Panduan keselamatan untuk membuat pembelian secara online
Artikal 128
Pada artikal kali ini akan menyediakan anda dengan langkah-langkah keselamatan jika anda berhasrat melakukan pembelian secara online di sesuatu website.
SETERUSNYA
Bagaimana untuk tukar password WiFi bagi anda yang menggunakan UniFi
Pada artikal kali ini akan menyediakan anda dengan langkah-langkah keselamatan jika anda berhasrat melakukan pembelian secara online di sesuatu website.
1. Google
.
Bolehkah laman tersebut dipercayai? Caranya Google website tersebut. Hasil carian google tersebut, adakah anda terlihat post-post orang ramai lakukan mengenai penipuan laman tersebut sekiranya ada.
.
2. Applikasi perbankkan secara online pada mobile phone
.
Tahukah anda ciri-ciri keselamatan perbankkan online? Muat turun applikasi perbankkan secara online pada mobile phone anda.
.
Pergi ke laman rasmi bank tersebut untuk muat turun applikasi. Pilih muat turun samada melalui Android atau iOS dari link diberikan oleh laman rasmi bank tersebut supaya anda tidak tersalah muat turun applikasi di mobile phone anda. Ada banyak applikasi yang mempunyai nama dan gambar yang hampir serupa. Link dari laman rasmi bank tersebut anda membawa anda kepada applikasi yang tepat untuk anda muat turun di mobile phone anda.
.
Setelah muat turun applikasi, ikut arahan aplikasi yang baru anda muat turun itu seperti berikut jika guna Maybank iaitu MAE:
.
1.Download applikasi MAE
.
2.MAE location service. Tap "Allow once".
.
3.MAE term of use agreement. Baca dan Tap "Agree". Kalau tak agree, sila uninstall applikasi yang anda baru muat turun itu.
.
4.MAE notification. Tap "Allow". Jika anda tidak allow pun tak mengapa.
.
5.Paparan intro MAE untuk bagi anda faham pelbagai fungsi yang ada pada MAE. Tap "next" pada setiap paparan dan last sekali tap "got it".
.
6.Login.
.
7.Pilih "Existing M2U/MAE" atau pilih "apply" kalau anda tiada account dengan Maybank sebelum ini.
.
8.Username. Taipkan username anda.
.
9.Paparan "image" berserta "security phrase". Jika betul image dan phrase tersebut, tap "Yes,it's mine". Jika salah, hubungi Maybank.
.
10.Masukkan password dan tap "Continue".
.
11.Cipta 6 angka password. Ini password untuk setiap kali nak guna applikasi MAE anda pada masa akan datang. Bukan password login Maybank atau ATM anda.
.
12.Pilihan kalau mau "guna cap cari atau Touch ID". Kalau tak mahu, tap "Setup later".
.
13.Verifikasi nombor telefon yang telah anda daftar dengan Maybank. Jika betul tap "Yes Proceed" dan OTP password anda dihantar ke nombor telefon tersebut. Taipkan OTP tersebut.
.
14.Nama yang anda mahu gunakan pada app tersebut. Tak perlu guna nama sebenar.
.
15.Account pilihan (jika anda ada lebih dari satu akaun dengan Maybank) untuk QR dan tap next.
.
16.Referral, sekiranya anda di recommend oleh kawan guna applikasi MAE. Jika tidak, tap skip. Contoh referral code saya adalah ABZ11267 jika anda mahu guna saat daftar MAE anda.
.
17.Activate Secure2U.
.
18.Register Secure2U.
.
19.Request OTP.
.
20.Masukkan OTP dari SMS yang anda baru terima.
.
21.ID number anda. Nombor kad pengenalan tanpa "-".
.
22.Link to this device. tap "next".
.
23.Done.
.
