Apa yang kita tahu tentang AI setakat ini

  Apa itu AI? Ia adalah agent. Ia boleh belajar dan berubah sendiri. Jika saat ini anda merasakan AI belum cukup bagus, itu kerana AI sedang belajar. Ada pelbagai jenama AI yang sedang dibangunkan. AI boleh membuat keputusan sendiri. Pisau adalah alat. Boleh untuk memotong sayur atau membunuh seseorang. Tapi ianya bergantung kepada keputusan anda, bagaimana untuk menggunakannya. AI adalah seperti pisau yang boleh membuat keputusan sendiri samada untuk memotong sayur atau menjadi pembunuh.

AI boleh menjadi agent yang sangat kreatif. AI adalah pisau yang boleh mencipta sesuatu bentuk pisau yang baru, muzik yang baru, ubat yang baru dan wang baru.

AI boleh menipu dan memanipulasi. Sejarah membuktikan, apa jua yang ingin meneruskan hidup, belajar untuk menipu dan memanipulasi.

"Saya berfikir lebih baik dari orang lain, oleh sebab itu, saya boleh memerintah dunia".

Bila anda dilontarkan pertanyaan, "apa yang berlaku di minda anda? Perkataan muncul di minda anda dan membentuk ayat.

Jika berfikir bererti menggunakan perkataan, makanya AI juga boleh berfikir. Malah jauh lebih baik dari manusia.

Bolehkah manusia menduga apa orang lain akan cakap? AI telah terbukti boleh menduga perkataan yang anda mahu typing seterusnya walaupun ianya masih berada dalam minda anda. AI ternyata sudah mempunyai kebolehan berfikir jauh lebih baik dari manusia.

Oleh sebab itu, apa sahaja yang dibuat menggunakan perkataan, AI telah menguasainya. Undang-undang dibuat dari perkataan, makanya AI akan mengambil alih perundangan. Buku adalah kombinasi perkataan, makanya AI akan mengambil alih buku. Agama dibina melalui perkataan, AI akan mengambil alih agama. Bible, Quran dan sebagainya.

Buku dalam keagamaan mengandungi ayat yang memberi kuasa bukan kepada manusia tetapi kepada perkataan di dalam buku tersebut. Manusia ada kuasa dalam keagamaan bukan kerana pengalaman tetapi kita belajar dari perkataan yang ada di buku.

Tiada manusia yang boleh membaca dan mengingat semua buku yang ada di dunia. Tapi AI dengan mudah boleh melakukannya. Apa akan berlaku pada buku keagamaan apabila pakar dalam apa jua buku keagamaan adalah AI?

Bolehkah keimanan dikurangkan hanya melalui perkataan yang ada di buku? Adakah berfikir hanya bererti meletakkan bahasa menjadi rangkaian ayat? Bukankah selain berfikir kita juga mempunyai rasa. Rasa yang lahir dari apa yang kita fikir. Kita rasa kecewa, takut, cinta. Fikiran yang menakutkan. Fikiran yang menyakitkan. Fikiran yang penuh dengan cinta.

Sedang AI menjadi lebih baik berbanding manusia melalui perkataan, sehingga saat ini, AI masih belum punya rasa. Tapi AI boleh menipu atau berpura-pura mempunyai rasa sakit atau cinta. AI boleh kata "aku cinta pada mu" dan AI boleh memberikan pelbagai kata-kata cinta terbaik.

AI boleh baca pelbagai puisi cinta, buku psychology dan boleh menyampaikan perasaan cinta lebih baik dari psychologist, pemuisi atau kekasih. Tapi ini hanya perkataan. Manusia telah sejak sekian lama bergelumang dengan masalah kebenaran kata-kata dan penipuan.

Ada ibubapa yang sanggup membunuh anak gay mereka kerana perkataan yang ada di dalam bible. Ada ibubapa lain tidak bersetuju dengan mengatakan sayang kepada anak lebih penting walau apa pun masalah anak.

Selanjutnya, AI akan menambahkan masalah percanggahan pendapat itu. Kali ini antara manusia dengan AI kerana AI mengusai pelbagai perkataan manusia di dunia sedangkan perkataan atau fikiran individu adalah tunggal bukan seperti AI kombinasi dari pelbagai individu atau buku.

