Nak jadi straight, biseksual atau gay

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 249 - Panjang 5616
Semoga artikal kali ini dapat membantu siapa jua yang ingin jadi straight.

GAY

Islam hanya membenarkan hubungan seks untuk pasangan sah suami isteri. Jelas gay adalah salah satu dari banyak perkara yang dilarang dalam Islam. Dosa yang paling besar menurut Islam adalah syirik. Berikut adalah senarai antara dosa-dosa besar yang menguji individu selagi masih bernyawa.

  1. KEPERCAYAAN
    1. Syirik (menyekutukan Allah)
    2. Sihir
    3. Percaya kepada dukun dan peramal
    4. Percaya kepada tahayul (yang tidak ada dasarnya dalam islam)
  2. NYAWA
    1. Membunuh
    2. Melarikan diri dari barisan perang
    3. Bunuh diri
    4. Menunjuk ke arah sesamsyirika saudara dengan besi (senjata)
  3. IBADAH
    1. Meninggalkan Shalat
    2. Tidak puasa Ramadhan
    3. Menikahi perempuan yang telak ditalak tiga dengan syarat harus menraikannya lagi setelah digauli agar dapat menikah lagi dengan suaminya yang pertama.
    4. Mendustakan takdir
    5. Menyembelih untuk selain Allah
    6. Merasa aman dari adzab Allah
    7. Melanggar pantangan-pantangan Tanah Haram
    8. Meninggalkan solat Jumat untuk solat sendiri
    9. Memata-matai orang muslim dan membuka aibnya
    10. Menyakiti wali Allah
  4. WANG
    1. Tidak membayar Zakat
    2. Riba
    3. Memakan harta anak yatim dengan zalim
    4. Korupsi
    5. Mendapatkan harta dengan cara yang zalim
    6. Mencuri
    7. Peragut
    8. Pemungut pajak (memaksa)
    9. Belajar ilmu Agama untuk mencari dunia dan menyembunyikan ilmu
    10. Mengubah batas tanah
    11. Curang dalam menimbang dan menakar
    12. Judi
  5. SIKAP
    1. Derhaka kepada ibu bapa
    2. Sombong, angkuh, ujub
    3. Tidak cemburu kepada isteri yang serong dengan laki-laki lain
    4. Riya
    5. Khianat
    6. Nusyuz (perempuan derhaka kepada suami)
  6. KATA-KATA
    1. Berdusta atas nama Nabi Saw
    2. Kesaksian palsu
    3. Menuduh zina
    4. Sumpah palsu
    5. Berbohong dalam sebagian besar ucapannya
    6. Mengungkit kebaikan
    7. Mengutuk
    8. Mengadu domba
    9. Mencela nasab atau keturunan dari pernikahan yang sah
    10. Memberontak dengan mengangkat senjata dan mengkafirkan pelaku dosa besar
    11. Menyakiti dan memaki muslimin
    12. Mencela para sahabat besar
    13. Mencela sahabat Anshar
    14. Mengaku keturunan orang lain
    15. Berdebat dan bertengkar
    16. Tidak berterima kasih kepada orang yang memberi padanya
  7. SEKS
    1. Zina
    2. Hubungan sesama jenis
  8. KUASA
    1. Tidak adil dalam memimpin rakyat
    2. Hakim yang tidak adil
    3. Tidak taat kepada pemimpin
    4. Hamba yang lari dari tuannya
    5. Mengebiri, menanggalkan gigi, atau menyiksa hamba sahayanya dengan zhalim
  9. MAKAN MINUM
    1. Minum arak
    2. Minum dengan gelas emas atau perak
    3. Menahan (menimbun) kelebihan air
    4. Makan bangkai, darah, dan daging babi
  10. PERBUATAN
    1. Perempuan menyerupai laki-laki atau laki-laki menyerupai perempuan
    2. Menguping rahsia orang lain
    3. Memutus persaudaraan
    4. Menggambar dan membuat patung
    5. Meratap dengan memukul-mukul wajah kerana ditinggalkan yang dicintai
    6. Berbuat sewenang-wenang
    7. Memanjangkan ujung pakaian untuk sombong
    8. Memakai sutra dan emas bagi laki laki
    9. Mengajak pada kesesatan atau membuat tradisi buruk
    10. Menyambung rambut
    11. Melukai wajah binatang
    12. Putus asa
    13. Mengasa gigi dan membuat tattoo
    14. Tidak bersih dalam buang air kecil