Gunakan fungsi "quick balance check" pada applikasi perbankkan telefon mudah alih anda untuk memantau dengan kerap dan pantas baki duit bank anda. Anda akan diminta memasukkan password setiap kali ingin "quick check balance" sebagai langkah keselamatan.
.
3. Had pengeluaran minima
.
Had kan pengeluaran minima pengeluaran wang. Sekiranya anda ingin membuat pembelian melebihi had minima tersebut, anda ubah dahulu had minima yang telah anda tetapkan. Ini bagi memastikan anda dapat meminimakan kehilangan wang sekiranya ada insan yang melakukan perbuatan tersebut.
.
4. Image dan Phrase
.
Pemilihan Image dan Phrase bagi menambah kawalan keselamatan sewaktu log in perbankkan online. Jangan teruskan urusan pembelian sekiranya, Image dan Phrase yang dipaparkan tidak seperti image dan Phrase yang telah anda tetapkan sebelum ini, atau anda tidak dapat melihat sebarang image dan phrase dipaparkan atau image dan phrase tersebut lambat keluar.
.
5. MSOS
.
Pastikan anda diminta untuk memasukkan kod "MSOS" ketika melakukan urusan pembelian secara online seperti berikut:
.
STEP 1 - Setelah anda memasukkan maklumat kad anda pada website yang anda ingin membuat pembelian, anda akan di "directed" dari website tersebut ke website Maybank, di mana anda perlu masukkan kod "MSOS".
.
STEP 2 - Kod "MSOS" akan dihantar ke mobile phone anda dalam lingkungan masa 30-45 saat. Jika melebihi jangka masa tersebut, jangan teruskan proses transaksi.
.
STEP 3 - Check samada nombor mobile phone anda sama seperti ditunjukkan pada website Maybank.
.
STEP 4 - Jika tak sama, call Customer Care Hotline di 1-300-88-6688 atau Amex Customer Care Hotline di 1-800-88-9559
.
STEP 5 - Jika sama, barulah anda masukkan kod "MSOS" pada website Maybank dan click submit bagi melengkapkan proses pembelian tersebut.
.
Pengguna applikasi perbankkan Maybank iaitu MAE di mobile phone
.
Secure2u
.
Fungsi Secure2u bagi memudahkan anda tanpa perlu menerima SMS atau MSOS setiap kali verifikasi dilakukan oleh Maybank. Secure2u akan secara automatik meminta anda approve transaksi yang anda ingin lakukan melalui applikasi MAE di mobile phone anda. Jadi tak perlu lagi melalui SMS atau MSOS.
.
Anda perlu daftar semula Secure2u anda sebelum ini jika anda menukar mobile phone anda. Caranya guna kad Maybank anda dan daftar di ATM Maybank terdekat melalui fungsi lain-lain urusniaga, pilih Secure2u. Ianya ambil masa 12 jam setelah itu untuk membolehkan anda guna fungsi Secure2u di mobile phone anda. MAE akan bagi notifikasi kepada anda apabila Secure2u telah berjaya.
.
Bagi tujuan mengaktifkan Secure2u anda, sekiranyanya anda menggunakan lebih dari satu mobile phone, pastikan SIM kad untuk nombor mobile phone yang telah anda daftar dengan Maybank, SIM kad tersebut anda gunakan pada mobile phone yang sama anda gunakan applikasi MAE anda. Jika tidak sama, ini akan menyebabkan Secure2u gagal diaktifkan walaupun anda telah daftar di ATM terdekat melebihi 12 jam. Hanya setelah berjaya aktifkan Secure2u di mobile phone anda, barulah anda boleh menggunakan SIM kad dan MAE di mobile phone yang berbeza.
.
6.Jika anda berhasrat untuk melakukan pembelian secara online di sesuatu website yang popular, kebiasaannya ianya selamat digunakan dengan syarat anda menggunakan laman rasmi.
.
7.Jika website tersebut tidak mempunyai pembayaran secara online sebaliknya meminta anda transfer ke akaun mereka. anda mempunyai risiko berikut:
.
