Rahsia mengenai emas

 Akhir-akhir ini, saya sering post artikal berkenaan emas kerana ianya isu dasar yang penting. Kali ini ada beberapa perkara berkaitan emas yang ingin saya kongsikan di sini seperti berikut:

Lebur lebih baik dari Lenyap


Lebur

1.Anda tidak beli emas (anda tidak berbuat sesuatu) tapi ternyata harga emas naik. Lebur peluang anda untuk dapat untung dari kenaikkan harga emas.

2.Anda jual emas anda terlalu awal (anda berbuat sesuatu) saat harga emas turun. Untung anda berkurang. Bukan rugi. Cuma lebur peluang anda untuk dapat untung yang lebih dengan kenaikkan harga emas pada masa akan datang.


Lenyap

Anda buat sesuatu (menjual atau membeli sesuatu) yang menyebabkan anda rugi. Wang anda lenyap sebab anda jual atau beli sesuatu. Contoh anda beli stock, stock anda turun. Lenyap wang modal anda. Contoh untuk jual pula, anda jual sesuatu, orang yang beli janji nak bayar, tapi tak bayar. Lenyap untung malah rugi. Memiliki emas, anda tiada mengalami masalah emas anda lenyap kecuali anda bagi orang lain pegang emas anda, atau emas anda kena curi atau anda guna platform digital yang menjanjikan anda boleh redeem emas anda, tapi anda tak dapat redeem atau dapat redeem tapi anda dapat emas palsu atau anda hilang akses kerana di block atau pelbagai alasan yang lain. Wang anda yang anda simpan di bank pun boleh lenyap atas pelbagai sebab. Tapi jarang sangat terjadi.

Juga jarang sangat berlaku kes pecah rumah, emas kena curi. Alhamdulilah di Malaysia ni masih aman. Punyalah banyak rumah di luar sana. Mana satu rumah yang ada simpan emas? Simpan kat mana? Tak mudah nak mencuri dan realitinya sangat jarang terjadi. Malah ramai perempuan di luar sana memakai emas adalah bukti Malaysia benar aman.


Beli saat harga turun, Jual saat harga naik.

Jelas sangat benar tapi realitinya mustahil anda dapat melakukannya pada saat yang tepat kerana tiada manusia tahu harga emas apa naik atau turun esok. Majoriti hanya boleh berada dipertengahan antara harga naik atau turun sahaja. Hanya beberapa orang sahaja yang ditakdirkan dapat melakukannya disaat yang tepat tanpa mengetahuinya sedari awal. Tapi emas, setiap hari adalah waktu terbaik untuk beli emas, samada ketika itu harga naik atau turun, kerana akhirnya trend harga emas adalah naik. Tak rugi sebenarnya.

Namun, di Malaysia, kerana gaji dibayar secara bulanan, walaupun tarikh dapat gaji berbeza mengikut majikan, buat anda yang mahu membeli saat harga emas turun, anda punya masa sebulan untuk memilih hari membeli saat harga emas turun berbandung 29 hari yang lepas atau 1 hari yang lepas ketika harga emas lebih tinggi dari hari anda membeli emas tersebut. Jika dari 1hb sampai 31hb harga emas tak turun, terus saja naik, anda belilah pada 31hb.

Wang dah cukup nak beli emas tapi masih mahu tangguh sebab nak tunggu harga emas turun, boleh saja, wang anda, terserah anda.

Bentuk Simpanan

Simpanan untuk jangka masa panjang

Emas

Simpanan untuk jangka masa pendek

Wang


Bertahan sampai dapat pulang modal

Jika anda jual sekarang anda dah tahu bakal kurang untung sebanyak 50% tetapi jika anda memilih untuk bertahan sampai dapat pulang modal, mungkin anda kurang untung sebanyak 70% jika harga terus turun.


Atas dasar percaya

Bila anda berbuat sesuatu atas dasar percaya, ada risiko realiti kedepan menyasar dari apa yang anda percaya. Percaya pada janji. Percaya dengan apa yang anda lihat atau dengar sekarang. Tetap saja ada risiko ianya berubah kedepannya. Malah ada yang langsung tiada sebarang pengetahuan mengenai sesuatu, tetapi bertindak melakukan sesuatu semata atas dasar percaya, .


Bila harga emas sedang naik

Yang memiliki emas rasa happy sedang yang baru bercadang untuk memiliki emas berasa kurang menarik untuk membeli emas sebab semakin mahal nak beli emas. Si pemilik emas rasa happy, masih belum untung kerana belum menjual emasnya yang sedang naik harga.


Beza stock emas dengan emas

1.Stock emas adalah contract yang anda persetujui dengan syarat dan terma yang diberikan samada secara digital atau di atas kertas untuk jual beli stock. Untung bila stock naik. Rugi bila stock turun. Stock emas sama seperti stock yang lain seperti stock syarikat Apple, Nvidia dan lain-lain. Anda tidak memiliki emas dengan memiliki stock emas.

2.Emas adalah emas fizikal yang anda miliki. Anda boleh pegang sendiri emas tersebut seperti cincin emas, rantai emas dan lain-lain. Anda tak perlu minta kebenaran sesiapa untuk menggunakan emas anda. Malah anda tidak bergantung dengan janji samada bakal ditunaikan atau tidak, bila anda pegang sendiri emas anda. Juga anda tak perlu ikut pelbagai syarat orang lain, contoh simpan duit di bank kena ikut syarat bank, hutang dengan bank kena ikut syarat bank. Beli stock kena ikut syarat stock. Orang lain tak boleh nak bagi syarat ke atas emas yang anda pegang sendiri. Emas bukan contract. Saat harga emas naik RM100, stock emas boleh saja naik 2x atau 50x ganda atau stock emas turun 2x atau 50x ganda berbanding harga emas.

Emas digital, apa jua produk yang kononnya menjanjikan dapat claim emas fizikal, tetap berisiko jika janji tidak ditunaikan. Beli emas dan terus dapat simpan sendiri emas tersebut itu yang benar-benar bebas risiko dengan pihak lain.

