AZRIZAINALABIDIN Artikal 161 - Panjang 1376 Cepat atau lambat, dapat atau tidak, impian menjadikan tindakan punyai orentasi berbanding tiada impian, hanya mengikut ke mana sahaja dibawa arus mengalir. Syukur sangat-sangat dengan apa yang telah dimiliki. Dengan izin Nya, lambat laun pasti impian akan tercapai. Realiti yang sedang dimiliki kini, sudah diketahui baik buruknya, sudah dirasai sendiri. Menggapai impian, cepat atau lambat, dapat atau tidak, belum tentu lagi baik buruknya. Hargai apa yang sedang dimiliki yang telah terbukti realitinya hanya itu sahaja yang sedang dimiliki. Berasa cukup dan bersyukur bukan menghilangkan rasa bersyukur. Terus berusaha paling tidak, baik untuk diri sendiri. Walaupun emas dicampak ke dalam longkang, ianya tetap berharga walau tidak dihargai oleh yang mencampakkannya. Bagi yang tahu menghargai, emas dijadikan perhiasan menambah lagi manfaat emas itu lagi. Membuatkan emas semakin dihargai. Segumpal tanah boleh dijadikan patung atau pencamba...