Antara panduan membeli kereta terpakai
Artikal 406 - Panjang 16489
Nak beli kereta baru tak mampu. Banyak lagi perkara lain yang menjadi keutamaan anda. Bagaimana nak beli kereta terpakai? Apa yang perlu kita tahu? Berikut antara panduan membeli kereta terpakai.
1. BELI TERUS DARI PEMILIK ASAL
Bila beli dengan pemilik asal, segala rekod berkaitan kenderaan mungkin dapat diperoleh. Tambahan pula kebiasaannya rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal (kalau jujur lah). Kemahiran berunding amat diperlukan kerana kalau kena gaya, pemilik asal boleh memberi diskaun atas harga jualan.
2. BAWA GENG ATAU MEKANIK ATAU FORMEN
untuk buat survey sama-sama dengan perkongsian pengetahuan, pengalaman, dan penelitian masing-masing. Semasa bawa mereka, jangan lupa bagi duit belanja untuk mekanik. Biar keluar kos RM 50 daripada menanggung kerugian beribu ringgit.
3. COMPARISON
Buat benchmark kereta baru dan lama. Sabar dan buat perbandingan. Membeli kenderaan terpakai tidak semudah membeli kenderaan baru. Bermula dari membuat senarai pendek kereta yang ingin dibeli, pandu uji, membandingkan harga akan mengambil masa yang lama. Peruntukkan masa sekitar 3 bulan sebelum berjaya membeli kereta yang dihajati.
4. SAFETY
Bagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta sedan atau mpv, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan. Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari AseanNCAP. Bagi mencapai markah penuh, kebiasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assessment Programme).
5. FORECAST
Teknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahan api adalah lebih jimat dan berkuasa untuk penggunaan jangka panjang.
6. BUAT HOMEWORK
Survey berapa harga pasaran kereta. Tengok internet sudah. Tanya dealer. Nego diskaun.
7. REALITI KERETA TERPAKAI
Terima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih kerana tiada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun. Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan. Setiap kekurangan kereta terpakai tentunya akan menjatuhkan nilai kereta tersebut kerana anda perlu mengeluarkan duit lebih untuk repair selain dari bayar harga kereta yang anda beli.
8. BELI IKUT KEMAMPUAN
Beli kereta dengan nilai 15% dari gaji, dan tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos-kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan. Kalau bayaran melebihi 15%, nanti tercekik cashflow. Semasa pilihan kereta dibuat, pastikan ini merupakan benchmark pertama.
9. LAPOR
Harus diingatkan, kereta yang cantik dan menawan dari segi luaran tidak semestinya terbaik. Sekiranya anda rasa diri anda tertipu dengan syarikat penjual kenderaan terpakai, anda boleh merujuk masalah ini kepada bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
10. PANDU UJI
Tak cukup tengok sahaja. Mesti pandu uji. Even kereta baru pun kena pandu uji dahulu baru boleh tahu inikan pula kereta terpakai. Sebagai contoh sekiranya anda meminati kereta baru, tak salah kalau buat pandu uji. Bila pandu uji kereta baru, kalau boleh ingat macam mana prestasi kereta baru tersebut memecut, membrek, mengambil selekoh laju dan perlahan. Segala penelitian ini akan dijadikan penanda aras sekiranya kita membuat pandu uji terhadap model yang sama untuk membeli unit terpakai.
11. SEMAK REKOD KENDERAAN DENGAN SERVICE CENTRE
Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan service di pusat service bertauliah, bila kali terkahir service dan pada kilometer ke berapa.
12. REKOD
Pilih kenderaan yang rekodnya diketahui ramai senang dijaga. Contoh kalau kereta jenama Continental (Peugeot, BMW, Mercedes, Ford), semestinya poket mesti kena sentiasa tebal untuk membela kereta continental sepanjang menggunakannya. Apatah lagi kalau makan gaji kan?
13. LATEST TECHNOLOGY
Pilih kenderaan dengan teknologi terkini. Memang tidak dapat dinafikan, semakin hari kereta menjadi semakin canggih, selamat dan menjimatkan bahanapi. Keadaan ini menyebabkan kereta lama yang outdated menjadi semakin murah. Walaupun murah, pastikan kenderaan tersebut memenuhi objektif pembelian. Sebagai contoh, seorang bapa pasti tidak mahu membeli MPV tanpa beg udara dan brek ABS untuk membawa keluarga balik kampong sekiranya mampu.
