Covid-19 semakin menular di Malaysia
APA YANG BERLAKU KETIKA INI?
Malaysia menggunakan chloroquine untuk merawat Covid-19. Juga turut menggunakan (anti-malaria) hydroxychloroquine yang digabung dengan (antiviral) lopinavir dan ritonavir. Manakala remdesivir masih dalam kajian.
Pertambahan mendadak 28 kes dari 56 kes menjadikan 83 kes sekarang ini adalah amat membimbangkan. Jumlah 28 kes baru itu sahaja melibatkan 956 individu yang dapat dikesan mungkin turut dijangkiti.
Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan? Boleh ingat ke siapa yang dah pengidap jumpa dalam tempoh 2 minggu sebelum disahkan positif covid-19? Kemana dah pergi selama tempoh tersebut? Pasti jumlah individu yang terlibat berhubung dengan pengidap covid-19 akan lebih daripada yang dapat dikesan terlibat sahaja.
Buat masa ini Malaysia mengesan genetik virus atau rRT-PCR COVID-19 yang dijalankan, keputusan saringan mengambil masa antara 24 hingga 30 jam kerana ia perlu dihantar ke makmal ujian.
Hanya seorang positif Covid-19 akan menyebabkan berapa ramai terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19 apatah lagi jika individu tersebut tidak tahu dirinya ada Covid-19 dan berjumpa orang ramai dan pergi masuk ke bangunan yang ramai orang.
Jika sebelum ini, ada hari-hari di Malaysia yang tiada kes baru Covid-19 tapi hari ini sahaja 28 kes baru !!! Tindakan drastik perlu disegerakan sebelum terlambat.
Saya cadangkan istihar darurat!
KES COVID-19 DI MALAYSIA
J/KES = Jumlah Kes
KB = Kes Baru
J/KN = Jumlah Kematian
J/PH = Jumlah Pulih
07 Mar 2020
11 Mar 2020
Malaysia menggunakan chloroquine untuk merawat Covid-19. Juga turut menggunakan (anti-malaria) hydroxychloroquine yang digabung dengan (antiviral) lopinavir dan ritonavir. Manakala remdesivir masih dalam kajian.
Tindakan segera amat-amat perlu bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Statistik sebelum ini naik secara drastik adalah tanda kelemahan kawalan penularan yang tidak dapat dinafikan. Tidak cukup pihak berkuasa sahaja yang mengawal. Individu yang positif Covid-19 bebas berjumpa publik akan menyebabkan penularan lebih berleluasa.
Pertambahan mendadak 28 kes dari 56 kes menjadikan 83 kes sekarang ini adalah amat membimbangkan. Jumlah 28 kes baru itu sahaja melibatkan 956 individu yang dapat dikesan mungkin turut dijangkiti.
Itu yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan? Boleh ingat ke siapa yang dah pengidap jumpa dalam tempoh 2 minggu sebelum disahkan positif covid-19? Kemana dah pergi selama tempoh tersebut? Pasti jumlah individu yang terlibat berhubung dengan pengidap covid-19 akan lebih daripada yang dapat dikesan terlibat sahaja.
Buat masa ini Malaysia mengesan genetik virus atau rRT-PCR COVID-19 yang dijalankan, keputusan saringan mengambil masa antara 24 hingga 30 jam kerana ia perlu dihantar ke makmal ujian.
Hanya seorang positif Covid-19 akan menyebabkan berapa ramai terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19 apatah lagi jika individu tersebut tidak tahu dirinya ada Covid-19 dan berjumpa orang ramai dan pergi masuk ke bangunan yang ramai orang.
Jika sebelum ini, ada hari-hari di Malaysia yang tiada kes baru Covid-19 tapi hari ini sahaja 28 kes baru !!! Tindakan drastik perlu disegerakan sebelum terlambat.
Saya cadangkan istihar darurat!
KES COVID-19 DI MALAYSIA
J/KES = Jumlah Kes
KB = Kes Baru
J/KN = Jumlah Kematian
J/PH = Jumlah Pulih
TARIKH
|
J/KES
|
KB
|
J/KN
|
J/PH
|
24-Jan | 0 | 0 | 0 | 0 |
25-Jan | 4 | 4 | 0 | 0 |
26-Jan | 4 | 0 | 0 | 0 |
27-Jan | 4 | 0 | 0 | 0 |
28-Jan | 7 | 3 | 0 | 0 |
29-Jan | 7 | 0 | 0 | 0 |
30-Jan | 7 | 0 | 0 | 0 |
31-Jan | 8 | 1 | 0 | 0 |
01-Feb | 8 | 0 | 0 | 0 |
02-Feb | 8 | 0 | 0 | 0 |
03-Feb | 8 | 0 | 0 | 0 |
04-Feb | 10 | 2 | 0 | 1 |
05-Feb | 12 | 2 | 0 | 1 |
06-Feb | 14 | 2 | 0 | 1 |
07-Feb | 15 | 1 | 0 | 1 |
08-Feb | 16 | 1 | 0 | 2 |
09-Feb | 17 | 1 | 0 | 3 |
10-Feb | 18 | 1 | 0 | 3 |
11-Feb | 18 | 0 | 0 | 3 |
12-Feb | 18 | 0 | 0 | 3 |
13-Feb | 19 | 1 | 0 | 3 |
14-Feb | 19 | 0 | 0 | 7 |
15-Feb | 21 | 2 | 0 | 7 |
16-Feb | 22 | 1 | 0 | 8 |
17-Feb | 22 | 0 | 0 | 9 |
18-Feb | 22 | 0 | 0 | 11 |
19-Feb | 22 | 0 | 0 | 15 |
20-Feb | 22 | 0 | 0 | 17 |
21-Feb | 22 | 0 | 0 | 17 |
22-Feb | 22 | 0 | 0 | 17 |
23-Feb | 22 | 0 | 0 | 18 |
24-Feb | 22 | 0 | 0 | 20 |
25-Feb | 22 | 0 | 0 | 20 |
26-Feb | 22 | 0 | 0 | 20 |
27-Feb | 23 | 1 | 0 | 22 |
28-Feb | 25 | 2 | 0 | 22 |
29-Feb | 25 | 0 | 0 | 22 |
01-Mar | 29 | 4 | 0 | 22 |
