Perlu ke ambil vaksin covid?

Update terkini berkaitan covid. Artikal ini disediakan bagi membantu anda mengetahui perlu atau tidak mengambil vaksin serta info terkini mengenai vaksin dan perkara berkaitan covid. Proses untuk vaksin covid mendapatkan kelulusan untuk dipasarkan ternyata paling cepat dalam sejarah kerana kecemasan mencegah covid yang melanda diseluruh dunia. Pfizer, Moderna dan yang lain-lain adalah jenama yang mendapat kebenaran tersebut. Kebenaran ini boleh ditarik balik.

Vaksin covid yang diluluskan FDA belum ada. Vaksin yang dibenarkan digunakan sekarang sebenarnya masih dalam fasa ujian klinikal dan perlindungan vaksin ini terhadap covid untuk jangka panjang adalah belum diketahui.

"Ini bermakna semua yang menerima vaksin ini, walaupun mereka tidak menandatangani secara langsung untuk menjadi sebahagian daripada fasa ujian klinikal ini adalah berada di fasa ini"

Makanya semua orang perlu sedar dan tahu duduk perkara sebenar bahawa:

  1. Belum ada vaksin yang dapat kelulusan dari FDA
  2. Vaksin yang seluruh dunia gunakan sekarang hanya dapat kebenaran digunakan kerana kecemasan mencegah covid dan vaksin-vaksin ini berada dalam fasa ujian klinikal. Belum dapat kelulusan FDA.
Fasa ujian klinikal

  • Fasa 1 Pertama kali disuntik kepada manusia sekitar 20-100 orang untuk sehingga beberapa bulan
  • Fasa 2 Sekitar beberapa ratus orang untuk sehingga 2 tahun
  • Fasa 3 Sehingga 3 ribu orang untuk sehingga 4 tahun
  • Fasa 4 Untuk selebihnya

Manakala untuk kesan jangka panjang vaksin-vaksin ini adalah belum diketahui seperti:
  1. Tahap perlindungan yang dapat vaksin ini beri.
  2. Efektif atau tidak vaksin ini.
  3. Berapa lama kesan sampingan akan berlarutan.
  4. Apa kesan-kesan sampingan yang telah dan akan diketahui.
  5. Orang yang bagaimana akan dapat kesan sampingan.
  6. Kecil atau besar kesan sampingan.
  7. Boleh atau tidak merawat kesan sampingan.
  8. Murah atau mahal merawat kesan sampingan.
  9. Lama atau cepat merawat kesan sampingan.
  10. Boleh atau tidak boleh merawat kesan sampingan.
  11. Pelbagai perkara baik atau buruk lainnya yang disebabkan pengambilan vaksin ini yang mungkin akan berlaku dan hanya diketahui pada masa akan datang yang akan menjadikan senarai ini semakin panjang atau semakin pendek. 

Tetapi untuk setakat penemuan kajian semasa terbukti keberkesanan vaksin tersebut sehingga kini. Tiada vaksin yang 100% selamat tapi hasil setakat ini menunjukkan adalah sangat baik keberkesanannya terhadap majoriti orang yang mengambilnya dan hanya sangat sedikit yang terkesan seperti 4 kes dalam 1 juta dos.

Keberkesanan vaksin setakat ini terbukti dapat:

  1. Mengurangkan kadar kemasukan ke hospital
  2. Mengurangkan kadar kematian

Keberkesanan/kelemahan/kesan sampingan vaksin hanya betul sehingga sebelum fakta tersebut berubah mengikut kajian semasa. Ianya bukan hanya melibatkan vaksin sahaja tetapi apa juga yang berkaitan dengan covid.

Ujian percubaan klinikal vaksin melibatkan individu yang berbeza dengan latar belakang yang berbeza dan result pasti berbeza. Jika ujian untuk umur 18 tahun maka result untuk umur selain itu pasti berbeza jika yang bukan berumur 18 tahun menggunakan vaksin tersebut.

Terdapat banyak cabang ujian percubaan klinikal yang bukan hanya tertumpu pada umur sahaja. Masalah kesihatan sedia ada juga turut mempengaruhi keputusan, jantina , keterdedahan dengan covid, jangkamasa mula ambil vaksin dan sebagainya.

Masalah vaksin sedia ada adalah:

  1. Apa vaksin yang effective untuk variant semasa covid.
  2. Variant akan datang sudah ada vaksin? Ini kerana covid akan terus bermutasi dan mewujudkan variant yang baru yang mungkin tidak lagi effektif dengan vaksin semasa kerana vaksin semasa dicipta untuk variant semasa bukan variant selepas itu.
  3. Makanya jenis vaksin yang digunakan perlu sesuai dengan variant yang dapat masuk ke sesebuah negara. Jika seluruh negara telah divaksin tapi kes positif atau kematian tetap banyak itu jelas jenis vaksin yang digunakan tidak sesuai.
  4. Kita perlu terus mendapatkan dos vaksin dari masa ke semasa walaupun telah melengkapkan dua dos vaksin kerana sesuai dengan jangka hayat vaksin/tahap antibodi semasa dan jenis variant semasa. Soalnya apa jenis vaksin yang tepat untuk diambil dan bila?
  5. Vaksin yang ada hari ini masih memerlukan individu untuk pakai mask dan sosial distance. Juga perlu diingat penerima vaksin masih boleh dijangkiti covid walau sudah divaksin tetapi dengan risiko komplikasi jangkitan yang lebih rendah disamping komplikasi vaksin yang telah dinyatakan sebelum ini.

ANDA DICUCUK VAKSIN KOSONG?

Antibody test tak boleh bagi direct/accurate result kamu dah divaksin ke tidak. Kenapa bagi vaksin kosong?

