Menjawab soalan dari pengunjung blog
Hi, dah lama saya tak masuk blog. Baiklah, terus saja saya menerangkan perkara berikut:
Soalan : Request OTP utk reset password tak bergerak
Jawapan : Soalan yang dikemukan adalah tidak lengkap. Apa OTP yang dirujuk pada soalan ini. Adakah untuk bank atau apps? Secara asas diketahui bahawa, anda perlu cuba pada selang waktu tertentu selepas itu bagi mencuba kesekian kali proses untuk reset password jika ianya tidak berjalan lancar pada sesi percubaan pertama anda.
Soalan : Saya ade balance 30 rm di acount lazada saya....saya nak beli topup maxis cara nya bagaimana
Jawapan : Menyimpan wang pada platform yang kurang effektif untuk digunakan akan menyebabkan anda sukar untuk menggunakan wang anda pada masa akan datang. Oleh sebab itu, simpanlah di institusi kewangan yang diketahui ramai adalah selamat dan mudah untuk digunakan di pelbagai urusan online anda. Ingat bukan hanya effektif untuk digunakan di platform itu sahaja tetapi carilah yang effektif untuk digunakan di pelbagai platform yang lain. Contoh mudah adalah menyimpan di institusi perbankan.
Saya minta maaf kerana lambat menjawab pelbagai pertanyaan anda dan berharap dapat membantu anda menjawab pertanyaan yang telah anda kemukakan.
Nota : Menyedari realiti soalan yang dikemukakan oleh pengunjung blog adalah memerlukan jawapan segera maka bertanyakan soalan dengan mengisi form pada blog ini adalah tidak effektif untuk mendapatkan jawapan pada kadar yang segera. Sungguhpun begitu, ruangan untuk mengisi form bagi bertanyakan soalan anda akan terus dikekalkan.
Comments
Post a Comment