Cuba lagi berhenti merokok Ramadhan 2026

Besok 19 Febuari 2026 bersamaan tahun 1447 H, Malaysia dan Indonesia akan memulakan puasa Ramadhan. Saya seperti kebiasaan tiap tahun bila tiba Ramadhan akan cuba untuk berhenti merokok. Semoga kali ini berjaya.

Pada 17 Disember 2025, Vape akan diharamkan. Rokok boleh jual pulak? Tak perlu jawab. Cukup tahu.

Berapa percent kenaikkan harga rokok terbaru?


  • Step 1
    • Harga Asal = RM 12.00
    • Harga Terkini = RM 12.40
    • Beza = RM 0.40
  • Step 2
    • Beza / Harga Asal = RM 0.03
  • Step 3
    • Multiply by 100
    • RM 0.03 x 100 = 3% Kenaikkan harga

Kira pula budget bulanan


  • RM 12.40 x 31 hari = RM 384.40

Kira pula baki gaji minima


  • RM 1700 - RM 384.40 = RM 1315.60

Kira pula total perbelanjaan


  • Gaji minima 2025 = RM 1700
    • Rokok
      • RM 384.40
      • Baki RM 1315.60
    • Simpanan
      • RM 500 untuk beli/simpan emas
      • Baki RM 815.60
    • Sewa
      • RM 250
      • Baki RM 565.60
    • Mobile data
      • RM45
      • Baki RM 525.60
    • Petrol
      • RM20
      • Baki RM 505.60
    • Makan
      • RM 500
      • Baki RM 5.60
Barang lain naik harga tak? Itu baru rokok jer. Barang lain naik harga tak de announce macam rokok pulak? Lain kedai lain harga. Entah bila naik tak tahu. Tau-tau gaji tak cukup nak beli barang lain sebab tak sedar banyak yang naik harga.

Jika betul kerajaan prihatin kepada rakyat. Kenapa tak wajibkan juga semua barang kalau nak naik harga mesti announce. Jadi pengguna boleh tau kedai ni mahal kedai tu murah. Kedai pun malas nak selalu naik harga sebab kena bagi alasan naik harga, takut pengguna lari ke kedai yang lain, kena tukar tag harga pada barang dan sebagainya. Jadi ada insentif kenapa kedai takut nak naikkan harga. Ini lebih penting kerana sekarang pengguna lihat tag harga tak tahu bila dan berapa harga tu naik dan menyebabkan budget mereka lari.

  • Ada tag khas pada group barang.
    • Harga sebelum ini = RM 500.00
      • Tarikh mula harga = 20.12.25
    • Harga terkini = RM 599.00
      • Tarikh mula harga = 20.12.26
  • Jadi pengguna boleh nampak
    • Berapa naik
    • Bila naik
  • Tak susah pun nak buat tag khas pada group barang. Bukan selalu naik harga pun kan. Rasanya kerajaan hanya wajibkan announce kepada kerajaan bila nak buat sale jer kan. Padahal pengguna beli bukan masa sale jer.
  • Kerajaan tak kasihan ker dengan ibu-ibu dan anak-anak yang budget mereka lari sebab harga barang naik tak tahu bila.

Harga baharu rokok bermula 21 November 2025


1.Dunhill RM 18.20
2.Benson & Hedges RM 18.40
3.Peter Stuyvesant RM 16.70
4.KYO RM 14.00
5.Rothmans RM 12.90
6.Luckies RM 12.40
7.Mevius RM 18.40
8.Winston RM 16.60
9.LD RM 12.70
10.Marlboro RM 17.00
11.Sampoerna RM 16.40
12.Chesterfield RM 17.90

Harga rokok minima sebelum ini adalah RM 12.00.

Siapa baca mainstream media hanya rokok 1-6 jer yang ada dalam senarai. Aneh media kat Malaysia ni.

Kenaikkan Harga Rokok menyebabkan perluasan pasaran gelap tembakau kerana perokok mencari rokok yang lebih murah.

Manakala Gaji minima di Malaysia bermula 01 Febuari 2025 adalah RM1700 sebulan. Pekerja di Malaysia menuntut gaji minima bermula tahun 2002 namun pelbagai alasan kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju bermula tahun 2012. Susahnya nak dapat gaji minima. Sebenarnya gaji minima di Malaysia masih rendah berbanding negara lain. Itu pun pasti kerajaan Malaysia ada pelbagai alasan. Sebagai contoh, pekerja bergaji minima di Germany, masih mempunyai baki gaji minima sebanyak 94% setelah ditolak harga 1 gram emas berbanding di Malaysia hanya tinggal 64%. Beza 30% adalah sangar besar. Pekerja McDonald di Germany melakukan kerja yang 100% sama dengan pekerja McDonald di Malaysia.

Pada 01 April 2025 pula, kerajaan Malaysia melarang pamer produk rokok di kaunter.