02-Mar | 29 | 0 | 0 | 22 |
03-Mar | 36 | 7 | 0 | 22 |
04-Mar | 50 | 14 | 0 | 22 |
05-Mar | 55 | 5 | 0 | 22 |
06-Mar | 83 | 28 | 0 | 23 |
07-Mar | 93 | 10 | 0 | 23 |
08-Mar | 99 | 6 | 0 | 23 |
09-Mar | 117 | 18 | 0 | 24 |
10-Mar | 129 | 12 | 0 | 24 |
11-Mar | 149 | 20 | 0 | 26 |
12-Mar | 158 | 9 | 0 | 32 |
13-Mar | 197 | 39 | 0 | 33 |
14-Mar | 238 | 41 | 0 | 35 |
15-Mar | 428 | 190 | 0 | 42 |
16-Mar | 553 | 125 | 0 | 42 |
17-Mar | 673 | 120 | 2 | 49 |
18-Mar | 790 | 117 | 2 | 60 |
19-Mar | 900 | 110 | 2 | 75 |
20-Mar | 1030 | 130 | 2 | 87 |
21-Mar | 1183 | 153 | 8 | 114 |
22-Mar | 1306 | 123 | 10 | 139 |
23-Mar | 1518 | 212 | 14 | 159 |
24-Mar | 1624 | 106 | 15 | 183 |
25-Mar | 1796 | 172 | 20 | 199 |
26-Mar | 2031 | 235 | 23 | 215 |
27-Mar | 2161 | 130 | 26 | 259 |
28-Mar | 2320 | 159 | 27 | 320 |
29-Mar | 2470 | 150 | 35 | 388 |
30-Mar | 2626 | 156 | 37 | 479 |
31-Mar | 2766 | 140 | 43 | 537 |
01-Apr | 2908 | 142 | 45 | 645 |
02-Apr | 3116 | 208 | 50 | 767 |
03-Apr | 3333 | 217 | 53 | 827 |
04-Apr | 3483 | 150 | 57 | 915 |
05-Apr | 3662 | 179 | 61 | 1005 |
06-Apr | 3793 | 131 | 62 | 1241 |
07-Apr | 3963 | 170 | 63 | 1321 |
08-Apr | 4119 | 156 | 65 | 1478 |
09-Apr | 4228 | 109 | 67 | 1608 |
10-Apr | 4346 | 118 | 70 | 1830 |
11-Apr | 4530 | 184 | 73 | 1995 |
12-Apr | 4683 | 153 | 76 | 2108 |
13-Apr | 4817 | 134 | 77 | 2276 |
14-Apr | 0 | 0 | 0 | 0 |
07 Mar 2020
- 10 pegawai polis senior dipindahkan kawasan.
- Syed Saddiq sanggup kehilangan semuanya daripada kembali ke bekas kementeriannya yang kini menyokong Muhyidin.
- 10 kes baru Corona Virus di malaysia menjadikan jumlah 93 kes.
- Tun M berkata Muhyidin sedia bekerjasama dengan UMNO tapi beliau tidak.
- Semua kapal tidak dibenarkan berlabuh.
- MTUC menggesa pengurangan caruman KWSP.
- Mufti perlis menyatakan semua ahli kabinet bebas dari tapisan MACC dan Polis.
- Syed Saddiq minta senarai MP yang mengatakan pakatan mendapat majoriti sokongan.
08 Mar 2020
- 6 kes baru Corona Virus di malaysia menjadikan jumlah 99
- Tun M menyatakan Muhyidin mahu berjumpa dengannya. Kalau mahu jangan bekerjasama dengan UMNO.
09 Mar 2020
- PM Muhyidin berjumpa agong mempersempahkan cadangan senarai kabinet baru.
- Rais Yatim mempersoalkan Tun M memberi syarat kepada Muhyidin untuk berjumpa.
- BERSATU, UMNO dan PAS membentuk kerajaan baru di Perak.
- Abang Syed Saddiq menyertai UMNO.
- PM mengumumkan 4 Menteri Senior tanpa lagi Timbalan Perdana Menteri.
- Kementerian Pendidikan Tinggi kembali diadakan.
- 18 kes baru Corona Virus di malaysia menjadikan 117.
10 Mar 2020
- 14 kumpulan bergabung berkaitan sekolah vernakular.
- Ahmad Faizal letak jawatan sebagai MB Perak.
- Anwar menyatakan tiada tempat untuk mereka yang berpaling dari pakatan.
- Kulasegaran peneraju baru MTUC.
- Sultan perak menerima perletakkan jawatan sultan perak.
- Noraini letak jawatan pengerusi PAC.
- PN akan berjumpa esok untuk membuat manifesto.
- Hadi Awang tak mahu ada dalam kabinet kerana mahu tumpu pada parti.
- Menteri Komunikasi dan Multimedia mengakui majoriti kabinet baru adalah orang melayu tetapi itu tidak menghentikan untuk meyatukan semua bangsa.
- Akta 1991 tidak membenarkan pencarum mengurangkan caruman KWSP.
- 12 anggota polis Pulau Pinang ditahan MACC.
- 12 kes baru Corona Virus di malaysia menjadikan 129.
11 Mar 2020
- WHO memutuskan nama untuk Corona Virus sebagai Covid-19.
- Tun M mendedahkan siapa yang beliau fikirkan menjatuhkan pakatan.
- Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup kerana penbersihan Covid-19.
- PM umumkan ahli majlis untuk menangani Covid-19 dan kejatuhan harga minyak.
- PLUS akan membolehkan penggunaan RFID bermula 1 April.
- Malaysia naik 4 anak tangga dalam senarai WJP.
- Tabung Covid-19 diwujudkan.
- PM bersedia berjumpa Tun M.
- Azmin Ali ditugaskan mempengerusikan mensyuarat bila ketiadaan PM.
- Itali, Iran dan Korea Selatan dilarang masuk ke Malaysia untuk membendung Covid-19.
- Azmin menyertai BERSATU.
- 20 kes baru menjadikan 149 dan 1 telah sembuh.
- WHO istihar wabak Covid-19 sebagai pandemik. Kali terakhir adalah H1N1 pada tahun 2009.
- Kes pertama sporadic di Malaysia.
- 5000 orang yang mengikuti perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling KL mungkin turut dijangkiti. Kesian mereka. Mana mereka nak tahu ada virus Covid-19 masa tu.
- Banyak majlis perhimpunan dibatalkan bagi membendung wabak.
- Kawalan keberadaan face mask untuk kegunaan orang ramai mula kedengaran.
