Pembelajaran melalui TV akan dimulakan di Malaysia
Blog AZA
Sejak 28 March 2020, KPM telah melakukan kaji selidik penggunaan gadgets pelajar di rumah. 500 ribu dari 700 ribu yang mempunyai akses internet telah menjawab kaji selidik itu.
80% pelajar sekolah menengah dan 36% sekolah rendah memiliki smartphones. Manakala untuk device yang lain seperti Tablets, Desktop dan Laptop antara 5-14%.
Kebanyakan pelajar mempunyai akses internet melalui smartphone dan itu menjadi masalah apabila melibatkan pembelajaran yang rumit.
Oleh sebab itu, pembelajaran melalui TV akan diperkenalkan pada minggu hadapan di channel TV Okey RTM.
LESSON LEARNED
Ibubapa lebih mengutamakan untuk membelikan anak-anak smartphone berbanding desktop/laptop. Oleh sebab itu asas kepentingan untuk kesinambungan pembelajaran anak-anak tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan apabila menghadapi situasi Covid-19 atau apa juga situasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Masih terdapat anak-anak yang tiada akses internet jelas memerlukan komitment kerajaan untuk memastikan setiap pelusuk di Malaysia diadakan prasarana untuk mendapatkan akses internet.
Tindakan ibubapa dan Kementerian Pendidikan perlu selari untuk mencapai objektif pendidikan di Malaysia. Penggunaan IoT digunakan dipelbagai bidang pekerjaan dan penggunaan IoT sejak sekolah rendah, menengah, IPT perlulah berterusan kerana teknologi IoT sentiasa berubah dan dipertingkatkan di seluruh dunia. Ianya tidak boleh menunggu sesiapa untuk bersedia sebaliknya anak-anak, ibubapa, guru-guru dan Kementerian Pendidikan perlu mengejar teknologi untuk pendidikan seiring dengan pencapaian teknologi semasa.

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.
QURAN 3:172
"Those [believers] who responded to Allah and the Messenger after injury had struck them. For those who did good among them and feared Allah is a great reward"
"Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar"
Comments
Post a Comment