Artikal 412 - Panjang 974 Pengguna SAP ERP, bila nak order sesuatu material, perlu tahu berapa "planned delivery time" yang telah ditetapkan untuk material tersebut. Contoh jika planned delivery time untuk material A ditetapkan 60 days, maka 60 hari akan datang adalah tarikh paling cepat untuk delivery material tersebut. Anda boleh create demand berupa STO atau reservation pada tarikh 60 hari akan datang tersebut. Kat mana nak tengok planned delivery time tu? Pada skrin MD04, MRP 2, cari planned delivery time yang telah ditetapkan untuk material tersebut. Jika anda lihat planned delivery time adalah 0 atau blank, itu bukan bermakna anda boleh order hari ni, hari ni dapat, ianya blank atau kosong sebab material tersebut di produce oleh in-house bukan purchase part. Macam mana nak tahu barang tu purchase atau in-house? Masih pada skrin yang sama, lihat proc type. Jika "F" adalah purchase part dan jika "X" adalah in-house made. Itu sahaja. QURAN 3:...