- Kes sporadic telah dapat dikenal pasti yang berpunca dari perhimpunan tabligh.
- Sepuluh kes Covid-19 di Brunei juga berkait dengan kluster perjumpaan tabligh tersebut.
- China, Jepun, Denmark, Iran, Italy dan Korea Selatan mula disekat dari memasuki Malaysia mulai esok. Tempoh kuarantin 14 hari akan dikenakan bagi warganegara yang pulang dari negara-negara berkenaan.
- Persediaan menghadapi pandemik mula diperluas di Malaysia melibatkan pelbagai pihak seperti hospital, sekolah dan bisness.
- Jumlah sebenar individu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling KL pada 27 Feb-1 Mac 2020 adalah 16 ribu orang dan ada yang telah disahkan terkena jangkitan Covid-19 melarikan diri dari Hospital dan berjaya ditangkap semula.
- Perhimpunan dan aktiviti sukan di sekolah seluruh Malaysia dihentikan.
- Perlis menggantikan Solat Jumaat kepada Solat Zohor.
- MTUC minta bantuan RM1 ribu kepada pekerja golongan B12 hingga B40.
- 11 orang warga Malaysia di luar negara disahkan positif Covid-19.
- PETROL. Harga minyak turun kepada RM2.10 seliter RON97 - RM1.82 RON95 - RM1.87 DIESEL bermula 14-20march.
- Semua pengidap Covid-19 berjaya sembuh setakat ini tidak ada satu pun kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia.
- 107 orang rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke Malaysia. 65 orang di Iran dan 323 orang di Italy dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.
- Untuk tujuan rawatan Covid-19 terdapat 26 hospital kerajaan dan sebuah hospital universiti (PPUM), kolabrasi dengan hospital swasta dan hospital di bawah kementerian pertahanan malaysia. Untuk tujuan saringan pula terdapat 57 hospital kerajaan dan 170 klinik kerajaan. Turut bersedia 22 makmal mengesan virus di bawah kementerian kesihatan, pertahanan, pertanian dan industri makanan.
- Bagi mengurangkan penularan wabak ini kerajaan perlu menggunakan prasarana IoT seperti bekerja dan belajar secara online bagi pekerja dan pelajar.
- Mufti perlis meminta ahli tabligh berhenti membuat alasan sebaliknya perlu membuat saringan.
- 4942 tabligh dikenalpasti. 3206 telah disaring.
- JAIS minta masjid yang ditutup di shah alam dibuka semula.
- Setiap pekerja, pelajar dan kakitangan perlu diberi PPE (Personal Protective Equipment) iaitu mask setiap hari.
- Mask yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
- Keselamatan pekerja, pelajar dan kakitangan pengurusan perlu diutamakan.
- Jika didapati pada masa akan datang mana-mana perhimpunan, sekolah, syarikat atau kemudahan awam yang disahkan ada individu positif Covid-19 jumlah kes pasti akan berlipat kali ganda dan terlalu lambat untuk dikawal.
- Di Malaysia terdapat 4 buah kilang membuat face mask yang bergantung bahan dari luar negara seperti Eropah dan China.
- Cuepacs menggesa kerajaan untuk memasukkan Covid-19 ke dalam senarai penyakit yang mendapat quarantine leave selain penyakit sedia ada iaitu hand, foot and mouth disease (HFMD), dengue fever and dengue haemorrhagic fever, measles, chikenpox, diphtheria and malaria.
- Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengambil langkah lockdown selama 14 hari bermula 18 March.
- Scam face mask berlaku di Kedah. Dah bayar tapi tak dapat. Jangan beli online dilaman yang tak dikenali.
- MTUC dan Malaysian Bar menggesa kerajaan melakukan lockdown.
- USM memulakan lockdown di semua kampus selama 3 minggu bermula 17 Mac-5 Apr.
- Pada jam 6:52 petang Jumlah kes 553. Trend kes terus naik mendadak hari demi hari!
- Semua surau dan masjid di Negeri Sembilan ditutup bermula 17-26 Mac manakala di Perlis 16-29 Mac. Datuk Zulkifli menggantung semua aktiviti Masjid dan Surau selama 10 hari bermula hari ini di seluruh Malaysia dan terpulang kepada kerajaan negeri samada ingin mengikuti penggantungan tersebut.
- PM baru ada perutusan khas jam 10 malam ini di awani, bernama, tv3 dan rtm.
- MCMC buat channel di Telegram Messenger untuk anda dapat maklumat sahih berkaitan Covid-19. WhatsApp maksima ahli 250 jer so kena guna Telegram Messenger baru boleh ramai join.
- Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan dilaksanakan bermula 18-31 Mac. Nampaknya kerajaan cuba mengelakkan dari melaksanakan Perintah Berkurung.
17 Mar 2020
- Kebakaran di Pengerang, Johor.
- Berlaku pembelian panik.
- GRAB, DAHMAKAN diteruskan.
- GSC, TGV ditutup sehingga 31 Mac.
- MB perak memulakan tugas.
- Singapura memulakan rumah sementara untuk pekerja Malaysia di Singapura.
- Kakitangan BERNAMA positif Covid-19.
- MTUC menggesa kerajaan agar syarikat membayar gaji pekerja sepanjang tempoh PKP.
- Pelajar diminta pulang ke kampung sepanjang PKP.
- Orang ramai diminta jangan pulang ke kampung.
- 2 kematian di malaysia disebabkan Covid-19.
- Datuk Noraini Ahmad meminta menyediakan penginapan untuk pelajar yang terkandas tak dapat balik kampung.
- Perak ganti solat jumaat kepada solat zohor.
- Larangan eksport ke atas face mask.
- KL dan selangor bakal tiada air akibat pencemara di 4 loji rawatan air.
- Jangan bawa keluarga membeli barang keperluan.
FASA PERTAMA COVID-19 DI MALAYSIA
18 Mar 2020
- Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 18-31 Mac.
- Cuti Tahunan dan Cuti Sakit adalah hak pekerja.
- SPAN pantau kawasan berisiko pencemaran air.
19 Mar 2020
- 83 rakyat malaysia mengikuti perhimpunan di sulawesi.
- Tun M dikuarantin 14 hari kerana ada contact dengan pesakit Covid-19.
20 Mar 2020
- YDA memandu sendiri meninjau perlaksanaan PKP.
- Polis telah kenal pasti 4000 jemaah tabligh yang mengikuti perhimpunan di masjid sri petaling.