Cepat untung cepat juga rugi

Jelas stock boleh cepat untung cepat juga rugi berbanding emas. Malah stock juga telah terbukti boleh buat untung atau rugi sebanyak 5 trillion USD dalam tempoh satu jam. Hanya jual beli stock secara digital. 5 trillion USD. Bagus ke jana wang secara digital sebegitu. Guna digital jer? Tak perlu susah payah jadi petani untuk jana 5 trillion USD. Berapa lama bertani nak dapat 5 trillion USD? Kadang bertani malah rugi, lama tunggu tanaman jana hasil, tiba-tiba tanaman tak menjadi. Bila "easy money" atau wang mudah dijana secara digital, makanya pelbagai impak kepada dunia dirasai sekarang. Wang semakin cepat turun nilai, Emas semakin cepat naik nilai.

Easy Money

Easy money menyebabkan jurang yang kaya semakin jauh lebih kaya, sedangkan majoriti orang ramai semakin jauh ketinggalan angka digital. Majoriti kekayaan yang ada di dunia sekarang dikuasai oleh 1% individu kaya manakala 99% individu lain menerima impak tindakan mereka yang kaya. Pekerja jauh lebih ramai daripada pemilik. Namun pemilik jauh lebih banyak jana wang berbanding majoriti pekerja yang membantu pemilik jana wang. Ironinya nak minta naik gaji minima pun susah nak dapat. Malah pernah sampai 4 tahun berturut-turut gaji minima tak naik sedangkan nilai emas naik setiap tahun. Malah nilai emas naik jauh lebih cepat dari gaji minima naik.

Terdapat pelbagai cara easy money sekarang seperti Tariff, Stocks, Digital, AI, Untung rugi dari pertukaran mata wang, Serang negara lain dan ambil emas serta sumber alam negara yang diserang dengan pelbagai cara, Krypto, Bond dan lain-lain.

Bagaimana mahu menyimpan emas dengan gaji minima?

Jelas orang ramai tiada kuasa menentukan bila dan berapa naik gaji minima. Tapi orang ramai masih punya kuasa untuk memiliki emas walaupun dengan gaji minima. Jika tidak memiliki emas, sedang hanya bergaji minima, pasti impak wang semakin cepat turun nilai akan mengakibatkan jauh kurang untung berbanding mereka yang bergaji minima tapi mempunyai emas.

Bukan soal berapa cepat dapat memiliki emas, tapi soal kesedaran simpan emas jauh lebih untung dari simpan wang yang semakin cepat turun nilai. Wang semakin cepat turun nilai kerana semakin banyak wang diperlukan untuk membeli satu gram emas atau sebentuk cincin emas. Bila saja wang simpanan cukup untuk membeli emas, beli lah emas. Tak mengapa lambat dapat memiliki emas. Itu realiti majoriti orang ramai sekarang. Pastikan juga memiliki sedikit wang cash disamping sedikit wang digital, supaya lama tak usik emas yang anda miliki.

Rahsia mengenai emas

Berdasarkan apa yang telah kita lalui pada tahun 2024 dan 2025, jika anda anda beli emas fizikal pada tahun 2024 sebanyak 26 gram RM 9,799.66 nilai emas anda jadi RM15,278.64 pada akhir tahun 2025. Bermakna anda untung RM 5,478.98 tetapi jika anda biar wang RM 10,000 dalam bank sepanjang tahun 2025, wang anda akan jadi sekitar RM 10,100.00 dari 2% interest bermakna anda untung RM 100 ringgit. Kan rugi sangat tu. Jauh beza.

  • Tahun 2024
    • Harga emas per gram RM 376.91
    • Si A beli 26 gram emas RM 9,799.66
    • Si B simpan RM 10,000.00 dalam bank
  • Tahun 2025
    • Harga emas per gram RM 587.64
    • Si A untung RM 5,478.98 (26 x 587.64 = 15278.64 - 9799.66 )
    • Si B untung RM 100.00 ( 10,000 x 2%)
Untung RM 5,478.98 itu bersamaan lebih 3 bulan gaji minima di Malaysia sekarang. Siapa nak bagi sebanyak itu? RM 1700 X 3 = RM 5100

Membiarkan wang yang banyak lama di dalam bank adalah merugikan kerana wang turun nilai. Semakin banyak wang yang diperlukan untuk memiliki satu gram emas.

Tak ramai yang sedar kepentingan memiliki emas. Adakah pengetahuan mengenainya sengaja tidak diajarkan? Rahsia? Kenapa?

Pada 01 Julai 2025, emas fizikal mula dinilai sebagai Tier 1 oleh bank. Ini bermakna semua bank perlu mengurangkan aset berisiko yang mereka miliki (termasuk contract emas) dan perlu menyimpan lebih banyak emas fizikal. Impak kepada harga emas pula semakin naik kerana bank mula membeli emas fizikal dalam jumlah yang banyak.

Bank sekali beli emas, bertan-tan. Kita yang bergaji minima, nak beli satu gram pun susah.

Jadi dah boleh nampak kan,

  1. Ada modal
  2. Guna modal untuk beli emas
  3. Sabar kerana akhirnya memiliki emas jauh lebih baik (bukan untung sahaja).
Kenapa baru sekarang bank baru mula menilai emas sebagai Tier 1? Ia adalah isyarat jelas, bahaya mempunyai pelbagai easy money dan emas adalah aset utama yang perlu dimiliki.

