Kenapa emas naik nilai dan wang turun nilai
Di Malaysia, emas sering dapat dilihat dipakai oleh perempuan. Manakala lelaki jarang dapat dilihat memakai emas terutama lelaki yang beragama Islam kerana Islam melarang pemakaian emas oleh lelaki. Bagaimana untuk mengetahui samaada jumlah lelaki yang beragama Islam membeli emas adalah menjadi pertanyaan yang mungkin tidak akan pernah mengetahui jawapan yang tepat mengenainya kerana mereka tidak memakai emas.
Namun lelaki yang beragama islam sering dilihat di kaunter kedai emas dengan asumsi mereka membeli emas untuk isteri dan anak-anak. Saya adalah antara lelaki yang beragama Islam dan ingin berkongsi dengan pembaca di sini tentang perihal emas.
Saya melihat emas lebih nilainya berbanding wang. Dahulu saya tidak melihatnya begitu sehinggalah saya mula mencari tahu tentang emas. Perkara yang sering dikaitkan emas adalah kes ragut.
Kes ragut
Saya takut melihat orang yang memakai emas menjadi mangsa ragut. Tapi kenapa masih ramai perempuan kita dapat lihat di luar sana masih memakai emas. Saya berpendapat mereka yakin memakai emas kerana mereka rasa aman untuk memakainya walaupun mereka tahu perihal kes ragut. Ini membuatkan saya menyedari kebenarannya kerana di Malaysia memang selamat memakai emas sejak zaman berzaman dan saya rasa syukur dan bangga berada di Malaysia.
Rasa selamat berada di Malaysia bukan sahaja baik untuk kita yang seumur hidup di Malaysia malah para pelancong dari luar negara juga akan dapat menikmati rasa aman tersebut apabila berada di Malaysia.
Kes ragut dilakukan oleh orang yang sama dan polis di Malaysia berjaya memberkas pelaku. Setiap kes ragut pasti dilaporkan walaupun pelapor tahu mereka tidak akan dapat emas mereka kembali tetapi pelaku harus diberkas dan melaporkannya bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk memastikan keselamatan di Malaysia terus dapat dikekalkan pada masa akan datang.
Emas berbanding wang
Seterusnya saya melihat emas adalah lebih nilainya berbanding wang. Kenapa begitu? Jawapannya hanya jelas diketahui setelah tahu sejarah nilai wang dan sejarah nilai emas sehingga ke hari ini. Bagi tujuan memudahkan pembaca memahami apa yang saya maksudkan, di bawah saya akan berikan sejarah nilai emas dan sejarah nilai wang.
Sejarah gaji minima di Malaysia
- Tahun
- Gaji minima
- Emas per gram
- % emas dari gaji minima
- 2025
- RM 1700.00
- RM 587.64
- 35%
- 2024
- RM 1700.00
- RM 376.91
- 22%
- 2023
- RM 1700.00
- RM 307.34
- 18%
- 2022
- RM 1500.00
- RM 255.77
- 17%
- 2021
- RM 1500.00
- RM 244.27
- 16%
- 2020
- RM 1200.00
- RM 244.56
- 20%
- 2019
- RM 1100.00
- RM 197.89
- 18%
- 2018
- RM 1100.00
- RM 168.77
- 15%
- 2017
- RM 1100.00
- RM 167.08
- 15%
- 2016
- RM 1000.00
- RM 162.87
- 16%
- 2015
- RM 900.00
- RM 147.39
- 16%
- 2014
- RM 900.00
- RM 132.60
- 15%
- 2013
- RM 900.00
- RM 126.98
- 14%
- 2012
- RM 900.00
- RM 162.82
- 18%
- 2002
- Pekerja di Malaysia mula menuntut gaji minima pada tahun 2002 namun pelbagai alasan Kerajaan Malaysia akhirnya setuju bermula tahun 2012. Susahnya nak dapat gaji minima.
- 1975
- Harga emas per gram di Malaysia RM 12.06
- 1913
- Harvard University published Cost and Standard of Living, Wages.
- 1910
- Australia dan New Zealand mula gaji minima.
- Gaji minima vs emas per gram
- Pada tahun 2013, pekerja di Malaysia mampu memiliki 1 gram emas setiap bulan dan mempunyai baki gaji sebanyak 86% tetapi hanya 65% baki gaji pada tahun 2025.
.
