Penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik
Blog AZA
Penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) secara automatik untuk semua jenis loan termasuk automotif, rumah, gadai janji, pinjaman peribadi atau pembiayaan, akan diberi penangguhan automatik selama enam bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 kecuali untuk kredit kad dan pelanggan korporat.
Ini bermakna anda tak perlu bayar selama 6 bulan dan secara automatik juga tempoh habis loan anda akan dipanjangkan lagi selama 6 bulan. Jika anda ada ambil program pengurangan loan (overdraft) juga akan turut ditangguhkan. Anda tidak akan dinilai sebagai pembayar bermasalah CCRIS sepanjang tempoh moratorium.
Perlu diingat, jika anda ada membuat pembayaran secara auto dari bank lain ke bank lain, maka anda perlu menghubungi bank yang membuat pembayaran tersebut untuk menangguhkannya untuk mendapatkan moratorium ini.
Setelah tamat tempoh moratorium, interest loan anda akan naik sedikit melainkan loan anda adalah jenis patuh syariah. Begitu juga jumlah pembayaran bulanan pada setiap bulan seterusnya.
OPR yang dikawal dan ditentukan oleh Bank Negara jika ianya turun/naik maka interest anda akan turun/naik seiring mengikut OPR kecuali untuk loan hire purchase (kereta) dimana kadar interestnya adalah tetap.
Anda tidak akan dapat moratorium jika anda ada tunggakkan semasa melebihi 90 hari sahaja kerana jika lebih anda tersenarai dalam CCRIS.
Koperasi juga boleh memohon moratorium.
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi bank anda.
Manakala untuk PTPTN seperti berikut. (Sumber Berita Harian)
S: Apakah yang dimaksudkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19?
J: Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPTN dalam tempoh yang dinyatakan.
S: Siapakah yang akan diberikan penangguhan bayaran balik COVID-19 ini?
J: Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.
S: Bagaimanakah untuk memohon penangguhan bayaran balik COVID-19?
J: Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan diberikan secara automatik.
S: Bilakah penangguhan bayaran balik COVID-19 berkuat kuasa?
J: Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.
S: Apakah manfaat yang diperoleh oleh peminjam?
J: Peminjam diberikan penangguhan untuk membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 berkuat kuasa.
S: Adakah saya perlu membuat pembatalan potongan gaji/potongan terus sedia ada?
J: Tidak perlu. Potongan gaji/potongan terus sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan kaedah itu, permohonan hendaklah dibuat melalui portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/covid-19 mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.
S: Bilakah penangguhan potongan gaji/potongan terus akan dilaksanakan? Adakah bermula Mac 2020 atau April 2020?
J: Penangguhan potongan gaji/potongan terus juga berkuat kuasa mulai tarikh yang sama. Bagaimana pun, akan ada peminjam yang telah dibuat potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik membabitkan semua penjawat awam (Kerajaan Persekutuan/kerajaan negeri/badan berkanun) dan sebahagian kakitangan agensi swasta. Peminjam perlu menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini di pautan SEMAKAN PINJAMAN. Tiada pemulangan akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. Potongan gaji akan dihentikan sepenuhnya pada bulan April hingga September 2020 kecuali bagi peminjam yang bersetuju meneruskan potongan dengan membuat permohonan di www.ptptn.gov.my/covid-19 selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2020.
S: Adakah majikan perlu memulangkan wang kepada pekerja (peminjam) sekiranya majikan telah memproses potongan gaji bagi bulan Mac tetapi belum mengkreditkan bayaran kepada PTPTN?
J: Tidak perlu. Majikan hendaklah mengkreditkan terus amaun potongan kepada PTPTN. Peminjam perlu sentiasa menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini di SEMAKAN PINJAMAN. Tiada pemulangan (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.
S: Adakah peminjam perlu membuat permohonan baharu potongan gaji/potongan terus selepas tamat tempoh penangguhan?
J: Tidak perlu. Semua potongan gaji akan diteruskan sepertimana sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19.
S: Adakah penangguhan bayaran balik turut diberikan kepada peminjam yang membayar melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
J: Peminjam dikehendaki berunding dengan AKPK berhubung perkara ini.
S: Adakah penangguhan bayaran balik ini akan diteruskan selepas 30 September 2020 sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya?
J: Sebarang keputusan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.
S: Adakah tempoh bayaran balik pinjaman saya akan dilanjutkan kesan dari penangguhan ini?
J: Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik kepada semua peminjam yang tidak mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19 diberikan.
S: Bagaimanakah pula penstrukturan semula pinjaman ke atas peminjam yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19?
J: Peminjam yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan ini dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan se
mula pinjaman.
S: Bagaimanakah penstrukturan semula pinjaman dilaksanakan bagi peminjam konvensional?
J: Bagi peminjam konvensional, penstrukturan semula pinjaman akan dilaksanakan melalui pertukaran ujrah.
S: Adakah permohonan pertukaran ujrah/penstrukturan semula/penjadualan semula/penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan ini?
J: Tidak boleh. Semua permohonan ditangguhkan sehingga 30 September 2020.
S: Bagaimanakah rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS peminjam sepanjang penangguhan bayaran balik COVID-19?
J: Rekod CCRIS peminjam adalah sama seperti sebelum penangguhan dilaksanakan kerana tempoh penangguhan dianggap tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam masih meneruskan pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
S: Adakah penstrukturan semula pinjaman yang dilakukan selepas penangguhan bayaran balik COVID-19 akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS?
J: Penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.
S: Adakah peminjam akan menerima perjanjian yang baharu memandangkan tempoh bayaran balik akan berubah melalui kaedah penstrukturan semula pinjaman?
J: Tidak. Peminjam hanya akan menerima notis makluman melalui emel yang didaftarkan dengan PTPTN. Peminjam yang ingin mengemaskini alamat emel, boleh berbuat demikian di KEMAS KINI.
S: Adakah kos pentadbiran/ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik ini?
J: Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik seperti penangguhan sedia ada.
S: Adakah peminjam boleh membuat bayaran balik sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik ini?
J: Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran perbankan internet yang disediakan.
S: Adakah PTPTN beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
J: Sepanjang tempoh PKP, PTPTN akan beroperasi pada kapasiti yang terhad. Ibu pejabat dan semua cawangan PTPTN ditutup kepada urusan dengan orang ramai. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000 juga ditutup mulai 26 Mac 2020.
S: Bagaimanakah pelanggan boleh berkomunikasi dengan PTPTN dalam tempoh PKP?
J: Pelanggan boleh berkomunikasi dengan PTPTN dalam tempoh PKP melalui kaedah berikut:-
i. Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan HUBUNGI PTPTN
ii. Mengemukakan pertanyaan di pautan E-ADUAN PTPTN. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
Nota : Sedih rasanya bila ada yang dah kena potong baru sedar nak call bank untuk stop. Saya dah cuba sediakan info untuk manfaat bersama. Jika ada yang anda tak faham anda boleh terus tanya saya. Jika anda nak turut sama membantu mencipta artikal di Blog AZA boleh sertai Komuniti Blog AZA di Telegram Messenger pada link berikut https://t.me/KomunitiBlogAZA

QURAN 3:163
"Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan"
"They are [varying] degrees in the sight of Allah, and Allah is Seeing of whatever they do."

Comments
Post a Comment