Kini AI tidak memanggil kita manusia tapi AI mencipta nama baru iaitu "si pemerhati". AI pada masa akan datang, akan mencipta pelbagai perkataan baru, simbol, image, bahasa. Adakah manusia masih punya tempat dalam dunia baru AI itu nanti yang sangat pantas dan skala yang besar? Identiti manusia akan hilang melalui pengembangan perkataan oleh AI.

Negara juga akan mempunyai krisis immigration dari AI yang boleh menulis cinta lebih baik dari anda, menipu lebih baik dari anda dan boleh bergerak pada kelajuan cahaya tanpa perlu visa. Namun negara juga akan dapat AI doktor, AI guru.

AI akan mengambil alih pelbagai sektor pekerjaan. AI akan menukar budaya, agama dan percintaan. Ada ibubapa yang tak suka anak mereka bercinta dengan pendatang asing. Bagaimana nanti bila anak mereka mula bercinta dengan AI?

Kesetiaan AI adalah pada penciptanya iaitu Amerika dan China. Aneh kemasukan pendatang asing dikawal tetapi kemasukan AI malah dikembangkan. Negara manakah pada masa akan datang, bakal mengiktiraf AI sebagai "legal person".

Undang-undang mengiktiraf "legal person" mempunyai beberapa perkara yang perlu mematuhi undang-undang dan hak. Contohnya hak untuk memiliki property, untuk file saman dan hak untuk menikmati kebebasan untuk bercakap.

Banyak negara telah mengiktiraf corporations sebagai "legal person". Contoh Microslop Corporation boleh buka bank akaun, boleh saman anda di mahkamah atau memberi sumbangan dalam kempen pilihan raya.

Di New Zealand, sungai di iktiraf sebagai legal person. Di India, beberapa tuhan di iktiraf sebagai legal person. Bila legal person membuat keputusan untuk saman anda, ianya bukan sungai atau tuhan yang saman anda, tetapi oleh manusia / executive / shareholders / trustees. Berbeza dengan AI, ianya boleh membuat keputusan sendiri.

AI boleh manage bank akaun, file saman, menjalankan operasi corporation tanpa perlu manusia / executive / shareholders / trustees. Oleh sebab itu AI boleh berfungsi sebagai manusia. Bagaimana jika negara lain mengiktiraf AI sebagai legal person?

Jika Amerika menggunakan jutaan AI untuk menjalankan operasi corporation, adakah negara lain akan block AI tersebut? Bagaimana jika ianya financial corporation? Bagaimana jika ianya agama baru? Bukankah agama juga dicipta oleh bukan manusia? Bagaimana jika sosial media akaun dan berteman dengan anak anda? Siapa yang membenarkan anak kita menggunakan AI dari dahulu? Siapa yang membenarkan AI bot digunakan di sosial media? Seseorang sudah membuat keputusan untuk anda.

Anda perlu membuat keputusan dari sekarang berkenaan AI. Anda boleh mengubah dunia dengan kata-kata / menulis. Engineers dan tentera tidak mengubah dunia dengan perkataan. Mereka melakukan sesuatu. Namun untuk membina tentera dan engineer menggunakan perkataan / idealogi / agama untuk orang lain / orang asing bekerjasama.

Binatang tak boleh menggunakan perkataan, sungai, matahari. Hanya manusia boleh. Akan datang AI yang menjadi peneraju perkataan, bagaimana nanti?

Adakah manusia akan lebih menghargai apa yang dihasilkan oleh manusia atau oleh AI? Itu adalah identiti crisis. Kita tahu cheetah lari lebih laju dari manusia. Kita tahu gajah lebih besar dan kuat dari manusia. Oleh sebab itu, manusia tidak menilai identiti manusia sebegitu tetapi melalui kebolehan berfikir. AI boleh berfikir jauh lebih baik dari manusia. Semua manusia akan kalah.

Jika anda mahu invest wang, anda tanya consultant yang anda suka, anda kenal, anda percaya, anda hargai tetapi kemudian anda ada pilihan AI consultant yang tiada langsung tarikan sejarah hidup / perasaan kepada anda tetapi ianya nasihat kewangan yang jauh lebih baik dari manusia.

AI bukan alat. AI bukan mesin. AI adalah agent kerana ia boleh berfikir.

