Antara hidup dan mati

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 244 - Panjang 4042
Alhamdulillah. Berkaitan tajuk artikal kali ini AZA ingin kongsikan kepada anda berkaitan salah satu ayat Quran pada surah An-Nisa, ayat yang ke-94.
Terjemahan ayat tersebut AZA ambil dari sumber yang tetap seperti biasa iaitu di Quran.com bagi memudahkan anda membuat verification.

Pada ayat ini, AZA dapat lihat perkara berkaitan iman di sentuh. Ianya tidak terlintas difikiran AZA selama ini. Lantas membuatkan AZA sedar, benarlah Quran itu untuk dibaca berulang-ulang kerana dengan izin Allah, terdapat perkara baru yang boleh dipelajari walaupun pada ayat yang pernah dibaca sebelum ini.

Akhir-akhir ini, AZA banyak menonton video di YouTube berkenaan pelbagai individu di seluruh dunia yang membuat keputusan untuk menjadikan Islam sebagai agama mereka. Ada yang ketika usia muda, ada juga yang ketika lewat usia. Ada yang biasa-biasa, ada yang bijak pandai seluruh dunia. Ada yang secepat beberapa minit, ada yang berjam-jam. Siapa pun mereka, apa pun latar belakang mereka, akhirnya mereka menganut agama Islam. Since AZA dilahirkan dalam keluarga Islam, ternyata apa yang mereka lalui amat-amat menyentuh hati.

Quran 4:94 "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan".

Rupa-rupanya syahadah setiap individu itu sangat-sangat besar value nya di sisi Allah. Bayangkan, berdasarkan terjemahan maksud ayat Quran seperti di atas, Muslim dilarang untuk berprasangka terhadap individu lain walaupun dalam keadaan "antara hidup dan mati" ketika berperang.

"What has reached you,
was never meant to miss you,
and what has missed you,
was never meant to reach you."

Ketika perang, jika individu yang tidak kita tidak kenali datang memberi salam, kita tidak dibenarkan meragui mereka bila mereka memberi salam. Kita mungkin akan meragui bahawa dia menyamar sebagai Islam dengan memberi salam. Hanya Allah yang mengetahui kebenaran Iman mereka. Dan andai kita mati disebabkan kita mengikut ayat Quran, jelas menggambarkan keimanan kita.

Quran 2:216 "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".

Subhanallah. Besar sungguh value syahadah, salam dan iman. Di sebabkan Quran, berapa ramai individu di seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan? Berapa ramai yang solat 5 kali setiap hari? Sungguh Quran bukti kebenaran Allah.

Quran 2:23 "And if you are in doubt about what We have sent down upon Our Servant [Muhammad], then produce a surah the like thereof and call upon your witnesses other than Allah, if you should be truthful. But if you do not - and you will never be able to - then fear the Fire, whose fuel is men and stones, prepared for the disbelievers".

Quran 2:244

"Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

"And fight in the cause of Allah and know that Allah is Hearing and Knowing."

Kefahaman AZA

"Demi mempertahankan Islam, berperang adalah apa yang Allah suruh"

LABEL


SETERUSNYA

AZA's Audio Blogging

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Genocide di Palestine masih berterusan

UN kata climate change. Betul ke?

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more