Punca banyak kes covid sekarang sebab PCR test
Tapi dulu pun ada PCR test kenapa kes tak banyak? Betul. Bezanya dulu kita tak tahu yang PCR test sebenarnya tak boleh bezakan antara betul-betul kena covid atau selsema. Kini kita baru tahu pada 21 Julai 2021.
Makanya siapa yang positif covid test belum tentu ada covid tapi betul ada selsema walaupun orang tu belum ada simptom selsema. Makanya kes yang banyak setiap hari tu tak betul lah semua tu kena covid. Orang yang selsema dikumpul dengan orang yang kena covid makanya yang selsema pun kena covid. Itulah jadi punca kes banyak.
Mulai dari sekarang kita kena anggap sesiapa yang test positif covid tu belum tentu kena covid. Mereka kena kuarantin mandiri dulu 10 hari. Masa duduk kat rumah kalau kena selsema jer, pasti akan cepat sembuh dengan rawatan biasa tanpa perlu ke hospital sebaliknya kalau covid pasti tahap kesihatan makin merosot dan masa tu kemungkinan betul-betul kena covid baru call ambulance. Tapi jangan sampai kritikal baru nak bawa. Tahu bezakan sendiri antara selsema atau makin teruk kan.
Patutlah dulu Malaysia hampir berjaya hapus covid sebelum pilihan raya sabah sebab masa tu semua orang duduk rumah. Tak ada banyak sektor yang di essentialkan atas alasan nak jaga ekonomi. Tak bercampur orang yang kena selsema dengan orang yang betul-betul kena covid.
Masa tu juga belum ada vaksin. Sekarang ramai tak duduk rumah sebab pergi ambil vaksin, pergi kerja. Wujud kluster PPV dan kluster tempat kerja. Tambah kes AE sebab vaksin.
Orang yang di test positif covid ni biasanya nampak sihat. Jadi jangan ingat bila test postif covid jer akan mati. Sah kena covid. Tak. Sebaliknya kita test tu sebab nak kesan awal kalau ada covid. Bila dapat kesan tu dah bagus sangat. Bukan dah kritikal baru dapat kesan.
Kita ni hanya mengikut sebab kita bukan pakar dalam bidang covid. Tapi bila pakar sendiri mula-mula kata PCR test satu-satunya cara untuk test sahkan orang kena covid ke tidak, lepas setahun baru pakar tu pulak tukar statement kata PCR test tu tak boleh nak bezakan antara covid dengan selsema, makanya kita baru sedar yang kita selama ni buta-buta jer ikut. Pemimpin negara pun buta-buta ikut. Pakar-pakar dalam negara pun buta-buta ikut kata pakar dari luar. Mereka yang cipta masalah bagi statement tak betul, mereka sendiri yang perbetulkan kesilapan. Bukan pakar covid kita yang perbetulkan yang jumpa kesilapan mereka, sebab tak ada buat cross check betul ke tidak. Malah negara lain juga buta-buta ikut jer statement CDC tu.
Sebelum dan sesudah ada covid
- Dulu orang kena selsema tak kena kuarantin. Tapi sekarang sebab test covid, yang selsema jer pun kena kuarantin sebab covid test tak boleh bezakan antara selsema dengan covid.
- Dulu orang ada simptom diketahui boleh sebar penyakit, contoh chikenpox dan sakit mata. Tapi sekarang orang tak ada simptom pun dituduh boleh sebar covid sebab covid test positif walaupun covid test itu sendiri tak dapat bezakan antara selsema dengan covid.
- Kenapa sekarang kalau mati dalam tempoh 28 hari sejak test positif covid dikategorikan sebagai mati sebab covid sedangkan dulu tak buat mati sebab penyakit berkaitan jangkitan paru-paru.
- Dulu pakai mask sebab ada simptom selsema tapi sekarang tak de simptom pun hari-hari kena pakai mask. Alasannya tak kena covid kalau pakai mask. Kenapa ramai kena covid walau pakai mask?
- Dulu tak pakai mask, tak jaga jarak itu biasa. Sekarang kalau tak buat macam tu orang pandang kita macam tak punya otak. Biarlah orang nak kata apa. Tapi kena denda kalau tak pakai mask. Banyak duit?
- Dulu jaga jarak ketika memandu. Sekarang dalam solat yang tak bergerak tu pun kena jaga jarak. Alasan tak kena covid kalau jaga jarak. Ramai juga yang kena covid walaupun dah jaga jarak. Kalau memandu tak jaga jarak pasti accident sebab kenderaan kita bergerak. Sekarang solat jemaah yang tak bergerak tu pun kalau tak jaga jarak pasti kena covid?
- Dulu sebelum zaman covid, kalau kita ada simptom pasti kita ada penyakit. Tapi sekarang panduan untuk tahu sakit ke tidak bukan lagi simptom. Hanya dengan covid test sahaja boleh tentukan sakit atau tidak.
Vaksin yang ada sekarang terlalu banyak isu.
"Dah tentu banyak isu sebab tak sampai 4 bulan jer buat vaksin covid dah boleh disuntik kat orang ramai. Berbanding vaksin bukan covid yang rata-rata perlu 10 hingga 15 tahun baru boleh suntik kat orang ramai"
"Sebab tu dah banyak suntik vaksin covid kat orang ramai baru jumpa macam-macam masalah AE. Patutnya masalah tu jumpa kat makmal sebelum suntik kat orang"
Sedangkan dulu tanpa vaksin kita dah hampir berjaya hapus covid. Kenapa nak alih fokus/masa/duit ke vaksin?