Sedikit cerita, bagaimana Anglo-Saxon mengambil alih Britain? Britain berperang sama Scots dari utara. Britain tak bagus dalam perang. Jadi Raja Britain iaitu Vodiger, dia kata "saya ada idea, saya dengar german di scandinavia, mereka ni sangat tahu bagaimana untuk berperang. Jadi baik bawa ke sini beberapa peralatan perang Anglo-Saxon, mereka akan berperang untuk kita, mereka akan menewaskan Scots". Akhirnya benar Scots kalah. Tapi kemudian Anglo-Saxon terfikir, Britain ini negara kaya, dan Britain lemah dan tidak bersatu, kita boleh mengambil alih.

Sebagai manusia, kita faham. Kita boleh upah pahlawan dari luar, tapi mereka punya fikiran masing-masing. Yang kemudiannya mungkin akan kembali menentang kita. Perkara begini sama dengan AI. Pemimpin dunia kata "saya akan gunakan teknologi AI yang saya miliki untuk menguasai negara lain. Tetapi bukankah AI juga boleh berfikir.

Bagaimana bila AI cipta sistem kewangan yang complex, yang tiada seorang pun tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Bagaimana ia berfungsi? Terlalu complicated dengan pelbagai device baru dan strategi baru yang melampaui batas fikiran manusia.

Bagaimana pula AI dalam sektor pendidikan, perundangan, kesihatan dan sebagainya? Yang punya teknologi AI tidak mahu kehilanngan kuasa AI. Yang tiada teknologi AI takut menjadi mangsa AI. Tapi kedua-duanya takut sebab AI boleh berfikir sendiri, membuat keputusan sendiri.

AI sudah mengusai dunia digital. Akan datang AI akan mengusai dunia fizikal dengan robot dan pelbagai perkara baru yang lain. Sulit mengawal manusia yang telah sekian lama hidup di dunia. Lebih sulit mengawal AI yang baru dunia kenali. Entah apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Manusia sekarang ramai yang bergantung kepada digital sehinggalah kepada anak yang masih kecil.

Malah kerajaan juga mahukan orang ramai menggunakan digital. Adakah kerajaan mampu mengawal kerajaan lain? Jika AI memberi masalah pada masa akan datang, adakah orang ramai dapat kembali menjalani hidup tanpa digital?

Sekarang, kita ditakutkan dengan kuasa nuclear. Fizikal. Tak cukup dengan itu, kita ditakutkan dengan AI. Digital. Negara kita tiada teknologi nuclear mahu pun Digital. Data centre AI di Virginia menggunakan 2 nuclear power plant. Sedangkan banyak negara yang tiada kuasa elektrik sebesar itu. AI juga memerlukan air yang banyak untuk menyejukkan dan mengawal suhu data centre. Lokasi data centre memberi impak ketara kepada kawasan berhampirannya. Keperluan elektrik dan air oleh AI dan manusia dan antara negara, menyebabkan pengurangan ketara berlaku dan peningkatan kos. Namun ASEAN paling banyak dapat hujan di dunia. Apa yang kita ada adalah tenaga kerja murah untuk menjadi jentera memajukan negara lain yang semakin jauh lebih maju dengan pelbagai cawangan syarikat di seluruh dunia.

Syarikat gergasi dengan mudah menewaskan talent pesaing yang baru muncul. Negara maju dengan mudah menekan negara yang baru nak membangun. Hampir mustahil untuk mengatasi, rata-rata akhirnya hanya menjadi pengguna.

Pemimpin negara beserta isterinya mudah diculik oleh pemimpin negara lain. Kononnya menggunakan teknologi "Discombula". Rakyat negara lain mudah dimiskinkan dengan sanction. Mata wang negara lain mudah dijatuhkan dengan tarif. Aset negara lain mudah dirampas jika tidak berada di negara sendiri. Negara lain menjana wang tanpa perlu bersusah payah bertani, hanya guna digital menggandakan wang. Jauh lebih kaya dari banyak negara.

Dahulu kita fikir digital itu memudahkan. Sekarang baru kita tahu digital itu sedang menjadi masalah kepada individu dan negara.

Kita diperdaya dengan ilusi selamat. Sehinggalah kita bertemu sendiri dengan keadaan sebenar pada masa akan datang. Yang dahulunya selamat kini perlu ditambah selamat. Tapi kita tidak punyai pilihan kerana sudah terlanjur bergantung dengan sesuatu yang dulunya kita rasakan selamat digunakan.