  1. Takut AE?
  2. Vaksin tak cukup?
  3. Cuai / Sengaja bagi vaksin kosong?

VARIANT

Pada tahun 2020 sahaja sebanyak empat variant yang membimbangkan ditemui di beberapa negara yang merebak ke seluruh dunia seperti berikut:

  1. MAY - BETA - AFRIKA SELATAN
  2. SEPTEMBER - ALPHA - UK
  3. OKTOBER - DELTA - INDIA
  4. NOVEMBER - GAMMA - BRAZIL

Terdapat banyak lagi variant yang masih dalam siasatan seperti berikut yang pada bila-bila masa sahaja boleh jadi masuk ke kategori membimbangkan kerana masih dalam siasatan:

  • JULAI 2020 - EPSILON - US
  • AUGUST 2020 - LAMBDA - PERU
  • DISEMBER 2020 - ETA - UK
  • DISEMBER 2020 - KAPPA - INDIA
  • FEBUARI 2021 - THETA - PHILIPINES

Senarai variant ini tidak terhenti di sini sahaja kerana ada lagi variant ditemui selain itu dan variant baru akan datang. Ternyata tahun 2021 tiada variant baru masuk dalam kategori membimbangkan seolah mutasi yang membentuk variant membimbangkan terhenti bila memasuki tahun 2021.

Variant yang ditemui di Wuhan adalah 0.3% berbeza dengan variant yang lainnya. Adakah pesakit yang sembuh daripada SAR-CoV-1 yang berlaku pada 17 tahun yang lepas mempunyai immunity terhadap SAR-CoV-2 sekarang? Ya. Ini kerana mereka masih mempunyai T sel memori pada SAR-CoV-1 dan sel itu kenal SAR-CoV-2, walaupun mempunyai persamaan 80%.

Jika 20% perbezaan itu belum boleh menjejaskan sistem immune pesakit tersebut, makanya perbezaan 0.03% terhadap variant yang ada sekarang sebenarnya adalah 0.03% MERBAHAYA BERBANDING VARIANT LAIN. BUKAN TERLALU JAUH MERBAHAYA.

Vaksin jenama Sinovac dikatakan tidak effective berhadapan variant DELTA sedangkan perbezaan variat hanya 0.03%. Antara jenama vaksin yang banyak isu adalah pfizer bukan Sinovac.

Orang yang divaksin menjadi perumah untuk membentuk variant baru. Vaksin tidak di design untuk menghalang jangkitan sebaliknya membenarkan jangkitan dengan mengurangkan symphtoms. Oleh sebab itu virus tersebut akan melawan vaksin untuk menakluk sistem immune. Berbanding orang yang tidak divaksin, virus hanya melawan sistem immune sahaja. Tak perlu melawan vaksin. Oleh sebab itu virus yang dipaksa melawan vaksin berakhir dengan membentuk variant baru yang lebih kuat. Global vaksinasi akan membuat masalah ini akan menjadi sukar nanti. Mutasi baik untuk bisness vaksin.

Di sini jelas, kita DITAKUTKAN dengan berbagai perkara yang kita tidak tahu duduk perkara sebenar sedangkan sistem immune badan kita adalah pertahanan semujadi terbaik tanpa memberi PELBAGAI kesan lain jika divaksinasi yang menambah permasalahan baru.

Jika anda berumur 40 tahun ke bawah, peluang untuk mati kerana covid tanpa divaksin adalah 0.01%. Golongan yang berisiko adalah yang berumur 60 tahun dan ke atas. Masih tidak berbaloi untuk ambil risiko AE.

"Malaysia terbukti hampir sahaja berjaya melawan covid tanpa perlu divaksinasi sebelum pilihanraya di Sabah"

APA AKAN BERLAKU PADA MASA HADAPAN?  

Makanya bila seseorang positif covid, antara data penting yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

  1. Bila mula disahkan bebas covid?
  2. Bila mula dapat bebas keluar rumah?
  3. Ambil vaksin atau tidak?
  4. Jenis vaksin apa?
  5. Jenis variant apa?
  6. Bila ambil vaksin?
  7. Dah berapa dos ambil vaksin?
  8. Bila disahkan positif covid?
  9. Latarbelakang individu yang positif seperti umur, jantina, penyakit sedia ada dan sebagainya.
Data tersebut sangat-sangat penting terutama kepada KKM untuk mengetahui dan membuktikan realiti keberkesanan jenis vaksin yang diambil.

Sungguhpun begitu tiada siapa dapat mengetahui bagaimana individu boleh dijangkiti sebab yang dapat bebas keluar rumah tu asalnya memang telah disahkan bebas covid.

Hanya bergantung data dari negara luar tanpa cross check data realiti dalam negara sendiri akan melibatkan masa depan generasi.

"Terlalu banyak cabang persoalan yang tidak dapat dijawab ketika ini dan hanya dapat diketahui pada masa akan datang. Sejarah dan bukti penemuan semasa yang boleh disahkan sendiri kebenarannya menjadi panduan kepastian"

JENAMA VAKSIN

  • Sinovac
  • Pfizer
  • AstraZeneca

Ada banyak lagi vaksin sedia ada seperti berikut dan vaksin baru yang dalam proses penciptaan dan memohon kelulusan untuk vaksin dipasarkan.

  • Moderna
  • Johnson & Johnson
  • Novavax
  • Sputnik V
  • Sinopharm

JENIS VAKSIN

  • Whole virus - Sinovac, Sinopharm [Covid, Hepatits A, Polio, rabies]
  • Protein subunit - Novavax [Covid, Hepatitis B, Meningococcal, Pneumococcal, Shingels]
  • Nucleic ( RNA / mRNA) - Pfizer, Moderna [Covid sahaja]
  • Viral vector - AstraZeneca, Sputnik V, Johnson & Johnson [Covid, Ebola]

Berikut diantara Adverse Event (AE) yang ditemui dari masa ke semasa:

Buat anda yang telah ambil vaksin, semoga anda tidak mengalami sebarang AE buat selamanya. Aamiin.