14. ELAKKAN KENDERAAN OVER MODIFIED
Jangan membeli kereta yang telah diubahsuai keterlaluan ala-ala Fast n Furious. Objektif pembelian ialah untuk membawa keluarga dari point A ke B dengan selamat dan jimat, bukan mahu menyertai drag race. Apa yang dirisau ialah kereta tersebut telah diubahsuai sistem gantungan sport yang keras, ekzos bising ala lori balak, rim 19 inci dan sistem elektronik ECU canggih manggih. Pilih yang standard sahaja. Jangan beli kereta yang modified keterlaluan. Lowered, sport rim besar nak mampus, pasang meter NOX la, tinted gelap, warna asal dah ubah, enjin dan ada Turbo. Elakkan.
15. MILEAGE
Sentiasa pilih kenderaan dengan mileage rendah kerana kereta ini jarang digunakan dan masih mempunyai jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh kalau mileage 200,000km pasti lambat laun komponen enjin dan kotak gear akan rosak akibat kehausan. Tengok mileage. Kereta dah 5 tahun, mileage baru 30,000KM. Maksudnya jarang pakai. Bagus. Kereta dah 5 tahun, mileage dah 200,000KM. Carilah kereta lain. Perlu periksa mileage ini untuk mengetahui sejauh mana kereta tersebut dibawa dan sekerap mana kereta tersebut digunakan. Ada kereta yang telah digunakan selama tiga tahun namun mileage baru 30,000KM. Ini bermakna kereta tersebut jarang digunakan atau digunakan cuma dalam jarak dekat. Sebagai contoh, duduk di Klang. Lokasi kerja di Shah Alam. Guna untuk buat pergi dan balik kerja semata. Jadi, boleh dikatakan kereta masih baru walaupun sudah lama digunakan. Kereta sudah tiga tahun namun keadaan kereta masih baru. Seolah-olah beli kereta baharu. Ini orang cakap rezeki. Walau bagaimanapun, kita perlu rajin mencari. Jangan jumpa satu kereta terus teruja nak beli.
16. AWAS KERETA TOTAL LOST!
Terdapat beberapa kes dimana kereta telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan. Sebagai contoh sebuah Perodua Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured. Biasanya pihak insurance akan mengisytiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Jangan beli Myvi tadi walaupun murah.
17. FOCUS PADA DIRI SENDIRI
Tetapkan objektif pembelian apabila memilih kereta dan jangan terikut dengan kawan-kawan. Sekiranya kita membeli kereta dan merancang untuk berkahwin, salah satu pilihan yang sesuai ialah Bezza berbanding Myvi. Walaupun bentuk bezza tidak seksi, ruang bagasi yang luas itu akan berguna bagi memuatkan kelengkapan bayi, satu almari baju bini, periuk belanga dan pelbagai aksesori isteri bila pulang ke kampung isteri.. percayalah….
18. KOS TERSEMBUNYI
Kos-kos tersembunyi apabila naik taraf kenderaan ialah kos yang jarang difikir apabila memilih kereta baru. Sebagai contoh apabila memandu Myvi, saiz tayar yang biasa digunakan ialah saiz 14 inci dan saiz bateri juga kecil. Apabila melihat jiran membeli MPV, maka kita pun membuat keputusan membeli MPV tanpa membuat kaji selidik. Saiz tayar yang lebih besar, saiz bateri lebih besar, kos selenggara lebih tinggi, penggunaan bahan api lebih banyak dan cukai jalan akan jadi jauh lebih tinggi berbeza dari Myvi tadi. Lagi besar periuk maka lagi besarlah keraknya.
19. OWNER
Jangan beli kereta sudah banyak pemilik. 5 tahun, satu owner. OK. 5 tahun, 3 owner. Elakkan.
20. NOMBOR CHASIS
Periksa nombor casis dan enjin. Pengguna perlu memastikan nombor tersebut wajib sama dengan dokumen pendaftaran kereta.
