Panduan memilih Medical Card

Artikal 429 - Panjang 1940
Dah tunjuk Medical Card tapi susah nak diterima masuk hospital? Pastikan Medical Card anda punyai ciri-ciri berikut

1. Jenis coverage mestilah seumur hidup bukannya tahunan kerana kita tak tahu berapa banyak kita akan claim insurans dalam setahun. Jika coverage tahunan RM20 ribu, jika kos melebihi nilai tersebut sudah tentu tak dapat menampung kos rawatan yang diperlukan. Jumlah coverage juga mestilah besar dan bersesuaian untuk waktu kecemasan hingga ke akhir usia.

2. Insurans cover full payment bukannya co-takaful/ co-payment kerana dah sakit tak kan nak keluar duit sendiri lagi. Apa guna ada insurans.

3. Renewal adalah Guaranteed bukannya yearly kerana tak kan bila anda dah sakit tak bagi nak renewal Medical Card anda pula.

4. Harga yang ditawarkan insurans mestilah lebih tinggi dari harga sebenar hospital/ wad di lokasi berdekatan kediaman dan tempat kerja anda dan harga tersebut mestilah tahan inflasi untuk masa akan datang dan hospital tersebut mestilah dalam senarai pilihan insurans tersebut.

5. Polisi mestilah tetap bukannya pihak insurans boleh ubah bila anda sakit untuk membatalkan insurans anda.

HOSPITAL

Berikut charge bilik untuk hospital swasta di Shah Alam

April 2020
AVIESENA
KPJ
SALAM
Single -Bed
RM230
RM250
RM130

Penting untuk tahu adakah insuran anda cover 100 % kadar charge bilik tersebut atau anda perlu tambah duit anda lagi! Range harga yang insuran anda boleh cover dapat memberi anda pilihan hospital yang anda mahukan. Bukannya terhad!

Jika terdapat komplain dari orang ramai mengenai sesuatu hospital, anda boleh pilih hospital yang memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

INSURANCE

Setiap insurance punyai pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mereka saling bersaing dari masa ke semasa untuk memberikan plan yang lebih baik kepada anda. Hospital swasta juga turut bersaing sesama mereka dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu anda kena tahu apa yang anda nak dan dapatkan quotation dari pelbagai jenama insurance yang ada.

Bukan bermakna dapat quotation anda terus langgan insurance mereka. Ambil masa yang anda perlukan untuk bandingkan dan pilih insurance mana yang anda nak.

Hospital dan insurance punyai peranan masing-masing. Anda perlu lihat kemampuan anda dan keperluan jangka panjang untuk membayar komitmen bulanan atau tahunan perlindungan insurance yang anda perlukan dalam pelbagai aspek semasa dan akan datang.

Dah tahu apa yang anda nak, baru cari insurance yang boleh beri harga terbaik (TAK SEMESTINYA PALING MURAH) mengikut apa yang anda nak. Anda boleh google maklumat yang anda inginkan atau bertanya kawan-kawan mengenai hospital dan insurance.

Setiap individu yang nak ambil insurance berbeza lokasi, umur, pendapatan dan sebagainya. Tentulah memerlukan plan insurance yang berbeza dan hospital yang berbeza. AZA harap kini anda faham bagaimana memilih medical card.

Artikal di Blog AZA ini pun AZA update dari masa ke semasa kerana untuk memastikan sesuai untuk keadaan semasa dan keperluan akan datang.

Jika hingga ke akhir hayat anda anda tak pernah claim insurance yang anda ambil, anggaplah itu amal anda untuk insan lain yang perlu claim insurance mereka. Tetapi jika anda ada insurance disaat anda memerlukannya, itu sudah pasti dapat membantu anda disaat anda tak mampu bekerja dan wang simpanan tak terusik sangat sebab anda ada insurance. Bukan senang nak simpan duit. Komitmen bulanan yang sedia ada pun turut kena bayar walau ketika anda berada di hospital.

Kita hanya mampu merancang. Dengan izin Allah sahaja semua yang baik buruk itu terjadi. 

QURAN 3:140

"If a wound should touch you - there has already touched the [opposing] people a wound similar to it. And these days [of varying conditions] We alternate among the people so that Allah may make evident those who believe and [may] take to Himself from among you martyrs - and Allah does not like the wrongdoers -"

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more