- Cuti sekolah dilanjutkan sehingga 31 Mac dari 14 Mac.
- Pekerja Kesihatan mula dijangkiti Covid-19.
- PETROL. Harga Petrol turun 21 Mac-27 Mac.
- RON95 1.44
- RON97 1.74
- DIESEL 1.75
- MITI mewajibkan syarikat menyediakan Surat Perjalanan kepada pekerja untuk terus beroperasi ketika PKP.
- Menteri kesihatan ditegur kerana mengeluarkan kenyataan "Minum air suam boleh membantu mencegah Covid-19".
21 Mar 2020
- KTMB mengurangkan kekerapan perjalanan keratapi bermula 21-31 Mac.
- Hanya 1 orang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.
- Wuhan bebas kes baru 3 hari berturut-turut.
22 Mar 2020
- Israk Mikraj 27 Rejab 1441 Hijrah
- KKM merayu peserta tabligh tampil membuat saringan.
- Penganjur perhimpunan tabligh di masjid sri petaling menyatakan hanya 12500 peserta bukannya 16000.
- Tentera membantu polis untuk memastikan pematuhan PKP.
- Saringan Covid-19 perlu tepat bagi mengelakkan kerugian perbelanjaan hasil daripada membeli test kit yang tidak sesuai.
- PKP patuh 90%.
23 Mar 2020
- 743 peserta tabligh positif Covid-19. 11000 telah berjaya dijejaki.
- Penganjur perhimpunan tabligh di masjid sri petaling menyatakan hanya 500 peserta lagi yang perlu disaring.
- PKP patuh 92%.
- PKP mungkin dilanjutkan selama 2 bulan.
- Orang ramai akan diberi topeng percuma.
- Pekerja kesihatan menggunakan beg plastik kerana kekurangan PPE.
- Masih terdapat kes ditipu kerana membeli mask secara online.
- Sanitizer yang berasaskan alkohol adalah mudah terbakar. Terdapat amaran pada belakang botol yang menyatakan "flammable=mudah terbakar".
- Polis di Johor sedang menjejaki 100 peserta tabligh di masjid sri petaling. Jumlah 3800 sedang dijejaki di seluruh negara.
- PM turut mengarahkan saringan dilakukan walaupun kepada warga asing.
- 2 pemburu emas di kaki gunung jerai dapat dibawa keluar dari tertimbus.
- PERKESO menyatakan 2 mangsa Covid-19 layak mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial.
- RM1 juta SESB sumbang kepada KKM.
- Stesen minyak wajib sediakan sanitizer.
- 72530 pelajar di kolej kediaman masing-masing menerima bantuan makanan sepanjang PKP. Ibubapa jangan risau.
- Penoreh getah dibenarkan untuk kembali menoreh.
- Masjid dan Surau bantu ahli kariah.
- Pemakai face mask perlu pakai dengan betul.
- Polis memberi diskaun 50% bayar saman secara e-payment 25-29 Mac.
- KKM tambah baik urus jenazah.
- Bomba bantu pemindahan pelajar tahfiz.
- Ibubapa boleh bincang tambang bas anak-anak kerana PKP.
- Penderma kepada Tabung Covid-19 akan dikecualikan dari cukai.
- Face mask tak diwajibkan kepada setiap individu kerana bekalan tidak mencukupi.
- Kementerian Pengangkutan memutuskan pembaharuan lesen hanya secara online ketika PKP.
Majlis Tindakan Ekonomi menutuskan
- RM40 billion jumlah hasil dibenarkan untk pencarum KWSP mengeluarkan simpanan maksima RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
- Pengurangan 4% caruman KWSP bermula April 2020.
- RM500 juta disalurkan untuk Kementerian Kesihatan untuk peralatan ICU/PPE/Keperluan makmal.
- RM100 juta 2000 kakitangan baru kontrak KKM.
- RM130 juta akan diberi sama rata kepada setiap Kerajaan Negeri untuk bantuan kepada penjaja/peniaga kecil.
- RM750 juta pembayaran pinjaman PTPTN ditangguhkan sehingga 30 Sep yang melibatkan 1.5 juta peminjam.
24 Mar 2020
- Pengeluaran roti GERDENIA telah mencapai tahap maksima.
- Zurich sumbang RM160 ribu kepada KKM.
- JAKIM lancar tabung Covid-19.
- DBKL batal arahan wajib pakai face mask.
- Pulau Pinang arah bisness operasi dari 6pg-8mlm sahaja. Bas akan operasi pagi dan petang sahaja mulai esok.
- Perak sedia RM1.8 juta untuk bantu mereka yang terkesan PKP.
- ERL akan had jadual perjalanan mulai esok.
- 270 rakyat malaysia di bangladesh akan dibawa pulang.
- Mereka yang telah pulang ke kampung diminta terus kekal.
- Drone mula digunakan untuk melihat pematuhan PKP.
- Kemudahan awam hanya dibenar beroperasi dari jam 6am-10pg dan 5ptg-10mlm.
- Kematian ke-15 disebabkan Covid-19.
- Individu yang menyorokkan maklumat dari pengetahuan hospital boleh dikenakan denda atau dipenjara.
- Face mask tidak wajib dipakai tapi digalakkan.
- Pramugari yang mempunyai tanda Covid-19 melarikan diri dari Parit Buntar Hospital.
- Gelandangan di KL turut diberi perhatian oleh Kerajaan.
- 2 juta face mask untuk 3 juta rakyat sarawak tidak mencukupi.
- Orang ramai yang menggunakan test kit ditegur KKM.
- MTEM gesa kerajaan untuk pengurangan cukai berganda kepada peniaga yang terkesan.
- PM terima sumbangan RM5 juta dan 520 ribu mask dari 5 buah syarikat untuk KKM.
- Kedah terdapat lebih kurang 4300 pelajar di UUM yang sedang berada di kampus masing-masing. Ibubapa jangan risau.
- SHOPEE sebagai platform pembelian secara online memperkuatkan penghantaran face mask.
- KKM gesa jangan stigma terhadap tabligh.
- JPMorgan menjangka kes Covid-19 akan memuncak pada pertengahan April.
- KKM beri amaran kepada keingkaran pematuhan PKP akan menyebabkan Perintah Berkurung akan dilaksanakan.
- 2 rakyat malaysia di New Zealand terkesan lockdown di sana.
- Kematian 2 orang di gurun adalah kerana melombong emas tanpa kebenaran.
- Sultan Selangor risau keingkaran pematuhan PKP.
