Penangguhan perhimpunan tahunan PPBM kali ke-2
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 309 - Panjang 7685
Baru sahaja berakhir perhimpunan kali ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB) atau lebih dikenali sebagai (bersatu) yang melibatkan 1900 orang perwakilan. Berikut antara perincian yang dapat dikongsikan menurut pemerhatian AZA kerana pasti berbeza terdapat perbezaan kefahaman individu walaupun menyaksikan persidangan yang sama.
PPBM diwujudkan ketika menghampiri PRU14. Parti itu hampir sahaja tidak dapat menyertai PRU14 kerana tidak didaftarkan dan menjadi antara pengajaran untuk mengubah syarat dan kawalan pada PRU15 akan datang. Tun M meninggalkan UMNO yang telah lama kukuh dan kaya raya dan menubuhkan PPBM dengan realiti PPBM ketiadaan wang menghadapi PRU14.
PPBM ditubuhkan bagi memberi perlindungan dan jaminan kepada masa depan bangsa melayu. Pelbagai bangsa menganut Islam tetapi hanya melayu sahaja secara keseluruhannya adalah bangsa yang diketahui seluruh dunia menganut Islam. PPBM memenangi 13 dari 52 kerusi yang sukar ditandingi disamping kekeliruan kerana tidak dapat menggunakan logo PPBM sendiri. Namun akhirnya hasil gabungan PPBM bersama PH akhirnya PH dapat menjadi kerajaan hasil PRU14. PPBM yang sama bermula dengan PH berjaya menjadi kerajaan mahu bangsa melayu paling tidak dapat sama tinggi dengan ahli PH dan di Malaysia.
PPBM memberi fokus kepada melayu kerana realiti jurang kaya miskin dapat dikenali dengan mudah hanya dengan mengetahui bangsa individu. Jurang ini perlu dirapatkan untuk memastikan seluruh bangsa di Malaysia akhirnya akan sama-sama dapat menikmati kemakmuran tanpa merampas hak bangsa lain.
Ternyata data 60% melayu di Malaysia sudah menjadi majoriti tetapi perpecahan melayu dalam pelbagai parti menjadikan melayu bukan lagi majoriti dan PPBM berjuang untuk menyedarkan masyarakat melayu akan kehilangan mudah majoriti hanya melalui perpecahan dalam pelbagai parti apatah lagi untuk memperjuangkan masa depan melayu dan Islam itu sendiri. Jumlah ahli dalam parti menzahirkan majoriti yang perlu dipertahankan dan ditambah dari masa ke semasa. Perebutan kuasa menyebabkan perpecahan melayu yang membawa bersama penyokong melayu yang pro individu dan mengabaikan perjuangan bangsa melayu.
Persaingan sihat akan mengangkat kebaikkan dan mencambah pelbagai kemajuan, pilihan dan akhirnya yang terbaik akan terserlah dan terbukti dengan sendirinya. Tanpa daya saing melayu pasti akan tewas dalam persaingan. Pelbagai perkara diperlukan bagi memastikan daya saing dari peringkat individu, kumpulan hinggalah perkara yang melibatkan polisi.
Pengorbanan adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat kerana tidak semua perkara individu boleh elak tanpa melibatkan pengorbanan. Tiada jaminan bagi pengorbanan yang dilakukan mendapat balasan kecuali pasti di Akhirat kelak akan dibalas. Perkara utama yang mesti dijunjung adalah Alif Ba Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air dengan mengenepikan kepentingan peribadi.
Perubahan paling minima diperlukan dengan setiap individu itu sendiri melakukan perubahan untuk mendapatkan kekuatan. Seterusnya barulah sokongan dari perkara berkaitan untuk memperkasakan dan mempermudahkan.
Kelemahan dan kekurangan dapat di imbas untuk menilai kebenaran dan seterusnya sebarang keperluan membuat pembetulan. Teguran dapat menzahirkan perkara yang mungkin terlepas pandang. Teguran yang berasas jika diabaikan akan menjadi faktor kekalahan.
Setiap hasil baik buruk dari keputusan yang dibuat mestilah penuh bertanggungjawab dengan memastikan untuk kesan jangka panjang, pelbagai perkara yang akan terkesan dan peratusan kebarangkalian keberjayaan.
Matlamat hanya akan dapat dicapai dengan mengenepikan kedegilan dan mempraktikkan tolak ansur. Tiada ruang untuk tolak ansur jika mengancam hak orang melayu.
Kelemahan komunikasi akan menjerumus parti kepada kegagalan untuk interaksi dalam parti dan public.
Segala yang digariskan dalam manifesto memberi gambaran jelas apa yang perlu dicapai dan komunikasi berkesan perlu dari masa ke semasa untuk memperjelaskan progress dari perkara manifesto.
