Birthday
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 305 - Panjang 4066
Alhamdulillah. Hari ni Birthday AZA yang ke-41. Berikut perkongsian AZA sempena Birthday AZA kali ini.
AZA terus berblogging di sini sehingga saat ini kerana ianya masih menjadi pilihan platform utama untuk AZA berkongsi artikal di internet berbanding pada sumber yang lain buat masa ini. Sepanjang AZA berblogging di sini pelbagai perkara telah AZA lakukan bagi memastikan Blog AZA dapat berkongsi info bukan sahaja untuk manfaat AZA tetapi untuk manfaat pengunjung Blog AZA juga.
App WhatsApp memudahkan pengunjung Blog AZA untuk berkomunikasi dengan AZA samada secara Personal WhatsApp atau Group WhtasApp. Ianya jelas memudahkan komunikasi berbanding pada mula-mula AZA berblogging dahulu.
App Tumblr pula adalah perkongsian AZA menggunakan Mobile Phone yang ternyata memudahkan perkongsian dan cepat. Tambahan pula AZA sering membawa bersama Mobile Phone AZA berbanding Blog AZA di sini AZA hanya dapat update menggunakan komputer di rumah sahaja. Tumblr AZA lebih kepada berkongsi komen AZA mengenai berita semasa. AZA perlu mengikuti berita semasa dan feedback AZA terhadap berita-berita tersebut AZA kongsikan di Tumblr AZA.
Ternyata Apps WhatsApp dan Tumblr dapat menampung kekurangan yang AZA tidak dapat lakukan pada Blog AZA. Seiring usia AZA yang kian meningkat, AZA akan terus cuba memakmurkan Blog AZA ini dengan artikal yang vital untuk AZA publish di sini. Terima kasih AZA ucapkan buat anda samada ada yang AZA ketahui atau tidak di atas segalanya sehingga ke hari ini mahupun akan datang.
SETERUSNYA
Cara guna DuitNow
Artikal 305 - Panjang 4066
Alhamdulillah. Hari ni Birthday AZA yang ke-41. Berikut perkongsian AZA sempena Birthday AZA kali ini.
Blog
WhatsApp
Tumblr
Kesimpulan
QURAN 3:19
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya"
"Indeed, the religion in the sight of Allah is Islam. And those who were given the Scripture did not differ except after knowledge had come to them - out of jealous animosity between themselves. And whoever disbelieves in the verses of Allah, then indeed, Allah is swift in [taking] account"
KEFAHAMAN AZA
"Hasad dengki akan menjerumuskan individu untuk menafikan kebenaran"
LABEL
Cara guna DuitNow
SEBELUMNYA