- Malaysia tak dapat nak bina hospital dalam masa 10 hari tetapi kita mesti bersedia.
- Kakitangan kesihatan yang posif Covid-19 sebelum ini semuanya berpunca kerana mereka menghadiri majlis perjumpaan masing-masing. Tidak seorang pun dari mereka bekerja terus dengan pesakit Covid-19.
- Bukan muslim yang terkesan juga akan diberi bantuan oleh JAKIM.
- China dan ECRL menyumbangkan 25 ribu mask dan 1200 googles, 28200 pelbagai bekalan perubatan kepada Kementerian Kesihatan.
- 8954 jemaah tabligh telah disaring. 986 (11%) didapati positif. 5245 didapati negatif. 2704 masih pending.
- 106 kes baru menjadikan 1624 dengan jumlah kematian 15 orang.
25 Mar 2020
- Sehingga jam 12 tgh hari 172 kes baru positif Covid-19.
- PKP dilanjutkan sehingga 14 April.
- JAKIM da JAWI menggunakan RM25 juta untuk bantuan Covid-19.
- Kasihani pesakit Covid-19 kerana mereka pun tak mahu dijangkiti.
- Pembayaran loan dibekukan RM100 billion.
- US menyekat pembuatan medical glove dari Malaysia dengan tuduhan menggunakan tenaga kerja paksa.
- Sabah kekurangan "virus reagents" untuk mengenal pasti Covid-19.
- Bank negara mengurangkan had "reserve" bagi membolehkan wang tunai cukup di pasaran.
- USM akan memberikan jadual pembelajaran yang baru setelah PKP selesai.
- Urusan mahkamah syariah dilakukan secara online.
- MTUC menggesa fleksibiti kepada pembayar kad kredit.
- Kadar jenayah turun 70% ketika PKP.
- Sarawak minta pemeriksaan kesihatan dibuat kepada pekerja kelapa sawit.
- 110 orang ditahan kerana ingkar PKP.
- Pulau Pinang mengumumkan RM75 juta bantuan untuk mereka yang terkesan manakala Sabah RM670 juta. Johor pula RM17.5 juta.
- India memansuhkan 5% duti ke atas import Kelapa Sawit.
- 95% peserta tabligh telah melakukan saringan.
- Penjarakkan selamat sudah mula menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.
- China memberi bantuan 5500 test kit Covid-19.
- 558 rakyat Malaysia di India telah berjaya dibawa pulang.
- RM63.3 juta diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan termasuk RM84 ribu untuk gelandangan.
- Sabah memberi pengecualian bil air manakala bil elektrik diberi diskaun bermula 1 April.
- Kebanyakkan pekerja kesihatan dijangkiti Covid-19 akibat menyertai Majlis Perkahwinan.
- Pas pekerja bekerja di Singapura mestilah mendapat kelulusan dari Singapura.
26 Mar 2020
- 39 ribu K95 face mask dan 1120 PPE yang lain dalam perjalan dari China ke Malaysia hasil kumpulan pengumpul sumbangan di China. Ia diterbang oleh AirAsia secara percuma.
- Bagi mencapai pematuhan PKP, pegawai penguatkuasa diberi kebenaran untuk melaksanakan pelbagai pendekatan termasuklah paksaan.
- Pulau Pinang mula membenarkan beberapa perniagaan beroperasi 6 pagi sehingga 8 malam.
- HEBHK di johor dijadikan Hospital untuk merawat pesakit Covid-19.
- 8.3 juta isi rumah yang terpilih akan menerima topeng muka percuma.
- Mereka yang berada di kampung diminta kekal dikampung sepanjang PKP. Sekatan jalan raya akan meminta pemandu berpatah balik.
- 223 ribu topeng muka yang disorokkan dirampas KPDNHEP di Kota Damansara, Petaling Jaya. Ianya dirampas kerana dijual pada harga yang tinggi hasil maklumat orang ramai. Hubungi 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 untuk membuat aduan. Kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011). Harga maksima yang ditetapkan adalah RM2 seunit.
- FGV salur bantuan 13 ribu beg berisi makanan.
- LHDN menjelaskan, bagi transaksi derma tunai ke Tabung Covid-19, rekod yang perlu disimpan ialah resit rasmi kerajaan, slip pindahan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), slip deposit cek, slip deposit melalui kaunter bank, slip pembayaran dalam talian, slip pindahan melalui Interbank Giro (IBG Transfer), resit Real Time Electronic Transfer Fund and Securities Systems (RENTAS) dan resit telegraphic (TT) bersama ‘advice of credit’.
- Hospital Canselor Tuanku Muhriz mulakan inisiatif hantar ubat ke rumah.
- 81 rakyat Malaysia di Itali berjaya dibawa pulang.
- 2 lelaki dipenjara ingkar PKP.
- 7 petugas istana positif Covid-19.
- 80 petugas Kementerian Kesihatan positif Covid-19.
- Sisa klinikal meningkat 17%.
- Mufti kedah kata berdosa ingkar PKP.
- Food Bank Malaysia bantu 38 ribu pelajar IPT.
- Jemaah Menteri memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung Covid-19.
- 4 lokasi yang dikenal pasti sebagai zon merah jangkitan Covid-19 di ibu negara iaitu Parlimen Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong dan Cheras.
- Perintah berkurung (curfew) tidak memerlukan pengisytiharan darurat seperti insiden 13 Mei 1969 namun hanya perlu diisytiharkan perintah itu oleh Ketua Polis Negara dan terpakai dalam tempoh 24 jam. kemudian pihak kementerian (Kementerian Dalam Negeri) akan lanjutkan dalam tempoh 14 hari.
- Seorang Menteri Kabinet dari setiap negeri sudah diarahkan menjadi ahli mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di negeri masing-masing bagi mewakili Kerajaan Persekutuan. Menteri Kabinet itu akan menyampaikan maklumat dan keputusan Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat MKN negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.
- Tiada kes COVID-19 di Sabah kerana tak cukup kelengkapan ujian.
- Tiada sekatan untuk rakyat Malaysia yang masih berada di Finland buat masa ini.
- KTMB menggesa rakyat mengibarkan JALUR GEMILANG menzahirkan semangat MALAYSIA memutuskan rantaikan wabak Covid-19.
27 Mar 2020
- SOCSO lancar program buat individu yang kehilangan pekerjaan.
- MAINPP sumbang RM6 juta untuk mereka yang terkesan Covid-19.
