Harga Per Liter untuk Petrol dan Diesel di Malaysia

 Harga petrol dan diesel masih naik kesan dari penutupan laluan Strait of Hormuz oleh Iran yang diserang oleh Amerika dan sekutunya Israel, UAE, Jordan, Kuwait, Bahrain, Qatar dan Saudi Arabia.

Harga Per Liter untuk Petrol dan Diesel di Malaysia pada 25 May 2026


  • Gred
    • Harga
  • RON 95 (Budi)
    • RM 1.99
  • RON 95
    • RM 4.07
  • RON 97
    • RM 4.85.
  • RON 100
    • RM 6.95.
  • V-Power Racing
    • RM 8.18.
  • Diesel Euro 5 B10
    • RM 4.97.
  • Diesel Euro 5 B10. (East) 
    • RM 2.15.
  • Diesel Euro 5 B7
    • RM 5.17.
  • Diesel Euro 5 B7. (East)
    • RM 2.35
  • Muatan penuh tangki motor guna petrol sekitar 4 liter manakala untuk kereta sekitar 40 liter.
  • Kadar cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di Malaysia disifarkan pada 1 Jun 2018, dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuatkuasa pada 1 September 2018. Namun, oleh kerana harga petrol dan diesel di Malaysia dikawal oleh kerajaan, maka harganya tidak terkesan oleh pertukaran tersebut.
  • Bermula 3 Mac 2021, pengumuman harga petrol dan diesel diubah dari hari Jumaat ke hari Rabu.
  • Pada 10 Jun 2024, subsidi diesel dimansuhkan di Semenanjung Malaysia, menyebabkan harga diesel meningkat dari RM2.15 ke RM3.35 seliter. Oleh itu, bermula 13 Jun 2024, pengumuman mingguan harga diesel dibuat secara berasingan bagi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sarawak, Sabah, W.P. Labuan).
  • Pada 30 Sep 2025, harga petrol RON95 dinaikkan kepada RM2.60 bagi pasaran umum, diturunkan kepada RM1.99 (dengan had 300 liter sebulan) bagi individu yang layak di bawah subsidi BUDI95 untuk petrol RON 95, dan dikekalkan pada RM2.05 bagi kenderaan komersial yang layak di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).
  • Bolehkah saya dan isteri menggunakan MyKad masing-masing untuk mengisi kenderaan yang sama? Ya, anda dan isteri atau mana-mana individu lain, boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk mengisi kenderaan yang sama, dengan syarat pemilik MyKad itu sendiri melakukan pembelian tersebut. Anda tidak dibenarkan menggunakan MyKad orang lain ataupun meminjamkan MyKad anda untuk tujuan pembelian BUDI95.
  • Hanya MyKad yang dikeluarkan bermula tahun 2001 mempunyai cip yang boleh mendapatkan subsidi.
  • Memegang dan menggunakan MyKad orang lain juga merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Peraturan 25).
  • Kenaikkan harga petrol menyebabkan orang ramai yang bergaji minima semakin kurang dapat menyimpan wang. Malah untuk menyimpan dalam bentuk membeli emas adalah mustahil kerana harga emas semasa yang tinggi. Manakala kenaikkan harga barang lain juga memberi kesan.

Anggaran km setiap hari untuk 300 liter petrol sebulan mengikut model kereta


  1. Perodua Axia (1.0 X) – 253 km per day
  2. Perodua Alza – 220 km per day
  3. Perodua Myvi – 211 km per day
  4. Perodua Bezza (1.3 X) – 210 km per day
  5. Toyota Vios – 192 km per day
  6. Perodua Ativa – 189 km per day
  7. Honda City (1.5 RS) – 179 km per day
  8. Proton Saga – 175 km per day
  9. Proton X50 – 164 km per day
  10. Toyota Vellfire/Alphard (2.5L) – 110 km per day
  11. Ford Ranger Raptor (3.0L V6) – 73 km per day
  12. Mercedes-AMG G63 – 64 km per day
  13. Dari Seremban ke Kuala Lumpur sekitar 180 km

