Perintah Kawalan Pergerakkan

Perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara

1) larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh
negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk
menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan
hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai
serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam,
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat
Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2) Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari

3)Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam
negara

4) Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk
sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz
 dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

5) Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta
serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

6) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat
dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu:


  • air
  • elektrik
  • tenaga
  • telekomunikasi
  • pos
  • pengangkutan
  • pengairan
  • minyak
  • gas
  • bahan api
  • pelincir
  • penyiaran
  • kewangan
  • perbankan
  • kesihatan
  • farmasi
  • bomba
  • penjara
  • pelabuhan
  • lapangan terbang
  • keselamatan
  • pertahanan
  • pembersihan
  • peruncitan dan
  • bekalan makanan
"Perkara buruk yang mampu dielakkan, dicegah dan dihalang daripada berlaku dan melarat mestilah didahulukan. Bukan berserah bulat-bulat tanpa ada usaha"

QURAN 3:160

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri"

"If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely."

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more