1.BELL'S PALSY

Seorang lelaki berusia 61 tahun, mukanya herot (Bell's palsy), kesukaran untuk menelan dan tidak boleh menutup mata di sebelah kiri setelah mengambil vaksin jenama pfizer.

"Bila kamu sakit, demam, makan panadol kamu sihat. Ada kena Bell's palsy?"

"Ni kamu BELUM sakit, TAKUT kena covid, kamu ambil vaksin, terus kena Bell's palsy. Ternyata vaksin itu BUKAN ubat, BUKAN mencegah penyakit, malah buat kamu ada Bell's palsy"

"Bila ada laporan orang kena AE sebab ambil vaksin, mereka boleh kata tak mengapa sebab tak ramai yang kena AE. Bukan ke sepatutnya tak ada AE langsung macam panadol tadi? Nyawa orang yang kena AE tu tak berharga? Kalau yang kena AE tu binatang kat dalam makmal semua orang faham"

2.BLOOD CLOT

Vaksin jenama AstraZeneca (AZ) dan Johnson & Johnson (J&J) dilaporkan berlaku blood clotting 1 dalam 127,300 dos atau 1 dalam 26,500 dos bergantung kepada negara yang melaporkannya. Ini membawa kepada penemuan mereka yang berumur bawah 40 tahun perlu mengambil vaksin jenis lain untuk lagi mengurangkan berlakunya kes blood clotting. Manakala yang sudah mengambil 1 dos disaran tukar ke jenis pfizer atau moderna untuk dos yang ke 2. Makanya kena pilih juga vaksin apa sesuai dengan penemuan kajian semasa.

3.Gullain-Barre Sydrome (GBS)

Setelah lebih kurang 12.5 juta dos vaksin covid jenama Johnson & Johnson (J&J) kajian semasa menemukan AE iaitu GBS dari vaksin J&J dan membuatkan FDA terpaksa mengeluarkan amaran penggunaannya pada 12 Julai 2021 apabila 95 hospitalizations dilaporkan dan 1 kematian. Perkara seperti inilah yang menakutkan orang untuk mengambil vaksin kerana pengeluar vaksin hanya tahu AE setelah 12.5 juta dos telah diberikan.

4.HEART INFLAMATION / MYOCARDITIS

Vaksin jenama pfizer dan moderna dilaporkan berlaku myocarditis bagi lelaki yang berumur antara 16-19. Pfizer juga dilaporkan kurang effective terhadap variant DELTA

5.ALLERGIC

Individu yang mempunyai alergik tidak boleh mengambil vaksin. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mahu mengambil vaksin.

PREGNANT

Ibu mengandung tidak disarankan ambil vaksin jenama AZ

CARCINOGEN

Kandungan carcinogens yang terdapat pada pfizer boleh menyebabkan kanser. Tetapi ini hanya akan diketahui kebenarannya pada masa mendatang. Jika ianya benar pasti dunia akan mengalami cancer epidemic nanti. Tetapi kita juga tahu udara yang tercemar teruk boleh mengandungi carcinogens juga. Cuma bezanya apa yang pasti ada di pfizer dan apa yang belum tentu ada di udara.

HERD IMMUNITY

Mana-mana negara yang telah berjaya mencapai HERD IMMUNITY, sosial distancing masih perlu kerana telah terbukti di negara Chile dan perlu diingat jenama vaksin semasa perlu sesuai dengan variant semasa.

"Plethora of evidence menunjukkan antibodies yang dihasilkan secara semujadi adalah lebih effective membasmi virus akan datang berbanding yang dihasilkan disebabkan vaksin. Immunity semulajadi adalah lebih baik, lebih effective dan selamat berbanding immunity yang dihasilkan disebabkan vaksin"

"Ketakutan sering dijadikan alat untuk memotivasikan manusia ke arah yang tidak sepatutnya. Seharusnya persoalkan dulu adakah perlu dari segi perubatan, sedangkan terdapat bukti besar tentang realiti yang berlaku dan pengetahuan tentang risiko yang mungkin akan berlaku dan baik buruk vaksin yang diketahui sehingga kini, barulah ditentukan perlu atau tidak vaksin"

TEST AND TRACE

Ujian RTK hanya kesan individu yang dah banyak covid. RTK tidak sah dijadikan sebagai ujian samada individu itu benar-benar bebas covid. Hanya ujian PCR yang boleh mengesahkan bebas covid.

RTK sesuai untuk ujian pada skala besar untuk tahu siapa dalam ramai-ramai tu ada covid. Ini bermakna jika lakukan RTK result positif, bermakna individu itu memang ada covid. Tapi kalau result negatif (result dalam masa 15-20 minit) dengan RTK perlu buat PCR kalau mahu sah betul-betul bebas covid. False-negative result RTK adalah 12%.

Bila kamu dah 14 hari bebas covid, tapi hari ke-15 kamu pergi kerja dan dijangkiti covid, makanya covid akan kembali menular kerana ada dikalangan contact kamu yang positif. Mungkin ianya di tempat kerja, di rumah atau di tempat awam.

Ini bermakna siapa pun contact kamu samada di rumah, tempat awam atau di tempat kerja, mereka semua kena betul-betul bebas covid baru kamu boleh terus bebas covid. TEST lebih penting dari VAKSIN. Kamu belum tentu bebas covid walau sudah divaksin/belum divaksin. Dengan test jer baru boleh tahu ada covid ke tidak walau nampak sihat.

Abbot dan SD Biosensor adalah dua jenama yang dipilih oleh WHO pada 5 Oktober 2020 untuk ujian RTK untuk negara LOW-TO-MEDIUM macam Malaysia.

"Di tempat kerja dan di tempat awam juga kena bebas covid bukan hanya di rumah"

PEKERJA KILANG WAJIB JALANI UJIAN RTK DUA KALI SEMINGGU

Bermula 7 Julai 2021. Ya bagus. Baru confident yang datang kerja semuanya bebas covid sebab dah di test dan disahkan bebas covid. Dah tak boleh nak kata pekerja kilang buat kluster. RTK sekarang memang sakit sebab kena cucuk hidung dan tekak. Dah ada RTK baru yang guna air liur jer. Tak sakit pun malah result lebih tepat.