Sejarah Harga Emas Di Malaysia


  • Tarikh Harian
    • Harga emas per ounce USD
    • Harga emas per ounce RM
    • Harga emas per gram
  • 05.02.2026
    • USD 4812.92
    • RM 18996.60
    • RM 610.76 - Turun
  • 04.02.2026
    • USD 4938.78
    • RM 19419.30
    • RM 624.35 - Turun
  • 03.02.2026
    • USD 4943.31
    • RM 19439.60
    • RM 625.01 - Naik
  • 02.02.2026
    • USD 4651.06
    • RM 18332.20
    • RM 589.40 - Turun
  • 30.01.2026
    • USD 4847.50
    • RM 19108.90
    • RM 614.37 - Turun
  • 29.01.2026, Harga Puncak Emas dalam sejarah setakat ini
    • USD 5394.40
    • RM 21186.50
    • RM 681.17 - Naik
  • 28.01.2026
    • USD 5374.85
    • RM 21064.00
    • RM 677.23 - Naik
  • 27.01.2026
    • USD 5177.93
    • RM 20460.60
    • RM 657.83 - Naik
  • 26.01.2026
    • USD 5055.35
    • RM 20047.00
    • RM 644.54 - Naik
  • 23.01.2026
    • USD 4981.60
    • RM 19953.80
    • RM 641.54 - Naik
  • 22.01.2026
    • USD 4917.08
    • RM 19865.00
    • RM 638.68 - Naik
  • 21.01.2026
    • USD 4826.72
    • RM 19579.60
    • RM 629.51 - Naik
  • 20.01.2026
    • USD 4756.81
    • RM 19300.70
    • RM 620.54 - Naik
  • 19.01.2026
    • USD 4670.89
    • RM 18940.20
    • RM 608.95 - Naik
  • 16.01.2026
    • USD 4582.37
    • RM 18593.00
    • RM 597.79 - Turun
  • 15.01.2026
    • USD 4605.90
    • RM 18674.60
    • RM 600.41 - Turun
  • 14.01.2026
    • USD 4632.60
    • RM 18752.80
    • RM 602.93 - Naik
  • 13.01.2026
    • USD 4586.15
    • RM 18608.30
    • RM 598.28 - Turun
  • 12.01.2026
    • USD 4593.90
    • RM 18662.70
    • RM 600.03 - Naik
  • 09.01.2026
    • USD 4507.80
    • RM 18452.70
    • RM 593.28 - Naik
  • 08.01.2026
    • USD 4476.24
    • RM 18319.00
    • RM 588.98 - Naik
  • 07.01.2026
    • USD 4452.00
    • RM 18219.80
    • RM 585.79 - Naik
  • 06.01.2026
    • USD 4494.00
    • RM 18182.70
    • RM 584.60 - Naik
  • 05.01.2026
    • USD 4445.20
    • RM 18100.80
    • RM 581.96 - Naik
  • 02.01.2026
    • USD 4331.64
    • RM 17560.50
    • RM 564.59 - Naik
  • 01.01.2026
    • USD 4310.15
    • RM 17490.60
    • RM 562.34
Kesimpulan:

  • Ada juga hari di mana harga emas turun. Namun trend harga emas adalah naik setiap tahun seperti berikut
    • Tahun
      • Gaji minima
      • Emas per gram
      • % emas dari gaji minima
    • 2026
      • Indonesia
        • IDR 5,396,760.00
        • IDR 2,735,007.05
        • 51%
        • Berarti hanya tinggal 49% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
      • Malaysia
        • RM 1700.00
        • RM 616.51
        • 36%
        • Berarti hanya tinggal 64% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
      • China
        • CNY 2740.00
        • CNY 1118.09
        • 41%
        • Berarti hanya tinggal 59% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
      • Amerika
        • USD 1257.00
        • USD 160.10
        • 13%
        • Berarti hanya tinggal 87% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
      • Jepun
        • JPY 182,345.00
        • JPY 24,634.98
        • 14%
        • Berarti hanya tinggal 86% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
      • Germany
        • EUR 2161.00
        • EUR 136.55
        • 6%
        • Berarti hanya tinggal 94% baki gaji minima setelah membeli 1 gram emas
          • Gaji minima memberi impak kepada berapa banyak emas yang dapat dibeli oleh individu dari gaji yang mereka terima.
          • Kekuatan mata wang di negara berbeza memberi impak kepada % emas dari gaji minima di negara berbeza.
    • 2025
      • RM 1700.00
      • RM 587.64
      • 35%
    • 2024
      • RM 1700.00
      • RM 376.91
      • 22%
    • 2023
      • RM 1700.00
      • RM 307.34
      • 18%
    • 2022
      • RM 1500.00
      • RM 255.77
      • 17%
    • 2021
      • RM 1500.00
      • RM 244.27
      • 16%
    • 2020
      • RM 1200.00
      • RM 244.56
      • 20%
    • 2019
      • RM 1100.00
      • RM 197.89
      • 18%
    • 2018
      • RM 1100.00
      • RM 168.77
      • 15%
    • 2017
      • RM 1100.00
      • RM 167.08
      • 15%
    • 2016
      • RM 1000.00
      • RM 162.87
      • 16%
    • 2015
      • RM 900.00
      • RM 147.39
      • 16%
    • 2014
      • RM 900.00
      • RM 132.60
      • 15%
    • 2013
      • RM 900.00
      • RM 126.98
      • 14%
    • 2012
      • RM 900.00
      • RM 162.82
      • 18%
    • 2011
      • Harga emas USD 1921/oz gelombang ke-2 harga tertinggi 
    • 2002
      • Pekerja di Malaysia mula menuntut gaji minima pada tahun 2002 namun pelbagai alasan Kerajaan Malaysia akhirnya setuju bermula tahun 2012. Susahnya nak dapat gaji minima.
    • 1997
      • Digital ID untuk CBDC
      • RHB Bank - Pemilik adalah pemegang share
        • KWSP 39.21%
    • 1990
      • Bank Simpanan Nasional - Pemilik adalah Kerajaan Malaysia
    • 1983
      • Bank Islam Malaysia - Pemilik adalah pemegang share
        • Lembaga Tabung Haji 49%
    • 1980
      • Harga emas USD 875/oz gelombang pertama harga tertinggi
    • 1975
      • Harga emas per gram di Malaysia RM 12.06
    • 1973
      • TELEX tukar kepada SWIFT
      • Harga emas USD 68.55/oz
    • 1971
      • Bretton Woods Agreement 2.0 (US dollar bebas dari di ikat dengan janji boleh ditukar kepada emas di bank) Ini bermakna setiap US dollar hanyalah sekeping kertas yang dicetak keatasnya amount yang dimahukan pada kertas itu) Pada ketika ini, semua mata wang negara di seluruh dunia di ikat kepada nilai dollar. Bermulalah era cetak mata wang sesuka hati kerana tak perlu ada emas untuk cetak wang dan mula lah mata wang dipanggil FIAT kerana wang tidak lagi boleh ditukar kepada emas di bank.
    • 1969
      • Internet bermula
    • 1966
      • Public Bank Malaysia - Pemilik adalah pemegang share
        • Public Mutual Berhad
      • MasterCard bermula
    • 1965
      • Singapore keluar dari Malaysia
    • 1960
      • Maybank - Pemilik adalah pemegang share
        • ASB 30.49%
        • ARB 30.89%
          • Jumlah 61.38%
    • 1959
      • Central Bank wujud iaitu Bank Negara Malaysia - Pemilik adalah ?
    • 1958
      • VISA payment system
    • 1956
      • CIMB Bank - Pemilik adalah pemegang share
        • Khazanah Nasional Berhad 21.6%
        • KWSP 16.5%
        • Kumpulan Wang Persaraan 5.7%
          • Jumlah 43.8%
    • 1957
      • Malaysia merdeka dari British
    • 1946
      • Bank Negara Indonesia - Pemilik adalah kerajaan Indonesia
    • 1945
      • 15/8/1945-Japan tewas dengan British di Thailand
      • 17/8/1945-Indonesia merdeka dari Belanda
    • 1944
      • Bretton Woods Agreement 1.0 - 22/7/1944 (Dunia mulai guna US dollar dan US dollar mulai di ikat dengan nilai emas) Ini bermakna setiap US dollar mempunyai nilai yang sama dengan nilai emas ketika itu. Kalau nak print US dollar, Amerika kena tambah jumlah fizikal emas yang dia miliki baru boleh print US dollar. Rakyat punya kuasa kepada duit kerana rakyat boleh minta emas berbanding duit. Seperti Germany mahu emas berbanding US dollar.
    • 1942
      • Central Bank - Bank of Thailand
    • 1941
      • Japan takluk Malaysia dan Thailand
    • 1939-1945
      • Perang dunia ke-2
    • 1936
      • Komputer dicipta
    • 1930
      • BIS - Pemilik adalah pemegang share
        • FED
          • Ada 12 FED
        • Governors
        • Shareholders
        • 63 Central Banks
          • 2020, BIS umum CBDC
          • 2023, IMF umum CBDC boleh diprogram. Artinya semua akaun bank akan dicontrol sepenuhnya oleh CBDC dan setiap akaun wajib ikut kemahuan semasa CBDC kerana CBDC boleh on off akaun anda. Artinya wang anda boleh dipenjara secara digital.
      • TELEX
    • 1914
      • Perang dunia pertama
    • 1913
      • Harvard University published Cost and Standard of Living, Wages.
    • 1910
      • Australia dan New Zealand mula gaji minima.
    • 1905
      • University Malaya hasil dari King Edward ke-7 College of Medicine, Singapore
      • Hong Leong Bank - Pemilik adalah pemegang share
        • KWSP 10.35%
    • 1901
      • Australia merdeka dari British
    • 1878
      • Mentol dicipta
    • 1876
      • Telefon dicipta
    • 1828
      • Central Bank of Indonesia - Bank Indonesia menggantikan Bank of Java
    • 1636
      • Harvard University 
    • Gaji minima vs emas per gram
      • Pada tahun 2013, pekerja di Malaysia mampu memiliki 1 gram emas setiap bulan dan mempunyai baki gaji sebanyak 86% tetapi hanya 65% baki gaji pada tahun 2025.
  1. Setiap hari adalah waktu yang terbaik untuk membeli emas samada harga emas pada hari itu naik atau turun kerana akhirnya trend harga emas adalah naik setiap tahun.
  2. Sejarah juga menunjukkan gaji minima tidak berubah selama 4 tahun berturut-turut sedangkan nilai emas naik setiap tahun.
  3. Oleh sebab itu, membiarkan wang yang banyak lama di dalam bank adalah merugikan kerana wang turun nilai. Semakin banyak wang yang diperlukan untuk memiliki satu gram emas.
  4. Wang yang banyak dibiarkan lama di dalam bank juga menjelaskan bahawa anda tidak perlukan wang sebanyak itu untuk perbelanjaan harian atau bulanan atau tahunan anda.
  5. Langkah bijak adalah menggunakan wang tersebut untuk memiliki emas.
  6. Namun sedikit wang masih perlu dikekalkan dalam bank untuk memudahkan pembayaran bil dan sedikit wang cash perlu dimiliki untuk saat perlukan cash segera atau sebagai simpanan jangka pendek.