UJIAN

Ingat selalu bahawa ini adalah ujian Allah khas untuk anda. Tidak semua individu punyai naluri gay. Ujian ini juga sebenarnya turut menguji individu lain bukan gay yang berkaitan dengan individu gay tersebut. Kejayaan anda melepasi realiti setiap ujian adalah isyarat jelas tahap kekuatan diri anda. Jangan pernah putus asa walau berkali-kali anda gagal menghadapi ujian. Jauhkan diri anda setiap kali berdepan dengan ujian gay. Bagaimana anda dapat membantu individu gay adalah isyarat jelas andakah anda semakin dekat kepada Allah atau semakin menjauh.

JAUH

Sentiasa peka untuk menjauhkan diri anda dari berkunjung ke tempat-tempat yang memungkinkan anda tewas dengan ujian gay. Malah perkara-perkara yang mendorong kepada gay. Setelah memasuki perkara yang mendorong apa mungkin tak dapat keluar lagi. Ingatan juga mesti anda cuba hindari jauh-jauh. Berbaloi untuk tidak ambil risiko tewas dengan ujian gay.

DOSA

Pendosa tidak melakukan dosa secara terang-terangan kerana masih terdapat Iman pada diri mereka. Public pula akan mencegah kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan sahaja dan tidak dengan sengaja membongar atau menjerat pendosa yang melakukan dosa secara bersembunyi kerana Allah sendiri melindungi Aib setiap hambaNya.

KAHWIN

Jangan berkahwin kalau anda masih belum boleh jadi straight. Keadaan akan bertambah sukar kerana berkahwin akan melibatkan pelbagai individu lain sedangkan anda belum jadi straight.

KAWAN

Tanpa melakukan hubungan seks gay, hubungan antara anda dan kawan anda jauh lebih memberi manfaat dan menghindari mudarat dari hubungan seks gay.


OBJECTIVE

Anda perlu fokus untuk tidak lagi melakukan hubungan sesama jenis.

NIAT

Tidak mahu jadi gay hanya kerana Allah bukan sebab lain seperti takut dijangkiti penyakit.

PENYAKIT

Berfikiran negative juga baik untuk membantu anda jika anda semaikan difikiran anda bahawa jika anda lakukan hubungan seks, anda akan dijangkiti penyakit yang ada pada pasangan gay anda. Percayalah hubungan yang menurut ajaran Islam akan jauh lebih baik memberi manfaat buat anda.

Individu yang berpenyakit tampak jauh lebih sihat dari individu yang sihat membuatkan lebih sukar untuk mengetahui samada individu tersebut benar-benar sihat. Sekali berpenyakit anda tidak dapat u-turn menambahkan lagi tidak berbaloi untuk anda melakukan hubungan seks yang bercanggah seperti telah digariskan dalam Islam.

Sebenarnya dengan anda tidak melakukan hubungan seks gay, anda membantu diri anda dan individu lain dari penyakit yang mungkin anda sendiri tidak ketahui. Tidak berbaloi nikmat seks yang singkat sedangkan bila berpenyakit anda terpaksa laluinya sehingga ke akhir sepanjang hayat. Percayalah mereka yang telah dijangkiti juga mahu anda bebas dari berpenyakit.

Buat anda yang sudah berpenyakit, ingat selalu bahawa Allah Maha Pengampun. Allah pasti memberikan syurga buat Insan yang mahu bertaubat. Syukurilah kerana Allah masih memberikan anda untuk masih bernafas.

MAMPU

Yakinlah 100% bahawa Allah menguji individu mengikut kemampuan individu.

BANTU

Mintalah bantuan dari Allah sedang anda berusaha untuk tidak jadi gay. Setiap kejayaan anda menghindari hubungan sesama jenis adalah satu kejayaan besar yang mendekatkan diri anda kepada Allah.

ABADI

Hidup di dunia average 70 tahun sahaja sedangkan akhirat adalah kekal dan abadi. Berbaloi untuk teruskan usaha untuk tidak jadi gay.