Dulu lepas lockdown jer, terus masuk kerja. Tak test pun. Sekarang bila dah diwajibkan test, lepas lockdown jer terus buat test. Rupanya ramai yang positif masa lockdown. Patutlah dulu banyak kluster kilang. Sebab lepas lockdown, tak test terus masuk kerja, Yang positif dah jangkit dengan orang yang dah bebas covid selama lockdown.

Jangan bagi orang luar masuk kilang kalau mereka tak buat ujian. Walaupun mereka itu penguat kuasa. Yakin mereka bebas covid? Nampak sihat. Tak perlu buat test? 

Lepas ni kalau ada yang positif dalam kilang pasti tahu sebab dua kali seminggu buat test. Tak sempat si positif kritikal dan boleh detect, dah boleh rawat, dah boleh kuarantin dan paling penting tak jangkit orang lain sebab dah detect awal.

Test ni jugak, dapat atasi masalah contact rapat yang terlepas pandang. Makanya hanya yang dah test negative sahaja dibenar masuk semula kerja.

Tak perlu lagi rasa takut dijangkiti covid oleh rakan sekerja sebab semuanya dah di test dan disahkan bebas covid. Tak ada sesiapa boleh menjangkiti sesiapa. Kalau dulu rasa takut memang tak salah sebab tak di test. Tapi sekarang dah di test kenapa nak takut tak bertempat?

Mana-mana sektor yang nak beroperasi pun kena buat test. Yakin sektor essential yang dibenar beroperasi bebas covid? Tak perlu buat test? Boleh operasi hanya sebab sektor essential?

Kes ramai positif covid di PPV IDCC walaupun mereka pakai mask, jaga jarak, follow S.O.P, ada yang dah divaksin tapi tetap ramai yang positif covid termasuk yang dah divaksin sebab orang yang dibenarkan masuk TIDAK DI TEST. TIDAK DISAHKAN DULU BEBAS COVID ATAU TIDAK. Oleh sebab itu, sesiapa yang nak masuk ke mana-mana bangunan/in-door perlu test dulu untuk sahkan bebas covid baru boleh dibenarkan masuk. Sayang kan dah buat macam-macam tapi sebab tak test, tak sahkan dulu bebas covid, bagi orang masuk, ramai yang positif covid.

Terbukti test lebih penting dari di vaksin, pakai mask, jaga jarak, patuh S.O.P, kerana semua tu tak boleh tahu kita ada covid ke tidak walau nampak sihat sebab tak test. Bila dah ada simpton tu dah banyak sangat virus covid. Dah terlambat. Test dapat kesan awal. Boleh selamatkan nyawa.

Jangan lama-lama dalam indoor yang ada ramai orang. Buktinya macam PPV IDCC tu. Dalam kedai ke, pasaraya ke, apa-apa bangunan yang membenarkan orang masuk tanpa di test tu kena hati-hati jangan berlama-lama kat dalam tu walau pakai mask, jaga jarak dan patuh S.O.P

Pekerja kedai tu pun patutnya kena kerap buat test juga. Mereka lama kat dalam kedai yang ramai orang keluar masuk. Kesian mereka kalau lambat kesan nanti nak menyesal pun tak guna.

"Policy No 1 yang wajib adalah test dulu untuk sahkan bebas covid baru boleh masuk"

TAK AMBIL VAKSIN

Penting untuk ada juga orang yang tidak mengambil vaksin untuk menguji keberkesanan dan perbezaan dengan orang yang mengambil vaksin/jenis vaksin yang diambil kerana ianya saling berhubung kait memberi maklumat keberkesanan vaksin dan covid itu sendiri tentang bagaimana covid itu dapat menjangkiti orang yang ambil atau tidak ambil vaksin. Result ini akan memberi point keberkesanan vaksin, pakai/tidak mask, sosial distance/tidak.

Info mengenai vaksin bukan hanya yang baik-baik sahaja perlu diberitahu. Info buruk juga perlu diberitahu agar masyarakat mendapat ilmu yang benar. Ini dapat membina keyakinan masyarakat mengenai vaksin dengan membahaskannya secara terbuka untuk mengetahui apa yang sebenarnya membuatkan mereka mahu atau tidak mahu mengambil vaksin.

POSITIF COVID-19

Kesan sampingan kepada mereka yang telah positif covid-19 adalah seperti berikut:

  1. Kesukaran untuk berfikir
  2. Rasa sakit
  3. Rasa lemah
  4. Hilang deria rasa
  5. Kemurungan
"Covid boleh menjangkiti sel otak astrocytes, menghalang perjalanan darah dan menjejaskan sistem imun badan. Mana-mana bahagian neurological yang terkesan itu memberi impak tahap kesihatan pesakit covid bergantung kepada berapa banyak sel yang dijangkiti atau rosak"

JANGAN MENAKUT-NAKUTKAN ORANG

Takut biar bertempat. Variant DELTA tu tak bahaya mana. Sama jer macam variant lain. Beza setiap variant hanya 0.03%. Kenapa sampai kata tengok orang kena covid lalu depan rumah, jengah muka untuk tengok beberapa saat boleh kena covid sampai mati? Bukti sebab akibat ada? Jangan menakut-nakutkan. Nak bersembang dengan jiran, pakai mask, jaga jarak. Dah cukup selamat. Jangan tak pakai mask, tak jaga jarak.

