Anti virus

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 290 - Panjang 3720
AZA baru sahaja renew anti virus yang AZA gunakan pada desktop AZA. Details mengenainya seperti berikut.

BERTUKAR

Sebagai pengguna, kita mestilah pragmatik. Tiada istilah setia pada satu jenama sahaja kerana setiap perniagaan pasti akan bersaing untuk memberikan sesuatu yang lebih berbaloi untuk pelanggan berbanding pesaing mereka dari masa ke semasa. Oleh sebab itu AZA bertukar perisian dari McAfee ke Bit Defender setelah membuat beberapa perbandingan.

UPDATE

Artikal mengenai baik buruk perisian Bit Defender yang AZA gunakan kini akan AZA update dari masa ke semasa dengan izin Allah, pada artikal ini juga bagi memudahkan anda membuat rujukan percuma untuk mengetahui realiti yang AZA lalui sendiri.

CONTACT

Seperti biasa, anda boleh terus contact AZA jika anda ingin AZA update perkara specific pada artikal ini.

PAKEJ

AZA memilih "Bitdefender Total Security" dengan harga MYR 139.98 bersamaan US Dollar 32.76 untuk setahun dengan harga semasa US Dollar saat ini iaitu USD 1 = MYR 4.274. Pakej ini juga membolehkan AZA untuk protect maksima sebanyak 5 device.

JANGKA MASA

Sengaja AZA memilih setahun sahaja kerana pada masa mendatang mungkin ada pula jenama pesaing yang boleh memberikan sesuatu yang lebih berbaloi, maka mudah untuk AZA bertukar.

AUTO RENEWAL

AZA juga tidak mengaktifkan fungsi auto renewal kerana sebab yang sama.

SAFEPAY

Salah satu ciri yang terdapat pada Bitdefender adalah SAFEPAY. Ianya bertujuan untuk memastikan urusan online banking lebih selamat. Sungguhpun begitu, AZA telah mendapatkan kepastian dari pihak Maybank sendiri berkenaan SAFEPAY dan pihak Maybank tidak menggalakkan AZA menggunakan SAFEPAY atau mana-mana Apps dari pihak ketiga. Pihak Maybank memaklumkan cara yang dipraktikkan masa kini sudah cukup selamat. Hanya perlu pastikan terdapat simbol "secure" pada browser yang digunakan bila login ke Maybank2u tanpa perlu gunakan mana-mana Apps pihak ketiga. Harap info ini jelas dan membantu anda mengenai keselamatan bila melakukan urusan online banking. Jangan gunakan fungsi SAFEPAY pada Bitdefender anda dan pilihan untuk disable fungsi SAFEPAY ada disediakan.

Cara untuk disable SAFEPAY adalah seperti berikut:

STEP 1 : Open the Bitdefender interface and click on the Safepay button.

STEP 2 : Click on the hamburger menu (SIMBOL YANG MENGGUNAKAN GARISAN BERTINDIH) from the top right menu and then click on Settings.

STEP 3 : From the General settings drop-down menu, choose Do not use Bitdefender Safepay.

STEP 4 : Close the Safepay window by clicking on the “X” button from the top right. You will no longer be prompted to use Safepay when you open a banking website.

PROTECTION

AZA harap sangat pengguna internet memastikan device yang anda gunakan mempunyai internet protection kerana kalau device dah rosak kena virus baru nak menyesal dah tak guna. Nak beli device bukannya murah. Banyak lagi benda lain yang kita nak beli yang belum kita miliki. Oleh sebab itu kena hargai apa yang kita ada. Internet protection kini bukan sahaja melindungi anda dari virus tetapi pelbagai ciri-ciri telah ditambah mengikut perkembangan semasa.

QURAN 3:4

"Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)."

"Before, as guidance for the people. And He revealed the Qur'an. Indeed, those who disbelieve in the verses of Allah will have a severe punishment, and Allah is exalted in Might, the Owner of Retribution."

KEFAHAMAN AZA

"Al-Quran adalah panduan utama untuk kita membezakan antara yang benar dengan yang salah."

LABEL


SETERUSNYA

Unifi sistem down

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more