Awas scam cara baru guna Maybank
Jika ada sesiapa meminta anda untuk memberikan TAC anda kepada mereka, jangan bagi. Itu mungkin scam! Berikut senario yang telah saya sendiri buat pengesahan dengan Maybank.
Seseorang yang mengaku dari LAZADA menghubungi anda mengatakan anda ada membuat pembelian dan telah pun membayar penuh pembelian tersebut. Cuma tinggal lagi soal penghantaran yang belum selesai. Dia suruh anda check transaksi pembelian anda di maybank2u dan betul memang ada transaksi tersebut.
Ketika ini anda mesti panik dan tertanya bagaimana boleh ada transaksi pembelian sedangkan anda tak beli pun?
Setelah itu pemanggil meminta anda untuk memberikan TAC. Jika anda beri anda akan jadi mangsa scam!
Ingat jika ada sebarang keraguan hubungi Maybank. Nombor untuk dihubungi ada pada belakang kad Maybank anda.
Transaksi tersebut boleh berlaku walaupun hakikatnya anda tak ada membuat pembelian kerana terdapat maklumat peribadi anda yang telah bocor dan diketahui oleh scammer tersebut lalu membuat transaksi. Antara maklumat tersebut adalah seperti berikut

- Username anda. Username adalah kekal dan tidak boleh ditukar. Hanya buat akaun baru sahaja baru boleh dapat username baru. Penting tak kerahsiaan username anda?
- Password. Tumb Print atau Face ID pada mobile phone anda membolehkan anda menyemak transaksi semasa sahaja di Maybank App anda. Password sahaja membolehkan transaksi dilakukan. Penting tak kerahsiaan password anda? Password anda boleh anda tukar pada bila-bila masa jika anda rasa ianya telah diketahui oleh orang. Pada Blog AZA ada dikongsikan cara untuk tukar password.
- TAC hanya diketahui oleh anda sahaja. Tak boleh dikongsi dengan sesiapa. Ingat tu!
Licik tak cara scam baru ni? Siapa tak panik bila tengok memang ada transaksi pembelian di maybank2u walaupun sebenarnya anda tak beli kan? Kongsi info ini kepada kenalan anda sebelum mereka jadi mangsa scammer!
QURAN 3:156
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan"
"O you who have believed, do not be like those who disbelieved and said about their brothers when they traveled through the land or went out to fight, "If they had been with us, they would not have died or have been killed," so Allah makes that [misconception] a regret within their hearts. And it is Allah who gives life and causes death, and Allah is Seeing of what you do."

Comments
Post a Comment