Salam Aidil Adha 1438 H
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 279 - Panjang 3625
Ketika para Jemaah sama-sama menyambut dan melafaskan Takbir, meremang bulu roma.
Terasa Kebesaran Allah. Gabungan lafas para Jemaah mencetus rasa betapa Allah dimuliakan. Tersentuh rasa hati hingga membuatkan air mata mula bergenang. Mengingati kembali akan amalan yang dilakukan selama ini.
Ketika pertama kali diri mendengar kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih Anak nya iaitu Nabi Ismail sebagai korban, terus sahaja hati dan fikiran mempersoalkan perintah Allah. Jelas betapa diri gagal menempuh ujian keimanan setelah mengetahui ia hanyalah sebagai ujian Allah kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu sendiri. Malah kisah itu juga jelas menguji keimanan sesiapa sahaja yang mendengarnya buat kali pertama.
Diri sering merasakan ujian Allah hanya dalam bentuk sesuatu yang tidak disukai oleh diri. Tetapi ternyata, ujian yang diterima dalam bentuk yang disukai diri adalah jauh lebih besar kebarangkalian untuk sesiapa yang menempuhinya hanyut dalam kenikmatan seperti ujian Kekayaan, Kepandaian, Kesihatan dan segala macam perkara yang menjadi idaman manusia.
Tentu sahaja kita berbuat kebaikkan kerana menginginkan keredhaan Allah. Kita merasakan kebaikkan yang kita lakukan pasti mendapat kurniaan dari Allah. Tapi ternyata apa yang kita rasa itu meleset sama sekali kerana belum tentu bila kita berbuat baik kita tidak diuji. Lihat sahaja Nabi Ibrahim yang Allah sendiri akui mempunyai darjat yang tinggi dikalangan umat manusia tetap juga Allah uji. Malah ujian yang diterima jauh lebih mencabar. Manakala Nabi Ismail juga berjaya menempuh ujian yang diberikan terhadapnya.
Ternyata buruk baik yang kita terima sekarang adalah ujian dari Allah. Ianya bukan misteri mengapa Allah menguji kita. Ianya jelas membuktikan keimanan kita dengan pelbagai bentuk ujian yang diterima. Pernah dulu kita silap mempersoalkan perintah Allah. Jangan lagi mempersoalkannya pada masa mendatang. Mendapat petunjuk dari Allah adalah kejayaan yang besar. Tidak semua orang Allah beri petunjuk. Sebarang kebaikkan yang dilakukan oleh bukan muslim tidak Allah terima satu pun kerana menzalimi Allah setelah Allah berikan petunjuk yang jelas iaitu Al-Quran.
"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."
"And if you do not, then be informed of a war [against you] from Allah and His Messenger. But if you repent, you may have your principal - [thus] you do no wrong, nor are you wronged."
"Pengamal riba adalah musuh Allah dan musuh sekalian Muslim yang pasti tidak akan selamat di Hari Pembalasan kelak walau dapat hidup senang di dunia kerana semakin menjauh dari Allah dengan kesenangan yang diraih dari jalan yang dilarang oleh Allah. Hak individu pada pendapatannya sahaja bukan diambil juga dari hasil riba. Kita bukan sahaja diperintahkan untuk tidak menzalimi Allah tetapi untuk tidak juga menzalimi kepada apa jua yang Allah nyatakan. Keampunan dari Allah sentiasa boleh kita perolehi selagi kita bernafas kerana Allah Maha Pengampun walau sebesar dan sekerap mana dosa yang kita lakukan."
SETERUSNYA
Facebook hanya untuk orang tua
Artikal 279 - Panjang 3625
Ketika para Jemaah sama-sama menyambut dan melafaskan Takbir, meremang bulu roma.
Terasa Kebesaran Allah. Gabungan lafas para Jemaah mencetus rasa betapa Allah dimuliakan. Tersentuh rasa hati hingga membuatkan air mata mula bergenang. Mengingati kembali akan amalan yang dilakukan selama ini.
KORBAN
UJIAN
BAIK
ZALIM
QURAN 2:279
"And if you do not, then be informed of a war [against you] from Allah and His Messenger. But if you repent, you may have your principal - [thus] you do no wrong, nor are you wronged."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Facebook hanya untuk orang tua
SEBELUMNYA