Penangguhan perhimpunan tahunan PPBM kali ke-2
AZRIZAINALABIDIN Artikal 309 - Panjang 7685 Baru sahaja berakhir perhimpunan kali ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB) atau lebih dikenali sebagai (bersatu) yang melibatkan 1900 orang perwakilan. Berikut antara perincian yang dapat dikongsikan menurut pemerhatian AZA kerana pasti berbeza terdapat perbezaan kefahaman individu walaupun menyaksikan persidangan yang sama. PPBM PPBM diwujudkan ketika menghampiri PRU14. Parti itu hampir sahaja tidak dapat menyertai PRU14 kerana tidak didaftarkan dan menjadi antara pengajaran untuk mengubah syarat dan kawalan pada PRU15 akan datang. Tun M meninggalkan UMNO yang telah lama kukuh dan kaya raya dan menubuhkan PPBM dengan realiti PPBM ketiadaan wang menghadapi PRU14. PPBM ditubuhkan bagi memberi perlindungan dan jaminan kepada masa depan bangsa melayu. Pelbagai bangsa menganut Islam tetapi hanya melayu sahaja secara keseluruhannya adalah bangsa yang diketahui seluruh dunia menganut Islam. PPBM memenangi 13 dari 52 kerusi yang suk...