Cara untuk beli rumah dan kereta serta kaitan dengan emas.


STEP 1

  1. Tahu harga emas semasa.
  2. Harga emas per gram pada 23 Disember 2025 RM 587.64

STEP 2

Buat plan perbelanjaan bulanan
  • Gaji minima di Malaysia RM1700 tahun 2025
  • Kumpul wang mau beli 1 cincin emas
  • RM500
    • Baki RM1200
  • Sewa
  • RM250
    • Baki RM950
  • Mobile data
  • RM45
    • Baki RM905
  • Petrol / Public transport
  • RM20
    • Baki RM885
  • Makan
  • RM600
    • Baki RM285


STEP 3

  1. Setiap kali dapat gaji bulanan, buat simpanan wajib untuk kumpul beli sebentuk cincin emas.
  2. Beli cincin emas walaupun saat itu harga emas naik atau turun. Trend harga emas adalah naik. Jadi walaupun mahal saat itu, akan datang pasti lebih mahal. So tak rugi sebenarnya bila beli saat harga naik pun.
  3. Jika nak beli saat harga emas turun, setelah dapat gaji bulanan, duit cukup untuk beli emas,  anda punya masa sebulan untuk pilih hari yang sesuai untuk beli emas.
  4. Baki dari wang makan RM285, juga berubah sebab harga emas semasa tadi. Anda simpan baki tersebut dalam bentuk cash setiap bulan. Ia adalah wang sekiranya berlaku hal luar duga.

STEP 4

  1. Jual emas terkumpul bila cukup nak beli rumah impian anda secara cash.
  2. Kemudian rumah milik anda itu anda sewakan.
  3. Kini dapat wang sewa anda itu adalah pendapatan side income anda tanpa perlu kerja lebih masa. Hasil dari perjuangan anda mengumpul emas.

