Tawaran upgrade Unifi speed

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 130 - Panjang 7423
Seorang yang mengaku dari bahagian jualan atau tele-marketing di TM menghubungi mobile phone AZA untuk tujuan berikut

1. Meningkatkan kelajuan UNIFI speed yang AZA langgani kini dengan charge tambahan ke atas bil bulanan.

2. Status AZA yang bebas contract UNIFI akan diperbaharui dengan ikatan selama 2 tahun jika bersetuju. Charge akan jadi mahal jika AZA gunakan plan baru itu nanti dan akan terkesan dengan contract baru.

3. Hypp TV plan pula akan diberikan dengan plan channel maksima yang ada pada masa kini. Namun AZA sudah ada ASTRO dan AZA tidak menggunakan Hypp TV sedari mula AZA menggunakan UNIFI. Malah hardware Hyyp TV telah AZA buang. Jika AZA tak buang dulu, mungkin juga AZA akan pertimbangkan untuk stop langgan ASTRO dan gunakan Hyyp TV sahaja.

4. Panggilan yang AZA buat menggunakan talian tetap ke seluruh Malaysia pula akan dikenakan charge dan tidak lagi percuma jika AZA bersetuju dengan tawaran ini.

Ketika dihubungi, AZA meminta ID si pemanggil tetapi beliau mengatakan "tak guna saya bagi ID kerana pihak TM tak dapat nak trace". Sebaliknya beliau memberitahu pelbagai perkara berkaitan akaun AZA dengan UNIFI bagi membuktikan beliau adalah benar dari TM.

Akhirnya AZA bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Beberapa hari kemudian, AZA mengubah fikiran dan ingin membatalkan persetujuan yang telah dibuat. AZA menghubungi TM ke nombor 100. Pihak TM pula bertanyakan ID Pemanggil dan bila panggilan dibuat.

Bukankah jelas bercanggah di situ?

Tak lama selepas itu, AZA menerima panggilan dari pihak TM meminta pengesahan pembatalan yang ingin AZA lakukan.

MENGAPA AZA MEMILIH UNTUK MEMBATALKAN PERSETUJUAN?

1. KELAJUAN - Kelajuan sedia ada UNIFI FIBRE BROADBAND yang sedang AZA gunakan dah laju bagi kami seisi rumah (30Mbps). Beza laju masa nak Download saja. Upload pula tak selaju Download. Bila browsing sama jer laju kalau tak upgrade pun. Tak rasa ketara bezanya. Bukan selalu pun nak Download atau Upload ni. Lebih banyak browsing jer bila guna internet ni.

Selain unifi fibre broadband, ada juga plan untuk unifi wireless broadband dan unifi broadband.

Apa yang nak asyik di download? Kalau tengok movie pun tak adanya nak tengok berulang-ulang movie yang sama. Banyak lagi movie lain di seluruh dunia ni yang belum kita tengok. Download banyak-banyak pun buat semak memori komputer jer. Pastu bertahun tak usik file yang dah di download. Itu belum lagi bagai nak gila cari apa yang telah di download. Movielah, lagu, gambar, document, segala bagai.

Tengok sahaja mobile phone. Ntah apa yang di download. Buat semak jer.

Korea yang terkenal internet paling laju di dunia sehingga ke hari ini pun tak menggunakan internet seperti kebanyakkan negara Inggeris yang memonopoli internet walaupun negara Inggeris tersebut internet speed mereka jauh lebih perlahan berbanding Korea. Bagaimana memanfaatkan Internet atau apa jua, itu yang lebih perlu dititikberatkan.

2. CONTRACT - Dah bebas contract. Tak nak terikat dengan contract baru, syarat baru, dan tak nak lepas manfaat sedia ada yang tak ada pada plan baru..

3. CHARGE - Mungkin nampak sedikit bagi anda tapi ia dapat digunakan untuk bayar bil mobile phone prepaid dan tidak terkesan dengan contract baru. Kenapa nak tambah komitmen bulanan sedangkan banyak lagi keperluan lain yang perlukan duit juga dan belum dimiliki.

4. HYPP TV - Kami sedang gunakan ASTRO. Kecuali TM nak beri hardware percuma baru lagi tanpa charge, berkemungkinan besar kami akan stop guna ASTRO. Hardware lama AZA dah buang. Buat apa simpan kalau tak guna kan? Patutnya TM yang simpan hardware tu, just in case in future AZA nak guna HYPP TV kan? AZA kena charge wajib MYR 30 walaupun tak guna hypp tv dan perlu tambah lagi MYR 119 untuk plan yang sedang AZA gunakan.

5. PANGGILAN KE TALIAN TETAP SELURUH MALAYSIA PERCUMA - Memang jarang guna. Tapi percuma. (Siapa ambil plan baru bab yang ni akan kena charge ikut jumlah penggunaan semasa).

6. PENGGUNAAN DI RUMAH - Tak banyak masa dapat guna internet di rumah walaupun plan yang sedang AZA gunakan unlimited data.

Perbandingan harga pada 03 March 2019

MALAYSIA (UniFi)

Monthly : MYR 129.00
Download : 100 Mbps
Upload : 50 Mbps

SINGAPORE (StarHub)

Monthly : MYR 118.58
Download : 200 Mbps
Upload : 200 Mbps

Singapura sehingga ke hari ini menikmati air murah dari Malaysia kesan dari perjanjian pemimpin terdahulu! Banyak wang Singapura dapat jimatkan. Sehinggakan rakyat Singapura dapat gunakan internet berkelajuan tinggi pada harga lebih rendah berbanding Malaysia.

