Anti Vaksin atau Pragmatik sebenarnya?


Blog AZA

Virus covid-19 akan terus bermutasi

Vaksin covid-19 tidak akan berkesan kerana virus covid-19 terus bermutasi makanya tubuh tidak dapat imun. Jika berkesan sila tunjukkan fakta dokumen ilmiah jurnal antarabangsa. Tidak boleh diterima kebenarannya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi tanpa fakta.

Lulus ujian klinikal fasa 3

Vaksin covid-19 "lulus ujian klinikal fasa 3" bererti berkesan dan selamat untuk imunisasi dari terkena virus covid-19 dan selamat ke atas orang yang disuntik vaksin. Tetapi HIV juga "lulus ujian klinikal fasa 3" yang dilakukan sejak 17 tahun dulu (2003) terbukti tetap masih tak mampu atasi HIV. Sekarang kita dah di tahun 2021.

Vaksin 60% efektif

Siapa yang melakukan audit sains perubatan tersebut? Audit perlu fasiliti bertaraf dunia untuk melakukan audit sains perubatan. Malaysia ada fasiliti tersebut? Boleh main ikut sahaja? Inikan soal nyawa rakyat Malaysia? Malaysia sendiri yang perlu mengesahkan dengan melakukan audit sains perubatan itu sendiri.

Keberkesanan dan keselamatan vaksin covid-19 yang ingin digunakan

Vaksin jenama sinovac di uji selama 2 minggu. Siapa yang melakukan audit untuk memastikan orang yang sihat di suntik apa? Betul ke isi yang disuntik itu adalah sinovac? Sebab tu Malaysia sendiri yang kena lakukan ujian.

Selepas 2 minggu di suntik kemudian swap test dilakukan dan keputusan swap adalah negatif covid-19. Adakah itu sudah cukup untuk membuktikan vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan? Semudah itu lulus ujian fasa 3 dah boleh suntik vaksin ke seluruh rakyat Malaysia? Dah selamat? Dah berkesan? Boleh sekadar menurut sistem dan prosedure sedia ada tanpa melakukan audit sains perubatan sendiri? Demam makan panadol. Covid-19 suntik jer vaksin sinovac. Yakin? Panadol tu sejak kita tak lahir lagi orang dah jadikan ubat. Vaksin covid-19 ni baru sangat.

Para doktor hanya menurut apa yang mereka telah pelajari untuk dapat jadi doktor? Vaksin ini pun perlu di audit terlebih dahulu barulah para doktor boleh menurut. Perlu dingat, masa 2 minggu ujian tu, virusnya dah bermutasi belum? Bagaimana vaksin nak berkesan dan selamat kalau virus terus bermutasi? Tentu sahaja ciri-ciri virus covid-19 yang dah bermutasi tadi dah tak sama dengan ciri-ciri virus yang belum bermutasi ketika ujian dilakukan.

Bukankah jelas tak ada ada vaksin yang betul selamat dan berkesan bila kita tahu hakikat virus covid-19 terus bermutasi dan audit perlu terus dilakukan pada setiap mutasi virus tersebut. Lantas memang lah perlu masa berpuluh tahun lagi. Sama macam HIV.

Kenapa tak buat PKP 1.0? Kenapa buat PKP 2.0 dan buka ekonomi lagi banyak berbanding PKP 1.0? Bukan kah PKP 1.0 dulu terbukti Malaysia dah nak berjaya memutuskan rangkaian covid-19 tapi gagal sebab pilihan raya di Sabah kes covid-19 menular semula sampai ke hari ini.

Pertubuhan WHO pun tak ada mana-mana negara yang audit WHO. Boleh main ikut saja? Bagaimana boleh ikut semua arahan WHO kalau dah tahu begitu? Kalau dulu Tun M ikut cakap Pertubuhan IMF apa jadi kat Malaysia? Lepas tu barulah satu dunia nampak apa yang Tun M buat tu betul. Tunggak negara kalau salah haluan bahananya bukan sekejap. Ingat kes air Singapura-Malaysia? Sampai sekarang Singapura dapat air murah walau harga air dah tak realistik dengan harga semasa. Sedangkan dalam Malaysia sendiri masih hadap isu air.

"Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely"

Setelah divaksin, pandemik pasti selesai? Ekonomi kembali normal?

Pasti jawapannya tidak sebab virus terus bermutasi. Bukankah jelas kawalan kemasukkan individu ke Malaysia yang perlu dimantapkan? Virus covid-19 yang datang ke Malaysia pun dari luar asalnya kan? Kawalan jelas lemah kan? Lepas tu ada jumpa lagi virus covid-19 di Malaysia kan? Masa tu virus covid-19 yang dah bermutasi kan. Jelas dah dua kali lemah kawalan kan? Berapa kali lagi nak lemah? Dah nampak jelas makanya para pelajar terus perlu belajar dari rumah kan? Jelas work from home perlu cepat diadaptasi untuk bisness terus berjalan. Bisness yang tak boleh ikut pasti bungkus nanti kan.

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

"Bersuara untuk kebenaran bukan jadi pendiam"



QURAN 4:4

"And give the women [upon marriage] their [bridal] gifts graciously. But if they give up willingly to you anything of it, then take it in satisfaction and ease."

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Sumber: Quran.Com - English (Sahih International), Malay (Abdullah Muhammad Basmeih)

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more