Di atas jelas dapat dilihat, emas per gram naik nilai. Pada tahun 2012, emas per gram adalah RM 162.82 per gram. Ini bermakna jika pada tahun 2012 saya membeli sebentuk cincin emas 24k yang seberat satu gram, saya membelanjakan wang sebanyak RM 162.82 dan menyimpan cincin tersebut dengan niat cincin tersebut sebagai tabungan atau simpanan untuk keperluan pada masa hadapan.
Pada tahun 2025, kini nilai cincin yang masih saya simpan itu jadi RM 587.64 mengikut harga semasa emas per gram. Untung RM 424.82 kerana dulu saya beli cincin tersebut dengan harga RM 162.82 sahaja.
Ini membuatkan saya sedar jika saya menyimpan RM 162.82 pada jangkamasa yang sama iaitu dari tahun 2012 sehingga tahun 2025, wang yang saya simpan di bank tidak akan jadi sebanyak RM 587.64 seperti cincin emas saya yang naik nilai.
Adakah emas turun nilai menakutkan saya? Tidak. Ini kerana sejarah membuktikan, seperti yang telah anda lihat di atas, walaupun emas ada masanya turun nilai, misal hari ini emas naik, esok emas turun nilai sikit, tetapi jika emas disimpan untuk jangka masa panjang, ianya naik nilai. Ini menjadikan, membeli emas ketika harga emas naik nilai atau turun nilai adalah sentiasa menjadi waktu terbaik untuk membeli emas kerana akhirnya emas pasti naik nilai jika disimpan untuk jangka masa panjang.
Oleh sebab itu, sejarah harga emas di atas saya buat dalam bentuk tahunan, bukan harian, supaya boleh nampak pergerakkan nilai emas, akhirnya naik atau turun dalam setahun, kerana emas adalah simpanan jangka masa panjang, bukan pasaran saham yang mencari untung dengan kenaikkan dan penurunan nilai saham pada setiap saat di layar digital.
Kenapa di atas saya memberikan sejarah gaji minima di Malaysia adalah kerana ianya dapat memperlihatkan dengan jelas wang turun nilai dan emas naik nilai. Oleh sebab itu, emas lebih nilai dari wang.
Bagaimana wang turun nilai?
Wang turun nilai dapat diketahui dengan perbezaan nilai antara emas dan wang. Emas sudah jelas naik nilai seperti yang telah saya jelaskan di atas. Ini secara automatik menjadikan wang turun nilai berbanding emas kerana perlu wang yang lebih untuk membeli satu gram emas pada tahun 2025 sedangkan dahulu pada tahun 2012 tak perlu wang sebanyak seperti pada tahun 2025 untuk membeli satu gram emas.
Bagi menjelaskan bagaimana wang boleh turun nilai bukanlah dengan membandingkan wang ringgit dengan wang dollar yang sering anda dengar di berita kadang turun naik nilai antara wang tersebut.
Semua wang yang ada di dunia ini sebenarnya turun nilai berbanding emas. Tidak pernah naik nilai. Yang naik nilai itu cuma bila anda bandingkan antara wang dengan mata wang yang lain. Tetapi jika anda bandingkan apa juga mata wang yang ada di dunia, semuanya turun nilai berbanding emas. Ini kerana wang boleh dicetak seberapa banyak yang mungkin tetapi tiada negara yang boleh mencetak emas. Jumlah emas yang terhad ini secara automatik sedari awal menjadikan emas naik nilai kerana semakin ramai yang membeli emas, menyebabkan jumlah emas yang ada semakin kurang dan menjadikan harga emas naik nilai.
Wang setiap kali dicetak, secara automatik akan menyebabkan nilai mata wang yang baru dicetak itu akan turun nilai. Wang gaji yang kita dapat setiap bulan, akhirnya menyebabkan jumlah wang yang telah dicetak berkurang, wang baru akan dicetak lagi, tiada istilah jumlah wang semakin kurang, dan ini menjadikan nilai wang turun nilai. Ini bukan suatu perkara yang baik untuk kita kerana setiap orang dapat gaji dengan wang. Membuat simpanan dalam bentuk wang. Tetapi wang tersebut secara berterusan akan turun nilai sedikit demi sedikit, tahun demi tahun. Emas pula adalah sebaliknya, naik nilai sedikit demi sedikit, tahun demi tahun.