Pelanggan baru UNIFI dengan contract 2 tahun.

MYR 129.00 X 24 bulan = MYR 3096.00

Kalau anda hanya guna prepaid tanpa UNIFI

Prepaid MYR 30.00 X 24 bulan = MYR 720.00

Jika ada simpan duit MYR 129.00 selama 2 tahun, anda akan dapat MYR 3096.00 dan boleh beli komputer jika anda belum punyai komputer. Cari computer baru yang gunakan Windows 7 kerana harga lebih murah. Tak perlu guna Windows 10 tapi sekarang Windows 10 pun dah murah kan. AZA beli komputer secara online pada harga MYR 1823.00 di https://dell.com

Patutnya MYR 1823.00 tu bila dah bertahun boleh dapat spec komputer yang lagi bagus dengan jumlah wang sebanyak tu. Ini tak. Itulah kalau bisness tidak islamik benda macam ni pasti akan terjadi.

Dah ada komputer, nak kena consider juga beli Microsoft Office. Sekarang  MYR 27 sebulan! Komitmen bulanan bertambah lagi. Dulu boleh beli one-off license Microsoft Office. Sekarang dah tak ada. Again masalah bisnes tak islamik.

Dah ada komputer, guna internet, perlu ada anti virus pula. Beli komputer dah lah mahal. Kang kalau komputer kena virus sebab tak ada anti virus dah tak boleh nak guna komputer lagi. Setahun anti virus MYR 139.99. Duit lagi tu.

kalau anda nak lagi jimat. tak perlu langgan ASTRO. cukup ada UNIFI. Tak ada HYPP TV pun tak apa. Ada banyak movie di seluruh dunia yang boleh anda tengok di internet.

Broadband? Unifi atau TIME?

Unifi = MYR 129.00 / Month > 100 Mbps
TIME = MYR 99.00 / Month > 100 Mbps
StarHub = MYR118.58 / Month > 200 Mbps

Lebih 2 kali ganda laju pada harga lebih murah!

Tengok jer rasa nak marah!

Mana tak nya, terang-terang business tidak islamic. Tak jujur. Menipu. Brand lain boleh berikan value yang jauh lebih baik, bak langit dengan bumi, pada harga yang lebih murah!

Nak lihat plan yang ditawarkan oleh TIME?

Sumber non encrypted http://www.time.com.my/personal/broadband/fibre-broadband

Pengalaman AZA sendiri dengan TM

AZA tak percaya lagi dengan janji TM. Bagi AZA TM tidak profesional. Ia syarikat monopoli di Malaysia tetapi servis yang AZA alami sendiri dari TM AZA rasakan seperti TM macam syarikat baru bukak. Bila AZA laporkan masalah, berkali-kali asyik buat report yang baru. Report lama AZA ditutup walaupun masalah tak selesai. Lebih teruk dari itu langsung tiada sebarang maklum balas kepada AZA melainkan pemberitahuan report lama AZA ditutup kerana masalah dianggap selesai walaupun realitinya masalah sama saja walaupun dah berkali-kali AZA buat report masalah yang sama.

Setiap kali buat report AZA kena tunggu 1 minggu. Lepas tu buat report lagi dan tunggu lagi dan buat report lagi berulang kali. Lebih teruk bila AZA report kepada pihak pengurusan TM tanpa nombor report pun sama juga masalah tetap sama tak selesai.

AZA memang akan pastikan tak mis buat report bila sahaja ada apa masalah. AZA juga tak akan bagi muka bila masalah tak selesai dan AZA akan report pula ke kementerian. TM atau mana-mana syarikat memang takut kementerian campur tangan kerana mereka boleh dikenakan pelbagai tindakan. Oleh sebab itu, jangan malas nak buat report berkenaan apa jua masalah seharian yang anda hadapi. APA SAHAJA. Bukan berkenaan unifi sahaja! Just buat report agar data report anda dan individu lain dapat menggambarkan realiti yang berlaku. Tanpa data tak dapat nak ukur.

AZA tak nak lagi percaya dengan tele-marketing atau apa juga tawaran. Memang ada rakan pernah mengadu hadapi masalah dengan TM sebelum ini. Bila AZA sendiri yang alaminya, ianya memberi isyarat jelas kepada AZA bahawa TM atau mana-mana jenama, se-gah mana pun apa jua jenama, susah dah AZA nak percaya dengan business yang ternyata tidak praktikkan Islamik. Jika tinggi sangat permintaan AZA untuk mereka benar-benar praktikkan Islam dalam perniagaan mereka, paling tidak profesional lah.

Of course bukan 100% teruk sangat TM tu. Ada juga yang part yang bagus. Tapi yang bagus tu memang semua business mesti kena buat.

Sekian artikal pada kali ini.

Quran 2:130

"Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya)."

"And who would be averse to the religion of Abraham except one who makes a fool of himself. And We had chosen him in this world, and indeed he, in the Hereafter, will be among the righteous."

Kefahaman AZA

"Individu yang membenci Agama Islam adalah jelas membodohkan diri mereka sendiri kerana hanya individu Islam sahaja yang Allah takrifkan sebagai "baik" dan diangkat martabatnya oleh Allah mengikut amal individu tersebut. Segala kebaikkan yang dilakukan oleh individu bukan Islam ketika hidup 100% Allah tidak terima sebagai kebaikkan kerana menafikan Allah, malah Allah sediakan neraka untuk individu yang zalim menafikan Allah walaupun individu tersebut melakukan pelbagai kebaikkan semasa hidupnya"

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more