STEP 5

  1. Mula kumpul emas untuk beli kereta yang akan teknologinya pasti lebih baik dari sekarang bila anda dah cukup emas nanti.
  2. Duit sewa rumah yang anda dapat anda tambah untuk beli cincin emas setiap bulan. Pada saat ini mungkin dah mampu beli 2 atau 3 cincin emas setiap bulan.
  3. Bila dah dapat beli kereta baru. Sewakan kereta tersebut.
  4. Dapat duit sewa kereta, anda tambah untuk beli cincin emas.
  5. Begitulah cara anda menggandakan wang, slowly but surely.
  6. Makanya yang kaya semakin kaya sebab sebelum nak kaya, susah nak jadi kaya, memerlukan pengorbanan generasi hari ini untuk generasi demi generasi, mengumpul emas, membeli rumah, membeli kereta, membeli sesuatu untuk menjana pendapatan, tidak bergantung pada satu pendapatan sahaja, akhirnya dapat memudahkan anak atau cucu atau cicit berbanding individu lain yang terpaksa bermula sendiri dengan gaji minima.
  7. Berbeza jauh bila tiada dapat bantuan dari generasi sebelumnya.
  8. Majoriti sebegitu.
  9. Bank semakin kaya, kerana bank mampu mendahulukan duit mereka untuk dapat untung besar bukan kecil, dari anda yang buat hutang dengan mereka.
  10. Beza bank dengan generasi terdahulu adalah generasi terdahulu jana pendapatan bukan dengan buat orang lain berhutang dengan mereka tapi melalui sewa bukan jual, bukan buat orang lain berhutang.
  11. Sewa menjana wang secara berterusan saat anda sedang tidur. Wang mudah. Pendapatan berulang.
  12. Namun perlu modal besar, dan terikat lama dengan loan, sebelum dapat sewakan rumah yang dah berjaya dibeli.
  • Jika simpan emas 1 gram sebulan
  • Setahun dah 12 gram
  • Jika harga 1 gram emas
  • RM600 X 12 bulan = RM7200
  • RM700 X 12 bulan = RM8400
  • RM800 X 12 bulan = RM9600
  • RM900 X 12 bulan = RM10,800
    • RM600 X 12 bulan X 10 tahun = RM72,000
    • RM700 X 12 bulan X 10 tahun = RM84,000
    • RM800 X 12 bulan X 10 tahun = RM96,000
    • RM900 X 12 bulan X 10 tahun = RM108,000
  1. Emas jauh lebih cepat capai nilai RM100,000.00 berbanding sewa. Tanpa terikat lama dengan hutang 30 tahun
  2. Jika beli rumah, loan dengan bank, anda berkorban tak duduk rumah baru, sewakan rumah baru tersebut.
  3. Loan bulanan dengan bank misal jer RM700
  4. Sewakan rumah tersebut lebih dari harga loan bulanan.
  5. Duit sewa untuk bayar loan bulanan.
  6. Lebihan dapat sewa untuk bayar pelbagai perkara berkaitan rumah dah sewa seperti insuran tahunan rumah, repair kerosakkan, dan akhirnya untuk beli emas. Jangan sampai rugi pulak sewakan rumah. Dah lah tak dapat duduk sendiri rumah baru.
  7. Minta deposit sewa supaya bila penyewa dah tah nak sewa, bagi tahu awal beberapa bulan, agar anda sempat cari pengganti.
  8. Tak rugi sebenarnya sedari awal mula kumpul emas walaupun tak punya sesuatu untuk disewakan.
  9. Malah semua orang boleh mula kumpul emas. Bezanya berapa cepat dapat kumpul.

STEP 6

  1. Mula kumpul emas untuk bernikah.
  2. Kemudian mungkin dapat anak.
  3. Tak dapat anak pun tak mengapa kerana pasti ada hikmahnya. Banyak juga ujiannya sebagai suami isteri sahaja.
  4. Untuk membesarkan seorang anak, dari mereka kecil hingga dewasa, punyai pelbagai ujian. Tak semudah bertanya bila nak kawin? Bila nak dapat anak?

STEP 7

  1. Mula kumpul emas untuk bersara awal
  2. Rumah dan kereta anda boleh stop sewa, kalau anda tak nak terus dapat side income, bila dah cukup emas untuk bersara

STEP 8

Yay! Dah dapat own something and be happy. Semuanya tak pernah berhutang. Susah saat step nak dapat beli rumah tu. Bila dah ada side income tanpa perlu buat overtime atau part time, work life balance, lebih mudah dan lebih senang nak adjust.

Kenapa Tak Nak Hutang?


