektrik pada bila-bila masa saja diperlukan 24 jam sebab kena catu! Kita kerja bertahun-tahun untuk apa? Kalau kita tak kerja negara boleh maju? Masih nak hadap lagi masalah perkara paling asas? Macam mana mentadbir negara? Hanya buat undang-undang apa yang rakyat tak boleh lakukan saja ke? QURAN 3:61 "Then whoever argues with you about it after [this] knowledge has come to you - say, "Come, let

Keutamaan selamatkan nyawa?

Artikal 346 - Persoalannya, kenapa Hospital swasta terdekat nak GL bila berlaku kecemasan? Kementerian tutup mata?

Kerabat nak ambil alih kuasa Perdana Menteri?

Artikal 345 - Asalnya memang raja pun yang memerintah. Lepas tu barulah diwujudkan Perdana Menteri. Bila dah dapat kuasa, memang susah dah suara rakyat di ikuti. Ianya menakutkan rakyat kerana kuasa tersebut memberi impak yang besar dan untuk jangka masa yang amat panjang. Oleh sebab itu individu yang dipilih untuk memikul tanggungjawab amat penting untuk ditentukan. Susah nak tahu bagaimana individu akan menggunakan kuasa yang mereka ada. Hanya setelah individu tersebut dapat kuasa yang diberikan, barulah nampak siapa sebenar individu tersebut. Jika dahulu dia dikenali amat bagus, mungkin saja jadi tak berapa bagus kini. Realiti semasa membuktikan segalanya. QURAN 3:59 "Indeed, the example of Jesus to Allah is like that of Adam. He created Him from dust; then He said to him, "Be," and he was" "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman

LGBT yang beragama Islam

Artikal 344 - Realiti kini, LGBT turut memperjuangkan nasib LGBT yang beragama Islam di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja diperjuangkan oleh individu Muslim malah oleh penganut agama lain juga. Terdapat individu Muslimah yang tidak bertudung hingga ke akhir hayatnya, adakah dia bukan Muslim? Terdapat individu Muslim yang merokok walaupun rokok dihukumkan haram, adakah perokok itu bukan Muslim? Malaysia sebagai negara Islam juga tidak menggunakan undang-undang Islam yang wajib, adakah Malaysia juga bukan negara Islam? Dosa fitnah itu jelas lebih besar dari membunuh, adakah individu Muslim yang melakukan fitnah menjadikan ia bukan Muslim? QURAN 3:58 "This is what We recite to you, [O Muhammad], of [Our] verses and the precise [and wise] message" "Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat -

Lynas - Artikal 2

Artikal 343 - Dr M kata Lynas boleh terus beroperasi di Malaysia dengan mensyaratkan Lynas untuk mengurangkan kadar radioactive sebelum di bawa masuk ke Malaysia untuk bahan tersebut di proses dan sisa bahan tersebut setelah di proses mesti di eksport keluar dari Malaysia. Confirm tak mendedahkan rakyat dengan risiko bahan tersebut nanti untuk berpuluh-puluh tahun akan datang? Masalah semasa pengangkutan, pekerja, alam sekitar, masyarakat di sekitar Lynas dan segala bagai telah di ambil kira? Tiada yang terlepas pandang? Bagaimana LIMA di Langkawi yang bertujuan untuk menggalakkan industri pesawat kecil kini bertukar menjadi medan pertunjukkan pesawat besar perang yang membelanjakan duit yang banyak untuk tujuan membunuh? Bagaimana dengan Lynas nanti di masa akan datang? Adakah bebas dari pesawat perang juga bebas dari terkesan dengan bahan kimia merbahaya? Tempatnya jelas telah disediakan. QURAN 3:57 "But as for those who believed and did righteous deeds, He will give t

Kredit kad

ARTIKAL 342 - Jika anda punyai kredit kad, jangan pelik kenapa duit anda ada outstanding RM25 sebab ianya adalah service tax principal untuk setiap satu kredit kad. Kalau anda ada 4 kredit kad maka anda kena bayar RM100 service tax. Hubungi bank anda untuk stop guna mana-mana kad kredit anda sebelum service tax dikenakan. QURAN 3:56 "And as for those who disbelieved, I will punish them with a severe punishment in this world and the Hereafter, and they will have no helpers." "Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong"

Lynas - Artikal 1

Artikal 341 - Kalau kita kumpul duit sedikit demi sedikit, lambat laun jadi banyaklah duit kita. Kalau kita biar Lynas kumpul bahan kimia merbahaya sedikit demi sedikit, lambat laun padahnya pasti akan diterima oleh generasi akan datang. Kenapa Australia yang dah memang terbesar di dunia pengumpul sisa bahan kimia merbahaya nak buka cawangan beroperasi di Malaysia? Banyak lagi bisness yang boleh dijalankan di Malaysia yang tidak memperjudikan nasib generasi akan datang. PH kena sedar, rakyat Malaysia sokong PH pada PRU 14 kerana nak selamatkan Malaysia dari kleptokrasi. Itu sahaja. Tak boleh bagi ruang risiko. Sediakan tempat selamat atau bawa pulang sisa ke Australia juga tidak boleh diterima sama sekali. Lynas mesti ditutup. Jangan akan datang kata, "tak jangka jadi begitu lah, kesilapan teknikal lah, benca alam lah, kurang pengetahuan lah, terlepas pandang lah, macam-macam alasan keluar. Pada hal, kalau Lynas tak ada kat Malaysia ni, 100% segala alasan tu tak perlu!"

Equanimity

Artikal 340 - Akhirnya terbukti Genting yang mampu beli dengan harga RM514.14 juta bersamaan USD126 juta. Bila mata wang sesebuah negara itu besar, semuanya jadi lebih murah untuk di beli. Akhirnya negara yang bermatawang kecil akan terus menjadi hamba. Kerja yang 100% sama, pada jangka masa yang sama tapi dibayar dengan mata wang yang jauh nilai berbeza. Kerajaan seharusnya sentiasa mengutamakan rakyat dengan memastikan agar hidup semakin baik. Bukan sara hidup sahaja. Gmail kini dah 15 tahun! QURAN 3:54 "And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners." "Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."
SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more