Bagaimana Malaysia mengurus untuk memutuskan rangkaian covid-19 setakat ini?

Blog AZA

Kes pertama covid-19 di Malaysia adalah pada 25 Januari 2020. Sudah 1 tahun 2 bulan dan 4 hari kes covid-19 masih terus bertambah dari hari ke hari. Mulai 05 Febuari 2021 pula kedai gunting rambut, pasar malam dan kedai cuci kereta akan dibenarkan kembali beroperasi sehingga jam 10 malam. Dah terkawal ke penularan covid-19 sehingga semakin banyak dibenar beroperasi ketika PKP 2.0 ini?

OBJEKTIF

Malaysia perlu memutuskan rangkaian covid-19 dalam tempoh 14 hari.

SEMASA

Ketika ini setiap hari pelbagai kluster covid-19 pasti akan dilaporkan kerana berbanding PKP 1.0, PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan ini lebih banyak membuka sektor ekonomi untuk beroperasi. Itu jelas membuatkan mengawal pergerakan semakin sukar berbanding jika meminimakan sektor ekonomi yang boleh beroperasi.

KLUSTER

Jangkitan covid-19 yang melibatkan pelbagai kluster sangat sukar dikawal kerana ianya bukan lagi melibatkan hanya individu menjangkiti individu lain tetapi individu menjangkiti beberapa individu yang lain. 

TEMPAT KERJA

Jelas kebanyakkan kluster adalah berkaitan dari tempat kerja. Pasti sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi akan menggagalkan objektif yang mesti perlu dicapai.

KAWALAN

Bagaimana penularan kluster aktif berkaitan tempat kerja dikawal?

Apabila wujudnya satu kluster baru, maka kluster tersebut tidak akan dibenarkan lagi beroperasi.

Adakah cukup dengan tidak membenarkan terus beroperasi?

Tentu sahaja jawapannya tidak. Sebaliknya beberapa perkara tersebut perlu dilakukan.

1. SANITASI

Ini bagi memastikan sanitasi dilakukan di tempat kerja bagi menghapus virus yang ada di permukaan yang telah dicemari virus covid-19. Ini jelas mamakai mask sahaja tidak cukup kerana apa yang disentuh juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Persoalannya siapa yang melakukan sanitasi?

Siapa yang memastikan ianya betul dan sempurna?

2. MENGENAL PASTI SIAPA YANG DIJANGKITI 

INDIVIDU POSITIF

Mengenal pasti setiap individu dari jumlah keseluruhan kluster (tidak ada seorang pun yang terkecuali) melakukan ujian saringan covid-19. Ujian RTK bagi mengenal pasti siapa yang telah dijangkiti manakala ujian PCR bagi mengesahkan betul telah dijangkiti positif covid-19.

Mereka yang postif perlu dikuarantin selama 10 hari dan pada hari ke-11 perlu lagi sekali menjalani ujian PCR. Jika keputusan ujian adalah negatif barulah surat pelepasan akan diberikan kepada bekas pesakit covid-19 tadi.

INDIVIDU CC1

Siapa kontak rapat kepada individu yang positif perlu dikenal pasti. Ianya menjadikan individu tersebut sebagai CC1 kepada si yang positif tadi. Walaupun keputusan ujian CC1 adalah negatif, setiap CC1 perlu dikuarantin selama 10 hari juga. Ujian PCR juga perlu dilakukan bagi mengesahkan keputusan ujian CC1 adalah negatif.

INDIVIDU CC2

Siapa kontak rapat kepada si yang CC1 tadi juga perlu dikenal pasti. Ianya menjadikan individu tersebut sebagai CC2 kepada si yang CC1 tadi. Jika keputusan ujian PCR CC1 mereka adalah positif maka secara automatik si CC2 tadi akan menjadi CC1 dan perlu menjalani ujian PCR dan dikuarantin selama 10 hari.

Tetapi jika keputusan ujian CC1 mereka adalah negatif maka CC2 tadi dikategorikan sebagai bebas covid-19 tetapi perlu membuat ujian selepas itu sekira ada simptom (dalam tempoh 10 hari dari tarikh menjadi CC2) kerana dia telah mempunyai sejarah sebagai CC2.

Ternyata seorang sahaja positif covid-19 di tempat kerja akan menyebabkan ramai yang akan jadi CC1 dan CC2. Mereka perlu berada di tempat kerja selama 8 jam sehari manakala di sektor perkilangan ada yang sehingga 12 jam sehari. Di Malaysia ketika ini terlalu banyak kluster aktif dan anda sendiri dapat bayangkan volume besar penularan covid-19 yang sedang menular di Malaysia saat ini.

Setiap kali pulang dari kerja, kebarangkalian untuk menjangkiti keluarga / rakan / publik amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila tiada simptom, lepas saringan sukatan suhu dan nampak sihat seperti individu lain setiap hari. Begitu juga apabila pergi kerja setiap hari, peluang untuk menjangkiti individu lain di tempat kerja amat membimbangkan.

