Tarikh akhir untuk setuju syarat baru WhatsApp
Jika dulu sesiapa yang tidak bersetuju dengan syarat baru WhatsApp makanya WhatsApp akan delete account mereka atau akan menghilangkan beberapa fungsi WhatsApp tapi terkini WhatsApp telah melanjutkan tempoh untuk bersetuju dari asalnya febuari sehinggalah ditangguhkan semula ke 15 Mei 2021 kerana ramai yang telah beralih ke apps yang lain seperti Telegram, Signal dan lain-lain kerana khuatir data WhatsApp mereka akan dikongsikan ke Facebook dengan syarat baru WhatsApp itu.
Jika anda masih tidak mahu terima syarat terkini WhatsApp maka anda akan kehilangan fungsi WhatsApp iaitu untuk baca dan hantar message tetapi masih boleh dapat notification dan buat call untuk beberapa tempoh setelah tamat tarikh akhir itu dan selepas itu anda tidak akan dapat fungsi penuh WhatsApp. Reminder untuk terima juga syarat baru WhatsApp itu akan terus dipaparkan kepada anda selepas tarikh itu.
WhatsApp berharap akhirnya anda akan bersetuju dengan syarat baru tersebut. Jika sehingga 120 hari selepas tarikh akhir itu anda masih tak nak terima syarat itu, makanya account anda akan WhatsApp delete iaitu pada 13 Sep 2021. Buat anda yang takut tertekan butang bersetuju dengan syarat baru WhatsApp itu bolehlah mula mencari platform alternatif untuk membiasakan diri berkomunikasi dengan contact anda di platform yang baru.
Dah bersetuju tak boleh nak u-turn kecuali tukar nombor baru tanpa dapat fungsi tukar nombor secara auto di WhatsApp kerana fungsi itu hanya untuk pemilik account yang bersetuju dengan syarat baru WhatsApp sahaja.
Perbandingan fungsi WhatsApp vs Telegram
End-to-End Encryption
WhatsApp: ADA (Memang Default)
Telegram : ADA (Melalui Secret Chats)
Live Location/Location sending
WhatsApp: ADA
Telegram : ADA
Public Channels
WhatsApp: TIADA
Telegram : ADA
Public Groups
WhatsApp: Sehingga 256 contacts
Telegram : Sehingga 75,000 contacts
Secret Chats
WhatsApp: ADA (Memang Default)
Telegram : ADA (Pilihan)
Status Message
WhatsApp: ADA
Telegram : ADA (Dikenali sebagai Bio)
Usernames
WhatsApp: TIADA
Telegram : ADA
Video Calls
WhatsApp: ADA
Telegram : ADA
Video Messages
WhatsApp: ADA
Telegram : ADA
Voice/Audio Calls
WhatsApp: ADA
Telegram : ADA
Web/Desktop version
WhatsApp: ADA (Memerlukan internet phone anda mesti dalam keadaan aktif)
Telegram : ADA
Ramai yang memilih Telegram kerana pembelajaran secara online melibatkan ramai guru, pelajar dan ibubapa telah memiliki account Telegram sejak Covid 19 melanda di seluruh dunia. Ramai yang mula jarang-jarang menggunakan WhatsApp dan bertukar ke Telegram untuk membiasakan diri bersama contacts mereka.
Info yang perlu disampaikan kepada melebihi 250 orang pula hanya dapat di lakukan di Telegram selama ini kerana maksima di WhatsApp hanya 250 orang sahaja sedangkan jumlah pelajar berkali ganda jauh lebih besar. Pelajar di sekolah yang sama kebiasaannya mencapai ribuan pelajar.
Makanya untuk meminimakan chat yang terlalu banyak di group atau channel di Telegram terdapat fungsi pilihan komunikasi satu hala dan dua hala disediakan. Terkini komunikasi di channel satu hala dapat di komen pada group yang ditetapkan untuk channel tersebut di Telegram.
Malah info rasmi channel MKN (lebih 1.3 juta join) dan CPRC (lebih 800,000 join) juga menggunakan telegram.
Selanjutnya saya kongsikan cara untuk personal message di Telegram.
Cara untuk Secret Chat di Telegram
Pengguna iPhone
STEP 1
Tap pada contact yang anda ingin Secret Chat di Telegram
STEP 2
Tab butang MORE
STEP 3
Pada pop-up message pilih START SECRET CHAT
STEP 4
Message "Are you sure you want to start a secret chat with ...? (Nama kawan anda)" pilih START. Itu sahaja dan anda boleh chat macam biasa. Simbol PadLock akan dipaparkan disebelah nama contact anda sebagai tanda message anda adalah Secret Chat.
Pengguna Android
STEP 1
Tap pada contact yang anda ingin Secret Chat di Telegram
STEP 2
Tab butang (simbol 3 titik bertindih)
STEP 3
Pada pop-up message pilih START SECRET CHAT
STEP 4
Message "Are you sure you want to start a secret chat with ...? (Nama kawan anda)" pilih START. Itu sahaja dan anda boleh chat macam biasa. Simbol PadLock akan dipaparkan disebelah nama contact anda sebagai tanda message anda adalah Secret Chat.