  1. Realitinya ramai yang sanggup berhutang dan dah berjaya settle hutang. Boleh cepat dapat rumah baru atau kereta baru hanya kerana setuju buat hutang atau loan dengan bank. Jika tanpa hutang, beli secara cash, pasti lama sangat nak kumpul wang yang cukup. Lama kena menyewa.
  2. Hutang sebenarnya banyak memberi kesan pelbagai yang tak ramai orang tahu. Oleh sebab itu, saya cuba menerangkan apa kesan yang dimaksudkan.
  3. Hutang pasti kena interest. Bila setuju buat loan jer, automatik kita mengikat diri kita dengan hutang dalam tempoh yang lama kedepannya. Disebabkan pembayaran hutang bulanan jadi kecil dari tempoh tahun berhutang dipanjangkan, contoh dulu hutang kereta 7 tahun dipanjangkan jadi 9 tahun, membuatkan orang ramai rasa masih punya banyak baki gaji bulanan. Ini secara langsung mengurangkan kebolehan orang ramai menyimpan lebih banyak setiap bulan kerana wang gaji sebahagian besar perlu bayar hutang bulanan.
  4. Harga rumah katakan 100 ribu
  5. Interest katakan 5% dah 50 ribu
  6. Nak kumpul duit punyalah susah. Senang jer tambah 50 ribu hutang interest. Dah jadi jumlah 150 ribu hutang. Banyak sesangat tu.
  7. Loan rumah biasa 30 tahun. Sebab tu 5% interest jadi 50 ribu. Dalam temboh 30 tahun tu wajib bayar walaupun anda diberhentikan kerja, tak suka kerja di situ, sakit dan sebagainya. Ini akan bagi kesan mental health kepada anda pada masa akan datang sebab anytime dalam tempoh berhutang tu macam-macam boleh berlaku kepada anda dan juga keluarga anda yang pastinya apa juga yang berlaku kepada keluarga pasti juga memberi impak kepada kewangan anda.
  8. Beza dengan orang yang tidak mengikat diri dengan hutang, walaupun punyai pelbagai kemungkinan pelbagai masalah yang sama.
  9. Jika loan yang anda dapat jenis variable loan pulak, bukan jenis fixed, makanya anda kena bayar bulanan lebih mahal dari kebiasaan, dah budget lari banyak, sebab bila jumlah hutang besar, gandaan pertambahan hutang juga besar. Jumlah wajib bayar hutang bulanan kini bertambah bila bank kata loan anda yang belum habis bayar tu, interest naik.
  10. Loan jenis fixed pulak, bayaran bulanan sama sepanjang tempoh hutang, tapi jauh lebih tinggi dari variable loan. Jadi bank tak akan kata bayaran bulan mula naik untuk fixed loan.
  11. Kebiasaan interest naik saat ekonomi negara teruk. Dah tentu saat itu juga kewangan kita juga teruk. Jadi 2x beban. hutang bertambah dan ekonomi teruk. Kedua-duanya pada masa yang sama.
  12. Jika kita meninggal sebelum habis bayar loan, keluarga kena sambung bayar loan kalau nak rumah tu. Kalau tak bank lelong. Mempunyai rumah yang masih dalam hutang memberi risiko kepada keluarga kita hilang rumah tempat berlindung disaat mereka kehilangan kita.
  13. Jika loan rumah guna satu nama, keluarga dapat free rumah tu, tak perlu bayar apa-apa kalau kita meninggal saat loan belum habis bayar. Insuran rumah yang bayar kepada bank baki loan tu.
  14. Tak semua orang dapat guna satu nama kalau gaji kecik berbanding jumlah hutang yang nak dibuat.
  15. Saat mula setuju ambil loan, secara automatik, kita dah tak dapat simpan sebanyak dahulu, selama 30 tahun akan datang kerana wang gaji kena bayar loan.
  16. Banyak simpanan vs banyak hutang - beza kesan mental health dengan banyak hutang belum habis bayar untuk sepanjang 30 tahun tu.
  17. Selagi belum habis bayar loan, itu rumah bukan milik kita pun. Ia milik bank sebab bank dahulukan duit bank untuk bayar rumah tu. Bukan ibubapa kita yang dahulukan duit.
  18. Betul bukan senang nak dapat cepat sesuatu tanpa bebas hutang. Tapi itu bukan bermakna semua orang perlu buat hutang untuk mendapatkan sesuatu kerana mungkin ramai yang belum tahu kesan hutang yang pelbagai pada masa akan datang.
  19. Memilih cara mahu sentiasa bebas hutang memang buat diri anda nampak miskin kerana orang lain tak nampak berapa banyak emas yang anda dah kumpul.
  20. Ada jer orang yang buat hutang tapi pada masa yang sama dapat kumpul sikit emas juga dan akhirnya dapat selesai hutang rumah dan kereta. Tapi jika anda mahu juga buat hutang, persoalannya adakah nanti, anda juga berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sepanjang tempoh berhutang? Apa pun pilihan anda, asal anda tahu kesan yang panjang dari pilihan yang anda buat.
  21. Realitinya, majoriti memilih buat hutang. Anda ada kenal sesiapa yang bebas hutang? Jika ada, cuba tanya bagaimana mereka boleh?
  22. Compounding interest akan dikenakan jika gagal bayar hutang pada masanya. Itu menyebabkan hutang sedia ada yang dah termasuk interest, ditambah lagi dengan charge baru compounding interest sebab gagal bayar pada masanya. Jadi jika lambat bayar sebab ada masalah kewangan, ditambah lagi dengan charge compounding interest, kan bertambah-tambah masalah kewangan. Lebih parah bila charge dikenakan mengikut hari. Jika 6 bulan lambat bayar? Compounding interest yang berpanjangan akan menyebabkan jumlah hutang semakin cepat membesar melebihi pendapatan.
  23. Solusi elak compounding interest adalah bank buat pembayaran secara auto setiap bulan dari gaji anda. Jadi tak ada istilah lambat bayar. Tapi risiko compounding tetap ada jika anda kena buang kerja, tiada wang gaji bulanan yang dapat bank auto potong. Ini jelas membina keadaan anda memaksa diri bekerja walaupun anda tak suka dengan kerja yang anda lakukan pada masa akan datang.
  24. Jika nak berhutang juga, pastikan mula kerja, kejar dulu simpan duit nak beli emas. Bila emas yang dimiliki cukup 6 bulan gaji minima, barulah mula berhutang nak beli kereta ker, hutang 9 tahun, nak beli rumah ker, hutang 30 tahun.
    1. By Gaji Minima
      1. Gaji minima tahun 2025 = RM1700 X 6 bulan = RM10,200.00
    2. By Emas Per Gram
      1. Harga emas per gram tahun 2025 = RM 587.64
      2. RM10,200.00 / RM587.64 = 17.36 gram emas
      3. Target dapat 18 gram emas baru mula buat hutang sebab bila dah berhutang, dah makin susah nak menyimpan beli emas sebab duit gaji banyak guna buat terpaksa bayar hutang dan keperluan akan datang yang sangat cepat untuk membuatkan membelanjakan wang dengan hujung jari guna mobile phone.
Kereta

Sebenarnya harga kereta tak perlu semahal sekarang. Alasannya kerana:
  1. Semakin banyak persaingan jenama kereta.
  2. Kereta sedia ada zaman sekarang dah cukup selamat, selesa, cantik, jimat dan sebagainya. Sepatutnya harga semakin murah sebab kilang tak perlu tambah apa-apa pada model kereta sedia ada. Model kereta baru dijadikan alasan untuk naik harga sampai hutang 7 tahun jadi 9 tahun.
  3. Bila kereta harga murah = hutang pun tak besar. Boleh buat hutang lain atau simpan lebih banyak emas.
Rumah

Sebenarnya harga rumah juga tak perlu semahal sekarang. Alasannya kerana:

  1. Keluasan rumah baru yang dijual bukan semakin besar malah semakin kecil.
  2. Semakin banyak persaingan developer rumah.
  3. Bahan sama jer nak bangun rumah. Bahan produce skala besar harga tentu semakin murah. Producer bahan juga bersaing.
Anak

Sebenarnya bila ada anak itu yang susah nak ukur perbelanjaan ibubapa. Bukan macam rumah dan kereta dah tahu harga sepatutnya boleh jauh lebih murah. Setiap anak berbeza masalah yang dimiliki oleh anak itu sendiri, seiring dengan masalah yang dihadapi oleh ibubapa semasa menjalani proses membesarkan anak-anak. Ramai yang tak tahu realiti mempunyai anak memberi impak besar pada kewangan keluarga. Setiap detik berisiko terjadi hal yang tak terduga kepada anak-anak.