7.1.Jika anda mempunyai masalah dari produk atau perkhidmatan yang telah anda bayar kepada mereka. Adakah wang anda akan dikembalikan? Bila akan dikembalikan? Berapa akan dikembalikan? Bagaimana akan dikembalikan? atau pertanyaan lainnya.
.
7.2.Sejarah transaksi bank anda boleh membantu anda membuat laporan sekiranya anda merasakan anda telah ditipu. Namun ianya mengambil masa dan belum tentu anda dapat wang anda kembali.
.
7.3.Bukan semua orang yang anda transfer duit anda adalah penipu. Oleh sebab itu, Kreadibiliti sesuatu perniagaan atau individu, membina kepercayaan pelanggan. Namun risiko kreadibiliti berubah pada masa akan datang ada pada sesiapa jua.
.
8.Fungsi FPX, top-up applikasi BigPay guna Maybank2u
.
.
1.Tap "Top up" pada applikasi BigPay
.
2.Typing jumlah yang ingin anda topup
.
3.Tap "Next"
.
4.Pilih tab "Other Method"
.
5.Tap "Maybank2U" dan laman Maybank akan dipaparkan.
.
6.Masukkan username anda
.
7.Paparan Image and Pharase. Jika SALAH Image dan Phrase yang dipaparkan, JANGAN teruskan urusniaga dan hubungi Maybank. Jika betul Image dan Phrase yang dipaparkan, anda boleh terus masukkan Password.
.
8.Paparan FPX 1 OF 3
.
9.Pilih akaun maybank yang ingin anda gunakan.
.
10.Baca detail paparan.
.
10.1.MERCHANT
.
10.2.PAY Refer
.
10.3.FPX ID
.
10.4.AMT
.
10.5.FEE=0
.
11.Tap "Continue" jika semuanya okay
.
12.Paparan FPX 2 OF 3
.
12.1.Secure verification, Tap "Confirm"
.
13.Anda akan dapat notifikasi Secure2U dari applikasi MAE anda. Baca dan Tap "Approve" jika betul.
.
14.Tap "Done"
.
15.Paparan FPX 3 OF 3
.
16.Tap "I Have Approve"
.
17.Traksaksi berjaya
.
18.Tap "Return to Merchant"
.
19.Pada applikasi BigPay anda akan dipaparkan jumlah terkini amaunt di BigPay anda.
.
20.Seterusnya "Clear all history and website data" jika anda menggunakan browser Safari atau Google Chrome atau lain-lain.
.
9.Kenapa saya guna BigPay walaupun dah ada Maybank?
.
1.Alasan saya adalah diversify. Jadi ada alternatif. Bukan sebarang alternatif tapi alternatif yang memenuhi kemahuan saya buat masa ini.
.
2.Maybank dan BigPay boleh vise versa.
.
3.Berasaskan debit bukan kredit.
.
4.Jika anda guna referral code saya 7ZMIGE8616 untuk daftar BigPay, anda dapat RM5 dan saya dapat RM5 berdasarkan promosi BigPay saat saya update artikal ini.
10.AI
.
1.Sekarang zaman AI lebih banyak penipuan dilakukan menggunakan AI seperti meniru suara orang yang anda kenal, meniru rupa orang yang anda kenal, video palsu, audio palsu, gambar palsu dan sebagainya yang mustahil untuk anda tahu sama ada ianya AI atau tidak kerana ianya seperti benar sangat.
.
2.Oleh sebab itu, jangan cepat percaya dengan apa yang anda lihat, dengar atau baca.
.
3.Reject call yang anda tak kenal. Reject juga call masuk yang tidak memaparkan nombor telefon Si Pemanggil. Kemudian block nombor yang menghubungi anda itu. Lihat pada call log iaitu senarai call masuk yang menghubungi anda. Di situ anda boleh pilih yang mana anda nak block.