Privacy
Sebagai pengguna internet / mobile phone, kita perlu menjaga privacy kita apabila menggunakan internet / mobile phone. Ini kerana data yang diperolehi dari internet yang kita gunakan samada menggunakan mobile phone, komputer atau peranti yang lainnya, termasuk pelbagai apps yang kita gunakan, semua itu terkandung data yang boleh disalahgunakan oleh sesiapa sahaja yang dapat data tersebut.
Ramai yang sedar untuk menjaga privacy dengan pengguna apps yang lain tetapi tidak ramai yang sedar untuk menjaga privacy melalui apa-apa apps yang digunakan seperti WhatsApp dan lain-lain. Ini kerana jika apps yang digunakan dapat akses kepada banyak data peribadi pengguna apps tersebut makanya ianya jauh lebih buruk berbanding individu yang dapat jauh lebih sedikit data peribadi anda.
Bersetuju untuk mendedahkan privacy kita kepada WhatsApp bererti kita membenarkan WhatsApp menggunakan data kita yang ada di WhatsApp untuk WhatsApp gunakan kerana kita bersetuju dengan syarat yang WhatsApp kenakan. WhasApp menetapkan syarat baru ini untuk kongsikannya ke Facebook.
Berbanding jika kita menggunakan apps yang lain kerana apps tersebut tidak mensyaratkan untuk kita mendedahkan privacy kita kepada apps yang kita gunakan. Terdapat banyak privacy kita yang terdapat di WhatsApp seperti gambar, video, dokumen, text, nama kita, nombor telefon kita, senarai contacts kita, malah lokasi pergerakkan dari masa ke semasa kita, kekerapan kita post di WhatsApp seperti pada tarikh dan waktu yang direkodkan sejak kita mula menggunakan WhatsApp. Berapa lama kita online di WhatsApp juga diketahui dari log online dan offline kita di WhatsApp.
Oleh sebab itu jelas sekali, kita hanya sedar privacy kita seperti gambar atau text kita di WhatsApp tetapi kita tidak sedar bahawa setiap data dan aktiviti kita menggunakan WhatsApp telah mempunyai rekod log timeline tarikh dan masa tentang segala aktiviti kita di WhatsApp yang tidak mungkin kita sendiri dapat mengingatinya sejak kita mula menggunakan WhatsApp.
Berpindah ke telegram adalah demi menjaga privacy kita kerana Telegram tidak menetapkan syarat untuk mendedahkan privacy kita kepada Telegram untuk membolehkan Telegram kongsikan ke apps yang lain dan Telegram mempunyai fungsi yang sama malah ada yang lebih baik dari WhatsApp seperti perbandingan jelas yang telah dibuat seperti di atas di pertengahan artikal ini. Bersedialah kita untuk berpindah lagi ke apps yang lain sekiranya itu berlaku di masa akan datang demi melindungi privacy kita.
Sehingga 13 May 2021, tiada sebarang gesaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu privacy WhatsApp ini sedangkan ramai pelajar sekolah rendah hingga ke institusi pendidikan tinggi masih banyak menggunakan group WhatsApp untuk pembelajaran online. Sedangkan WhatsApp telah menyatakan syarat baru ini sejak Febuari 2021.
Outlook
Masih ramai yang tidak menyedari syarat baru WhatsApp kerana rata-rata menyatakan mereka tidak dapat notification untuk bersetuju dengan syarat baru WhatsApp itu. Ini terjadi kerana masih ramai yang masih menggunakan versi lama WhatsApp atau telah bersetuju dengan syarat baru itu tapi mereka tak sedar atau lupa yang mereka telah bersetuju. Menggunakan versi lama WhatsApp malah akan menimbulkan masalah keselamatan yang serius kerana setiap update versi WhatsApp atau apa-apa apps yang anda gunakan adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan pada versi yang lama.
Ramai juga yang sengaja bersetuju dengan syarat baru itu kerana bosan dengan notification yang asyik muncul untuk terima syarat baru itu (memang itulah yang WhatsApp mahukan dengan kerap paparkan notification untuk anda bersetuju). Ini menyebabkan mereka tidak lagi menerima notification untuk terima syarat baru itu kerana anda telah bersetuju. Tiada cara lain untuk u-turn kalau anda telah bersetuju seperti yang telah diterangkan sebelum ini.
Info mengenai artikal ini saya dapatkan sendiri dengan mengikuti perkembangan semasa di internet dan saya kongsikan buat pembaca setia Blog AZA. Sila share artikal ini dengan rakan anda yang lain untuk mengajak mereka berkomunikasi dengan anda di Telegram. Semoga blog ini akan dapat buat pelbagai artikal lagi di masa akan datang. Aamiin.
Sekian.
Comments
Post a Comment