Beza Wang dengan Emas


  1. Pencipta
    1. Wang, kerajaan di setiap negara bagi kuasa kepada central bank untuk print wang.
    2. Emas, tiada kerajaan di dunia boleh print emas. Oleh sebab itu, orang ramai yang memiliki emas, mempunyai kuasa penuh kepada emas yang mereka simpan sendiri.
  2. Nilai Fizikal
    1. Wang, berbeza nilai fizikal mengikut design yaang di print pada wang, RM10, RM100, USD10, USD100.
    2. Emas berbeza nilai fizikal mengikut kandungan emas, 1 gram, 1 ounce, 1 kilo = xx nilai wang di apa jua negara.
  3. Pengiktirafan
    1. Wang bergantung pada pengiktirafan, contoh Amerika tak terima ringgit. Pemilik ringgit rugi.
    2. Emas tak perlu pengiktirafan dari negara. Walaupun negara menghalang orang ramai memiliki emas, tetap saja emas berharga di negara tersebut atau di negara lain. Pemilik emas untung.
  4. Kekuatan nilai
    1. Wang yang ada di seluruh dunia, kekuatan nilai turun. contoh RM100 atau USD100 tak dapat beli benda yang sama pada masa akan datang. Pemilik wang rugi menyimpan lama wang mereka kerana kekuatan nilai wang turun.
    2. Emas, kekuatan nilai naik. contoh 1 gram emas boleh beli benda yang sama pada masa akan datang. Ini menjadikan emas lebih baik dari wang. Pemilik emas untung menyimpan lama emas mereka kerana kekuatan nilai emas naik.
  5. Lenyap
    1. Wang boleh lenyap jika dibakar. Pemilik wang rugi jika wangnya terbakar.
    2. Emas tidak boleh lenyap jika dibakar. Emas hanya mula melebur apabila suhu mencapai 1064.18 celcius. Pemilik emas tidak rugi jika emasnya terbakar kerana emasnya hanya melebur, tidak lenyap.
  6. Digital
    1. Wang boleh digital dan tak perlu pemilik wang, pegang sendiri wang fizikal. Ini berisiko kerana ada banyak masalah digital seperti blackout, hacked dan lain-lain. Juga berisiko kerana wang anda pada pihak lain seperti bank, apps dan lai-lain. 
    2. Emas boleh digital dan perlu pemilikan fizikal emas. Ini menjadikan mustahil untuk menipu secara digital kerana perlu bagi dalam bentuk emas fizikal.Contoh transfer RM100, transfer dianggap telah diterima kerana angka digital bertambah, tapi tak dapat RM100 emas fizikal makanya transfer tidak lengkap kerana belum dapat emas fizikal. Contoh lebih jelas adalah hutang amerika kini sebanyak 38 trillion USD. Amerika ada emas sebanyak itu? negara lain tak boleh buat hutang sebanyak itu kerana negara lain tak menggunakan USD.

Bila emas boleh digunakan seperti wang sekarang secara digital?


  1. Sekarang pun boleh kerana sudah banyak apps. Tapi ada beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum orang ramai mahu dan yakin menggunakannya. Sama seperti apps bank sekarang, orang ramai tak akan guna apps tersebut kalau tak mahu dan tak yakin menggunakannya.
  2. Apps bank kurang satu ciri yang wajib ada pada emas iaitu wajib bukti penerimaan emas fizikal.
  3. Namun apps emas boleh dibuat dalam 2 fungsi iaitu:
    1. Simpanan - wajib bagi emas fizikal
    2. Perbelanjaan - tak perlu bagi emas fizikal, emas yang diperuntukkan untuk perbelanjaan diurus oleh pihak apps dan pengguna beli emas dari apps samada untuk simpanan atau perbelanjaan. Perbelanjaan semasa ditolak dari emas perbelanjaan yang dimiliki.

Bagaimana harga emas sekarang ditentukan?

Harga emas ditentukan melalui Spot.

Segment Pasaran Emas

  • ETF
    • 3 Billion US Dollar setiap hari
      • North America, Europe, Asia, Lain-lain
  • Exchange
    • 102 Billion US Dollar setiap hari
      • COMEX, Shanghai Future Exchange, Shanghai Gold Exchange, Exchange yang lain.
  • OTC
    • 128 Billion US Dollar setiap hari
      • LBMA, Non-LBMA(Mid), Shanghai Gold Exchange.

Instrument Emas

  • ETF
    • 3 Billion US Dollar setiap hari
      • North America, Europe, Asia, Lain-lain
  • Derivatives
    • 149 Billion US Dollar setiap hari
      • COMEX, LBMA, Shanghai Future Exchange, Shanghai Gold Exchange, Non LBMA(Mid), Exchange yang lain.
  • Spot
    • 81 Billion US Dollar setiap hari
      • LBMA, Non-LBMA(Mid), Shanghai Gold Exchange.
Data di atas adalah pada 31 Disember 2024

Kesimpulan : Harga emas sekarang adalah sangat kurang tepat kerana harga sekarang ditentukan melalui Spot.