VACCINE PASSPORT

  1. Bagaimana kalau telah divaksin tetapi  positif covid? Boleh masuk negara? Lantas bebas covid lebih penting atau telah divaksin lebih penting untuk mengelakkan penularan covid masuk ke dalam negara.
  2. Kenapa ada sesetengah jenama vaksin tidak diiktiraf untuk memasuki sesebuah negara sedangkan semua vaksin yang boleh berada dipasaran telah mendapat kelulusan kerana bukti kukuh keberkesanan dan keselamatan apa jua vaksin yang diluluskan. Ini bermakna negara yang tidak mengiktiraf tersebut lebih power dari badan yang membenarkan sesuatu jenama vaksin itu boleh dipasarkan. Jika begitu kenapa nak dapatkan kelulusan dari badan tersebut. Bukankah sepatutnya dapatkan kelulusan dari negara yang lebih power tadi? Jika issue keberkesanan vaksin dipersoalkan kenapa badan tersebut meluluskan berada dipasaran?
  3. Ini jelas akan menyebabkan keyakinan individu terhadap vaksin semakin menurun kerana terdapat negara yang tidak mengiktiraf vaksin yang telah diluluskan. Ntah negara mana pula yang tidak mengiktiraf vaksin jenama lain di masa akan datang.
  4. Jika variant yang dipersoalkan maka jelas bebas covid lebih penting dari divaksin oleh apa-apa jenama yang dipertikaikan.
  5. Term yang digunakan untuk kes yang telah divaksin tetapi positif covid adalah "breakthrough" covid cases. Semakin banyak kes begini semakin banyak isu vaksin akan dipertikaikan.
  6. Experimental vaksin yang diberikan kepada individu untuk mewujudkan VACCINE PASSPORT adalah tidak beretika. VACCINE PASSPORT mencipta alasan yang tidak dapat diterima untuk kebebasan peribadi dan perubatan di MALAYSIA.
  7. Tidak patut walau ada seorang pun yang di dalam kerajaan menyokong VACCINE PASSPORT. Pemimpin yang bagus melindungi hak rakyat untuk bebas membuat keputusan peribadi untuk samada mahu divaksin atau tidak. Mereka sepatutnya tidak di diskriminasi atau diasingkan atau dinafikan hak kerana tidak mahu apa jua vaksin. Mereka seharusnya dipastikan tidak dihukum jika mereka memilih untuk berkata TIDAK.
  8. VACCINE PASSPORT akan menafikan HAK MENENTUKAN KEPUTUSAN PERIBADI DAN PERUBATAN INDIVIDU. Ini akan MEMBUKA LAGI PINTU pada masa akan datang untuk MENAFIKAN HAK untuk perkara lain SEPERTI TIDAK DI VAKSIN TAK BOLEH KERJA / TAK BOLEH SEKOLAH / TAK BOLEH RENTAS DAERAH/NEGERI/NEGARA dengan menyekat KEBEBASAN ATAU APA JUA YANG BOLEH SUPAYA IKUT BERSETUJU dengan apa jua idealogi baru akan datang. Kita tidak mahu negara kita dibahagikan kepada yang divaksin dan tidak di vaksin.
  9. Apa lagi idealogi akan datang? Semua orang wajib guna handphone? Wajib biar diri di traking 24jam atas alasan keselamatan? Wajib declare segala penyakit nak rentas negeri/ nak minta kerja? Wajib kerja 12 jam sehari? Wajib tunjuk ID kepada siapa pun bila diminta? Kalau tak ikut apa pula bentuk sekatan akan datang?
  10. Syarikat swasta dan agensi kesihatan sepatutnya tidak dapat akses ke rekod kesihatan mana-mana rakyat di dalam negara ini yang sekaligus melanggar hak sebagai manusia dan peradaban.
  11. Sedang kita melindungi hak untuk bagaimana bisness beroperasi, namun ini TIDAK SEKALI-KALI bermakna membenarkan mereka untuk turut sama mendapat hak menentukan keputusan peribadi dan perubatan individu.
  12. Melalui dengan memastikan setiap orang boleh membuat pilihan setelah diterangkan segala buruk dan baik tanpa melindungi apa pun, tanpa di diskriminasi, tanpa dipaksa atau tanpa ditakutkan dengan sebarang penafian hak atau apa pun.
  13. Setiap individu perlu dipastikan terus mempunyai HAK, KUASA dan KEBEBASAN terhadap tubuh badan mereka sendiri.
  14. Katakan TIDAK pada idealogi yang mendiskriminasi hak. Katakan TIDAK pada VACCINE PASSPORT / DIGITAL PASSPORT / VACCINE CERTIFICATE.
"Kunci berlakunya penularan covid bukan kerana telah divaksin atau tidak tetapi kerana ada orang lain yang boleh menjangkiti orang lain kerana mereka ada covid tapi bebas keluar rumah walaupun mereka sendiri tidak tahu diri mereka ada covid ketika itu. Oleh sebab itu setiap individu perlu disahkan bebas covid baru boleh dibenarkan keluar rumah" 

NISBAH

Walaupun nisbah 1:100,000 atau 1:1,000,000 tetapi ianya tetap risiko yang sesiapa sahaja tidak mahu menjadi yang satu itu.

Selagi belum ada vaksin yang membolehkan individu untuk tidak pakai mask dan tidak social distancing makanya dua perkara itu masih perlu terus diamalkan.

"Dulu nak tengok orang yang dah sampai pencen pun masuk hospital susah, sekarang muda-muda lagi dah masuk hospital sebab covid. Bisness pula tak sabar-sabar nak operasi walau hospital tengah tenat. Covid makin teruk sebab dulu tak ada hospital yang dijadikan khas untuk rawat covid"

VAERS

Terdapat pelbagai website VAERS di setiap negara yang ada boleh lihat sendiri. VAERS mengumpulkan laporan oleh para doktor tentang Adverse Effect (AE) atau kesan sampingan kerana vaksin.