SARA


  • Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off mulai 9 Februari 2026.
  • Pembelian dilakukan secara cashless dengan mengimbas MyKad anda di kaunter kedai sehingga Disember 2026 sahaja.
  • Senarai Kedai
    • Mydin
    • Giant
    • Econsave
    • Lotus
    • NSK
    • Speedmart 99
    • dan kedai runcit terpilih. 
  • RM100 sebulan untuk beli beras putih tempatan atau 15 kategori barangan keperluan asas merangkumi:
    1. Beras
    2. Roti
    3. Biskut
    4. Tepung
    5. Bahan Perasa
    6. Produk penjagaan diri
    7. Keperluan sekolah
    8. Makanan sejuk beku
    9. Telur
    10. Minyak masak
    11. Mi
    12. Minuman
    13. Makanan dalam tin
    14. Ubat-ubatan di kaunter
    15. Barang kerbersihan rumah

Budget Perbelanjaan Bulanan

  • Gaji minima 2026 = RM 1700
    • Rokok
      • RM 384.40
      • Baki RM 1315.60
    • Simpanan
      • RM 500 untuk kumpul beli emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Harga emas per gram pada 02 Mar 2026 = RM 671.86
      • Baki RM 815.60
    • Sewa
      • RM 250
      • Baki RM 565.60
    • Mobile data
      • RM 45
      • Baki RM 525.60
    • Petrol
      • RM 20 
      • Baki RM 505.60
    • Makan
      • RM 500
      • Baki RM 5.60

Kenapa buat simpanan dengan kumpul emas?


  1. Trend harga emas adalah naik. Bererti emas yang kita beli hari ini, pasti akan naik nilai pada masa akan datang. Ini terbukti dengan sejarah harga emas yang terus naik setiap tahun sejak zaman dahulu. Sejarah harga emas tak dapat nak tipu berbanding sejarah yang lain.
  2. Saat harga emas turun, itu adalah peluang terbaik untuk individu yang tak mampu beli emas saat harga emas mahal. Manakala buat mereka yang punya banyak wang, itu adalah peluang terbaik untuk beli emas lebih banyak dari kebiasaan saat harga emas turun.
  3. Adakah rugi kepada yang telah punyai emas saat harga emas turun. Tentu saja tidak kerana dahulu saat mereka beli emas tersebut, harga emas jauh lebih rendah dari harga emas hari ini.
  4. Bila waktu terbaik jual emas yang telah lama dikumpul? Pasti saja bila sudah tiada simpanan lain yang dapat digunakan. Emas adalah hasil simpanan bertahun-tahun. Bukan mudah untuk dapat mengumpul emas yang banyak. Malah hingga ke akhir hayat, masih ada sisa emas yang dapat diwariskan.
  5. Ramai orang yang mempunyai ibubapa yang tidak dapat mewariskan harta kepada anak-anak kerana bukan mudah untuk mengumpul harta. Membesarkan anak punyai pelbagai masalah sehingga ke akhir hayat. Jadi bila mampu mewariskan, itu adalah rahmat besar kepada waris.
  6. Majoriti orang melalui proses yang sama. Memang perlu ambil masa yang lama dari generasi ke generasi  untuk membantu generasi akan datang lebih banyak dapat warisan.
  7. Emas adalah warisan yang tak sama dengan tanah, rumah atau aset yang lain kerana emas mempunyai ciri-ciri aset terbaik berbanding aset yang lain. Bukan sahaja baik kepada pemilik emas itu sendiri, malah kepada pewaris emas.

Beza simpan setahun wang di bank vs simpan setahun sendiri emas


  • Tahun 2024
    • Harga emas per gram RM 376.91
    • Si A beli 26 gram emas RM 9,799.66
    • Si B simpan RM 10,000.00 dalam bank
  • Tahun 2025
    • Harga emas per gram RM 587.64
    • Si A untung RM 5,478.98 (26 x 587.64 = 15278.64 - 9799.66 )
    • Si B untung RM 100.00 ( 10,000 x 2%)
Biar wang banyak dan lama di bank rugi. Lebih baik wang tersebut buat beli emas. Wang banyak dan lama di bank juga kasi tahu kita tak perlu wang sebanyak itu buat belanja harian, bulanan atau tahunan. Lebih baik beli emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Comments

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini. So saya boleh tahu apa yang anda mahukan. Tapi kalau anda nak saya balas, sila guna ruangan comment. Anda boleh tambah create akaun baru google di mobile phone anda untuk comment kalau anda nak jaga privacy. Guna akaun baru tu khas untuk comment sahaja. Nak comment kat YouTube atau produk Google yang lain pun boleh.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more