Model baru
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 283 - Panjang 5204
Tak sabar tunggu model baru.
Itulah realiti hari ini. Pantang dengar ada model baru, ramailah yang nak membelinya kerana kita dah disemai dengan fikiran bahawa baru itu bagus, design baru dan teknologi baru. Mari kita lihat senario berikut:
Ali dan Ahmad sama-sama membeli "produk baru" pada tahun 2017. Tetapi Ali beli "model baru" berbanding Ahmad beli "model lama". Masing-masing gembira dengan produk baru yang baru sahaja mereka sama-sama pergi beli.
Produk model baru tahun 2017 yang Ali beli mengalami masalah pada tahun 2022 iaitu setelah lima tahun produk itu dibelinya. Apabila Ali cuba mengatasi masalah yang sedang dihadapinya, jenama produk menasihatkan Ali untuk membeli produk baru model 2022 kerana model tersebut telah discontinue. Sila masukkan ke dalam tong sampah model 2017 yang dah discontinue tu ya Encik Ali. Terima kasih.
Berbeza dengan Ahmad yang mengalami masalah dengan produk model lama yang sama-sama dibelinya bersama Ali. Produk yang dibeli Ahmad masih mendapat permintaan pengguna pada tahun 2022. Ya Encik, kami ada spare part tersebut. Jangan risau. Designer kami sentiasa memastikan model yang encik beli tidak akan discontinue kerana model tersebut mendapat kepercayaan pengguna sehingga ke hari ini dan ianya mengharumkan jenama kami. Sila ucapkan salam simpati saya pada rakan encik si Ali tu ya yang telah membeli produk dari jenama pesaing kami. Terima kasih.
1. Kos untuk buat mold baru, die baru, structure baru, pelbagai yang baru-baru, sekaligus kos meningkat. Pengguna membayar lebih mahal berbanding model lama yang hanya perlu produce part menggunakan kelengkapan sedia ada.
2. Masalah model baru datang dengan pelbagai masalah baru yang terhad ilmu pengetahuan pada beberapa individu sahaja kerana ianya baru berbanding model lama yang dah ramai yang tahu apa masalah yang biasa dihadapi dan seiring dengan masa designer memperbaiki kelemahan masalah tersebut tanpa menjadikan model tersebut discontinue.
3. Duit untuk iklan model baru sahaja menelan belanja 3x ganda berbanding dengan kos develop model baru tersebut. Segala kos melibatkan model baru pasti memberi impak pada harga model tersebut. Penggunalah yang membayarnya. Sebaliknya model lama tak perlu iklan kerana ramai dah tahu model tersebut bagus. Duit tidak lagi untuk iklan tapi dibelanjakan untuk perbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti pada model lama tersebut agar kekal terus berbaloi membeli model tersebut berbanding model baru yang serba serbinya mahal dan sengaja akan discontinue kelak.
4. Tak jauh beza fungsi produk beli model lama berbanding model baru. Tapi jelas berbeza kos dan masalah baru yang hanya timbul bila model baru berada lama di pasaran.
Setiap jenama pasti mempunyai model yang menjadi signature jenama mereka dan masih mereka produce model tersebut dari dulu hingga ke hari ini kerana model tersebut masih mendapat permintaan dan kepercayaan pengguna berbanding pelbagai model baru yang mereka produce. Model tersebut menjadi signature jenama tersebut.
Mana-mana jenama takut nak lounch produk baru kerana mereka tahu banyak masalah-masalah baru yang belum diketahui kerana model tersebut baru berada di pasaran berbanding model lama yang telah terbukti digunakan pengguna sehingga ke hari ini. Berani nak beli model baru yang pasti lebih mahal dan belum diuji lama kerana masih baru dipasaran? Bagaimana dengan kelak model tersebut akan discontinue? Perhatikan jenama apa yang ada discontinue model. Itulah business yang tidak Islamic. Biarlah yang beli model baru jadi tikus putih. Pasti akan ada yang jadi mangsa model yang dah discontinue dan masalah baru model baru.
"Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
"And if you are on a journey and cannot find a scribe, then a security deposit [should be] taken. And if one of you entrusts another, then let him who is entrusted discharge his trust [faithfully] and let him fear Allah, his Lord. And do not conceal testimony, for whoever conceals it - his heart is indeed sinful, and Allah is Knowing of what you do."
"Jauh beza sangat apa yang dipraktikkan sekarang ini dalam soal berhutang dan memberi hutang. Sebagai Muslim jelas menyimpang sangat dari apa yang telah Allah firmankan"
SETERUSNYA
Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Artikal 283 - Panjang 5204
Tak sabar tunggu model baru.
Itulah realiti hari ini. Pantang dengar ada model baru, ramailah yang nak membelinya kerana kita dah disemai dengan fikiran bahawa baru itu bagus, design baru dan teknologi baru. Mari kita lihat senario berikut:
HARI PERTAMA
LIMA TAHUN KEMUDIAN
Berbeza dengan Ahmad yang mengalami masalah dengan produk model lama yang sama-sama dibelinya bersama Ali. Produk yang dibeli Ahmad masih mendapat permintaan pengguna pada tahun 2022. Ya Encik, kami ada spare part tersebut. Jangan risau. Designer kami sentiasa memastikan model yang encik beli tidak akan discontinue kerana model tersebut mendapat kepercayaan pengguna sehingga ke hari ini dan ianya mengharumkan jenama kami. Sila ucapkan salam simpati saya pada rakan encik si Ali tu ya yang telah membeli produk dari jenama pesaing kami. Terima kasih.
MODEL BARU
2. Masalah model baru datang dengan pelbagai masalah baru yang terhad ilmu pengetahuan pada beberapa individu sahaja kerana ianya baru berbanding model lama yang dah ramai yang tahu apa masalah yang biasa dihadapi dan seiring dengan masa designer memperbaiki kelemahan masalah tersebut tanpa menjadikan model tersebut discontinue.
3. Duit untuk iklan model baru sahaja menelan belanja 3x ganda berbanding dengan kos develop model baru tersebut. Segala kos melibatkan model baru pasti memberi impak pada harga model tersebut. Penggunalah yang membayarnya. Sebaliknya model lama tak perlu iklan kerana ramai dah tahu model tersebut bagus. Duit tidak lagi untuk iklan tapi dibelanjakan untuk perbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti pada model lama tersebut agar kekal terus berbaloi membeli model tersebut berbanding model baru yang serba serbinya mahal dan sengaja akan discontinue kelak.
4. Tak jauh beza fungsi produk beli model lama berbanding model baru. Tapi jelas berbeza kos dan masalah baru yang hanya timbul bila model baru berada lama di pasaran.
SIGNATURE
KUASA PENGGUNA
QURAN 2:283
"And if you are on a journey and cannot find a scribe, then a security deposit [should be] taken. And if one of you entrusts another, then let him who is entrusted discharge his trust [faithfully] and let him fear Allah, his Lord. And do not conceal testimony, for whoever conceals it - his heart is indeed sinful, and Allah is Knowing of what you do."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
SEBELUMNYA