  1. LBMA dan SGE (Shanghai Gold Exchange) bersaing menentukan harga emas di Spot.
  2. LBMA menggunakan mata wang US Dollar.
  3. SGE menggunakan mata wang Yuan.
  4. Jual Beli Emas.
    1. Jika SGE boleh memberikan harga emas per gram lebih tinggi berbanding LBMA, tentulah ramai yang mahu jual emas kepada SGE.
    2. Jika SGE boleh memberikan harga emas per gram lebih rendah berbanding LBMA, tentulah ramai yang mahu beli emas dengan SGE.
  5. Penggunaan mata wang berbeza juga memberi impak kepada perubahan harga emas kerana volume transaksi jual beli emas dan perubahan turun naik nilai mata wang.
  6. Transaksi jual beli emas fizikal dan spot juga merubah harga emas semasa.
    1. Emas Fizikal (Jongkong Emas, Coin, Barang Kemas dan lain-lain emas dalam bentuk fizikal.
    2. Spot (jual beli emas secara online mengikut harga emas secara live dan boleh redeem dalam bentuk cash atau emas fizikal. Ada risiko tak dapat emas fizikal).
  7. Bond - Setelah Amerika freeze aset Russia, negara asing yang membeli bond Amerika mula tidak percaya kepada Amerika dan menjual bond Amerika yang mereka miliki dan membeli emas fizikal. Pembelian emas dalam volume yang besar menyebabkan perubahan besar pada harga emas berlaku.
  8. Mata Wang - Amerika mahu menurunkan nilai mata wang US Dollar kerana mahu mulai menjadi negara industri. Ini menyebabkan pembeli bond Amerika dengan volume yang besar seperti Jepun menanggung kerugian volume yang besar dari bond Amerika yang masih mereka miliki.
  9. Bullion Bank - Transaksi emas dalam volume yang besar lebih sukar berbanding menggunakan mata wang. Namun kerana sudah tidak percaya kepada Amerika, pembeli emas dengan volume yang besar menyimpan emas mereka dengan Bullion Bank untuk memudahkan transaksi. Mereka sanggup menanggung risiko dengan menyimpan emas fizikal mereka di Bullion Bank berbanding simpan sendiri kerana kredibiliti semasa Bullion Bank di lokasi yang pelbagai.
  10. Stocks
    1. Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia bernilai 4 Trillion US Dollar. Volume yang terlalu besar untuk sebuah syarikat ini sahaja, jelas memberi message kepada dunia bahawa ianya adalah over price (harga tinggi yang tidak sepatutnya). 4 Trillion itu melebihi jumlah gabungan ekonomi Britain, Canada dan Russia. Jika 30 orang paling kaya di dunia digabung juga masih kalah dengan Nvidia.
    2. Nvidia buat chip untuk komputer, mobile phone dan sebagainya. Lebih bernilai dari pertanian, industri lain dan sebagainya? Tak sepatutnya.
    3. Teknologi semasa tidak pernah perfect. Pasti ada yang lebih baik pada masa akan datang atau masalah pada teknologi semasa hanya dapat diketahui pada masa akan datang.
    4. Kenapa boleh jadi over price? Kerana apa juga saham di design untuk naik harga. kalau tak naik tak ada orang nak beli saham itu. Solusi?
    5. Emas fizikal hanya solusi yang ada. Alasannya kerana
      1. Jumlahnya terhad. Tidak seperti US dollar yang boleh di print dengan mudah oleh Amerika dan jumlahnya tidak terhad.
      2. Boleh disimpan sendiri oleh individu, syarikat dan negara yang berbeza - Tiada ada individu atau syarikat atau negara yang dapat monopoli emas fizikal.
      3. Transaksi emas fizikal. Bukti pemilikan dalam bentuk fizikal yang boleh dipastikan oleh dua pihak yang mahu melakukan transaksi. Tak mungkin dapat nak tipu figure dalam bentuk digital kerana perlu bukti fizikal emas yang dimiliki sebelum di input dalam bentuk digital.
    6. Ya emas juga ada stocks yang terdiri daripada pelbagai pilihan saham syarikat emas.
  11. Disebabkan emas fizikal berharga dalam apa juga bentuk, muncul lah pelbagai cara untuk menentukan harga emas dan menjana wang dengan menggunakan emas tetapi bukan dalam bentuk emas fizikal sahaja, sebaliknya saham syarikat emas, Spot dan lain-lain.
  12. Apabila kita beli emas fizikal dan kita simpan sendiri emas fizikal itu, kita tiada menangung sebarang risiko dengan pihak lain atau pelbagai masalah lain yang boleh berlaku.
  13. Kenapa emas bukan fizikal masih boleh menjana wang kerana banyak faktor semasa.
  14. Kesemua perkara berkaitan emas samada emas fizikal atau emas bukan fizikal, akan merubah harga emas semasa.
  15. Jika semakin ramai yang memilih untuk membeli emas fizikal berbanding emas bukan fizikal, bond, saham dan lain-lain, ini sudah tentu akan membuatkan harga emas semakin naik kerana orang ramai sudah tidak mahu menanggung risiko memiliki emas bukan fizikal.


Harga Puncak Emas


1.Harga Puncak Pertama pada tahun 1980

Harga emas ketika itu adalah 875/oz

2.Harga Puncak ke-2 pada tahun 2011

Harga emas ketika itu adalah 1921/oz

3.Harga Puncak ke-3

Harga emas ketika ini telah mencapai paras 5394.40/oz pada 29 Januari 2026. Tiada siapa yang tahu berapa tinggi lagi harga emas akan naik kerana ia akan menentukan paras tertinggi Harga Puncak ke-3. Apa yang pasti adalah trend harga emas terus naik setiap tahun. 

Perbandingan Mata Wang Negara ASEAN berbanding Emas (2015-2025)


  • Laos 
    • USD vs LAK +165.97%
    • Emas vs LAK +951.70%
    • Artinya rakyat Laos lebih untung simpan emas berbanding simpan wang.
  • Bagaimana dengan Malaysia?
    • USD vs MYR -5.57%
    • Emas vs MYR +299.96%
  • Bagaimana dengan Indonesia?
    • USD vs IDR +21.96%
    • Emas vs IDR +416.55%
  • Bagaimana dengan Singapore?
    • USD vs SGD -9.13%
    • Emas vs SGD +286.18%
  • Bagaimana dengan Brunei?
    • USD vs BND -9.13%
    • Emas vs BND +286.20%
  • Bagaimana dengan Thailand?
    • USD vs THB -14.01%
    • Emas vs THB +265.35%
  • Bagaimana dengan Philippine?
    • USD vs PHP +25.10%
    • Emas vs PHP +431.88%


    Penutup


    1. Simple nya, saving dengan emas. Jika kita tak pegang sendiri emas kita, berisiko akan tak dapat emas kita dari pihak lain.
    2. Tak banyak mana kita dapat menyimpan emas dengan gaji minima. Oleh sebab itu, ikut kemampuan dan keperluan.
    3. Waktu terbaik untuk jual emas adalah apabila wang kita di bank atau wang cash yang kita miliki tak cukup.
    4. Kesihatan dan Keselamatan juga perlu dijaga.
    5. Semua baik buruk berlaku hanya dengan izin Allah. Terus mencuba dengan pelbagai cara baru walau sering gagal. Jangan berputus asa.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Tawaran upgrade Unifi speed

    Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

    Bangsa lebih penting - Artikal 1

    Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

    Penipu!

    SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

    Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

    CONTACT

    Yang nak contact saya sila isi borang kat sini. So saya boleh tahu apa yang anda mahukan. Tapi kalau anda nak saya balas, sila guna ruangan comment. Anda boleh tambah create akaun baru google di mobile phone anda untuk comment kalau anda nak jaga privacy. Guna akaun baru tu khas untuk comment sahaja. Nak comment kat YouTube atau produk Google yang lain pun boleh.


    CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

    Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

    SHARE

    Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

    APA MAKSUD FAKTA?

    Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

    Subscribe Blog AZA by enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    Senarai Penuh Label di Blog AZA

    Show more