DISKRIMINASI

Jangan pernah anda diskriminasi kepada siapa pun kerana anda juga tidak mahu diri anda di diskriminasi oleh mereka yang merasakan anda wajar untuk mendiskriminasi anda dengan alasan mereka yang anda tidak setuju. Kenapa anda diskriminasi individu yang suka sama sejenis? Anda punya kuasa menentukan apa yang mereka suka? Kenapa diskriminasi orang yang baru anda kenal sebab warna kulit? Sebab bangsa? Sebab miskin? Sebab banduan? Sebab gay? Pelbagai sebab manusia terus diskriminasi? Anda rasa anda masih baik dengan diskriminasi? Agama suruh anda diskriminasi?

Kenapa ada yang diskriminasi kepada Yahudi? Ada Yahudi yang masuk Islam. Bukan semua orang di Israel itu jahat. Ada pelbagai agama di dalam Israel itu malah termasuk mereka yang beragama islam. Kita harus perbetulkan cara kita berfikir. Cara kita melihat. Setiap individu itu boleh saja pada bila-bila masa akan datang menjadi baik atau jahat, tidak kira apa agama mereka, gay atau tidak, atau apa jua alasan yang anda rasa, membenarkan anda untuk diskriminasi.

Buat anda yang didiskriminasi atas sebab apa pun, sabar lah. Mohonlah pertolongan Allah. Sukar untuk mengubah sikap sendiri apa lagi sikap orang lain. Ibu bapa sendiri belum tentu mahu menerima anda bila anda jujur beritahu mereka anda gay. Apa lagi orang lain yang tidak punya pertalian darah. Anda sendiri nanti mungkin bakal punya anak gay, biseksual atau straight.

Orang asing mungkin saja jauh lebih terbuka menerima anda. Pertalian darah terbukti bukan jaminan untuk mereka menerima anda. Jelas ianya tergantung pada individu. Perjalanan di hadapan masih jauh. Kita tidak tahu siapa yang akan terus menjadi baik atau menjadi jahat atas apa jua sebab yang terjadi.

Berfikiran terbuka dengan individu gay bukan berarti kita mahu membudayakan gay dalam masyarakat. Kita terbuka kerana Allah. Kenapa mereka punya naluri gay? Kenapa anda suka epal berbanding orange? Anda mahu berubah apa tidak? Hormati keputusan individu. Jangan pernah berputus asa untuk berusaha atau membantu. Tidak semua orang mendapat peluang diuji punya naluri gay atau berdepan dengan orang tersayang yang sebenarnya gay. Jika anda tidak suka disakiti. Gay juga tidak suka disakiti. Berbuat baik walaupun kepada binatang, inikan pula sesama manusia. Akhirat kekal abadi. Itu yang seharusnya diperjuangkan untuk diri sendiri dan sesama insan.

Islam ada menceritakan kisah Bahtera Nabi Nuh yang dibina di atas puncak gunung, umatnya kekal syirik selama 950 tahun, dihujani air dari langit dan sehingga banjir besar itu bertemu dengan air yang mencurah dari langit. Bagaimana bumi bentuk bola boleh banjir sebegitu? Pasti datar. 

QURAN 2:249

"Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar"

"And when Saul went forth with the soldiers, he said, "Indeed, Allah will be testing you with a river. So whoever drinks from it is not of me, and whoever does not taste it is indeed of me, excepting one who takes [from it] in the hollow of his hand." But they drank from it, except a [very] few of them. Then when he had crossed it along with those who believed with him, they said, "There is no power for us today against Goliath and his soldiers." But those who were certain that they would meet Allah said, "How many a small company has overcome a large company by permission of Allah . And Allah is with the patient"

KEFAHAMAN AZA


"Individu yang beriman sentiasa yakin bahawa apa jua yang difikirkan mustahil pasti boleh berlaku hanya dengan izin Allah kerana Allah mampu melakukannya sesuai dengan sifat keTuhanan yang Allah miliki bila sahaja Allah mahukan sesuatu itu berlaku"

LABEL

A4 + Gay + Total

SETERUSNYA

Tak nampak

SEBELUMNYA


Popular posts from this blog

Indonesia menjadi anggota ke-10 BRICS

Sayang

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Senarai lengkap Add Favourite Payee maybank2u

AZA's YouTube Playlist

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more