Jumlah kes sebenar adalah jauh lebih tinggi dari jumlah kes yang dilaporkan ke VAERS kerana kes sebelum itu tidak dilaporkan ke VAERS kerana para doktor ketika itu tidak mengetahui AE tersebut sebenarnya berkaitan dengan vaksin lalu tidak melaporkannya ke VAERS. Blood clot hanya dilaporkan ke VAERS bila dah banyak kes berlaku dan disahkan berpunca dari vaksin. Sebelum itu para doktor tidak melaporkannya. Makanya kita tak tahu berapa jumlah sebenar blood clot yang berlaku setelah ambil vaksin tapi tak dilaporkan ke VAERS sebelum itu. Begitu juga dengan AE lain seperti myocarditis, Venous thrombosis atau AE lain yang hanya akan diketahui pada masa akan datang.

Pada tahun 2009, Harvard menyatakan hanya 1% dilaporkan ke VAERS.

Terdapat juga laporan files yang telah dihantar dipadam dari server NO.1 dan NO.2.

Malah ada laporan yang di reject sebab masalah teknikal.

Data tidak tepat makanya tak dapat tahu kebenaran.

Kesan bahaya vaksin tidak dapat diketahui makanya hanya telah terjadi dah terlambat.

"Bila kes covid di UK dan di USA turun dengan ketibaan vaksin, kita diberitahu INI ADALAH KEJAYAAN VAKSIN. Bila gelombang ke-2 datang ke INDIA setelah vaksinansi dilakukan kita diberitahu kerana JUMLAH YANG DI VAKSIN TAK BANYAK. Gelombang yang sama juga turut melanda lebih 30 negara lain yang memulakan vaksinasi"

"Sekarang datang lagi gelombang ke UK dan USA, kali ni kita diberitahu kerana VARIANT DELTA YANG MERBAHAYA. Tapi bila tak ramai yang kena masuk hospital pada gelombang kali ini, kita diberitahu INI ADALAH KEJAYAAN VAKSIN. Sekarang bila didapati kebanyakkan kes terpaksa masuk ke hospital adalah mereka yang telah di vaksin, kita diberitahu kerana HANYA ORANG YANG DAH BERUMUR SAHAJA TELAH DI VAKSIN"

Adakah anda boleh minta pampasan kalau mengalami AE? Berbaloi ke kena AE dapat pampasan?

Kita diberitahu bahawa vaksin adalah 110% selamat

"Sekarang AE database di VAERS menunjukkan lebih 10,000 kematian dan lebih 500,000 serius AE di USA sahaja dan banyak lagi di EROPAH"

Data dari Public Health England menunjukkan bahawa orang yang telah di vaksin adalah berisiko untuk mati 6 kali ganda berbanding yang tidak divaksin bila berdepan dengan variant DELTA. Bermula Febuari 2021 hingga June 2021 sebanyak 33,206 kes variant DELTA terpaksa masuk ke hospital. Seramai 19,573 tidak divaksin mengakibatkan 23 kematian dilaporkan (0.1175%). Manakala 1,785 yang telah divaksin 14 hari atau lebih sebelum dimasukkan ke hospital mengakibatkan 12 kematian (0.6722%). Peratusan kadar kematian adalah 5.72 lebih tinggi berbanding mereka yang tidak divaksin.

Lebih 17,503 kematian disebabkan vaksin di laporkan di EROPAH di AE database iaitu EudraVigilance sehingga 3 Julai 2021. Manakala 837,588 adalah serius AE. Dan lebih 7,000 kematian di UK. 

Seramai 45,000 kematian dalam masa 3 hari pada database VAERS di USA kerana terkesan dengan vaksin covid dilaporkan oleh whistleblower USA dan menyebabkan mereka menyaman Kerajaan USA kerana menyembunyikan hal sebenar. Terdapat 11 sistem VAERS di USA. Jumlah 45,000 kes kematian itu hanya merujuk kepada 1 sistem VAERS di USA.

Bayi dan kanak-kanak turut dapat AE.

CDC

Data CDC menyatakan sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke bawah, mempunyai 99.998% peluang untuk pulih dari covid tanpa sebarang rawatan diperlukan. Manakala risiko kematian adalah 1 : 1,000,000. Ini bermakna lebih selamat dari virus influenza. Jika anda punyai anak, lebih bahaya kena covid atau influenza? Atau anda masih nak anak anda guna experimental vaccine ini walaupun tahu mereka punyai peluang hampir 100% untuk selamat tanpa perlu di vaksin.

Manakala dari segi demographic data CDC menunjukkan mereka yang berumur 18-45 yang sihat mempunyai peluang 99.95% untuk sembuh dari covid tanpa perlu sebarang rawatan.

CDC juga didapati mengubah data kematian disebabkan vaksin covid jelas menunjukkan cuba melindungi realiti yang berlaku. Sepatutnya sebarang bentuk tekanan untuk melindungi kebenaran perlu sedar bahawa mereka memperjudikan nasib ramai orang yang telah mengambil vaksin dan mahu mengambil vaksin.

CONTACT TRACING

Masalah berlaku bila ada dikalangan yang dibenarkan bebas keluar rumah tapi ada covid. Persoalannya seperti berikut:

  1. Bukankah semua yang bebas keluar rumah itu sudah disahkan bebas covid termasuk mereka yang dibenarkan memasuki negara. Jadi covid bukan disebar oleh manusia kalau begitu jika ada lagi yang kena covid.
  2. Tiada istilah contact tracing sebab semua yang bebas keluar rumah itu memang dah disahkan bebas covid. Bukan mereka yang menjangkiti orang lain sebab orang lain pun bebas covid. Dapat dari mana covid nya?
  3. Adakah virus covid itu dari binatang? Adakah virus covid itu tidak mati di permukaan yang telah dicemar dengan virus covid? Mana kajian sainstifik yang membuktikan dapat dari mana dijangkiti covid kalau semua yang keluar rumah itu asalnya bebas covid?
  4. Kes pertama covid di malaysia dari orang yang masuk ke malaysia. Ya sebab seorang sahaja satu malaysia dah bertahun masih tak bebas covid. Sebab tu penting untuk sahkan 100% bebas covid baru boleh dibenarkan bebas keluar rumah.
  5. Boleh cipta alat yang boleh menampakkan virus covid atau paling tidak boleh kesan virus covid agar kita lebih pasti tempat yang kita sanitasi. Kalau ada alat sebegitu tak perlu PCR. Kita sendiri tak dapat nak sahkan tempat yang disanitasi betul-betul bebas covid.
  6. Kamu disahkan kena covid. Kamu juga ada mobile phone. Nah ini data pergerakkan saya untuk selama 2 minggu yang lepas. Sila mulakan contact tracing dengan data tersebut. Gitu. Hanya 2 minggu sahaja. Bukan semua data kamu bagi. Terhad yang perlu sahaja kamu bagi. Bukan data dari mula guna MySejahtera sampai 70 tahun akan datang MySejahtera tetap dapat data kamu walau kamu tak kena covid. Kena buat app yang macam gitu bukan macam MySejahtera sekarang.
"Sebab seorang saja kena covid, terbukti dah dua tahun Malaysia masih belum dapat bebas covid. Sebab tu satu kes pun dah merupakan ancaman kepada negara"