21. PUSPAKOM DAN JPJ
Sekali lagi diulangi, anda kini tidak perlu risau terhadap kereta terpakai kerana setiap kenderaan yang dijualkan kepada pelanggan harus melalui beberapa pemeriksaan daripada pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) dan JPJ. Pihak Puspakom akan memastikan kriteria ditetapkan dalam borang B7 mematuhi piawaian. Apa yang perlu diteliti ialah nombor pendaftaran, enjin, tayar, keadaan cermin, penyaman udara, kotak gear, ekzos, potong sambung, nombor enjin dan casis serta ketebalan bunga tayar. Sekiranya pembeli masih tidak berpuas hati dengan laporan pemeriksaan Puspakom, pembeli boleh menghantar kenderaan yang dibeli ke JPJ untuk diperiksa kali kedua.
22. SAMAN DAN SENARAI HITAM
Sila semak status kenderaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ untuk memastikan kenderaan anda bebas saman dan senarai hitam. Jika tidak, anda hanya mengundang pelbagai masalah.
23. ENJIN
Periksa pada ruangan enjin tanda marking. Semasa proses pemasangan di kilang, komponen kenderaan akan ditanda dengan menggunakan pen marker atau paint marker. Tandaan ini dibuat sebagai proses (pemberitahuan) bahawa komponen ini diperiksa pemasangan dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang dibaikpulih selepas kemalangan jarang mempunyai tanda ini. Jadi, kalau tiada tanda ini kemungkinan besar kenderaan telah mengalami kemalangan. Selepas periksa semua komponen di bahagian enjin, kita cuba hidupkan enjin. Andai kata, tiba-tiba gigih berusaha hidupkan dan perlukan kesabaran maka lupakanlah. Jangan lah percaya kalau tuan kedai atau apa-apa kata begini ‘Semalam elok, okey saja saya hidupkan.’ Hahaha. Tipuuuuu!!!! Periksa keadaan enjin sebaik boleh dan tidak salah jadi sedikit cerewet. Kita beli kereta bukan sebulan dua dan tukar. Kalau boleh, biarlah kita pakai sampai habis bayar dan boleh guna lama.
24. SPOT WELDING
Kepingan besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti "bentuk butang baju". Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunakan sambungan dengan kaedah MIG welding. Semasa mengintai-intai kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan.
25. BODY KENDERAAN
Ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata. Bagi kemalangan yang melibatkan panel body yang tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan diakhiri dengan cat. Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Kalau pembaikan dibuat di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru. Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik daripada kereta yang sudah ditukarkan ke warna yang lain. Sekiranya masih menggunakan warna cat asal bermaksud kereta tersebut selamat daripada sebarang kemalangan dan sebagainya. Selepas kemalangan pasti akan dicat semula untuk kereta tersebut kelihatan baharu dan cantik. Jangan terpedaya dengan kilatnya kereta. Warna asal kereta boleh semak dalam geran. Pastikan body kereta dalam keadaan baik. Tidak ada kemik sana dan kemik sini. Walaupun sedikit kemik tu kalau boleh elakkan. Kita nak keluar duit beribu, bukan seringgit dua. Jadi, carilah yang elok sikit. Sudahlah kita keluar duit untuk membeli kereta, nanti perlu keluar duit extra untuk betulkan kemik yang sikit tu. Tak patut … tak patut. Periksa depan, belakang, bahagian sisi dan tidak lupa bahagian atas kereta. Mana tahu pernah tersagat pokok atau apa-apa. Siapa tahu?
26. BUNYI DAN GEGARAN
Perhatian juga perlu diberi terhadap tahap bunyi dan gegaran yang dihasilkan semasa kereta melanggar lopak atau speed bump. Dengar bunyi enjin. cuba hidupkan enjin. Kalau dashboard bergegar serupa mesin kisar kelapa, kita lupakan. Pergilah cari kereta lain mahupun tempat lain yang menjual model/jenis kereta yang sama.
27. LEAKAGE
Tengok bawah enjin. Basah dengan minyak, maksudnya ‘maintenance’ tak bagus.
28. EKZOS
Tengok ekzos. Kalau berasap putih biru, carilah kereta lain. Bunyi ekzos.
29. SUSPENSION
Buat henjutan setiap bucu kereta. Melantun 2 kali. Tinggalkan kerana suspension tak bagus.
30. AIRCOND
Buka aircond. Lambat sangat nak sejuk? Orang kata tinggalkan. Malaysia ni panas. Kalau tengah drive tiba-tiba hujan, kalau aircond tak berfungsi nanti tak nampak jalan kerana cermin kenderaan akan berkabus.
