Gaji minima RM1800 dan tiada lagi pengambilan kerja mengikut jangkamasa terhad kontrak

Artikal 382 - Sempena Hari Pekerja 2019, Pekerja di Malaysia mengesa kerajaan untuk menaikkan Gaji minima kini dari RM1100 kepada RM1800 dan tiada lagi pengambilan kerja mengikut jangkamasa terhad kontrak (contract-based employment). Pekerja kontrak mesti dihapuskan kerana sebab-sebab berikut:

1. Tidak mendapat perlindungan perundangan yang mencapai taraf seperti pekerja tetap.
2. Tidak mendapat kenaikan gaji atau pangkat walaupun sudah lama berkhidmat dan sering mendapat gaji yang sama seperti masa mula-mula bekerja.
3. Tidak mendapat bonus.

Manakala gaji minima perlu dinaikkan kerana sebab-sebab berikut:

1. Kos sara hidup yang semakin tinggi. Terbukti ramai yang masih belum mampu membeli rumah walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan terus duduk menyewa sahaja.
2. Kerja yang 100% sama, dalam jangka masa yang 100% sama, tapi pekerja di Malaysia dibayar 13 kali ganda lebih rendah berbanding di Australia. Gaji minima semasa hanya minta dinaikkan sebanyak 63% sahaja bukan 1261% untuk menyamai seperti pekerja di Australia.

Gaji minima dan contract-based employment kini adalah jelas suatu bentuk penindasan kepada pekerja dan memberi tekanan mental kepada pekerja.

"kontrak awak dah habis, kalau awak nak sambung kerja, kena buat kontrak baru dan gaji sama seperti sebelum ini" Begitulah bertahun-tahun asyik renew kontrak, gaji tetap sama, tetap tak dapat capai taraf macam pekerja tetap.

Dr M kata "walaupun gaji rendah, janji ada kerja itu lebih baik" crius?! Kerja berpuluh tahun, tak naik gaji tak apa? Janji ada kerja? Kalau rajin macam mana, pandai macam mana, kuat macam mana, gaji tak naik tak apa asal ada kerja?

Nak pekerja makin mahir, makin serba boleh, makin itu dan ini tapi gaji tak naik tak apa asal ada kerja? Buka kilang kereta kat Australia, buka lagi cawangan kilang kereta kat Malaysia, tapi bayar gaji pekerja di Australia 13 kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja di Malaysia. Tak apa? Asal ada kerja? Adil ke?

So PH sekarang nak guna konsep asal ada lebih baik? Rumah sendiri dah ada? Kereta sendiri dah ada? Asal ada rumah, tapi tak boleh nak duduk rumah yang dibeli sebab jauh dari tempat kerja, nak sewakan rumah yang telah dibeli tapi tak ada orang nak sewa, mampu nak bayar loan rumah sendiri sambil duduk menyewa? Kalau dua bulan tak ada orang nak sewa rumah yang telah dibeli? enam bulan?

Beli dan duduki rumah yang dibeli yang jauh dari tempat kerja, duit minyak tak naik?, duit tol tak naik?, keselamatan jalan raya?, travelling time?, sehari tak apa, setahun? dua tahun? bertahun-tahun? jalan raya makin lengang? usia makin lanjut makin gagah travel jauh-jauh? Asal ada rumah? Asal ada kerja tak naik gaji pun tak apa?

QURAN 3:96

"Indeed, the first House [of worship] established for mankind was that at Makkah - blessed and a guidance for the worlds."

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more