Mengapa Malaysia tidak perlu sertai ICERD?

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 304 - Panjang 5182
Saya sebagai warganegara Malaysia dan salah seorang penduduk dunia menolak ICERD ( International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ) berdasarkan sebab-sebab yang berikut:

Pertubuhan

Lihat sahaja apa yang berlaku di Israel. Segala pertubuhan yang di wujudkan di dunia ini sampai ke hari ini masih tidak dapat menyelesaikan isu Israel-Palastin. ICERD adalah jelas pertubuhan yang tidak perlu disertai. Malaysia secara khususnya dan individu secara spesifiknya hanya perlu menyertai pertubuhan yang benar-benar vital untuk disertai dan ICERD jelas tidak perlu disertai.

Kenapa baru sekarang nak sertai ICERD? Bukankah idea ICERD telah lama bermula sejak 1965. Bukankah terbukti Malaysia tanpa menyertai ICERD dapat hidup bekerjasama dalam masyarat pelbagai bangsa sedangkan negara lain tak wujud senario seperti di Malaysia.

Pada PRU 14, walaupun PH telah menang majoriti, kejayaannya hampir diancam dengan cubaan gabungan BN dan PAS. Tanpa ICERD juga Malaysia dapat mengatasi cubaan mengeksploitasi kemenangan PH dengan cubaan penggabungan parti majoriti melayu dan islam melalui BN dan PAS tetapi terbukti majoriti masyarakat Malaysia lebih menjunjung kesejahteraan hidup dalam masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia dan akhirnya PH berjaya menjadi kerajaan baru yang mentadbir Malaysia.

Perlembagaan

Percanggahan ICERD dengan perlembagaan Malaysia sudah cukup memuktamadkan Malaysia untuk tidak sertai ICERD. Mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengubah perlembagaan Malaysia adalah jelas menafikan kemedekaan yang diraih Malaysia dan keberjayaan masyarakat malaysia dapat bekerja sama sehingga ke hari ini.

Mengapa Malaysia nak terikat dengan undang-undang ICERD dengan menyertainya? Sedangkan tanpa ICERD Malaysia membuktikan mempunyai masyarakat pelbagai bangsa yang bersatu menumbangkan kleptokrasi (pemerintahan para pencuri) pada PRU 14. Seluruh dunia mengimpikan punyai rakyat yang bersatu tetapi di Malaysia ianya bukan lagi impian. Ianya telah dibuktikan pada PRU 14 dan generasi sedia ada sekarang bukti jelas kepada dunia kualiti yang ada pada individu pelbagai kaum di Malaysia tanpa sertai ICERD.

Majoriti di Malaysia adalah bangsa Melayu dan beragama Islam dan majoriti tersebut terbukti menghalang ancaman kepada minoriti bangsa lain dan agama lain di Malaysia dengan bergabung mencapai kemenangan pada PRU 14. Terbukti generasi sedia ada di Malaysia adalah majoriti yang berkualiti tanpa perlu sertai ICERD.

Malah BN dan PAS yang kini sebagai parti pembangkang terhadap PH juga turut tidak mahu Malaysia sertai ICERD. Bukankah jelas perbezaan parti juga bukan penghalang untuk majoriti individu di Malaysia menghalang sebarang ancaman terhadap Malaysia?


QURAN 3:18

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

"Allah witnesses that there is no deity except Him, and [so do] the angels and those of knowledge - [that He is] maintaining [creation] in justice. There is no deity except Him, the Exalted in Might, the Wise"

KEFAHAMAN AZA

"Islam adalah agama yang disertai dengan bukti-bukti kebenaran. Islam bukan agama ciptaan manusia. Setiap individu pasti akan dapat mengakui kebenaran yang disampai dalam Islam"

LABEL


SETERUSNYA

Birthday

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Latest update on all about BRICS

Russia - Africa Partnership Forum 2024 di Sochi, Russia

BRICS, Africa dan France

BRICS, Members, Partners, Participants, sistem kewangan dan sanction

BRICS, SWIFT dan Russia

Beza SWIFT berbanding BRICS Pay

BRICS, Banking, IMF dan World Bank

Dilema nyarik solusi buat mata uang BRICS

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza" tapi susah nak jumpa kan? Bookmark aja kat handphone atau browser anda. Senang nanti nak cari lagi

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more