BRICS, SWIFT dan Russia
Sistem kewangan yang digunakan diseluruh dunia ketika ini telah sekian lama digunakan. Rata-rata kita yang masih hidup ini dilahirkan ketika sistem ini terus berjalan. Pernah beberapa kali beberapa negara berjaya menjana ekonomi jauh lebih baik apabila tidak menggunakan sistem sedia ada tetapi akhirnya mereka kecundang kerana kalah apabila diserang atau pemimpin mereka digulingkan dengan apa jua alasan yang diberikan.
Global south pastinya sepakat melihat bagaimana negara barat selama ini menggunakan pelbagai cara untuk membuli sesiapa sahaja yang mereka tidak suka dengan apa jua alasan. Semua global south pastinya sepakat untuk tidak percaya lagi dengan negara barat. Malah global south juga menyaksikan bagaimana rakan-rakan sekutu barat itu sendiri menjadi mangsa buli pemimpin barat itu sendiri.
Sejak Russia tidak dapat menggunakan SWIFT untuk melakukan transaksikan kewangan dengan negara lain, seluruh dunia mulai sedar bahawa negara barat tiada batas untuk mencapai apa jua yang mereka inginkan. Dunia merasakan ketika itu Russia pasti kalah kali ini apabila tidak dapat menggunakan SWIFT dan itu berarti negara apapun pasti akan kalah juga apabila tidak dapat menggunakan SWIFT nanti.
Ternyata Russia berjaya membuktikan sehingga ke hari ini mereka mampu bangkit malah jauh lebih berjaya dari beberapa negara yang menggunakan SWIFT. Kejayaan itu bukan sesuatu hal yang mudah untuk Russia kecapi kerana ianya diserang dengan pelbagai masalah lain yang dicipta oleh negara barat dan sekutunya pada masa yang sama.
Kenapa Russia tidak kecundang seperti yang telah berlaku kepada negara yang mencuba untuk tidak menggunakan sistem sedia ada? Jawapannya kerana Russia mempunyai rakan-rakan Global South yang memahami bagaimana BRICS memberi peluang mereka untuk bersatu bukan sahaja untuk mencipta sistem kewangan yang lebih adil malah bagi membina Global South itu sendiri agar kebal dari dibuli oleh negara barat dan sekutunya pada masa akan datang. Itu pastinya berlaku kerana barat tidak mahu kehilangan apa yang mereka kecapi selama ini.
Apakah yang bakal dilakukan oleh negara barat dan sekutunya nanti? Mungkinkah ada diantara sekutu mereka nanti seperti di G7, NATO dan sebagainya mulai mahu menyertai kumpulan BRICS? Bagaimana barat akan bertindak? Apakah strategi yang akan mereka gunakan? Apakah akhirnya memilih untuk berperang?
Ya ini bukan hal simple. Jika tidak sekarang bila? Jika bukan kita siapa? Bagaimana untuk bertindak sebagai ASEAN, OIC, G20, UN dan sebagainya dalam usaha kita mengukuhkan Global South dan negara kita sendiri. Sistem sedia ada telah memperlihatkan kesalahan yang terpaksa ditanggung selama ini dan pada masa akan datang. Sistem itu saling berkait di dalam dan di luar negara. Bagaimana mencipta sistem yang benar-benar jujur dan adil untuk generasi akan datang?
Comments
Post a Comment