Rugi sangat sebenarnya biar duit banyak-banyak dalam bank, lebih baik sebahagian besar duit tu buat beli emas kerana semakin lama dibiarkan duit tersebut, semakin kurang dapat beli emas kerana emas akan terus naik harga. Namun kena ada juga simpan duit sikit kat bank untuk bayar bil bulanan dan perlu juga simpan cash di tangan untuk tujuan kecemasan.
Jika anda anda beli emas pada tahun 2024 sebanyak 26 gram RM 9,799.66 nilai emas anda jadi RM15,278.64 pada akhir tahun 2025. Bermakna anda untung RM 5,478.98 tetapi jika anda biar wang RM 10,000 dalam bank sepanjang tahun 2025, wang anda akan jadi sekitar RM 10,100.00 dari 2% interest bermakna anda untung RM 100 ringgit. Kan rugi sangat tu. Jauh beza.
- 2024
- Harga emas per gram RM 376.91
- Si A beli 26 gram emas RM 9,799.66
- Si B simpan RM 10,000.00 dalam bank
- 2025
- Harga emas per gram RM 587.64
- Si A untung RM 5,478.98 (26 x 587.64 = 15278.64 - 9799.66 )
- Si B untung RM 100.00 ( 10,000 x 2%)
Saya tidak tahu apakah pembaca sudah faham, setelah saya menjelaskan bagaimana wang turun nilai, tapi saya teka pembaca sudah faham kenapa emas naik nilai. Pembaca boleh komen jika mahu saya menjelaskan lebih lanjut.
Setelah mengetahui emas naik nilai dan wang turun nilai, saya merasakan semua orang harus tahu juga kerana jika saya tidak tahu wang yang saya simpan turun nilai, pastinya saya akan terus menyimpan wang berbanding menyimpan dalam bentuk emas.
Sebenarnya ada banyak kelebihan emas berbanding wang dan keburukkan wang berbanding emas, yang baru saya ketahui, hanya setelah saya mencari tahu lebih banyak perkara berkenaan emas dan wang.
Malah, pelbagai perkara yang berlaku di dunia sehingga kini menjadikan pengetahuan tentang emas naik nilai dan wang turun nilai adalah kritikal untuk diketahui kerana ianya akan memberi impak kepada individu dan negara.
Jika sehingga saat ini anda ada menyimpan wang RM 100 ribu dan tiada menyimpan emas manakala individu lain ada menyimpan emas yang nilainya RM 100 ribu tetapi menyimpan sedikit wang, apa baik buruknya dalam keadaan semasa dunia hari ini?
Perkara ini penting dan memerlukan tindakan segera untuk kita cari tahu, kerana bukan mudah untuk dapat membuat simpanan. Tetapi mempunyai simpanan sahaja belum tentu menjamin kerana impak yang berbeza dari pilihan yang dibuat tentang bentuk simpanan samada wang atau emas.
Central bank iaitu bank pusat yang ada di setiap negara, contoh kalau di Malaysia adalah Bank Negara Malaysia, semua central bank diberikan kuasa oleh kerajaan untuk cetak wang, tetapi kenapa central bank menjadi pembeli terbanyak emas? Saya berpendapat kerana wang yang mereka cetak, nilainya sudah tidak dapat menandingi kenaikkan nilai emas. Adakah anda juga setuju?
Ada banyak info di internet yang membahas soal terkini emas dan wang. Mudah untuk cari tahu. Itu berita baik untuk semua orang.
Cara tukar harga emas dalam USD kepada MYR atau RM atau Ringgit
- Harga emas per gram USD 174.42
- Berapa conversion rate semasa?
- Misal conversion rate saat ini ialah 1 USD = MYR 4.73
- 174.42 X 4.73
- = RM 825.01 atau MYR 825.01 atau 825.01 Ringgit
Cara tukar ounce (oz) kepada gram (g)
- Harga emas per ounce = RM 21,388.30
- Harga emas per ounce bahagi dengan 31.103
- = RM 686.05 per gram
Karat Emas
- 24k = 100% = terus ikut harga emas semasa
- 22k = 91.67%
- 18k = 75%
- 14k = 58.3%
- 10k = 41.7%
Cara Kira Harga Emas 22k
- Harga emas per gram 2019 = RM 195
- Berapa harga emas 22k?
- 22k mempunyai 91.67% kandungan emas
- 91.67 / 100 = 0.9167
- Harga Emas Semasa x Peratusan Kandungan Emas
- RM 195 x 0.9167
- = RM 178.76
Comments
Post a Comment