Sebelum itu pada 01 Januari 2019 kerajaan Malaysia mulai melarang merokok di premis makan. Sehingga kini bermula 01 Januari 2025, terdapat 28 tempat dilarang merokok. Kenapa 28? 30 tak boleh? Semacam code ke apa 28 Putin Trump gitu?

Pada 01 Januari 2009 gambar ngeri pada kotak rokok mulai diwajibkan. Master of Art gitu.

Jadi setiap Kali tahun baru, 01 haribulan kita ingat rokok.

Sebagai perokok saya tidak bersetuju dengan kenaikkan Harga Rokok Dan larangan merokok di 28 tempat tu. Sediakan tempat khas untuk perokok juga di 28 tempat tu dan jangan naikkan Harga rokok lagi. Tak cukup ker semua barang Harga dah naik? Boleh beli apa sekarang dengan 1 sen? Jual tokok tak salah. Kenapa hisab rokok salah?

Jika kata rokok bahaya untuk kelihatan kenapa ramai perokok lebih sihat dari yang tidak merokok?

Kalau kata asap rokok lebih bahaya kepada yang tidak hisab rokok, kenapa perokok yang turut kena asap rokok Dari perokok yang lain okay jer?

Rasanya realiti lebih betul Dari kononnya kajian sains kata bahaya.

Contoh lain, sains kata bumi bentuk bola. Tak logik giler. Air mana boleh bertakung kalau macam tu. Realiti lebih betul.

Saya dah Cuba berhenti merokok banyak Kali. Susah nak berhenti. Dulu kalau kerajaan Malaysia tak benarkan jual rokok tak mungkin saya jadi perokok sekarang. Itu fakta. Itu puncanya. Apa yang telah kerajaan buat semuanya betul ke? Susah nak berhenti merokok tu alasan No.1 kenapa kerajaan sepatutnya larang jual rokok.

Konon kerajaan prihatin untuk ibu-ibu, isteri-isteri, anak-anak, kawasan berehat tapi benar jual rokok Dari dulu sampai saat ini Dan akan datang. Prihatin ke?

Doctor, Polis, Ustaz pun ramai yang merokok. Senang-senang jer buat larangan. Yang jadi punca apa cerita?

Akan datang nak target apa pulak? Perokok udah, peminum Arak? Siapa yang benar jual Arak? Nak berapa kawasan larangan tu nanti? Ada code baru ke? Nak naik berapa Harga?

Beras tak nak larang? Tukar dengan roti Kali.

Sebenarnya yang bukan perokok sekarang boleh saja jadi perokok pada masa akan datang kerana kerajaan akan tetap terus benarkan jual rokok. Begitu juga sebaliknya ada perokok yang berjaya berhenti menjadi perokok. Kenapa Dari dulu benar jual rokok?

Kalau kita boleh terima bumi bentuk bola boleh takung air berarti kita percaya sebab asumsi kononnya sains lebih tahu.

Tapi kalau otak kita kata hanya bumi bentuk datar saja baru logik boleh takung air berarti tiada siapa boleh takluk apa yang ada difikiran kita.

Anda pilih yang mana?

Nasihat saya sebagai perokok kepada yang tidak merokok

Jangan pernah cuba merokok kerana kalau kamu tak suka setelah mencuba berarti kamu selamat dari menjadi perokok tetapi seandainya kamu suka merokok makanya kamu akan jadi perokok dan besar kemungkinan kamu susah nak berhenti merokok setelah jadi perokok. Tak semua perkara dalam dunia ini kita perlu cuba untuk kita tahu. Ada perkara tertentu misalnya pasal rokok ini cukup dengan dengar nasihat dan tahu alasannya. Kamu boleh tanya dengan perokok yang lain apa alasan mereka.

Kerajaan juga benarkan penjualan vape. Perangkap nikotin ini terus diperkembangkan dan dibenarkan oleh kerajaan


Fikir jangka masa panjang, perokok sendiri susah nak berhenti merokok, kenapa anda nak lalui perkara yang sama? Anda faham bagaimana rasanya bila kita berkali-kali cuba berhenti merokok tapi tak berjaya berhenti merokok? Anda mahu merasakan itu juga? Mahu terperangkap begitu?

Stigma kepada perokok

1.Perokok sering dipandang negatif.

2.Perempuan merokok dipandang sebagai perempuan nakal. Seperti bertudung dan tidak bertudung.

3.Pelbagai pandangan negatif yang lain.

4.Sebenarnya, kerajaan di seluruh dunia yang harus dipandang negatif kerana mereka semua membenarkan penjualan rokok. Bukan dipanggil kerajaan prihatin kerana melarang merokok dikawasan tertentu.