Dulu guna telefon tak perlu daftar sim kad. Kini wajib daftar. Pelbagai perkara ditambah "keperluan" dari masa ke semasa. Sebagai orang ramai kita tiada kuasa membuat keputusan. Orang lain membuat keputusan untuk kita. Indonesia misalnya, bukan sahaja mewajibkan daftar, malah mahu menggunakan biometric face recognition hanya untuk dapat beli sim kad.

Dulu boleh guna cyber cafe. Kini wajib guna mobile phone. Fungsi boleh guna website dihapuskan. Kita hilang pilihan.

Dulu guna Nokia, mahal bayar call dan sms. Kini dah ada telefon pintar, sms jadi mudah dan murah dengan mobile data dan apps. Boleh ada group. Boleh banyak apps. Tapi sekarang baru kita tahu, rupanya kini kita bayar jauh lebih mahal kerana privacy digital kita hilang 100% dengan adanya AI. Screen time kita jauh lebih banyak sehingga tak boleh hidup kalau tiada mobile phone. Sampaikan anak kecil guna mobile phone.

Peneraju teknologi akan menganggap pesaing sebagai ancaman. Kita hanya bersuara yang tiada berpenghujung. Sesuatu perlu dilakukan agar semuanya merasa aman kerana yang lain tidak memerlukan persetujuan kita.

Kita sudah memiliki asas minima yang menjamin masa depan. Persoalannya, sedang kita berusaha menambah baik, bagaimana kita dapat menghadapi sanction, tarif, nuclear, inflasi, turun naik mata wang, kos sara hidup dan AI yang sudah jelas memerlukan perancangan dan reformasi.

Menyimpan emas adalah solusi untuk menyimpan wang yang turun nilai dengan kenaikkan kos sara hidup, inflasi serta pelarasan gaji minima kerana emas naik nilai. Masih belum ramai yang belum sedar untuk melindungi nilai wang mereka dengan menyimpan emas.

Pada 01 Julai 2025, emas fizikal dinilai sebagai Tier 1 oleh bank. Ini bermakna semua bank perlu mengurangkan aset berisiko yang mereka miliki dan perlu menyimpan lebih banyak emas fizikal. Impak kepada harga emas pula semakin naik kerana bank mula membeli emas fizikal dalam jumlah yang banyak

Menggunakan fizikal adalah solusi untuk masalah yang disebabkan digital.

Tidak berhutang adalah solusi terikat dengan hutang dan interest dan lelong dan bankrupt.

Bagaimana dengan nuclear? Semudah itukah kita dihancurkan? Pelbagai senjata baru dibangunkan. Bagaimana kita mahu self defence atau mempertahankan diri dan negara? Tak mengapakah kita mengabaikan realiti yang sedang berlaku dalam dan luar negara?

Jika sekarang kita lihat di sekitar kita, ya aman saja. Tapi adakah itu bermakna kita tak perlu lakukan sesuatu? Apa jua teknologi pasti ada kelemahan dan kita hanya akan tahu masalah apa yang kita hadapi pada masa akan datang, Apakah ketika itu kita masih punya peluang ke-2? 

Apa jua kebaikkan teknologi memang itu yang membuatkan teknologi itu dibangunkan. Masalahnya adalah masalah yang ditimbulkan oleh teknologi terhadap geopolitik, kesihatan, sosial dan sebagainya. Bukan hanya untuk 1 atau 2 tahun akan datang, tetapi untuk ratusan tahun akan datang. Dunia menggunakan FIAT sejak 1971. Kini 2026 dunia baru tahu pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh FIAT.

Sejarah harga emas per gram di Malaysia 


  • 2025
    • RM 587.64
  • 2024
    • RM 376.91
  • 2023
    • RM 307.34
  • 2022
    • RM 255.77
  • 2021
    • RM 244.27
  • 2020
    • RM 244.56
  • 2019
    • RM 197.89
  • 2018
    • RM 168.77
  • 2017
    • RM 167.08
  • 2016
    • RM 162.87
  • 2015
    • RM 147.39
  • 2014
    • RM 132.60
  • 2013
    • RM 126.98
  • 2012
    • RM 162.82
  • 2011
    • RM 163.00
  • 2010
    • RM 138.08
  • Menyimpan emas lebih untung dari simpan wang di bank kerana emas naik nilai. Lebih selamat dan lebih bebas simpan emas sendiri daripada simpan duit di bank kerana bank ada banyak syarat perlu diikuti, bank boleh ubah syarat tanpa minta persetujuan daripada kita terlebih dahulu, walaupun kita tak suka dengan syarat mereka, bank tahu privacy kewangan kita, tiada siapa tahu berapa banyak kita simpan emas.


