Kluster covid-19 perhimpunan tabligh di masjid seri petaling


Blog AZA

KLUSTER PERHIMPUNAN TABLIGH DI MASJID SERI PETALING, KUALA LUMPUR PADA 27 FEB-1 MAC 2020





  • 26 Mac 2020 - 60 kes baru dari 235 kes adalah berpunca daripada kluster ini. Hari ke-25 selepas perjumpaan pada 1 Mac masih ada lagi Covid-19 berpunca dari kluster ini. Pada 24 Mac, muncul pula kluster baru apabila orang ramai dah berpusu-pusu nak balik KL. Oleh sebab itu, PKP mesti berakhir 18 April untuk cukup tempoh Hari ke-25. Betul? Jika selepas ini masih terdapat lagi kes positif covid-19 dari kluster ini, berapa hari sebenarnya yang diperlukan untuk memutuskan rangkaian wabak covid-19? Ianya jelas bergantung pada penemuan kes positif covid-19 yang berkait dengan kluster ini pada masa akan datang. Mungkin akan jadi Hari Ke-26 atau Hari ke-40 dan sebagainya.
  • 27 Mac 2020 - Kini semakin banyak kluster muncul apabila terdapat banyak kes positif Covid-19 berpunya dari majlis perkahwinan yang diadakan sehingga awal Mac. Lagi kluster ini dikesan. Ini menjadikan Hari ke-26. Kluster ini turut menjangkiti individu lain kerana pergi solat berjemaah dan majlis perkahwinan.
  • 28 Mac 2020 - Masih terdapat 5084 dari kluster ini yang masih belum disaring sehingga ke hari ini. Susah nak kawal penularan kerana individu yang merasakan diri mereka sihat sebenarnya telah dijangkiti Covid-19 pada kluster yang telah mereka sertai. Keadaan jadi bertambah buruk apabila mereka bersurai dari majlis tersebut dan pergi ke perhimpunan lain seperti majlis perkahwinan, solat berjemaah di surau, di masjid, dan majlis perhimpunan yang lain. Bertambah buruk apabila telah disahkan mana-mana perhimpunan yang disertai ada individu yang terkesan tidak tampil membuat saringan. Keadaan akan bertambah buruk jika ada yang positif Covid-19 tetapi merahsiakan sehingga ke hari ini atau akan datang, kluster yang telah mereka sertai. Sehingga ke hari ini masih terdapat saringan dari kluster ini masih pending menunggu keputusan saringan. Jadi Hari ke-? sebenarnya diperlukan?
Pecahan Kluster 29 Mac 2020

PUI=Patient Under Investigation
M/K=Misi Kemanusiaan/Kedutaan
CC=Close contact
Cru=Cruises
Tab=Tabligh
KKM=KKM polisi

Kes
PUI
M/K
CC
Cru
Tab
KKM
Total
Postf
461
2
586
0
1207
64
2320
Negtf
4474
366
8913
100
6648
4226
24727
Pding
2491
81
1225
0
4645
27
8469
Total
7426
449
10724
100
12500
4317
35516

Nota: 71 positif dari 274 penghuni Sekolah Tahfiz di Hulu Langat Selangor.

30 Mac 2020 Hari Ke-29

  • Jumlah telah disaring 18,271
  • Jumlah sample telah diambil 14,111
  • Jumlah positif 1,290
  • Jumlah negatif 8,083
31 Mac 2020 Hari Ke-30

17 positif melibatkan 12 keluarga di Menara City One Condominium yang berkait dengan kluster ini

01 April 2020 Hari Ke-31


  • Peserta perhimpunan tabligh di India sedang dikenal pasti.
  • Kesemua 73 peserta Malaysia ke perhimpunan tabligh di Sulawesi telah disaring.
02 April 2020 Hari Ke-32

  • Jumlah telah disaring 18,826
  • Jumlah sampel telah diambil 15,380
  • Jumlah positif 1,407
  • Jumlah negatif 10,000
  • Jumlah yang masih belum dapat keputusan saringan 3,973
  • 3,400 orang masih belum disaring
03 April 2020 Hari Ke-33

  • 50 kes baru dari kluster tabligh di selangor sahaja
  • 3,000 orang masih belum disaring
04 April 2020 Hari Ke-34


  • Polis dapat alamat rumah, nombor telefon dan nombor kad pengenalan close contact kepada 11,000 peserta kluster tabligh yang perlu disaring untuk KKM menghubungi mereka disamping 3,000 dari kluster itu sendiri masih belum dapat dijejaki
  • 80 kes baru dari kluster tabligh
06 April 2020 Hari Ke-35

  • Kluster gereja di Khucing Sarawak 83 Positif Covid-19 tetapi tarikh 3 hari perjumpaan tidak diberitahu.
  • Kluster majlis perkahwinan di Bangi Selangor 88 positif Covid-19 pun tarikh majlis tidak diberitahu.


OUTLOOK

  • YDA dan Tun M pun kena kuarantin sebab ada close contact dengan positif Covid-19. Seorang saja positf maka ramai yang lain akan terlibat jelas info mengenai kluster amat penting untuk diketahui dari setiap individu yang telah disahkan Covid-19.
  • Tempat juga perlu disinfektan jelas bukan sahaja hanya close contact terkesan.
  • Kejujuran perkara paling sukar untuk dipastikan jika anda individu yang telah disahkan positif tetapi tidak memberitahu kluster yang telah mereka sertai. Malah turut mengancam nyawa petugas kesihatan yang merawat dengan tidak memberitahu sedari awal kluster yang telah disertai.
  • Jangkamasa pesakit baru yang telah menyertai kluster yang telah lama dikenal pasti, menjadikan sukar mengetahui jangkamasa sebenar yang diperlukan untuk memutuskan rangkaian wabak. Adakah terhenti sehinga Hari ke-26 sahaja atau lebih lagi?
  • Wujudnya kluster baru pada masa akan datang adalah "BIG NO".
  • Lebih banyak ruang dibuka untuk kemungkinan individu menjangkiti individu lain maka akan lagi lama masa yang diperlukan untuk memutuskan rangkaian wabak.
  • Keutamaan JELAS untuk fokus memutuskan rangkaian wabak. Bukan jaga ekonomi kerana seluruh dunia ketika ini menghadapi masalah yang sama. Ekonomi ketika wabak ini tetap menjadi keperluan bukan keutamaan. Jumlah individu yang dah dijangkiti sudah memang tak boleh diubah samada banyak atau sikit. "IT IS WHAT IT IS". Tinggal masa untuk disahkan sahaja. Jangan ada individu bebas Covid-19 dijangkiti itu yang perlu dipastikan.
  • Hanya setelah rangkaian wabak benar-benar dapat diputuskan barulah segala cabang yang lain diberi perhatian mengikut keutamaan.
  • Apa-apa keperluan ketika ini yang mengancam keutamaan jelas kena dahulukan keutamaan.
QURAN 3:164

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata"

"Certainly did Allah confer [great] favor upon the believers when He sent among them a Messenger from themselves, reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book and wisdom, although they had been before in manifest error."

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more