Jangan ulang lagi kejadian yang sama di PPV IDCC
Pemberian vaksin di PPV IDCC walaupun mengikut SOP terbukti covid boleh berjangkit. Sama juga di tempat kerja. Ikut SOP pun boleh jangkit juga. Boleh wujud kluster baru juga. Di mana-mana pun ikut SOP boleh jangkit juga.
Walaupun 80% petugas di PPV IDCC telah di vaksin terbukti telah dijangkiti covid juga.
Macam mana nak hentikan penularan? Dak ikut SOP. Dah di vaksin tapi jangkit jugak.
Punca 2 orang petugas di PPV IDCC (sukarelawan) ada covid dah jangkit 204 petugas dari 453 petugas. Itu belum yang datang untuk di vaksin pada 9-11 Julai 2021. Setiap hari pulak maksima 6000 orang boleh divaksin di situ. 18000 orang yang datang selama 3 hari tu semua perlu kuanrantin mandiri 10 hari. Lepas 10 hari yakin boleh pergi kerja? Tak ada covid? Tak perlu test untuk sahkan bebas covid?
Petugas di PPV IDCC yang 2 orang positif tu, kalau mereka tahu mereka ada covid, mereka tak datang bertugas. Tak ada sesiapa boleh jangkiti sesiapa. Banyak-banyak pusat PPV yang lain tu betul tak ada yang menularkan covid? Ada sahkan bebas covid sebelum datang bertugas di PPV yang lain tu? Ada dalam SOP mesti disahkan bebas covid baru boleh datang bertugas? Yang datang untuk divaksin pun sama kan? Ada SOP mesti disahkan bebas covid baru boleh datang ke mana-mana PPV?
Sebab tak sahkan bebas covid sebelum dibenarkan bertugas menjadi punca penularan berlaku.
Sama jer kalau semua orang di malaysia ni pergi kerja tapi tak sahkan bebas covid sebelum dibenarkan bertugas menjadi punca penularan berlaku. Bukan sebab pergi vaksin jer, pergi mana-mana pun. Masing-masing rasa sihat. Tak sangka diri ada covid. Makanya berlaku penularan.
"Apa yang kita nampak di sini. Semua orang mesti disahkan bebas covid dulu baru boleh nak keluar rumah"
Tak boleh ada acara berkumpul walau ikut SOP, samada majlis apa-apa atau tempat kerja atau di mana-mana kerana terbukti ikut SOP pun boleh menular malah lagi parah melibatkan jumlah yang ramai sebab berkumpul walaupun patuh SOP.
Bila 100% hanya individu yang disahkan bebas covid sahaja boleh keluar rumah tentu tak ada sesiapa boleh jangkiti sesiapa. Tapi kalau ada juga kes walaupun dah buat begitu, itu bermakna apa? Kita dijangkiti dari permukaan yang telah dicemari virus covid atau dijangkiti dari binatang.
Kita dah tahu puncanya, kita belum tentu bebas covid tapi kita keluar rumah juga kan sebab rasa sihat (walau patuh sop), rasa tak ada covid. Kalau kita sahaja yang pergi test, dapat pengesahan bebas covid, tapi individu lain tak buat, covid pasti boleh menular. Sebabnya dah jelas. Tak cukup kita seorang saja yang bebas covid, orang lain pun kena disahkan bebas covid barulah tak ada sesiapa boleh menjangkiti sesiapa.
Cukup kita pastikan semua di tempat kerja kita bebas covid? Sedangkan pekerja kita pergi kedai, pergi petrol pump, tak boleh jangkit kat situ?
Cukup satu malaysia saja bebas covid tapi pelancung yang masuk ke malaysia terlepas masuk bawa variant dari luar negara?
Kes harian hari ni dah cecah 5 angka tapi kau kata sikit sebab negeri kita besar. Lupa ke dulu kes pertama covid kat Malaysia ni berpunca dari sorang yang datang dari luar negara sampai sekarang dah 2 tahun Malaysia masih tak bebas covid? Ya sebab satu kes. Bila kau kata 5 angka tu sikit aku nak cakap apa?
Comments
Post a Comment