Hak penjagaan anak yatim
Alhamdulillah. AZA kini telah mendapat hak penjagaan anak yatim yang kematian ibu dan bapanya baru-baru ini. Anak tersebut seorang masih bersekolah menengah dan seorang lagi masih bersekolah rendah. Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kami selama ini. Moga Allah memberikan segala kebaikan buat anda semua. Aamiin. Nota : Sepertimana dijelaskan oleh Ibn Manzur, beliau menukilkan bahawa Ibn Barriy berkata: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ) bagi kematian ibu manakala Al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”. (Lihat Lisan Al-‘Arab, 15/29) Berikut pula hasil perkongsian dari Ustaz Somad 1) Dari Sahl bin Sa’ad, ia berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Aku dan KAFIL ( كَافلُ ) anak yatim di dalam surga seperti ini”. Rasulullah Saw menunjuk jari TELUNJUK dari JARI TENGAH, beliau renggangkan antara keduanya”. (HR. al-Bukhari). Makna KAFIL ( كَافلُ )adalah: orang yang mengurus anak yatim. 2) “Orang yang meng...