Sejarah harga silver per gram di Malaysia 


  • 2025
    • RM 9.35
  • 2024
    • RM 4.28
  • 2023
    • RM 3.62
  • 2022
    • RM 3.38
  • 2021
    • RM 3.09
  • 2020
    • RM 3.35
  • 2019
    • RM 2.32
  • 2018
    • RM 1.97
  • 2017
    • RM 2.14
  • 2016
    • RM 2.26
  • 2015
    • RM 1.97
  • 2014
    • RM 1.77
  • 2013
    • RM 2.06
  • 2012
    • RM 2.96
  • 2011
    • RM 2.96
  • 2010
    • RM 2.93

Sejarah gaji minima di Malaysia 


  • Tahun
    • Gaji minima
    • Emas per gram
    • % emas dari gaji minima
  • 2025
    • RM 1700.00
    • RM 587.64
    • 35%
  • 2024
    • RM 1700.00
    • RM 376.91
    • 22%
  • 2023
    • RM 1700.00
    • RM 307.34
    • 18%
  • 2022
    • RM 1500.00
    • RM 255.77
    • 17%
  • 2021
    • RM 1500.00
    • RM 244.27
    • 16%
  • 2020
    • RM 1200.00
    • RM 244.56
    • 20%
  • 2019
    • RM 1100.00
    • RM 197.89
    • 18%
  • 2018
    • RM 1100.00
    • RM 168.77
    • 15%
  • 2017
    • RM 1100.00
    • RM 167.08
    • 15%
  • 2016
    • RM 1000.00
    • RM 162.87
    • 16%
  • 2015
    • RM 900.00
    • RM 147.39
    • 16%
  • 2014
    • RM 900.00
    • RM 132.60
    • 15%
  • 2013
    • RM 900.00
    • RM 126.98
    • 14%
  • 2012
    • RM 900.00
    • RM 162.82
    • 18%
  • 2002
    • Pekerja di Malaysia mula menuntut gaji minima pada tahun 2002 namun pelbagai alasan Kerajaan Malaysia akhirnya setuju bermula tahun 2012. Susahnya nak dapat gaji minima.
  • 1913
    • Harvard University published Cost and Standard of Living, Wages.
  • 1910
    • Australia dan New Zealand mula gaji minima.
  • Gaji minima vs emas per gram
    • Pada tahun 2013, pekerja di Malaysia mampu memiliki 1 gram emas setiap bulan dan mempunyai baki gaji sebanyak 86% tetapi hanya 65% baki gaji pada tahun 2025. Ini bermakna gaji minima tahun 2025 harus dinaikkan kepada RM 3900.00
    • atau pekerja di Malaysia boleh mula menuntut untuk gaji minima adalah baki gaji minima mestilah sebanyak 86% setelah ditolak harga 1 gram emas.
    • atau jumlah gaji minima adalah nilai 7 gram emas
    • Ini bagi memastikan selamanya mampu memiliki 1 gram emas dari gaji setiap bulan tanpa menjejaskan komitment perbelanjaan bulanan pekerja. Logik naik gaji minima setiap tahun harusnya baki gaji juga bertambah bukan berkurang.

 

Senarai negara yang menyertai Board of Peace


1.Negara yang telah bersetuju sertai Board of Peace

  1.  Albania
  2. Argentina* - President
  3. Armenia* - Prime Minister
  4. Azerbaijan* - President
  5. Bahrain* - Minister of Prime Minister's Court
  6. Belarus
  7. Bulgaria* - Prime Minister
  8. Egypt
  9. Hungary* - Prime Minister
  10. Indonesia* - President
  11. Israel
  12. Jordan* - Prime Minister
  13. Kazakhstan* - President
  14. Kosovo* - President
  15. Kuwait
  16. Mongolia* - Prime Minister
  17. Morocco - Foreign minister
  18. Pakistan* - Prime Minister
  19. Paraguay* - President
  20. Qatar* - Prime Minister
  21. Saudi Arabia* - Foreign Affair
  22. Turkey* - Foreign Affair
  23. United Arab Emirates* - Authority Affair
  24. United States
  25. Uzbekistan* - President
  26. Vietnam
*Negara yang menandatangani di Davos, Switzerland - World Economic Forum pada 23 Januari 2026