.
4.Message atau SMS masuk yang anda tak kenal. Nampak jer message macam tu, terus block nombor yang menghantar message atau SMS tersebut. Kemudian delete message atau SMS tersebut.
.
5.Email masuk yang anda tak kenal. Nampak jer email macam tu, terus block si penghantar email. Kemudian delete email tersebut.
.
6.Call, Message dan Email yang anda tak kenal jangan layan.
.
Jika artikal ini ada yang kurang, sila komen. Insha Allah saya akan respond.
11.Membuat pembelian di web rasmi produk
1.Pastikan anda berada di laman rasmi produk tersebut. Kebiasaannya membuat pembelian di laman rasmi produk yang popular adalah selamat kerana sudah ramai orang menggunaknnya. Jika produk baru yang masih belum popular, anda perlu lebih berhati-hati dan peka kepada sebarang keanehan. Ini memerlukan pengetahuan asas keselamatan online iaitu adakah anda berada di laman yang betul dan adakah laman tersebut boleh dipercayai. Cari maklumat mengenainya terlebih dahulu.
2.Pembelian secara online di laman rasmi kebiasaannya memerlukan anda memasukkan maklumat berikut
2.1.Nama.
2.1.1.Nama anda perlu anda masukkan nama sebenar kerana verifikasi nama yang anda masukkan mesti sama dengan nama yang anda daftar di perkhidmatan yang anda gunakan. Contoh VISA dan lain-lain.
2.1.2.Jika nama yang anda masukkan berbeza, transaksi anda pending kerana nama anda berbeza, wang mungkin kelihatan telah dipotong dari akaun anda, namun ianya akan dikembalikan kerana nama berbeza itu tadi.
2.2.Alamat
2.2.1.Alamat juga perlu sama.
2.3.Nombor kad
2.3.1.Contoh anda perlu masukkan 12 angka nombor kad VISA anda.
2.4.Kad Expiry date
3.1.dua angka untuk tahun dan dua angka untuk bulan. Contoh 1227
2.5.Nombor Kad Security Code
2.5.1.Tiga angka nombor kad security code.
2.6.Email untuk hantar detail pembelian anda
2.6.1.Pastikan anda masukkan alamat email yang lengkap dan betul.Email tersebut mestilah masih aktif dan anda boleh akses ke email tersebut.
3.Setelah selesai membuat pembelian, delete semua history pada browser yang anda gunakan seperti Chrome atau safari atau lain-lain.
12.Update
1.Selalu update version Android atau iOS terkini di mobile phone anda. Ini bagi memastikan anda dapat ciri keselamatan terkini dari update tersebut.
2.Setiap applikasi di mobile phone anda juga perlu selalu update ke version terkini selain version untuk mobile phone tadi.
3.Guna fungsi auto update untuk mobile phone version dan apps perbankkan. Jadi sentiasa dapat update terkini.
13.Applikasi
1.Uninstall applikasi yang anda tidak gunakan.
14.Perbankkan
1.Hanya guna applikasi perbankkan sahaja, Jangan guna applikasi lain untuk perbankkan anda. Contoh guna MAE sahaja. Tak perlu guna app anti virus untuk jaga keselamatan perbankkan kerana applikasi perbankkan tak perlu applikasi lain sudah cukup selamat dan sering di update. Malah tak dapat guna applikasi perbankkan kalau tak guna version applikasi perbankkan terkini.
-End-
Quran 2:128
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"
"Our Lord, and make us Muslims [in submission] to You and from our descendants a Muslim nation [in submission] to You. And show us our rites and accept our repentance. Indeed, You are the Accepting of repentance, the Merciful."
Kefahaman AZA
"Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kepada Allah ketika membina Kaabah."
LABEL
SETERUSNYA
Bagaimana untuk tukar password WiFi bagi anda yang menggunakan UniFi
SEBELUMNYA