Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?


AZRIZAINALABIDIN
Artikal 127 - Panjang 3979
Berikut adalah panduan dengan dua pilihan disediakan untuk anda reset password atau lupa password/username Maybank2u anda. User ID anda atau maybank2u kena blocked jika tiga kali login salah. Call Maybank di 1-300-88-66-88 untuk unblock ID anda. Pilihan seperti berikut:

PILIHAN 1:MENGGUNAKAN MAYBANK2U
PILIHAN 2:MENGGUNAKAN MAYBANK APP

PILIHAN 1:MENGGUNAKAN MAYBANK2U

1. Pergi ke website maybank. Untuk keselamatan taip sendiri URL maybank iaitu https://www.maybank2u.com.my
.
2. Pada screen nak login user name maybank2u, masukkan user name anda. Ni mesti kena betul.
.
3. Selepas itu screen gambar yang anda pilih beserta phrase yang anda pilih, betul? Pastikan gambar dan phrase tu betul dahulu. Kalau salah call Maybank di 1-300-88-66-88.
.
4. Kalau gambar dan phrase dah betul. Tap Yes
.
5. Skrin MY PASSWORD akan dipaparkan. Tap pada FORGOT PASSWORD
.
6. Skrin baru minta anda masukkan

+ CARD/ACCESS NO.
+ PIN NO.

Jangan risau. kan anda dah betul berada di website maybank.
.
Sebabnya
.
+ Anda tadi telah taip sendiri secara manual URL Maybank kan?

+ Ada keluar gambar dan phrase yang anda pilih dulu kan masa nak masukkan password?

Okay. Seterusnya, masukkan nombor kad ATM anda (ACCESS NO.), masukkan nombor sahaja tanpa jarak, tanpa simbol (-) dash. Access number ni 16 digit nombor yang pada depan kad ATM anda

Seterusnya masukkan nombor PIN kad ATM anda
.
7. Skrin baru akan dipaparkan. Tap pada RESET PASSWORD
.
8. Masukkan PASSWORD baru anda
.
dan ulang PASSWORD BARU yang sama pada kotak berikutnya
.
dan tap pada REQUEST OTP (One Time Password) dan OTP akan di hantar melalui message ke nombor mobile phone anda yang telah anda daftarkan. Tunggu dapat code OTP tersebut
.
dan masukkan code OTP pada ruangan yang disediakan pada website dan tap pada CONFIRM
.
Seterusnya anda boleh login semula seperti biasa di Maybank2u dengan menggunakan PASSWORD BARU anda tadi.

So, in future, ingat,

1. Username anda

2. Gambar keselamatan yang telah anda daftarkan

3. Phrase keselamatan yang telah anda daftarkan

3. Kad ATM anda

4. Nombor pada kad ATM anda

5. Nombor PIN kad ATM anda

6. Mobile phone anda

Semua tu sulit dan perlu dijaga dengan baik, jangan share ngan orang, laporkan dengan segera kalau hilang, tahu nombor apa nak contact? Ingat nombor kalau mobile phone anda hilang? Ada save nombor-nombor penting kalau kecemasan di mobile phone anda? Credit sentiasa tak ada masalah bila nak contact bukan tol free? Banyak yang kita kena consider.

Bila di internet, anda kena ikut cara bank berurusan bila anda nak berurusan dengan mana-mana website di internet. Jangan main belasah sahaja.

SEKIRANYA ANDA MASIH SALAH MASUKKAN ONE TIME PASSWORD

Hubungi Maybank dan minta reset password anda. Setelah Maybank rest password anda, login semula ke Maybank2u anda untuk anda mulakan proses reset password anda. Sekiranya anda tak mahu menghubungi Maybank, anda boleh tunggu selepas 24 jam untuk reset semula password anda menggunakan Maybank2u.

PILIHAN 2:MENGGUNAKAN MAYBANK APP

1. Login maybank app anda

2. Tap pada DRAWER MENU (ikon berbentuk tiga garis melintang) yang terletak di penjuru kiri paparan maybank app anda

3. Tap "ME"

4. Tap "LOGIN DETAILS"

5. Tap "Change Password" dan ikut arahan seterusnya pada paparan maybank app anda.

Quran 2:127

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;"

"And [mention] when Abraham was raising the foundations of the House and [with him] Ishmael, [saying], "Our Lord, accept [this] from us. Indeed You are the Hearing, the Knowing."

Kefahaman AZA

"Amal yang kita buat belum tentu Allah terima. Oleh sebab itu kita perlu berdoa"

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more