Seorang pekerja yang singgah ke kedai semasa pergi/balik kerja memungkinkan untuk menjangkiti/dijangkiti di kedai juga. Jika di tempat kerja ada 2000 orang pekerja seperti sektor perkilangan, berapa banyak kedai yang dikunjungi di seluruh Malaysia. Begitu juga tempat publik seperti tandas / surau / pengangkutan awam dan sebagainya. Mereka nampak sihat, tiada simptom, lepas ujian saringan suhu tetapi positif covid-19.

10 HARI KUARANTIN

Dalam tempoh 10 hari kuarantine, individu yang ujiannya negatif boleh sahaja dijangkiti covid-19 jika bercampur balik masuk kerja kerana perkara berikut:

1. Terdedah virus covid-19 yang terdapat di mana-mana permukaan di tempat kerja / di kedai ketika singgah semasa pergi/balik kerja seperti tandas, kantin, surau, gang ways, thumb print untuk rekod keluar masuk kerja, mesin vending dan sebagainya.

2. Terdedah virus covid-19 yang berada di udara di kawasan tempat kerja samada yang ada air-conditioner atau tidak.

3. Terdedah virus covid-19 dengan individu yang telah dijangkiti (pekerja atau bukan pekerja) yang datang ke kawasan tempat kerja. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai simptom, nampak sihat tetapi sebenarnya mereka positif covid-19.

4. Terdedah virus covid-19 dengan individu di rumah samada keluarga atau rakan serumah dan tanpa sedar menyebarkan virus ke tempat kerja tanpa simptom.

Kebiasaannya individu yang mempunyai simptom telah menjangkiti individu lain. Sebaiknya ujian dilakukan ketika sebelum mempunyai simptom agar tidak menjangkiti keluarga / rakan-rakan / publik.

Individu yang menjalani kuarantin di rumah perlu memastikan pelbagai langkah keselamatan untuk tidak menjangkiti individu lain dan keselamatan diri sendiri. Jangan lupa perlu tahu bila dan bagaimana keadaan yang sedang menjalani kuarantin di rumah perlu segera ke hospital. Mereka bukan sahaja tertekan di tempat kerja malah setelah dijangkiti juga membuatkan mereka semakin tertekan apabila berada dalam tempoh kuarantin. 

Perlu disedari juga, kesan 10 hari kuarantin terhadap rekod pekerja yang menjejaskan cuti dan prestasi pekerja yang memberi impak kepada insentif tahunan yang mereka terima disamping realiti nyawa pekerja diremehkan kerana terbukti terpaksa menjalani kuarantin yang sebenarnya boleh dielakkan jika tidak banyak sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

MINIMA

Langkah meminimakan pekerja yang hadir ke tempat kerja dengan menggalakkan bekerja dari rumah (work from home) tidak hanya perlu di atas kertas sahaja.

Siapa yang memastikan benar sektor yang dibenarkan beroperasi ini betul-betul tidak membenarkan pekerja yang boleh work from home untuk work from home?

S.O.P

Standard Operation Procedure (S.O.P) yang ada di Malaysia dan ditambah pula S.O.P yang di tempat kerja bertujuan untuk memaksimakan kawalan penularan tetapi dalam masa yang sama ianya menyebabkan pekerja tertekan kerana terpaksa mengikuti ratusan perkara S.O.P apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tempat kerja. Tekanan semakin bertambah kerana pekerja juga akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya tidak mematuhi pelbagai S.O.P tersebut.

Mereka bukan sahaja terpaksa bekerja sewaktu mereka menjadi kluster aktif malah realiti kebarangkalian dijangkiti di tempat kerja sangat tinggi berbanding jika duduk di rumah (stay at home). Slogan "Stay at Home" seperti tidak lagi praktikal kerana semakin banyak sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi. 

KEUTAMAAN

Jelas keselamatan adalah keutamaan. Setiap kes covid-19 adalah bukti kegagalan. Penularan covid-19 yang terus berlaku di Malaysia menyebabkan keberkesanan seluruh pelajar yang sedang belajar dari rumah ketika ini sejak mula PKP dahulu amat membimbangkan. Pasti semakin lama covid-19 akan terus menular kerana semakin banyak kluster muncul dan semakin banyak sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

Sambutan perayaan Hari Raya Cina yang semakin hampir membayangkan peluang berlakunya penularan pada skala yang jauh lagi besar. Jelas ianya situasi serius dan perlu menilai semula untuk meminimakan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

Berikut beberapa gambar statistik kluster aktif "Kluster Persiaran Perkilangan" yang sudah dibenarkan beroperasi semula bermula 01 Febuari 2021 walaupun kesnya makin tinggi.

29 Januari 2021


30 Januari 2021


31 Januari 2021


01 Febuari 2021


02 Febuari 2021


03 Febuari 2021


04 Febuari 2021

 

05 Febuari 2021


06 Febuari 2021


07 Febuari 2021


08 Febuari 2021


09 Febuari 2021


10 Febuari 2021


"Bila tarikh saringan dilakukan dan bila tarikh laporan kluster di share ke publik?"

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

QURAN 4:2

"And give to the orphans their properties and do not substitute the defective [of your own] for the good [of theirs]. And do not consume their properties into your own. Indeed, that is ever a great sin."

"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar."

Sumber: Quran.Com - English (Sahih International), Malay (Abdullah Muhammad Basmeih)

Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more