Akta Kerja 1955
Pada Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955, berkaitan keadaan Covid-19 ketika ini, memperuntukkan perkara berikut: Majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan COVID-19. Pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, hendaklah diberikan kemudahan bayaran tambahan, selain diarahkan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan atas pembiayaan majikan. Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 14 hari jika tempoh bekerja kurang dua tahun, 18 hari jika bekerja antara dua hingga lima tahun dan 22 hari jika tempoh bekerja melebihi lima tahun. Sekiranya majikan tidak membenarkan cuti sakit bergaji, ia adalah suatu kesalahan. Pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan. Kementerian ...