APA FAKTA KESAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID?

Vaksin covid yang seluruh dunia gunakan sekarang belum mendapat kelulusan FDA dan berada pada fasa ujian klinikal. Ketika fasa ini terdapat beberapa penemuan kesan pengambilan vaksin. Sungguhpun begitu, sehingga kini sebanyak 3.63 billion dos telah diberikan ke seluruh dunia dengan kadar 29.73 juta dos setiap hari. Kurang ujian terhadap binatang dilakukan dan kurang dari 3.5 bulan vaksin sudah boleh dipasarkan.

Purata vaksin sebelum ini memerlukan 10-15 tahun baru dibenarkan untuk diberikan kepada orang ramai. Kenapa lama sangat? Bukan semua penyakit akibat pengambilan vaksin boleh diketajui dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, selepas 4 tahun baru boleh tahu penyakit yang berkaitan autoimmune disebabkan oleh vaksin.

Oleh sebab itu, tiada siapa yang akan terkejut kalau yang dah ramai-ramai ambil vaksin covid tu dapat AE nanti sebab tiada siapa yang tahu apa AE yang akan berlaku pada masa akan datang sebab vaksin covid sudah dibenarkan diberikan kepada orang ramai setelah 3.5 bulan sahaja berbanding vaksin sebelum itu 10-15 tahun.

VAKSIN MEMENDEKKAN JANGKA HAYAT

Ianya memendekkan jangka hayat sehingga ke beberapa dekad bergantung kepada beberapa faktor termasuk termasuk samada anda memerlukan booster (tambahan dos vaksin) kerana pathogenic priming.

FASA 1 : KESAN SEHINGGA 3 BULAN MENGAMBIL VAKSIN

Pada 24 Febuari 2021, PM Malaysia, Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang mengambil vaksin. Jenama vaksin yang diambil adalah Pfizer. Vaksin ini adalah jenis mRNA. Manakala dos ke-2 telah diambil pada 17 March 2021.

Kesan paling bahaya vaksin adalah bermula dari saat anda disuntik vaksin sehingga 3 bulan setelah itu. Terdapat 6,000 kematian dilaporkan di US VEARS setakat ini yang kebanyakkannya berlaku sekitar setelah 48 jam disuntik vaksin. Kes hilang upaya pula dilaporkan setelah beberapa hari atau beberapa minggu.

Itu hanya merujuk kepada yang di US sahaja bukan VAERS di negara lain. Semua orang tahu data di VAERS itu hanya yang dilaporkan sahaja. Ada juga kes yang tidak dilaporkan oleh sebab itu data kes sebenar adalah jauh lebih tinggi.

"Spike protien yang dibina hasil suntikan vaksin memberi kesan negatif kepada kesihatan. Ianya adalah toxic"

"Terdapat banyak bukti yang menunjukkan ianya merebak dari tempat suntikan dan pergi ke saluran darah, dan secara dasarnya pergi ke setiap sel dalam badan"

"mRNA interim sekitar satu ke dua minggu, bergantung pada mRNA, dan setiap mRNA molecule itu membuat sekitar 2,000 hingga 5,000 spike protein. Makanya trillions spike proteins yang dibuat"

"Badan anda menjadi kilang membuat spike proteins"

"Covid menjangkiti bahagian atas dan bawah airways primarily. Itu lah sel yang terkesan dengan covid dan mula mengeluarkan spike protein. TAPI bila suntik vaksin ianya bukan hanya pergi ke sel itu sahaja tapi ianya pergi ke setiap sel di badan anda dan menukar setiap sel di badan anda menjadi kilang membuat spike proteins"

Oleh sebab itu banyak laporan mengenai blood clot kerana disuntik vaksin diterima. 40% laporan berlaku pada dua hari setelah mendapat suntikan. Setelah itu risiko ini hilang. TAPI untuk berlaku kes seperti serangan jantung, stroke, renal/pulmonary infarcts masih berisiko berlaku sekitar 3 bulan setelah dos terakhir.

Kes seperti ini tidak dilaporkan ke VAERS pada 3 bulan sebelum ini kerana ianya ketika itu belum dikaitkan berpunca kerana vaksin. Makanya jumlah sebenar kes adalah jauh lebih tinggi.

FASA 2 : KESAN SEHINGGA 3 TAHUN MENGAMBIL VAKSIN

Pada 24 Mei 2021, PM Malaysia, Muhyiddin Yassin genap 3 bulan mengambil vaksin dan menjadi individu pertama di Malaysia yang mengambil vaksin. Pada 24 Julai nanti genaplah 5 bulan mengambil vaksin.

Antibody Dependent Enhancement (ADE), Juga merujuk kepada pathogenic priming dan/atau Paradoxical Immune Enhancement (PIE) yang boleh menerangkan lebih tepat mechanism penyakit.