- Sumbangan Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation tiba di Malaysia.
- Daun semambu atau "neem" belum ada bukti boleh sembuhkan Covid-19.
- Dua kawasan pertama perintah berkurung (lockdown) di Malaysia.
- 144 rakyat Malaysia di Thailand dibenar pulang.
- Maszlee ahli parlimen Simpang Renggam, Johor minta penduduk terus kekal bertenang dan mematuhi arahan semasa.
- 7 ditahan kerana main bola sepak dan jogging ketika PKP.
- Pakej rangsangan ekonomi diumumkan RM250 bilion (RM20 billion termasuk dalam pakej yang telah diumumkan sebelum ini).
- PETROL. Harga Petrol turun 28 Mac-3 April.
- RON95 1.05
- RON97 1.25
- DIESEL 1.28
28 Mar 2020
- KKM menjangkakan tsunami gelombang ke-3 akan berlaku jika PKP tidak dilakukan.
- Penjualan kondom meningkat sejak PKP dijalankan di seluruh dunia.
- 11 individu ditahan kerana jongging ketika PKP.
- Petugas penerbangan dan MAHB membantu warga asing yang terkandas di KL.
- 10 kes baru di sabah setelah semalam tiada ujian dapat dilakukan.
- PAKATAN kata Mak Cik kiah tak akan dapat melebihi 2 bulan dari pakej yang baru diumumkan.
- Kementerian kewangan cuba mendapatkan semula wang 1MDB dari Amerika.
- Seorang lelaki dipenjara 12 bulan kerana ingkar PKP.
- Tiga pasaraya dan balai bomba telah disinfektan di Simpang Renggam.
- Warga berusia 62 membunuh diri di Hospital Serdang.
- Laluan khas ketika sekatan jalan raya dilakukan akan diberikan untuk pekerja barisan hadapan.
- Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan ketika sekatan jalan raya. Sesiapa yang mempunyai tanda demam akan ditahan.
- 1900 rakyat Malaysia di India berjaya dibawa pulang.
- SPM dipinda ke 16 November. PT3 juga akan ditunda.
- 3600 Rakyat Malaysia masih terkandas di luar negara.
- Pahang terima 50 ribu topeng muka dari firma China.
- Subhanallah ! 20 gelandangan diberi tempat tinggal dan makanan.
- KKM sedang kaji test kit dari Korea dan China.
- Pematuhan PKP mencapai 97% walupun terdapat 482 ditahan sejak 26 Mac.
- Ada juga yang nak cuba seludup keluar udang bernilai RM23 ribu dari Malaysia ke Singapura masa PKP.
- 11 rumah kedai di Tanjung Malim terbakar.
- Bengkel di Selangor dibenarkan untuk dibuka.
- Lagi ingkar PKP dengan pergi memancing dan minum arak.
- Berdasarkan GDP, Malysia memperuntukkan 17% untuk menghentikan rangkaian wabak Covid-19 berbanding UK 16%, US 11%, Singapura 11%.
- Pakej RM250 billion datangnya dari RM25 billion Kerajaan, RM50 billion KWSP dan RM175 billion Bank.
29 Mar 2020
- 18 rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives berjaya dibawa pulang. Manakala 84 orang di Egypt dengan kerjasama Brunei. 134 rakyat Brunei diterbangkan oleh MAS ke brunei dan membawa 84 rakyat Malaysia pulang ke tanah air yang transit di Brunei dari Eygpt.
- 35516 telah disaring 2320 (6.5%) positif, 1207 kluster tabligh iaitu lebih 50% dari jumlah positif.
- Vendor di Pulau Pinang mula menghantar Sayur dan Daging segar terus ke rumah.
- Selangor memberikan penginapan percuma untuk pekerja barisan hadapan di De Palma Hotel manakala AirAsia memberikan penginapan di iTune Hotel di KL secara percuma.
- LAZADA bantu jual hasil pertanian di Cameron Highland.
- KKM berjaya menyediakan 10 makmal tambahan untuk saringan Covid-19.
30 Mar 2020
- Pekerja 7-Eleven di KL dijangkiti Covid-19
- Malaysia menggunakan test kit yang dibangunkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd. Test kit tersebut turut dihantar ke Korea Selatan, India, Thailand dan Eropah.
- Tidak seorang pun pelajar di UK mahu pulang ketika ini.
- Pekerja swasta bagian sumber manusia dibenar bekerja untuk uruskan kemasukkan gaji pekerja.
- 3 cawangan Allliance Bank di tutup kerana pekerja dijangkiti Covid-19.
- Pusat panggilan pelanggan CIMB cawangan Menara Southern Bank ditutup kerana pekerja dijangkiti Covid-19.
- 3200 penghuni Menara City One dikenakan PKPD melibatkan 502 unit kediaman. Penghuni tidak dibenarkan walaupun menerima order makan di lobi. Manakala kedai menjual barang keperluan di bangunan tersebut dibenarkan beroperasi.
31 Mar 2020
- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
- Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada PM.
- Individu pertama bukan warganegara Malaysia iaitu warganegara Indonesia berumur 40 tahun, meninggal dunia kerana Covid-19 menjadikan sehingga kini 43 kematian telah dilaporkan.
- Umur 26-30 dan 56-60 berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 Di Malaysia.
- Bermula 3 April, rakyat Malaysia yang pulang akan terus dikuarantin.
- RM250 ribu duit Syed Saddiq yang dah kena curi adalah duit kepunyaan keluarga untuk ubah suai rumah.
- UMNO dibenar edar bantuan tetapi NGO dilarang.
- 2 lelaki dipenjara 8 bulan kerana ingkar PKP.
- Terengganu kawal kenderaan patuh PKP berdasarkan kekarapan nombor plat kenderaan yang melalui sekatan jalan raya.
NEGARA BEBAS COVID-19 SETAKAT INI
- Lesotho
- Sudan Selatan
- Yaman
- Sierra Leone
- Burundi
- Malawi
- Sahara Barat
- Turkmenistan
- Tajikistan
- Korea Utara
- Tonga
- Samoa
- Vanuatu
- Kepulauan Cook
- Niue
- Tuvalu
MENGAPA PERLU PAKAI TOPENG MUKA?
- Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun menyatakan bahawa tujuan utamanya adalah menghalang virus daripada memasuki tubuh melalui mulut atau hidung.
- Topeng muka dapat menghalang pemakainya dari dijangkiti atau menjangkiti individu lain.
- Efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, topeng baharu perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
JENIS TOPENG MUKA
CADANGAN
Kami ingin mencadangkan agar penama-penama dibawah ini dapat membantu kerajaan dalam isu covid 19 ini dengan menderma terutama kepada golongan-golongan miskin yang terkesan dek kerana virus ini serta hospital-hospital yang amat memerlukan kelengkapan-kelengkapan yang semakin berkurang termasuk sarung tangan getah dan topeng muka.
Malaysia's richest 2020
1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion
20. David Kong RM3.96 billion
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion
23. Vincent Tan RM3.3 billion
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion
33. Patrick Grove RM2.04 billion
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion
41. Tony Fernandes RM1.47 billion
42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion
44. Wong Teek Son RM1.36 billion
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion
Kalau sorang bagi 1% pun dah berbilion dapat untuk bantu frontliners doktor, nurse, ma, cleaners, rela, polis, tentera supaya boleh berkhidmat dengan lebih selamat dengan protective gear yang cukup. Senang sama-sama, susah sama-sama.. jangan masa senang saja sapu buat untung, tapi masa susah terus lari Singapore lari Hongkong... take noted dekat situ. Pakat2 share kat kawan2 sampai Nama2 Dalam list Tu dapat Baca .....tysm
Jemaah Menteri memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
REALITY CHECK
Jenis | Virus | Debu | Bakteria | Debunga | Menapis |
N95 | 95% | 100% | 100% | 100% | Udara |
Bedah | 95% | 80% | 80% | 80% | Udara |
FFP1 | 95% | 80% | 80% | 80% | Udara |
Karbon | 10% | 10% | 50% | 50% | Bau |
Kain | 0% | 0% | 50% | 50% | Haba |
Span | 0% | 0% | 5% | 5% | Fesyen |
CADANGAN
Kami ingin mencadangkan agar penama-penama dibawah ini dapat membantu kerajaan dalam isu covid 19 ini dengan menderma terutama kepada golongan-golongan miskin yang terkesan dek kerana virus ini serta hospital-hospital yang amat memerlukan kelengkapan-kelengkapan yang semakin berkurang termasuk sarung tangan getah dan topeng muka.
Malaysia's richest 2020
1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion
20. David Kong RM3.96 billion
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion
23. Vincent Tan RM3.3 billion
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion
33. Patrick Grove RM2.04 billion
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion
41. Tony Fernandes RM1.47 billion
42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion
44. Wong Teek Son RM1.36 billion
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion
Kalau sorang bagi 1% pun dah berbilion dapat untuk bantu frontliners doktor, nurse, ma, cleaners, rela, polis, tentera supaya boleh berkhidmat dengan lebih selamat dengan protective gear yang cukup. Senang sama-sama, susah sama-sama.. jangan masa senang saja sapu buat untung, tapi masa susah terus lari Singapore lari Hongkong... take noted dekat situ. Pakat2 share kat kawan2 sampai Nama2 Dalam list Tu dapat Baca .....tysm
Jemaah Menteri memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
REALITY CHECK
- Berapa ramai yang anda nampak hari ini memakai mask?
- Berapa ramai yang sentiasa menjaga jarak selamat 1 meter?
- Berapa ramai yang berkongsi tandas/cafeteria/surau/masjid/kemudahan awam?
- Jika PKP dihentikan dan selepas itu seorang sahaja positif Covid-19, berapa ramai contact individu tersebut kena saring? Berapa banyak fasiliti kena disinfeksikan? Ia mungkin akan berlaku pada 1 hari selepas PKP dihentikan atau hari-hari yang berikutnya. Boleh pastikan setiap individu bebas Covid-19 jika nak hentikan PKP? Masa tu orang ramai dah pergi kepelbagai pelusuk. Boleh nak kawal? Masa tu baru nak adakan PKP lagi sekali?
- Ada laporan kes covid-19 oleh pekerja di mana-mana bangunan baru tutup bangunan tersebut kepada orang ramai. Jika pelajar dah tentu sekolah kena tutup. Bagaimana dengan kawasan orang ramai yang lain?
- Statistik kes covid-19 hanya paparkan jumlah kes dan jumlah kematian. Tak bagi tahu pengidap duduk perumahan mana hanya bagi tahu hospital mana pengidap berada, siapa pengidap dah jumpa dalam tempoh 2 minggu sebelum pengidap disahkan covid-19, ke mana pengidap dah pergi selama tempoh tersebut pun tak diberitahu.
- Jika tahu pengidap duduk perumahan mana, maka kawasan perumahan tersebut perlu dibersihkan dengan bahan disinfektan seperti di dalam lif yang dikongsi bersama, pada pemegang pagar untuk menaiki dan menuruni tangga, tandas awam, kenderaan awam seperti keretapi dan bas, shopping complex dan banyak lagi yang dikongsi bersama.
JENAMA ATAU PEKERJA DI MALAYSIA YANG DISAHKAN COVID-19
- Khazanah National Berhad, Kuala Lumpur
- MCMC
- MOTOROLA
- Ibu pejabat SIRIM Berhad, Shah Alam
- AMBANK
- A-Saloon, Melawati Mall
- AIA cawangan Plaza 33, Petaling Jaya
- Tadika Brainy Bunch cawangan Bandar Kinrara
- Kondominium Bukit Gembira Kuala Lumpur
- Gereja Our Lady of Guadalupe Puchong
- KWSP cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur
- Fitness First IOI Mall Puchong
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad cawangan Tower B Petaling Jaya
- Koi Kinrara Suite, Puchong
- SKMM, Cyberjaya
- Menara Maybank Jalan Tun Perak Kuala Lumpur
- R.E.A.L Kids, Ara Damansara
- SJK (C) Batu 11 Cheras
- Subang Jaya Medical Centre
- Taman Desa Medical Centre
- UOW Malaysia KDU, Kampus Glenmarie
- JKR
- SUHAKAM
- Perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling KL pada 27 Feb-1 Mac 2020
- UTHM kampus Pagoh dan Parit Raja, Johor
- UOB cawangan Lebuh Bishop, Pulau Pinang
APA LAGI YANG PERLU ANDA TAHU?
- Pakai mask. Permukaan mask yang berwarna pada bahagian luar. Jenis mask N95 adalah yang terbaik kerana dapat menapis partikal yang sangat halus. Elakkan menyentuh permukaan luar mask yang memerangkap virus Covid-19. Memakai mask yang menutup hidup dan mulut ketika solat adalah tidak membatalkan solat.
