Bagaimana untuk memutuskan rangkaian covid-19 di Selangor ?


Blog AZA

Pasti anda tertanya mengapa hanya di Selangor sahaja ? Kenapa tidak di Malaysia atau di seluruh dunia kan ? Ini kerana ternyata apabila kes covid-19 masih terus bertambah makanya skop kawalan perlu diperkecilkan agar lebih mudah untuk memutuskan rangkaian covid-19.

Betul. Tapinya kan ramai yang keluar masuk ke Selangor ?

Makanya kawalan kemasukkan ke Selangor perlu dimantapkan agar tiada individu yang di luar Selangor membawa masuk covid-19 ke Selangor.

Selangor punyai app Selangkah yang diakui lebih bagus dari MySejahtera. Makanya ini akan membantu Selangor untuk lebih pasti dapat memutuskan rangkaian covid-19. Keberkesanan app Selangkah tidak dapat diteruskan dahulu kerana kerajaan persekutuan mewajibkan untuk Malaysia menggunakan MySejahtera lantas data pada app Selangkah tidak dapat diteruskan sejak saat itu.

Bukankah covid-19 hanya memerlukan tempoh 14 hari untuk diputuskan rangkaian wabaknya?

Betul. Tapi mengapa sudah setahun masih tak putus? Ini jelas kerana kawalan kemasukan yang lemah. Siapa pun boleh bergerak bebas di dalam Malaysia. Oleh sebab itu kerajaan negeri Selangor perlu menjaga negerinya kerana jelas kerajaan persekutuan sudah setahun gagal memutuskan rangkaian covid-19 di Malaysia.

Apa perbezaan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor berbanding kerajaan persekutuan untuk memutuskan rangkaian wabak covid-19 di negeri Selangor?

Kerajaan negeri Selangor boleh menetapkan dengan meminimakan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi di negeri Selangor sedang di negeri lain tidak.

Mengawal kemasukan individu ke negeri Selangor sedang di negeri lain tidak.

Betul cukup 14 hari sahaja untuk sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi di Selangor?

Ya. Selepas tempoh tersebut Selangor sudah bebas dari covid-19 berbanding sekarang dah setahun masih tak dapat memutuskan rangkaian covid-19 kerana kerajaan persekutuan semakin banyak membenarkan sektor ekonomi boleh beroperasi dan dalam masa yang sama individu di benar keluar masuk ke mana-mana sahaja negeri di dalam Malaysia.

Apa yang berlaku selepas tempoh 14 hari tersebut?

Selangor perlu terus mengawal kemasukan individu ke Selangor sampai bila-bila kerana jika ada virus lain pada masa akan datang makanya Selangor dapat memastikan tiada yang terlepas masuk ke Selangor.

Selepas tempoh 14 hari tersebut semua ekonomi di Selangor boleh terus beroperasi, tidak perlu lagi pakai mask, sudah boleh ke sekolah, masjid boleh diguna seperti dahulu. Semuanya kembali normal seperti dahulu.

Serius begitu?

Ya. Kenapa tidak ? Semasa 14 hari ekonomi tidak dibenarkan beroperasi di Selangor, semua orang duduk di rumah. Selepas 14 hari semua orang di Selangor dah bebas dari covid-19 dan boleh menjalani kehidupan normal seperti dahulu tetapi hanya di dalam Selangor sahaja. Ini kerana di luar Selangor mereka belum bebas.

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.




QURAN 4:5

"And do not give the weak-minded your property, which Allah has made a means of sustenance for you, but provide for them with it and clothe them and speak to them words of appropriate kindness."

"Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik."

Sumber: Quran.Com - English (Sahih International), Malay (Abdullah Muhammad Basmeih)

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more