Realiti semasa dengan mudah memperlihatkan pelbagai drama. PPBM perlu jujur dalam perjuangan kerana luka yang UMNO tinggalkan sudah cukup parah untuk bangsa melayu. Jika PPBM juga mengulangi kesilapan yang sama, pasti melayu akan hilang di dunia. PPBM perlu bermula dari kosong untuk jadi kaya raya macam UMNO dan ianya satu kehilangan besar buat bangsa melayu.
Cadangan untuk melibatkan keseluruhan ahli dalam pengundian struktur organisasi PPBM dapat menzahirkan suara ahli bukan sahaja hanya ketika PRU tetapi pemilihan peneraju jentera dalam PPBM itu sendiri.
Kesukaran mengharungi PRU14 menjadi pembakar semangat kerana kini lebih mudah untuk menzahirkan matlamat. Kualiti pengundi semasa akan dapat melihat sebarang kepercayaan yang disia-siakan.
Tiada siapa dapat memantau 100% individu setiap masa. Oleh sebab itu amanah yang diberi perlu dijaga agar tidak mencemar diri, parti dan negara.
Disiplin dapat memastikan imej parti terjaga dan jentera parti dapat bergerak tanpa terbazir menangani masalah disiplin yang memberi kesan kepada perkara berkaitan.
Petanda jelas yang terbukti adalah teladan. Setiap individu adalah pemimpin dan memimpin individu lain memerlukan segala kualiti yang diperlukan untuk dipraktikkan dan kawalan diri yang akan memberi kesan terhadap teladan.
AZA melihat langkah minima yang perlu untuk menjamin masa depan melayu adalah dengan individu melayu itu sendiri bersatu membentuk majoriti dalam satu parti dan mengenepikan apa jua alasan dan kepentingan untuk memastikan kejayaan majoriti tercapai. Mana-mana melayu yang tidak menyertai PPBM adalah jelas menjejaskan majoriti bangsa melayu dengan cara paling mudah. Parti baru PPBM adalah jelas 100% memperjuangkan masa depan melayu dan bersih dari palit hitam yang pernah ada pada mana-mana parti sebelum ini. Kain putih ini adalah harapan baru untuk bangsa melayu mencorak masa depan melayu dan pasti turut menjamin masa depan individu Islam di Malaysia.
SETERUSNYA
Bentuk bumi datar (Flat Earth) bukan bulat (Globe)?
Artikal 309 - Panjang 7685
Baru sahaja berakhir perhimpunan kali ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB) atau lebih dikenali sebagai (bersatu) yang melibatkan 1900 orang perwakilan. Berikut antara perincian yang dapat dikongsikan menurut pemerhatian AZA kerana pasti berbeza terdapat perbezaan kefahaman individu walaupun menyaksikan persidangan yang sama.
PPBM
PPBM ditubuhkan bagi memberi perlindungan dan jaminan kepada masa depan bangsa melayu. Pelbagai bangsa menganut Islam tetapi hanya melayu sahaja secara keseluruhannya adalah bangsa yang diketahui seluruh dunia menganut Islam. PPBM memenangi 13 dari 52 kerusi yang sukar ditandingi disamping kekeliruan kerana tidak dapat menggunakan logo PPBM sendiri. Namun akhirnya hasil gabungan PPBM bersama PH akhirnya PH dapat menjadi kerajaan hasil PRU14. PPBM yang sama bermula dengan PH berjaya menjadi kerajaan mahu bangsa melayu paling tidak dapat sama tinggi dengan ahli PH dan di Malaysia.
MELAYU
Ternyata data 60% melayu di Malaysia sudah menjadi majoriti tetapi perpecahan melayu dalam pelbagai parti menjadikan melayu bukan lagi majoriti dan PPBM berjuang untuk menyedarkan masyarakat melayu akan kehilangan mudah majoriti hanya melalui perpecahan dalam pelbagai parti apatah lagi untuk memperjuangkan masa depan melayu dan Islam itu sendiri. Jumlah ahli dalam parti menzahirkan majoriti yang perlu dipertahankan dan ditambah dari masa ke semasa. Perebutan kuasa menyebabkan perpecahan melayu yang membawa bersama penyokong melayu yang pro individu dan mengabaikan perjuangan bangsa melayu.
DAYA SAING
PENGORBANAN
PERUBAHAN
TEGURAN
TANGGUNGJAWAB
TOLAK ANSUR
KOMUNIKASI
MANIFESTO
DRAMA
UNDI
RAJIN
AMANAH
DISIPLIN
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
KESIMPULAN
QURAN 3:23
"Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu)"
"Do you not consider, [O Muhammad], those who were given a portion of the Scripture? They are invited to the Scripture of Allah that it should arbitrate between them; then a party of them turns away, and they are refusing"
KEFAHAMAN AZA
"Individu yang menafikan kebenaran adalah jelas berlaku zalim terhadap diri sendiri"
LABEL
Bentuk bumi datar (Flat Earth) bukan bulat (Globe)?
SEBELUMNYA