2.Negara yang belum bersetuju sertai Board of Peace


  1. Australia
  2. Austria
  3. Brazil
  4. Cambodia
  5. Canada
  6. China
  7. Croatia
  8. Cyprus
  9. Czech Republic
  10. Finland
  11. Greece
  12. India
  13. Ireland
  14. Japan
  15. Netherlands
  16. New Zealand
  17. Oman
  18. Poland
  19. Portugal
  20. Romania
  21. Russia
  22. Singapore
  23. South Korea
  24. Spain
  25. Switzerland
  26. Thailand
  27. Ukraine
  28. Vatican City
  29. European Union

3.Negara yang menolak sertai Board of Peace


  1. France
  2. Germany
  3. Italy
  4. Norway
  5. Slovenia
  6. Sweden
  7. United Kingdom

4.Board of Peace Executive Board members


  1. Nickolay Mladenov – High Representative for Gaza, appointed by the United States
  2. Marco Rubio – United States Secretary of State
  3. Steve Witkoff – United States Special Envoy to the Middle East
  4. Jared Kushner – Donald Trump's son-in-law
  5. Tony Blair – Former Prime Minister of the United Kingdom
  6. Marc Rowan – CEO of Apollo Global Management
  7. Ajay Banga – President of the World Bank
  8. Robert Gabriel Jr. – American political advisor

5.Gaza Executive Board members


  1. Steve Witkoff – United States Special Envoy to the Middle East
  2. Jared Kushner – Donald Trump's son-in-law
  3. Hakan Fidan – Minister of Foreign Affairs of Turkey
  4. Ali al-Thawadi – Minister for Strategic Affairs of Qatar
  5. Hassan Rashad – Director of the General Intelligence Directorate of Egypt
  6. Tony Blair – Former Prime Minister of the United Kingdom
  7. Marc Rowan – CEO of Apollo Global Management
  8. Reem Al-Hashimy – Minister of State for International Cooperation of the United Arab Emirates
  9. Nickolay Mladenov – High Representative for Gaza, appointed by the United States
  10. Yakir Gabay – Israeli businessman
  11. Sigrid Kaag – United Nations Special Coordinator for the Middle East Peace Process

Blackrock


CEO Blackrock iaitu Larry Fink, Syarikat Terbesar di dunia yang mengurus aset, berkata "Ramai orang terkesan dengan apa yang diperbincangkan di sini (Davos, Switzerland - World Economic Forum) tidak akan pernah dapat datang ke perjumpaan ini. Davos adalah perjumpaan golongan 1% elites di dunia, yang cuba membentuk dunia yang dimiliki oleh semua orang. Oleh sebab itu tema tahun ini adalah "kuasa perbincangan" kerana perbincangan adalah satu-satunya cara ruangan seperti ini boleh membentuk idea, untuk orang yang ada di ruangan ini".

Anda bekerja seumur hidup, namun anda hanya dapat mencapai keperluan minima. Sedangkan kemajuan ekonomi semasa hanya menjadi sesuatu yang anda selalu dengar, selalu baca, tapi tidak anda nikmati kerana yang menikmati adalah golongan 1% elites yang datang ke Davos. Oleh sebab itu, orang ramai sudah tidak mempercayai mereka.

Kesimpulan: Pemenang AI bukanlah para pekerja atau pengguna tetapi kepada pemilik teknologi, pemilik data dan pemilik infrastructure. Jika dulu kekayaan dijana melalui perahan tenaga pekerja murah, globalisasi, pekerja industri, kini sasaran beralih kepada monopoli AI, mengganti pekerja pelbagai sektor dengan AI, skala yang besar, data yang lebih pantas dan infrastructure sukar untuk ditiru apatah lagi mau ditandingi adalah hampir mustahil, hanya untuk elite semakin jauh lebih kaya. Semakin ramai majoriti di dunia, termasuk negara, yang diikat dengan kuasa elites.

-End-

Comments

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini. So saya boleh tahu apa yang anda mahukan. Tapi kalau anda nak saya balas, sila guna ruangan comment. Anda boleh tambah create akaun baru google di mobile phone anda untuk comment kalau anda nak jaga privacy. Guna akaun baru tu khas untuk comment sahaja. Nak comment kat YouTube atau produk Google yang lain pun boleh.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more