- Jaga kebersihan
- Elak kunjungi tempat yang ramai orang berkumpul
- Sanitiser yang berasaskan alkohol tidak membatalkan solat
- Sekiranya anda mengetahui mana-mana individu yang mungkin dijangkiti Covid-19 seperti antara 16 ribu individu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling KL pada 27 Feb-1 Mac 2020, mestilah membuat saringan pengesahan Covid-19 agar tidak menjangkiti lebih ramai orang.
- Tak salah ikut perhimpunan. Mana tahu ada Covid-19 masa tu. Tapi salah tak mahu tampil diri untuk disaring Covid-19 pada perhimpunan yang kemudiannya telah disahkan ada Covid-19 kerana ada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang mengeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian selama 14 hari.
- Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-Kesalahan) (Pindaan) 2020 diwartakan pada 27 Mac lalu. Perkembangan baharu itu disahkan menerusi Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda yang diterbitkan pada Jumaat lalu. Susulan itu, individu yang ditahan mengikut peraturan baharu berkenaan boleh dikompaun. Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa mengenakan kompaun terhadap mereka yang ingkar arahan kerajaan susulan penularan wabak COVID-19.
- Tanpa akta pun itu kan tanggung jawab sosial. Kalau tak pergi buat saringan mana nak tahu diri tu ada dijangkiti Covid-19 atau tak? Kalau ada tapi tak pergi buat saringan kan orang lain yang berdekatan anda akan jadi mangsa.
- Pastikan jarak selamat 1 meter antara anda dan individu lain pada setiap masa. Macam mana agak jarak 1 meter tu? Anda dengan individu berhampiran anda, masing-masing tidak dapat menggapai tangan di antara satu sama lain.
LESSONS LEARNED
- Kebergantungan bahan, teknologi dan kepakaran dari negara luar adalah isu keselamatan negara dan menjejaskan perniagaan.
- Setiap kemasukan mana-mana individu ke negara ini pada masa akan datang perlu melepasi saringan penyakit berjangkit.
- Face mask perlu menjadi rutin dipakai ketika batuk atau selsema agar tidak menjangkiti individu lain di tempat kerja, sekolah, masjid dan sebagainya.
- Kerja dan sekolah perlu boleh diteruskan secara online agar pembelajaran dan pekerjaan dapat diteruskan.
- Kos untuk membawa balik rakyat Malaysia di luar negara amat tinggi sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk KKM jika rakyat pulang sendiri ketika syarikat penerbangan negara-negara terbabit masih beroperasi. RM50 juta untuk membawa balik rakyat Malaysia di Amerika dan UK termasuk Pelajar.
OUTLOOK
Kuarantin 14 hari cukup untuk mengetahui seseorang individu itu ada Covid-19 atau tidak. Mengawal publik atau sesuatu yang bebas "bergerak" amat sukar. Istihar darurat 14 hari sudah cukup "menghentikan" pergerakkan penyebaran wabak dari meragut nyawa individu yang usianya jauh lebih 14 hari. Fikir betul-betul. Apa keutamaan tindakan semasa? Sayang 14 hari atau sayang generasi akan datang kurang secara drastik?
Jumlah 28 kes sahaja melibatkan 956 individu yang dapat dikesan mungkin turut dijangkiti. Ni 16 ribu orang berapa ramai pula contact mereka selepas itu?
Mulai 01 April 2020 adalah FASA KE-2 COVID-19 DI MALAYSIA
Mulai 01 April 2020 adalah FASA KE-2 COVID-19 DI MALAYSIA
Berikut sumber dari Ustaz Somad
7 PESAN NABI KEPADA ABU DZAR.
عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِسَبْعٍ:
Dari Abu Dzar, ia berkata: “Orang yang aku kasihi (Rasulullah Saw) memerintahkan aku melakukan tujuh perkara:
أَمَرَنِى بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ
Ia perintahkan aku mencintai dan mendekati orang-orang miskin.
وَأَمَرَنِى أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِى وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِى
Ia perintahkan aku agar melihat ke bawah, tidak melihat keatas.
وَأَمَرَنِى أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أدبرت
Ia perintahkan aku agar tetap menjalin silaturahim, meskipun orang tersebut bersikap tidak baik.
وَأَمَرَنِى أَنْ لاَ أَسْأَلَ أَحَداً شَيْئاً
Ia perintahkan aku agar tidak meminta apa pun kepada orang lain
وَأَمَرَنِى أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا
Ia perintahkan aku agar mengucapkan kebenaran, walaupun pahit.
وَأَمَرَنِى أَنْ لاَ أَخَافَ فِى اللَّهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ
Ia perintahkan aku agar tidak takut kecaman orang-orang yang mengecam dalam mengamalkan agama Allah (Islam)
وَأَمَرَنِى أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ.
Ia perintahkan aku agar memperbanyak kalimat: La haula wa la quwwata illa billah (tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah). Sesungguhnya kalimat itu dari perbendaharaan di bawah ‘Arsy.
(HR. Riwayat Ahmad)
QURAN 3:154
"Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada"
"Then after distress, He sent down upon you security [in the form of] drowsiness, overcoming a faction of you, while another faction worried about themselves, thinking of Allah other than the truth - the thought of ignorance, saying, "Is there anything for us [to have done] in this matter?" Say, "Indeed, the matter belongs completely to Allah ." They conceal within themselves what they will not reveal to you. They say, "If there was anything we could have done in the matter, some of us would not have been killed right here." Say, "Even if you had been inside your houses, those decreed to be killed would have come out to their death beds." [It was] so that Allah might test what is in your breasts and purify what is in your hearts. And Allah is Knowing of that within the breasts."
"Then after distress, He sent down upon you security [in the form of] drowsiness, overcoming a faction of you, while another faction worried about themselves, thinking of Allah other than the truth - the thought of ignorance, saying, "Is there anything for us [to have done] in this matter?" Say, "Indeed, the matter belongs completely to Allah ." They conceal within themselves what they will not reveal to you. They say, "If there was anything we could have done in the matter, some of us would not have been killed right here." Say, "Even if you had been inside your houses, those decreed to be killed would have come out to their death beds." [It was] so that Allah might test what is in your breasts and purify what is in your hearts. And Allah is Knowing of that within the breasts."
Comments
Post a Comment