Jangan dedah privacy anda di group whatsapp
Isu privacy buat pengguna handphone semakin menjadi penting kerana bukan semua pengguna handphone tahu mereka sedang terkesan. Ini kerana mereka tidak sedar atau tidak mengikuti perkembangan semasa bagaimana isu privacy memberi kesan kepada mereka. Oleh sebab itu. artikal ini disediakan bagi membantu pengguna handphone agar lebih sensitif dengan isu privacy ini.
PERSONAL IDENTITY INFO (PII)
Apa itu PII?
PII adalah segala apa jua maklumat anda atau berkaitan dengan anda yang dapat dikumpul oleh pihak lain yang mungkin akan disalah guna oleh sesiapa yang mengetahuinya.
HANDPHONE
Membeli handphone sahaja sudah membuka peluang bermulanya isu privacy. Anda memberi pelbagai maklumat privacy anda kepada penjual samada anda membelinya dikedai atau secara online samada ke penjual handphone atau network provider seperti celcom, maxis dan lain-lain yang menawarkan pakej pembelian handphone. Antara isu privacy tersebut adalah:
1. MyKad
2. Akaun bank
3. Nombor telefon
MyKad
Semua orang tahu MyKad mengandungi pelbagai data privacy anda yang mungkin akan disalah guna oleh sesiapa yang mengetahuinya. Realiti hari ini, ramai pihak yang dapat maklumat tersebut bukan sahaja data dalam bentuk text tetapi dalam bentuk screenshot yang memberi lebih banyak maklumat terperinci anda kerana gambar anda juga turut dapat direkod dengan mudah hanya dengan screenshot dan mudah di forward ke mana-mana.
AKAUN BANK
Nombor akaun bank anda adalah privacy anda yang jika diketahui oleh pihak lain ianya akan menjadi menjadi data penting buat mereka. Nombor akaun anda akan disimpan dipangkalan data mereka bukan untuk mereka ambil duit anda kerana mereka tak dapat berbuat demikian tetapi mereka akan gunakan ianya sebagai Personal Identity Info (PII) anda.
NOMBOR TELEFON
Nombor telefon anda sepatutnya hanya diketahui oleh individu lain yang anda mahu sahaja. Tetapi realiti hari ramai yang tahu nombor anda kerana mereka menetapkan syarat untuk anda memberikan nombor telefon anda untuk membolehkan anda daftar apa-apa apps, mohon apa-apa, majoritinya mahu tahu nombor telefon anda yang akhirnya mungkin akan disalah guna oleh sesiapa yang mengetahuinya.
GROUP WHATSAPP
Anda tak mahu orang lain dapat PII anda tetapi anda tidak sedar, PII anda dikumpul oleh individu lain yang sama join group yang anda sertai melalui cara berikut:
1.Bila anda join group WHATSAPP, orang lain yang tiada save contact number anda hanya akan nampak nombor handphone anda. Betul? Nah. Di situ sahaja anda sudah gagal menjaga PII anda kerana orang lain boleh tahu apa nombor handphone anda sedangkan nombor telefon anda sepatutnya hanya diketahui oleh individu lain yang anda mahu sahaja.
2.Bila anda letak nama anda di profil WHATSAPP anda, mereka dapat tahu nama anda. Tadi dapat tahu nombor handphone anda. Kini mereka dapat tambah PII anda dengan dapat tahu nama anda pula.
3.Bila dah tahu nombor handphone anda, mereka save nombor handphone anda. Nah ini lagi PII anda mereka dapat iaitu gambar anda. Ini berlaku kerana anda letak gambar anda di profil WHATSAPP anda. Tadi dapat tahu nombor telefon dan nama jer, kini bagaimana rupa orangnya pun mereka dah dapat tahu. Lebih parah, ada yang letak gambar sekeluarga. Bukan siapa anda sahaja mereka tahu malah bonus dapat tahu seluruh ahli keluarga anda.
4.Dalam group WHATSAPP, anda atau individu lain post message yang mendedahkan pelbagai PII anda atau orang lain seperti alamat, document, lokasi dan sebagainya.
5.Segala maklumat dalam apa jua bentuk dikumpul bagi menambah PII anda yang mungkin akan disalah guna oleh sesiapa yang mengetahuinya.
6.Orang perseorangan yang mengumpul PII anda tidak sehebat WHATSAPP atau brand apps yang lain kerana WHATSAPP mengumpul PII anda secara sistematik dan automatik melalui persetujuan anda menerima syarat untuk memberi pelbagai akses ke data peribadi anda untuk menggunakan WHATSAPP.
7.Mana lebih bahaya? Orang perseorangan atau WHATSAPP? Soalan yang lebih penting adalah dah berapa banyak PII anda telah dan sedang dikumpul oleh pihak lain? Itu yang lebih kritikal.
8.Bagaimana cara nak jaga agar pihak lain tak dapat kumpul PII anda? Berapa banyak group WHATSAPP yang anda sedang sertai sekarang? Bagi yang tak sedar menjaga PPI mungkin dah terlambat tapi belum terlambat untuk bertindak dari terus-terusan PII dikumpul oleh pihak lain.
Comments
Post a Comment