5.Kenapa tak larang. Ia mudah dilakukan. Dadah boleh larang jual. Semua masalah apa pun itu berkaitan rokok, tidak akan wujud dan berlanjutan sampai sekarang, kalau kerajaan larang jual rokok. Realiti kerajaan di seluruh dunia hingga ke saat ini masih begitu, tidak larang jual rokok. Generasi akan datang pasti sangat akan ada yang jadi perokok sebab rokok pasti masih dibenarkan dijual.

6.Netizen yang stigma kepada perokok tapi kepada kerajaan yang benar jual rokok tu korang tutup mata pekak telinga. Suruh angguk, angguk. Suruh geleng, geleng. Termasuklah media. Walaupun tak semuanya begitu.

7.Generasi akan datang pasti akan tambah perokok baru sebab rokok masih dibenarkan dijual. Mungkin perokok baru tu anak-anak korang nanti. Boleh korang pastikan anak korang nanti tak jadi perokok?

Kenapa tidak ada satu pun negara di dunia menghalang penjualan rokok?

1.Pilihan individu
2.Cukai
3.Business Rokok
4.Industri Tembakau
5.Black Market
6.Mustahil mana-mana negara berjaya. Ini menakutkan kerajaan hilang wibawa kerana ada perkara yang tak boleh kerajaan atasi.

Sebenarnya ada banyak industri kerajaan boleh ganti dari industri tembakau, masih boleh dapat cukai. Aneh kan. Macam industri tembakau ni kebal. Tak satu pun negara di dunia ni yang melarang jual rokok. Gitu. Siapa yang untung ya?

1. Industri 11.3%
2. Syarikat 12.7%
3. Kerajaan 76%

Hectar penanam tembakau 2023

1.China 1,014,553
2.India 431,146
3.Brazil 357,230
4.Indonesia 220,257
5.Zimbabwe 112,770
6.Malawi 100,962
7.Amerika 95,730
8.Mozambique 91,469
9.Turki 83,166
10.Tanzania 80,678

Market Cap Syarikat rokok 2023

1.Philip Morris, Amerika-254,479M
2.British tobacco, Britain-116,067M
3.Altria, Amerika-110,974M
4.Japan tobacco, Jepun-65,048M
5.ITC, India-56,739M
6.Imperial Brands, Britain-34,273M
7.KT&G, Korea Selatan-11,570M
8.Godfrey Philips, India-5,954M
9.PT Hanjaya, Indonesia-5,637M
10.Eastern Co SAE, Egypt-2,658M

Solusinya apa?


Hanya individu perokok itu sendiri sukarela mahu berhenti rokok kerana kerajaan akan tetap terus benarkan penjualan rokok sampai bila-bila. Aneh tiada kerajaan di seluruh dunia halang penjualan rokok. Sepakat terus membenarkan. Ada perkara lain yang mereka sepakat selain dari rokok? Ada. FIAT. Lagi?

Ada perokok yang tak mahu berhenti merokok buat masa ini. Manakala perokok yang mahu berhenti rokok rata-rata gagal berhenti merokok. Sayang mereka yang telah berjaya berhenti merokok kembali merokok kerana rokok masih dibenarkan dijual. Solusinya jelas. Larang penjualan rokok.

Bila tiada larangan jual rokok, membuat undang-undang menghalang merokok dipelbagai tempat juga jelas salah kerana membenarkan penjualan rokok. Jual tak salah tapi hisap salah? Jual sayur tapi salah makan sayur?

1.BERCANGGAH - TAK LARANG jual rokok TAPI salah hisab rokok.
2.SELARI - Larang jual dadah kerana salah hisab dadah.

Aneh undang-undang yang telah dibuat. Tidak larang jual rokok tapi salah hisab rokok. Kenapa tak larang jual rokok? Bila tak larang jual rokok, kenapa larang hisab rokok dikawasan tertentu?

UN hanya sesuai untuk isu seperti rokok. Semua negara setuju termasuklah Amerika, Israel, Palestine dan lain-lain sepakat tidak larang jual rokok. Aneh mereka boleh sepakat hal rokok. Walaupun dah tukar pelbagai pemimpin. Sama jer.

Tak semua yang kerajaan buat betul. Salah satunya adalah, tak mungkin perokok yang ada sekarang jadi perokok KALAU kerajaan yang kononnya prihatin larang jual rokok sejak dahulu. Malah pasti akan ada perokok baru kerana rokok masih boleh dijual. Sudah tentu perokok juga salah. Tapi puncanya masih dibenarkan dijual. Bagaimana nak jadi perokok bila rokok tak dibenarkan dijual.

Comments

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya sila isi borang kat sini. So saya boleh tahu apa yang anda mahukan. Tapi kalau anda nak saya balas, sila guna ruangan comment. Anda boleh tambah create akaun baru google di mobile phone anda untuk comment kalau anda nak jaga privacy. Guna akaun baru tu khas untuk comment sahaja. Nak comment kat YouTube atau produk Google yang lain pun boleh.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more