"Jika pada fasa ini hospital mula dipenuhi dengan individu yang telah menerima vaksin, anda tahu kenapa. Mereka mengalami kesan ADE"

"Antibody tersebut yang dijana dari vaksin pathotlogic. Ianya lethal dan memacu immune bertindak lebih. Ianya boleh membunuh anda"

FASA 3 : KESAN SETELAH 3 TAHUN MENGAMBIL VAKSIN

Berdekad diperlukan untuk mempunyai data kesan reproductive. Wanita yang berumur 20an yang mengambil vaksin, mungkin tidak serius mahu mengandung sehinggalah bila mencapai usia 30an. Kanak-kanak dan remaja kena tunggu beberapa dekad sehingga fertility boleh dipastikan. Tentu sahaja ketika itu telah terlambat kerana kemusnahan telah dilakukan sedari awal. Namun fertility 0% akan berlaku menurut di sini.

"Wanita yang mengambil vaksin ketika trimester pertama dan kedua mempunyai 24 kali ganda untuk keguguran"

"Juga terdapat laporan berkurangnya jumlah sperm dan testicular swelling pada lelaki. Manakala gangguan kitaran menstrual pada wanita dipelbagai peringkat umur"

"Kesan terhadap fertility dah pasti cuma kita belum tahu sehingga tahap apa"

"Penyakit autoimmune dan kanser dijangka bertambah sebab vaksin"

"Anda sering diberitahu setiap hari tentang kebaikkan vaksin. Tak ada salahnya anda juga mengambil tahu tentang penemuan terkini kesan buruk vaksin dan risiko yang anda hadapi jika mengambilnya atau telah mengambilnya. Pengetahuan ini penting untuk memberi amaran bukan mengambil experimental vaccine ini tanpa mengetahui risikonya"

Setelah anda tahu penemuan setakat ini, berapa % manusia akan mati sebab covid jika di seluruh dunia setiap orang dijangkiti covid? Ya 1%. TAPI jika global vaccination dilakukan jika ada diantara anda yang mahu hidup sehingga 80 tahun hanya mencapai 60 tahun.

OUTLOOK

  1. Menghalang kemasukkan variant baru ke dalam negara adalah sangat-sangat penting kerana seorang sahaja berjaya lepas memasuki negara akan menyebabkan segala usaha yang sedang dan telah dilakukan tidak lagi effektif melawan variant baru kerana covid akan terus bermutasi, vaksin baru diperlukan untuk variant baru walaupun negara mencapai HERD IMMUNITY. Oleh sebab itu WAJIB JALANI UJIAN RTK DUA KALI SEMINGGU untuk tahu bebas covid atau tidak adalah perkara No 1 yang paling penting untuk kesan dan sahkan samada seseorang itu betul-betul bebas covid atau tidak. Ini akan dapat memastikan ekonomi terus berjalan tanpa mewujudkan kluster baru dengan dapat mengesan awal sesiapa sahaja yang positif covid. 
  2. Ketika ini kita diberitahu bahawa usaha untuk memberi vaksin yang sesuai secara menyeluruh adalah perlu bagi mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan mengurangkan kadar kematian tetapi adakah risiko dan kesan vaksin nanti yang telah diketahui setakat ini masih membuatkan vaksin itu perlu atau membahayakan? Adakah setiap orang yang mengambil vaksin tahu risiko yang mereka bakal hadapi?
  3. Total lockdown pasti dapat menghentikan penyebaran covid kerana semua orang duduk di rumah. Ianya memberi harapan untuk menghapuskan covid di malaysia tetapi itu bukan bererti malaysia akan bebas terus dari covid kerana perlu terus menghalang kemasukan pembawa covid ke dalam negara kerana kita tahu bila covid sudah dapat lolos ke dalam negara total lockdown pasti diperlukan lagi kerana realiti bila orang dibenarkan keluar rumah, sesiapa yang ada covid akan menjangkiti kembali sukar mengawal pergerakkan orang yang menyebar covid tanpa simptoms dan bertambah sukar kerana covid terus bermutasi.
  4. Setelah selesai total lockdown, setiap individu perlu jalani pcr test bagi mengesahkan mereka bebas dari covid. Pasti 100% bebas covid lepas lockdown? Makanya kena sahkan. Jangan sebab sorang positif dibenar keluar rumah, kena lockdown lagi. Satu kad elektronik diberikan kepada individu yang bebas covid sebagai tiket untuk mereka boleh keluar rumah. Tak perlu check in guna Kad tersebut kerana mereka bebas covid. Tak ada masalah isu privacy sebab tak guna apa-apa apps. Keaslian kad disahkan guna cara touch and go. Tak perlu rekod apa-apa data setiap kali guna kad. Cukup dapat sahkan kad itu asli dah cukup macam MyKad. Tak perlu nak kumpul banyak data. Tak perlu nak manage banyak data. Lebih bagus tambahkan saja ciri ini pada MyKad jadi tak perlu cipta kad baru. Hanya bagi kad kepada pelancung yang dah jalani kuarantin 14 hari dan PCR test sebab pelancung memang tak ada MyKad. Telah divaksin bukan tiket untuk dilepaskan masuk ke Malaysia melainkan betul dah disahkan bebas covid baru boleh dibenar masuk ke Malaysia.


"Tak cukup kamu seorang saja yang bebas covid. Kena tunggu semua orang yang nak dibenarkan bebas keluar rumah tu bebas covid baru lah tak ada sesiapa boleh menjangkiti sesiapa"

 

Jika anda punyai sebarang maklumat berkaitan covid, boleh share di telegram pada link berikut https://t.me/covid19di kerana pasti akan ada update terkini berkaitan covid untuk kita kongsikan. Anda juga boleh chat pada bila-bila masa untuk turut sama membahaskan isu semasa. Dapat update. Dapat berinteraksi. Sila aktifkan fungsi mute jika anda tidak mahu bunyi notification semasa mengganggu anda.

#Stay save. Tambah ilmu berkaitan covid






Comments

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, SWIFT dan Russia

Genocide di Palestine masih berterusan

Sayang

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more