31. SUIS
Pastikan semua suis dalam kereta berfungsi. Pastikan suis cermin berfungsi dengan baik. Cuba untuk buka dan tutup dan buka balik kemudian tutup. Takut-takut cubaan pertama selamat, cubaan kedua buka tingkap terus stuck.
32. FUNGSI MEKANIKAL
Cuba periksa segala yang berkaitan mekanikal. Cuba untuk buka bonet depan, bonet belakang dan juga tempat isi minyak. Pastikan semua berfungsi dengan baik. Periksa dalam bonet belakang, tayar spare, barang-barang kecemasan dalam kenderaan masih disimpan elok ataupun tidak.
33. KUNCI
Kunci keselamatan untuk keempat-empat pintu kalau ada empat pintulah. Pastikan semua kunci berfungsi dan memberi tindak balas dengan pintu utama. Takut kita guna, kita kunci pintu di bahagian pemandu tapi pintu belakang masih boleh dibuka dari dalam dan luar. Bahaya jika ada kanak-kanak dan bahaya untuk keselamatan bagi mereka yang bawa kereta bersendirian. Rasa sudah selamat duduk dalam kereta dan sudah berkunci. Beg letak tepi tapi orang boleh buka dari luar dan selamat lah beg kita diambil orang.
34. LAMPU
Lampu signal, lampu kecemasan, lampu besar, lampu kecil dan segala lampu lah yang ada termasuk lampu dalam kereta. Tak kan beli kereta pastu tu kena keluar duit lagi sebab nak repair macam-macam yang tak di check sebelum beli kan? Konon masa beli rasa murah tapi bila dan repair itu ini baru rasa mahal.
35. RADIO
Kepada yang jenis suka dengar radio dan buat konsert dalam kereta, pastikan radio berfungsi dengan baik. Signal radio clear.
36. USB PORT
Sekiranya ada USB port, pastikan port tersebut berfungsi.
37. BLUETOOTH
Kalau ada bluetooth, buka dan cuba untuk hubungkannya. Mana tahu tidak boleh nak guna kan?
38. TALI ATAU BELT
Periksa tali aircond dan semua tali yang ada. Pastikan tidak ada kesan pecah atau kesan-kesan yang tidak diingini. Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
39. CERMIN
Boleh periksa cermin depan yang sebesar alam. Pastikan tidak ada retak ataupun perkara yang tidak diingini. Takut cermin ada retak menanti belah. Hahaha. Elok pula waktu kita sudah beli dan guna, waktu itu lah masa untuk dia berderai. Maka carilah cermin dalam keadaan baik. Bukan cermin depan sahaja ya. Tengok lah cermin belakang, tingkap dan sebagainya.
40. TAYAR
Kalau beli kereta jangan lupa untuk periksa bahagian tayar. Periksa bunga tayar yang masih elok dan boleh digunakan lagi beberapa bulan. Rugilah beli kereta dalam keadaan tayar botak. Andai kereta tersebut menggunakan tayar secondhand dan sebagainya, periksa tayar tersebut dengan teliti. Takut sudah sampai tarikh luput dan boleh pecah walaupun bunga masih elok. Apa-apa pun, ambil langkah berjaga-jaga. Jangan lupa untuk periksa tayar spare juga perlu dalam keadaan baik. Malang tidak berbau. Tapi jangan lah sampai sudah lah malang menimpa, nak tukar tayar spare, tayar spare pun bermasalah. Hahaha.
41. INSULATION
Periksa penebat pada kenderaan tersebut. Getah dipasang dengan baik dan tidak hilang. Bunyi yang dihasilkan ketika menutup dan membuka pintu, bonet atau apa-apa komponent mekanikal yang lain.
Senarai ini pasti boleh lebih panjang dan lebih detail lagi. Lagi banyak yang anda periksa lagi banyak yang anda akan tahu apa lagi kos yang bakal akan tanggung, dan segala yang telah anda ketahui bakal menjadi penentu untuk anda membuat keputusan. Bukan asal ada dah cukup! Kereta baru pun meragam inikan pula kereta terpakai. Pastikan wang yang anda keluarkan berbaloi untuk kenderaan yang ingin anda miliki.

QURAN 3:120
"If good touches you, it distresses them; but if harm strikes you, they rejoice at it. And if you are patient and fear Allah, their plot will not harm you at all. Indeed, Allah is encompassing of what they do."
"Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan."
Comments
Post a Comment