Tengok orang yang dalam group tu semuanya divaksin. Contoh yang naik kapal kat laut berbulan-bulan tu. Mereka sebelum naik kapal, kapal tu dah disanitasi. Semua yang nak naik kapal tu dah divaksin. Semua dah di test bebas covid baru boleh naik kapal. Dalam kapal pula mereka tetap kena follow S.O.P, pakai mask dan jaga jarak tapi tetap juga ada kes positif covid. Kita yang masuk kedai kejap pun takut covid. Sepatutnya mereka tak perlu follow S.O.P pun dalam kapal sebab dah divaksin dan di test bebas covid.
"Jelas test bebas covid tak berkesan. Telah divaksin tak berkesan. Pakai mask tak berkesan. Jaga jarak tak berkesan. Follow S.O.P pun tak berkesan. Sebab mereka positif covid juga lepas tu. Kenapa diwajibkan semua tu sedangkan ternyata tak berkesan malah didenda kalau tak ikut?"
Lagi satu, kenapa nak perbesarkan isu mereka positif covid? Bukan ke belum tentu mereka kena covid. Kalau betul kena covid, dari mana datang covid kat tengah laut tu? Kenapa kita takut dan kita ikut yang terbukti tak berkesan? Ini soal masa depan negara kita. Bukan main-main.
KESIMPULAN
Selagi test covid tak boleh bezakan antara selsema dengan covid, selagi ada orang kena selsema (dari dulu ada saja orang akan kena selsema) makanya dunia akan terus takut dengan penyakit selsema sebab tak tahu covid ke tidak. Nampak seperti bertemu jalan buntu tapi bukankah kita sendiri dah temui cara nak hapus covid sebelum pilihan raya sabah dulu. Ini bukan teori. Kita sendiri dah buktikan.
Apa yang kita buat dulu hampir berjaya hapus covid di Malaysia
- Semua orang duduk rumah.
- Tak banyak sektor yang di essential kan.
- Bila keluar pergi kedai beli barang keperluan kita pakai mask, jaga jarak dan follow S.O.P
Itu jer. Titik. Tak de vaksin covid masa tu. Tak de passport covid masa tu. Tak de wajib guna MySejahtera masa tu. Boleh tulis kat buku. Lupa bawa handphone pun tak de masalah. Tak de kredit ke, bateri kong ke, tak de handphone ke, semua tak ada masalah.
Tambah pelik sekarang di luar negara sibuk nak buat passport covid. Nak bukti dah divaksin.
"Mahu divaksin untuk apa? Divaksin tetap boleh sebar covid, boleh kena covid, boleh kena AE vaksin, boleh kena sakit serius, boleh kena masuk hospital, boleh mati, tetap kena pakai mask, jaga jarak, follow S.O.P"
Vaksin bukan ubat boleh sembuhkan covid. Vaksin tak boleh cegah kamu kena covid. Malah kamu yang sihat boleh jadi sakit/sembuh/lumpuh/mati kalau kena AE. Ya syukur kalau tak kena AE sekarang. Akan datang tak siapa tahu. Yang baru tahu kena AE pun setelah berjuta dos disuntik.
AE tu perkara serius ya
Petugas kesihatan
Perkara utama mestilah TIDAK MENDATANGKAN MUDARAT, (AE tu mudarat ke tidak?) pemberian ubat/vaksin yang teliti diberi HANYA SETELAH analisis risiko untuk MANFAAT MENYELURUH ( tak sampai 4 bulan dah boleh suntik kat orang ramai sedangkan vaksin bukan covid rata-data perlu 10-15 tahun baru boleh suntik kat orang ramai. Menyeluruh ke? Cukup analisis ke?), dan kewajiban etika untuk TIDAK MEMAKSA pesakit menerima vaksin/rawatan tertentu (petugas kesihatan dipaksa ambil vaksin kan?).
The principles of informed consent
Mengamalkan prinsip "The principles of informed consent" dengan meminta persetujuan untuk divaksin dan MEMAKLUMKAN SECARA MENYELURUH MENGENAI PERKARA YANG DIMINTA UNTUK DIPERSETUJUI agar tiada istilah TIDAK TAHU mengenai sesuatu yang telah dipersetujui nanti. (Betul-betul dah faham sebelum setuju ambil vaksin, sanggup tanggung risiko AE?)
Sejak bila dunia ni tak ada undang-undang? Kenapa pengamal undang-undang diam bila ada yang dipaksa divaksin? Lepas ni nak paksa sektor pekerjaan pula? Tentera? Penjawat awam, swasta? Lepas tu kanak-kanak? Kenapa dipaksa guna MySejahtera? Kenapa dipaksa guna Passport Covid?
Ya faham tak boleh kenakan tindakan undang-undang bila kena AE vaksin covid sebab vaksin covid hanya dapat EUA tapi isu yang lain tu kenapa diam jer? dan pemimpin negara kenapa mengenakan denda? Kenapa mewajibkan?
Bila vaksin hanya dapat EUA itu bermakna segala masalah anda berkaitan setelah divaksin pengeluar vaksin dapat lepas tangan dan tak boleh dipersalahkan.
Passport covid tu pula kalau semua negara guna amat menggerunkan akibatnya seperti yang diterangkan di sini
Comments
Post a Comment