Akta Kerja 1955
Pada Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955, berkaitan keadaan Covid-19 ketika ini, memperuntukkan perkara berikut:
- Majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan COVID-19.
- Pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, hendaklah diberikan kemudahan bayaran tambahan, selain diarahkan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan atas pembiayaan majikan.
- Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji dalam setahun adalah 14 hari jika tempoh bekerja kurang dua tahun, 18 hari jika bekerja antara dua hingga lima tahun dan 22 hari jika tempoh bekerja melebihi lima tahun.
- Sekiranya majikan tidak membenarkan cuti sakit bergaji, ia adalah suatu kesalahan.
- Pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan.
- Kementerian menegaskan, majikan juga tidak boleh melarang pekerja datang bekerja tanpa perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar.
- Majikan boleh mengarahkan mana-mana pekerja yang tidak sihat untuk tidak hadir bekerja dan membenarkan cuti bergaji dibayar kepada pekerja itu.
- Majikan juga boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja disebabkan COVID-19 seperti disyorkan tatacara untuk keharmonian perusahaan, iaitu mengehadkan kerja lebih masa dan mengurangkan hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja seminggu.
- Selain itu, majikan juga boleh mengurangkan waktu bekerja harian, melaksanakan pemberhentian kerja sementara, misalnya dalam bentuk penutupan sementara dengan menawarkan gaji berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula.
- Langkah terakhir yang boleh dilaksanakan selepas tindakan penjimatan kos lain sudah dilaksanakan ialah dengan mengurangkan gaji pekerja yang dibuat secara adil di semua peringkat.
- Kementerian juga meminta majikan merujuk garis panduan pengurusan pemberhentian pekerja yang boleh diperolehi di laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sekiranya perlu mengurangkan tenaga kerja akibat kemerosotan dalam perniagaan.
- Majikan dikehendaki menggunakan Borang Pemberhentian (PK) bagi tujuan melapor pemberhentian kepada JTK terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil tindakan pemberhentian pekerja termasuk secara sukarela, sementara atau pengurangan gaji.
- Kegagalan majikan mengikut undang-undang berdasarkan akta berkenaan boleh dikenakan hukuman, termasuk denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
- JTKSM menubuhkan bilik gerakan pemantauan pemberhentian pekerja di peringkat jabatan untuk merekod maklumat berhubung tindakan itu di Semenanjung dan memantau maklumat situasi perburuhan yang terjejas akibat penularan wabak itu.
- Pihak kementerian juga meminta majikan membuat saringan terhadap pekerja termasuk, membantu mengenal pasti sama ada terdapat dalam kalangan mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan tabligh dan perhimpunan keagamaan di Pulau Pinang.
- Sekiranya ada, kerjasama majikan dipohon supaya mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut.
QURAN 3:158
"Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan)"
"And whether you die or are killed, unto Allah you will be gathered."
"And whether you die or are killed, unto Allah you will be gathered."
Comments
Post a Comment